The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Ahad, Oktober 07, 2007

Tak MAU pakai tudung? Tak apa...

Assalamualaikum Semua, selamat sejahtera kepada pembaca blog aku. Aku memang tak sempat nak update blog aku disebabkan kerja-kerja harian. Walau bagaimanapun aku ada satu video best mengenai tuding nih. Sila nikmati video ini :-



Lepasnih, rasanya tak perlu tanya lagi kot kenapa Islam menyuruh kita mengenakan tudung dan menutup aurat :P

Rabu, Oktober 03, 2007

Adakah ini awek/gewe/cewek anda?

Assalamualaikum semua, dan selamat sejahtera. Hehehehe...

Hari nih, aku malas nak blog jadi aku ada video yang best untuk dinikmati oleh anda semua. Ini dia :-

Two Malaysian [stoopid] Chicks - Metacafe dot Com

Komen aku :-

%^$3765$%56#$%&^^54%^#$6235765&^$^##$!@45%^#$@#$%^$^& (sorry bulan ramadhan tak elok mencarut jadi aku aliaskan carutan tu dengan askara yang lebih sempoi). Oh ya terima kasih kan Jan pasal inform kat aku video nih. Anda sungguh bestlah Jan!

Sekian.

PS: Anda nak ke awek/gewe/cowek anda berperangai camni? Bayangkan kalau anda tertipu dia....mampus....

Selasa, Oktober 02, 2007

Panggilan untuk Pertolongan kepada adik Tee Hui Yee

Assalamualaikum semua, selamat sejahtera kepada pembaca blog aku.

October 02, 2007 22:02 PM

Hui Yee To Donate Organs

KUALA LUMPUR, Oct 2 (Bernama) -- Fourteen-year-old Tee Hui Yee who is anxiously waiting for a donor over the past year and has only another year before her mechanical heart stops functioning, has registered as an organ donor herself.

"I will donate my eyes, bones, skin and kidneys when I am not around," she told reporters at the National Heart Institute (IJN) here today.

She said she knew how hard it was to find a replacement heart because the country lacked donors especially among youths and being a donor herself, she hoped other people would not have to bear similar difficulties.

"My organs can give more a meaningful life to others in need when I am not around," she said.

Hui Yee became the country's second recipient of a mechanical heart after undergoing an operation to insert a pulsatile ventricular assist device (PVAD) at the IJN on Sept 29 last year.

The PVAD supports a weak heart by pumping blood to a patient's whole body but can only last for two years.

The first recipient of the mechanical heart is Mohd Fikri Nor Azmi who is now 17. He had the device inserted in July 2005 and already received a new heart.

Asked whether she was confident of receiving a new heart suitable for her, Hui Yee smiled and said she would wait for the day when the doctors tell her that they have found one.

There were several donors before, she said, but the hearts were either too big or too small or of a different blood type.

She hoped that one day, she would return to Sekolah Rendah Convent Batu Pahat and sit for the Ujian Penilaian Sekolah Rendah examination.

Hui Yee left the school three years ago due to her condition. Accompanying her at the IJN over the past year is her mother, Dina Batok Bambum.

Earlier, Hui Yee and about 150 patients at the IJN received Hari Raya goodies from Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

-- BERNAMA

Berita di atas mengisahkan adik Tee Hui Yee, yang berusia 14-tahun memerlukan penderma organ jantung sebelum jantung mekanikal kepunyaannya berhenti berfungsi dalam jangka-masa 1 tahun. Aku sebagai rakyat Malaysia merayu kepada sesiapa yang membaca blog aku ini supaya dapat membantu adik Tee Hui Yee mendapatkan penderma jantung yang sesuai kepadanya. Marilah kita sama-sama berusaha menolong adik Tee Hui Yee mencapai cita-citanya untuk berjaya dalam kehidupan.

Kepada blogger di Malaysia, marilah kita sama-sama menunjukkan sokongan kita kepada adik Tee Hui Yee dengan menulis artikel mengenai adik Tee Hui Yee untuk merayu orang ramai yang berkemampuan menderma supaya tampil ke hadapan membantu adik Tee Hui Yee.

Kepada adik Tee Hui Yee, abang di sini sebagai rakyat Malaysia berdoa agar adik berjaya mendapatkan penderma yang sesuai sebagai pengganti jantung adik. Semoga adik dapat bersabar. Sesungguhnya tuhan bersama-sama dengan orang yang bersabar. Janganlah adik berputus-asa sebab adik masih lagi mempunyai harapan, harapan untuk adik terus berjuang di dalam hidup adik.

Sekian.

-**PS: Aku sangatlah terharu dengan adik Tee Hui Yee, yang sudah mendaftar sebagai menderma organ untuk dimanfaatkan selepas ketiadaannya. Semoga perbuatanya itu diberi kebaikan oleh Tuhan hendaknya.

Mereka yang Profesional, tetapi gagal berbahasa Melayu

Assalamualaikum semua, dan selamat pagi kepada seluruh pembaca blog aku.

