The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Memaparkan catatan dengan label Falsafah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Falsafah. Papar semua catatan

Sabtu, September 29, 2007

Etika Memblog Part 5 v.2 : Penutup

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi kita di bahagian kelima v.2 siri artikel Etika Memblog.

Aku telah menghasilkan 5 siri dalam Etika Memblog, yang aku harap anda semua dapat manfaat daripadanya. Penghasilan siri ini amatlah rumit disebabkan aku ada banyak kerja lagi yang ingin dibuat. Alhamdulillah, akhirnya habis juga semua siri Etika Memblog karangan aku ini walaupun ada sesetengah di antaranya boleh dikatakan masih lagi tidak lengkap. Walau bagaimanapun, persoalan utama mengenai blogger dan idea telah pun diungkapkan dengan panjang lebar melalui siri ini.

Apa yang anda boleh manfaatkan dari semua siri ini? Mudah, anda boleh bertanya kepada diri anda sama ada anda adalah seorang blogger yang baik atau blogger yang haprak. Blogger yang baik adalah mereka yang sentiasa mempunyai komentar tersendiri terhadap isu semasa, tak kiralah apa jenis isu yang mereka nak komen. Tidak seperti blogger yang haprak yang suka copy-and-paste artikel orang lain ke dalam blog mereka, serta sangat suka menggunakan templat ala-ala blogthings.

Atmosfera blog di Malaysia mula menampakkan kehangatannya apabila banyak blog dihasilkan rakyat Malaysia. Blog-blog ini ada kalanya menarik perhatian aku, ada kalanya terlalu bodoh untuk dibaca. Tak tahulah sama ada blog aku ini terletak dalam kategori menarik perhatian atau terlalu bodoh untuk dibaca. Aku tak boleh mengadili blog sendiri, hanya pembaca aku sahaja yang boleh menilainya. Setakat dari tarikh hari ini aku mempunyai 4 orang pembaca tegar. Tak tahulah apa kata mereka di dalam blog ini melainkan mereka bermurah hati memberi komen di setiap artikel aku.

Akhir kata, jadilah anda semua blogger yang berjaya. Semoga artikel aku akan memberikan manfaat kepada sesiapa yang sudi membaca. Sekian.

Jumaat, September 28, 2007

Etika Memblog Part 5 v.1 : Ready-Made Template

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi dalam siri Etika Memblog. Kali ini aku akan menyentuh berkenaan Ready-Made Template di dalam blog anda semua.

Artikel ini dibahagikan kepada dua bahagian. Jadi pada bahagian v.1, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai templat-templat yang biasanya digunakan oleh blogger yang tak ada idea tapi masih nak memblog juga. Tersangatlah bodoh, kalau mereka menggunakan templat-templat berikut. Memang nampak sah-sah mereka sudah tidak ada idea apakah yang patut ditulis di dalam blog mereka.

Mari kita rujuk pada satu laman web, ini dia www.blogthings.com. Laman web ini menyenaraikan beberapa soalan untuk blogger menjawabnya kemudian menempekkan hasil jawapan berkenaan di blog mereka. Benda-benda seperti ini tersangalah mengarut untuk seorang blogger, melainkan ianya seorang yang retards yang hanya buat blog semata-mata nak jawab-dan-tempek di blog mereka. Benda-benda seperti in seumpama kuiz yang bakal mendedahkan sifat-sifat fizikal dan mental blogger berkenaan. Dan mereka yang menggunakan templat ala-ala soalan sebegini, dinasihatkan supaya men-delete blog mereka sebab ianya sangat memalukan.

Sebab apa aku berkata demikian? Anda tengok sendiri, seperti yang dikatakan pada tajuk-tajuk yang lepas seorang blogger adalah mereka yang memiliki idea, pendapat, pandangan, kritikan terhadap sesuatu benda. Patutkan anda semua menggunakan templat ala-ala cute dan adorable di dalam blog anda? Tolonglah, ini tak sepatutnya berlaku. Kalau anda seorang lelaki, anda akan kelihatan seperti seorang gay yang mati pucuk. Kalau perempuan tak ubah seperti seorang pornstar. Adakah anda sudah ketandusan idea dengan apa yang anda nak tulis? Senang cerita, kalau tak ada idea maka jangan tulis blog. Tunggu sampai ada idea barulah anda mula menulis. Ini lebih bagus. Kenapa nak menipu pembaca nada yang sentiasa menunggu update dari blog anda, tiba-tiba disajikan dengan benda yang mengarut untuk dibaca? What the (maaf, mak aku tak bagi aku mencarut di bulan puasa jadi aku buang perkataan ini)?

