The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Sabtu, September 29, 2007

Hari ini sangat panas

Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog aku. Hohkohkhokhokhokhok (gelak gaya azuan).

Hari ini, genaplah aku berpuasa 17 hari. Pelbagai dugaan berlaku sewaktu 17 hari berpuasa seperti terpaksa melihat teh ais diminum oleh jiran aku yang beragama Hindu serta melihat kedai-kedai nasi kandar yang beroperasi 24 jam tanpa henti sambil menghidangkan kepada pelanggan mereka. Arghhhhhhh.

Walau bagaimanapun, umat Islam diseru berpuasa supaya mereka boleh merasai bagaimana rasanya golongan miskin yang susah nak beroleh makanan. Supaya dalam menyempitkan perjalanan nafsu dalam badan tu. Setan dan Jin dalam perut pun banyak jadi dengan berpuasa mereka juga akan diseksa sebab mereka pun tak boleh makan. Kalau anda semua tengok televisyen yang memaparkan kisah hidup orang afrika yang tak makan, dengan berpuasa anda boleh merasai sedikit pengalaman mereka yang susah nak makan.

Kita ini kiranya beruntung, sebab masa nak buka puasa sahaja semua lauk terhidang di atas meja. Makan lauk-pauk tu sampai kadang-kadang dibuang pula sebab tak habis makan. Bayangkan mereka yang miskin, apakah makanan mereka semasa berbuka puasa? Mungkin segelas air sejuk, mungkin juga sebuku roti atau mereka ta makan langsung. Kesian kan?

Itu masuk bab susah, sekarang ini mari kita masuk bab bebal nak berpuasa. Kalau untuk budak-budak kita umpan dengan RM2.00 untuk menyuruh mereka berpuasa. Yang menghairankan di sini adalah mereka mampu berpuasa tetapi enggan melaksanakan kewajipan berpuasa. Di kedah, kami panggil mereka ini sebagai Baloq Tua. Sanggup pergi ke kedai mamak, sanggup dengan muka tak malu pergi beli nasi bungkus pada pukul 12.00 tengah hari dan air limau ais. Tak malu ke kepada orang-orang yang berpuasa pakcik? Orang yang macam ini patut diketuk kepala mereka beramai-ramai sehingga mereka insaf. Bodoh betullah.

Ada juga di antara kita ini bila masuknya bulan puasa tiba-tiba jadi cepat marah. Alasan? Sebab lapar. Kenapa nak marah bang? Bulan puasa ini kita disuruh banyakkan bersabar. Sebut mengenai bersabar ini aku ada satu cerita. Ini berlaku sewaktu aku sedang membeli-belah di satu bazar Ramadhan di Pekan Simpang Kuala. Aku singgah satu kedai, perut ini terasa nak makan samosa jadi aku belilah samosa di satu kedai pakcik mana ntah. Balik tu, ingat nak makan dulu samosa nih sebelum makan nasi. Seperti biasa, selepas azan dan selepas minum air aku pun makan la samosa nih. Punyalah tak syok pasal samosa nih luarnya panas-panas, dalamnya dah basi dah. Ya Allah!, aku tepuk dahi bagaimana mereka boleh berniaga benda basi nih sewaktu bulan Ramadhan? Aku rasa samosa tu tak habis kelmarin jadi mereka menghangatkan samosa tersebut untuk dijual pada hari ini.

Masa tu, memang dah hilang sabar dah. Serupa nak pagi kat pakcik tu kemudian nak terajang dia lima enam das sebab jual benda basi. Nasib baik mak aku pujuk aku kata "sabarlah, dah bukan rezeki nak buat camna". Aku pun terhenti niat aku nak pergi serang pakcik. Anyways, bila aku lalu jer di tepi kedai pakcik tu, aku selalu tanya dia "Pakcik, samosa nih dah basi ke belum? Dulu saya beli basi..."

Masuklah bab aku, dan hari ini sangat panas. Kering tengkuk aku ini disebabkan hari ini aku kerja di luar. Kalau keluar naik motor serupa naik basikal di tengah-tengah sawah padi pada pukul 12.00 tengah hari. Tiap-tiap minit mesti tengok jam tangan menunggu waktu berbuka. Bilalah nak berbuka nih....ouch!

2 ulasan:

Unknown berkata...

aku haritu beli air tebu basi la dari salah satu kedai tu. dia jual RM 3 je. memandangkan dia tak letak tanda harga, aku repot kat kpdnhep dengan alasan "takda tanda harga". selang 3 hari dengar cerita kedai tu dahpun kena denda. padan muka dia, walaupun sebenarnya aku geram pasal dia jual tebu busuk. kalau hati dah busuk, jual benda apa pun busuk juga. hokhokohkohkohkohkohkhok

Ahmades berkata...

Aku ingat nak buat camntu jugak la.. hokhokhokhokho