The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Jumaat, Februari 23, 2007

Objektif Sebenar penggunaan Friendster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, apa khabaq semua?

Tadi aku masuk friendster aku, seperti biasa aku terbaca satu bulletin dari user yang bernama NiNoNoi (ala-ala japanase jugak dia nih kot). Dia punya qoute dalam bulletin board tu seperti nih :-

No offense but... people are
getting
too fake in here. They only want pic
comments, testimonials or to see how
many friends they can get. So let's
see who will actually repost this.
This is a test to see how many people
in my friends list are paying
attention to me. Copy and repost in
your own bulletin if you are a friend
and don't reply. Just copy and paste
this in a new bulletin with the
subject "Fake Friends"..

Hohohoho, seronok membaca benda nih. Baiklah adik/akak NiNoNoi mai saya terangkan kenapa friendster ini wujud.

PERTAMA SEKALI....

Kepada NiNoNoi, kalau awak terbaca blog saya biar saya terangkan kepada awak apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan KAWAN :-
  1. KAWAN adalah mereka yang sanggup menangis apabila melihat anda menangis
  2. KAWAN merupakan orang yang sanggup berkorban untuk kesejahteraan rakannya
  3. KAWAN sentiasa berada disisi anda apabila anda memerlukannya
Itulah sebenarnya KAWAN, tapi dalam kes ini kita berkawan secara dunia Siber. Dalam dunia Siber ini tak AKAN ADA KAWAN yang betul melainkan semuanya FAKE selagi diantara mereka dan kita tak bertemu muka dan bertegur sapa didalam dunia nyata/realiti. So NiNoNoi saya menasihatkan awak supaya tak perlulah nak copy and paste benda yang memang nampak kepalsuannya (memandangkan awak pon sama jer, sebab takder pon pic awak dalam friendster tu...ekekeke). Okeh kot?

Friendster.com

Menyebut mengenai friendster, semua orang sedia maklum dengan perkhidmatan friendster iaitu membentuk satu komuniti berkawan secara Siber. Satu benda mengenai friendster ini yang mana hampir 87% pengguna perkhidmatannya tidak tahu yang mereka ini menjalankan perniagaan melalui perkhidmatan ini.

Perniagaan yang dimaksudkan adalah perniagaan dalam bidang pengiklanan. Apakah korang tak perasan yang profile korang tu penuh dengan kotak-kotak iklan dari pelbagai syarikat? Itulah perniagaan "senyap" yang dijalankan oleh friendster. Bagitau aku mana ada perkhidmatan yang bebetul percuma kalau nak buat satu komuniti kawan dalam Internet? GMail yang digembar-gemburkan percuma pun menjalankan aktiviti periklanan dalam email kita. Okeh la tu kita dapat email percuma lebeh 2 gigabyte. Inikan pula friendster, yang mana :-
  1. Kos hosting nak kena bayar
  2. Nak buat lamanweb, kena bayar
  3. MASA, kena bayar
  4. ..kos kos kos kos... kena bayar
So tak perlu emotional sangat kalau menggunakan frindster, malah YM (Yahoo Messenger) pon kalau korang perasan pun ada aktiviti pengiklanan di situ. So secara amnya takda service PERCUMA disini. Semuanya memerlukan pembiayaan. Jadi tak perlulah menunjukkan emotional yang tak beberapa best tu.

Okeh post aku kali nih, sebab aku ada masa untuk buat post muahahahaa.