Kebanyakan blog yang aku masuk, terutamanya blog perempuan ala-ala hotchick yang suka menggunakan templat seperti blogthings di dalam blog mereka. Ini menjadikan aku rasa semak kepala bila nak baca blog mereka. Soalan sebegitu, memang dah tahu dah apa jawapannya. Sebagai contoh :-

1# What kind of girl are you : A cute, always hanging around with my teddy
bear (yuckkkk!!!)
2# At your best, you are : Loving (again....yuckkkkkx35!)

Kesimpulan daripada artikel aku kali ini, jangan sesekali anda menggunakan templat sebegitu rupa di dalam blog anda. Anda akan kelihatan lebih keji daripada biasa sekiranya templat ini berada di blog anda dan ini adalah menyalahi etika memblog. Sekian daripada aku, aku akan sambung balik ke v.2. Stay Tuned.

Khamis, September 27, 2007

Etika Memblog Part 4 : Layout untuk Blog v.2

Assalamualaikum Semua. Yeah, bertemu lagi kita di v.2 untuk bahagian ke-4. Untuk v.2 kali ini, aku akan masuk bahagian yang paling diminati, yakni bahagian perletakkan iklan (advertising) dalam blog anda semua.

Tak dinafikan, ada sesetengah blogger di samping menaip pelbagai artikel terdetik di hati mereka untuk meletakkan iklan di dalam blog mereka. Meletakkan iklan di dalam blog adalah tindakan bijak, tetapi kenalah kena dengan tempat letaknya itu. Jangan main letak sahaja iklan tersebut.

Benda yang paling tak beretika apabila seseorang blogger meletakkan iklan berkenaan betul-betul di tengah-tengah artikel. Itu tidak betul. Itu mengganggu orang yang membaca blog anda. Sehebat mana pun artikel anda apabila terdapat sesuatu yang mengganggu perhatian pembaca (contohnya IKLAN) maka ini akan menyebabkan pembaca menjadi boring untuk membaca blog anda. Tak perlu rujuk kepada mereka, bayangkan ANDA sendiri, tengah syok-syok membaca cerita tiba-tiba dipaksa untuk membaca iklan adakah anda rasa seronok? Begitu jualah dengan pembaca yang lain.

Bagaimanapun iklan itu diletakan di dalam blog anda, elakkan daripada meletakkannya di tengah-tengah artikel. Ini amat menyakitkan mata, seorang-olah anda memang menghasilkan blog untuk mendapatkan duit bukannya blog semata-mata kerana anda seorang yang kreatif. Kalau artikel anda kreatif mungkinlah boleh dimaafkan tetapi bagaimana kalau artikel anda hanya semata-mata sampah, atau disalin dari mana-aman sumber sememangnya ia akan menjadi mimpi ngeri bagi pembaca anda. Kemungkinan besar blog anda akan di akses HANYA SEKALI, bukan untuk kali yang berikutnya.

Kalau boleh, jangan masukkan iklan di dalam artikel anda. Pastikan artikel anda difokuskan tanpa sebarang iklan. Kalau anda nak meletakkan iklan pastikan yang iklan berkenaan diletakkan di luar kawasan artikel. Kalau nak contoh bagaimana, anda semua boleh merujuk blog aku ini. Lihat bagaimana susun-atur iklan dan artikel dalam blog aku ini. Aku meletakkan iklan di atas, bawah dan tepi artikel. Tidak di tengah-tengah artikel sebab aku nak pembaca aku memfokuskan kepada apa yang aku taip. Bukan pada iklan tersebut.

Sebagai seorang blogger, anda semua patut tahu yang anda menulis semata-mata nak memberitahu orang lain mengenai pendapat, cadangan, kritikan serta pelbagai lagi kepada pembaca anda. Itulah kerja/tanggungjawab sebagai seorang blogger. Jangan anda blog semata-mata nak buat duit! Kebanyakan yang memblog semata-mata duit mereka ini memang tak ada idea, atau idea yang banyak untuk menipu orang lain di dalam Internet.

OK, setakat ini sahaja artikel aku. Aku akan sambung lagi di bahagian ke-5 siri etika memblog. Stay Tuned...

Rabu, September 26, 2007

Etika Memblog Part 4 : Layout untuk Blog v.1

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi kita dalam siri ke-4 Etika Memblog.