Hari ini, aku nak menulis mengenai benda yang paling aku resah, fenomena yang agak menakutkan di dalam Malaysia. Iaitu kegagalan golongan profesional untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu. Aku resah dengan keadaan yang sebegini disebabkan mereka yang bukanlah calang-calang orang, mereka ini terdiri daripada ahli politik, ahli perniagaan, golongan VIP serta artis ternama. Yang paling memalukan adalah mereka ini dari rumpun bangsa Melayu.

Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi kebangsaan. Bahasa yang menyambung kesinambungan bahasa selain Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan lain-lain bahasa di Malaysia. Apakah yang dimaksudkan aku "yang menyambung kesinambungan"? Maknanya bahasa yang paling banyak dituturkan di Malaysia dan juga sebagai bahasa pengantaraan di antara bangsa Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Aku tak kata bahawa bahasa selain Bahasa Melayu tidak penting tetapi Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia adalah lambang kesepaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kekesalan yang berada di benak aku adalah kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka bertutur di dalam bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. Alasan? Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Kalau kita nak menyebut bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa maka kita patut menuturkan Bahasa Cina (Mandarin), kerana Bahasa Cina juga merupakan bahasa antarabangsa. Ataupun, kita perlu mempelajari bahasa Jepun, kerana bahasa Jepun juga sama taraf dengan bahasa antarabangsa. Apa yang aku ingin tekankan di sini adalah kegagalan kerajaan yang tidak memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan rakyat. Lihat sahaja rakyat Malaysia, mereka merasakan lebih selesa berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu.

Paling keji adalah di antara mereka adalah terdiri daripada golongan bangsa Melayu. Kalau kaum lain seperti cina, india dan sebagainya sekiranya mereka menggunakan bahasa ibunda mereka, maka mereka terdiri dari golongan yang "berjaya memartabatkan bahasa ibunda". Berlainan dengan situasi bangsa Melayu yang sekarang ini, masih gagal memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian. Kalau golongan ini terdiri dari rakyat biasa mungkin kita tak beberapa hendak peduli tetapi sekiranya yang gagal memartabatkan bahasa Melayu adalah terdiri daripada golongan profesional Melayu sepeti ahli politik, ahli perniagaan dan golongan VIP bagaimana penyakit "kebanggaan kepada bahasa asing" dapat dilunturkan?

Cuba kita dengar di televisyen, berapa ramai ahli politik yang berbahasa Melayu sewaktu ditemu-ramah? Berapa ramai ahli perniagaan yang berkongsi pendapat dalam bahasa Melayu? Dan berapa ramai artis Malaysia yang suka menggunakan slang Bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu? Kadang-kadang, aku terfikir kenapa ini sepatutnya berlaku dalam masyarakat Malaysia sekarang ini? Sia-sia perjuangan kemerdekaan sekiranya tahap penuturan bahasa Melayu masih berada di tahap "merangkak" sedangkan mereka mempunyai peluang untuk mendedahkan Bahasa Melayu kepada dunia luar.

Cuba kita tengok negara kesatuan Eropah. Bahasa Inggeris hanya dituturkan di Britain sahaja. Bila masuk ke sempadan Perancis, Jerman atau negara EU yang lain tidak kedengaran pula Bahasa Inggeris. Yang kedengaran dari pertuturan mereka adalah bahasa ibunda negara mereka sendiri. Aku sendiri kagum melihat mereka. Mereka tak terasa langsung nak memartabatkan bahasa Inggeris di negara mereka walaupun ditemu-ramah oleh wartawan luar. Aku masih ingat lagi rancangan National Geography : Megastructur yang mana dokumentari mereka berkisarkan berkenaan pembinaan Sky Dubai. Salah seorang jurutera kereta kabel dari Switzerland ditemu-ramah oleh wartawan National Geography. Jurutera yang ditemu-ramah menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Swiss. Itu amat mengagumkan aku. Kenapa ahli perniagaan/politik/artis di Malaysia tidak menjawab pertanyaan wartawan luar dalam Bahasa Melayu. Adakah Bahasa Melayu terlalu low-standard untuk digunakan?

Kalau Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa maka gunakanlah Bahasa berkenaan di peringkat antarabangsa. Ini berlainan pula jadinya. Ditemu-ramah oleh wartawan tempatan pun dijawab dengan Bahasa Inggeris. Ini tidak betul. Tak sepatutnya berlaku di dalam Malaysia. Kalau mereka (orang luar, asing) ingin bertanya kepada kita maka kita akan jawab di dalam bahasa kita. Barulah kena. Kalau kita nak minta jawapan mereka maka kita kenalah memahami bahasa mereka pula. Ini barulah adil. Kenapa kita harus berbangga dengan bahasa asing sedangkan negara yang berdekatan dengan negara Britain pun tak mempraktikkan bahasa Inggeris di negara mereka? Inilah apa yang aku gelarkan sebagai "bodoh tak kena gaya".

Sekian sahaja artikel aku kali ini. Kepada rakyat Malaysia, martabatkanlah Bahasa Malaysia. Sebab Bahasa Malaysialah yang boleh menghubungkan kita semua pelbagai kaum sekaligus mengeratkan silaturahim di antara kaum di Malaysia. Sekian.