Dalam artikel kali ini, aku nak menyentuh mengenai Layout sesuatu blog yang bakal anda semua hasilkan. Benda ini bagi aku, adalah sangat penting disebabkan ianya hanya sesuatu yang abstrak. Lagipun, orang yang masuk ke blog anda tujuan mereka adalah untuk membaca dan mereka memfokuskan bacaan mereka. Dan menjadi tanggungjawab anda untuk menjadikan mereka lebih fokus dengan susun-atur blog yang menarik.

Kalau anda menyusun blog anda, pastikan yang susun-atur yang dihasilkan tidak terlalu bercabang-cabang. Maksud aku, apabila pembaca mengakses blog anda mereka tidak terasa seperti tersesat kalau nak mencari sesuatu benda. Dan sila pastikan juga, semua navigasi dan pautan berfungsi di dalam Blog anda. Setkan dalam minda anda yang semua susunan blog tersebut mestilah difokuskan kepada artikel anda. Kalau artikel anda tak difokuskan, apa
gunanya anda menghasilkan artikel untuk dibaca?

Artikel kali ini agak pendek sebab ianya hanya melibatkan ciri-ciri layout asas dan bagaimana anda boleh memfokuskan artikel anda kepada pembaca anda. Aku akan sambung pula ke v.2. Teruskan bersama aku.

Isnin, September 24, 2007

Etika Memblog Part 3 : Menulis Blog Anda

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi kita di siri ketiga dalam Etika Memblog.

Untuk siri kali ini, aku akan mendedahkan cara bagaimana anda boleh mendekati audiens anda dengan lebih berkesan melalui segi penulisan blog yang lebih efektif dan mantap. Untuk pengetahuan anda semua, sesebuah blog yang baik akan mempunyai ciri-ciri berikut :-

  1. Karangan yang baik dan mudah difahami
  2. Skop penulisan yang mendalam
  3. Kritikan/Pandangan disampaikan secara telus
  4. Tulisan tidak menyinggung ramai pihak

4 ciri berikut merupakan kekunci utama dalam memastikan blog yang dihasilkan sentiasa menepati kualiti untuk pembacaan orang umum. Apa yang ditekankan oleh aku adalah, kebanyakan orang umum di dalam Internet boleh terdiri dari semua pihak lapisan bangsa, umur, keturunan, latar belakang politik dan sebagainya. Kita tidak tahu sama ada pembaca kita datang daripada mana dan bagaimana latar belakangnya dan oleh sebab itu, kita kena menjaga tulisan dan karangan kita supaya sekurang-kurangnya tulisan kita tidak menyinggung ramai pihak.

Untuk itu, aku akan terangkan secara lebih terperinci apakah yang ingin dibawa oleh keempat-empat ciri berkenaan.


KARANGAN YANG BAIK DAN MUDAH DIFAHAMI

Apakah yang dimaksudkan dengan karangan yang baik? Ianya merupakan kombinasi di antara pemilihan bahasa, struktur ayat, jenis pendekatan yang digunakan serta pemilihan material yang diingini oleh pembaca. Mari kita mendalami lagi kombinasi berkenaan.

Sekiranya anda mengarang blog, siapakah sasaran pembaca anda? Adakah ianya rakyat tempatan senegara anda atau pembaca antarabangsa? Ini adalah faktor dalam menentukan pemilihan bahasa yang bakal digunakan di dalam penulisan blog. Seperti blog aku, aku memilih dalam Bahasa Melayu sebab aku mahukan pembaca aku terdiri dari mereka yang senegara dengan aku dan mereka yang memahami bahasa aku juga dialu-alukan. Kalau anda mahu pembaca anda adalah dari golongan antarabangsa anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengantaraan bahasa dalam blog anda.

Struktur ayat merupakan kekunci selepas bahasa, dan ianya tersangat penting. Anda perlu tahu memilih ayat-ayat dan perkataan yang betul dalam setiap artikel anda, supaya artikel anda tidak dipandang remeh oleh pembaca anda. Tak kiralah sama ada anda menggunakan bahasa yang anda suka tetapi apa yang terpenting adalah penggunaan ayat yang mantap serta bijak memilih perkataan yang sesuai adakah kunci utama kekuatan artikel anda.

Sekiranya artikel anda merupakan tindak-balas terhadap sesuatu perkara, atau lebih tepat lagi artikel yang merujuk kepada sesuatu perkara yang baru maka penulisan anda mestilah difokuskan 100% terhadap perkara berkenaan. Jangan campurkan perkara lain di dalam artikel anda kerana ini akan menyebabkan penyampaian anda tidak beberapa jelas, serta kualiti artikel anda akan dipersoalkan. Sebagai contoh, saya menulis mengenai seseorang yang bernama A maka saya akan senaraikan apa yang saya tak suka mengenai A serta nasihat bagaimana A boleh berubah. Jangan bandingkan A dengan B kerana personaliti A memang tak akan sama dengan personaliti B. Begitu juga sekiranya anda menulis mengenai sesebuah produk atau perkhidmatan.

Sebelum anda menaip juga, anda kena tahu apa jenis material yang bakal anda gunakan dalam artikel anda. Sekiranya artikel anda semata-mata idea mungkin tak perlukan material yang spesifik tetapi sekiranya ia berbentuk komentar terhadap perkara-perkara tertentu maka semestinya, material yang bakal digunakan adalah merujuk kepada bahan komentar anda. Pemilihan material yang baik menjadikan artikel anda lebih segar dan lebih berinformasi kepada pembaca anda.


SKOP PENULISAN YANG MENDALAM

Apakah yang dimaksudkan dengan skop yang mendalam? Ianya merupakan teknik bagaimana anda mengumpul semua material sedia ada mengikut apa yang ingin di komentarkan ke dalam satu artikel supaya ianya sentiasa menepati tajuk yang anda sampaikan. Sebagai satu contoh, anda ingin mengarang artikel mengenai masa hadapan bola sepak negara. Apakah material yang sesuai dalam artikel anda? Adakah ianya terdiri daripada fakta-fakta bola sepak? Atau sekadar
cadangan anda sahaja?

Apabila menulis, pastikan yang ianya tidak lari dengan tajuk asal yang anda sendiri berikan untuk artikel anda. Ini amat penting supaya proses penyampaian akan menjadi lebih teliti dengan bahagian-bahagian artikel yang sentiasa menepati skop tajuk anda.


KRITIKAN/PANDANGAN DISAMPAIKAN SECARA TELUS

Sekiranya anda seorang pengkritik, pastikan yang kritikan anda disampaikan dengan jelas dan sempurna. Elakkan dari mengguna ayat-ayat atau perkataan yang kasar dalam kritikan anda. Sebaliknya, gunakanlah ayat yang lembut yang boleh melambangkan anda adalah seorang yang sentiasa tenang. Susun atur dan lentok ayat perlulah kemas agar penyampaian anda jelas apabila dibaca oleh pembaca blog anda.

Dan jangan lupa, setiap kritikan yang diberikan perlulah disertakan dengan cadangan untuk bahan kritikan anda. Sifat pengkritik profesional adalah apabila mereka mengkritik, mereka juga akan memberikan pandangan mereka dan juga, cadangan mereka untuk proses penambah-baikkan yang dirasakan wajar diambil oleh mereka yang dikritik.


TULISAN TIDAK MENYINGGUNG RAMAI PIHAK

Yang ini mungkin terlalu susah untuk dicapai. Sebab itu aku menggunakan perkataan "tidak menyinggung ramai pihak". Apabila kita menulis sesuatu artikel, kemungkinan besar artikel kita tidak disenangi oleh pihak yang lain disebabkan ayat-ayat dan fakta yang kita gunakan. Oleh yang demikian aku menggesa agar anda semua sentiasa menulis di dalam skop yang mendalam untuk mengelakkan lebih ramai lagi pihak yang akan terasa dengan artikel anda.

Memanglah, tak mungkin kita dapat menjaga hati semua pihak dengan artikel kita. Tetapi dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab seorang bloggers untuk sentiasa memastikan yang artikelnya tidak terlalu menyinggung ramai pihak.

Keempat-empat ciri tersebut memang aku sendiri pun akui yang aku pun tak dapat sampai ke tahap sebegitu terutamanya kalau masuk bab "tulisan yang tidak menyinggung ramai pihak". Walau bagaimanapun, inilah ciri-ciri yang bakal menjadikan artikel anda lebih segar, lebih mantap dan ianya akan mudah diterima oleh pembaca anda.

Baiklah, setakat ini dahulu. InsyaAllah aku akan sambung pulak ke bahagian keemmpat siri ini.

Ahad, September 23, 2007

Etika Memblog Part 2 : Jenis-jenis Blog

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi di Bahagian kedua : Jenis-jenis Blog.

Adakah anda semua telah membaca entri aku terdahulu? Pergi baca sebelum membaca entri ini. Kali ini, aku nak merungkaikan jenis-jenis blog yang biasanya dibuat oleh orang lain. Biasanya, mereka ini akan memilih tema blog mereka sebelum mula menulis artikel di dalam blog mereka. Pemilihan tema ini bisanya merujuk kepada kesesuaian diri mereka dan kepakaran mereka mengenai bidang yang mereka ceburi. Atau berdasarkan bakat mereka dalam bidang penulisan yang mampu menarik ramai pembaca supaya terus membaca di blog mereka.

Berikut, adalah senarai jenis blog yang biasanya dibuat oleh mereka. Aku kategorikan jenis-jenis ini kepada dua bahagian yakni bahagian Blog-Boleh-Pakai dan bahagian Blog-Cukup-Merapu. Sebelum itu, aku terangkan sedikit apa yang dimaksudkan oleh dua bahagian berkenaan.


BLOG-BOLEH-PAKAI

Blog yang mana tulisannya amat mudah difahami, biasanya pengarang blog ini terdiri daripada profesional yang memang berbakat dan berkebolehan. Kita akan sentiasa menunggu update daripada blog ini untuk mengetahui pendapat semasanya mengenai benda yang dia tahu. Dan blog mereka juga menghiburkan. Berikut adalah jenis-jenis blog-boleh-pakai :-

1# Blog Politik

Mendengar namanya sahaja, semua orang tahu blog yang berorientasikan politik memiliki ciri penulisan yang sungguh teliti. Mereka yang menulis blog ini banyak membuat anggaran kasar mengenai orientasi serta corak politik masa hadapan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, ada segelintir daripada mereka terlalu radikal dengan dunia politik. Resam kutuk-mengutuk, kata-mengata di dalam artikel mereka adalah perkara biasa untuk ditujukan kepada ahli politik yang tidak disukai oleh mereka.

2# Blog Resam Manusia

Yang suka menulis blog mengenai manusia dan resamnya biasanya terdiri daripada aktivis-aktivis sosial. Penulisan mereka lebih berorientasikan kepada kehidupan semasa serta tindak-tanduk manusia. Tak kisahlah sama ada dari segi kebaikan, keburukan, kelemahan, kemajuan, kemakmuran dan tatasusila seseorang/sekelompok manusia.

3# Blog Video/Gambar

Mereka merupakan seorang yang gemar dengan benda yang abstrak. Selalunya dalam blog mereka hanya ada beberapa gambar dan video hasil rekaan mereka untuk dipaparkan kepada umum. Jarang sekali di dalam blog mereka tulisan yang panjang berjela.

4# Blog Humor

Orang yang menulis blog ini suka menghiburkan orang lain dengan lawak jenakanya. Mereka pandai mengarang ayat, dialog atau skrip cerita yang mempunyai unsur-unsur humor untuk dibaca oleh orang lain. Tak dinafikan, ada segelintir daripada mereka gemar menggunakan isu yang sensitif sebagai bahan humor mereka.

5# Blog Motivasi

Biasanya, mereka yang sudah berjaya akan mengarang blog seperti ini. Mereka ingin memberikan motivasi kepada sesiapa yang ingin berjaya seperti mereka dan juga cara-cara untuk mencapai kejayaan. Pengalaman dan ujian dalam kehidupan mereka dipaparkan dalam blog mereka supaya menjadi pengajaran dan teladan untuk pembaca mereka yang ingin berjaya seperti mereka

6# Blog Tutorial

Mereka tak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan mereka kepada umum akan mengarang blog seperti ini. Di dalam artikel taipan mereka banyak terkandung cara-cara untuk mencipta dan menggunakan sesuatu produk. Mereka berkongsi pengetahuan mereka dengan pembaca mereka dan ingin melihat pembaca mereka pandai seperti mereka.

7# Blog Cerpen

Terdapat juga blog yang mana ianya terdiri daripada penulis-penulis yang gemar menulis cerita pendek (cerpen) untuk dibaca oleh pembaca blog mereka. Blog seperti ini biasanya di-updade pada setiap seminggu atau 2 minggu sekali bergantung kepada jenis cerita yang ingin dihasilkan oleh penulis berkenaan.

8# Blog Pengetahuan Agama

Blog ini biasanya ditulis oleh mereka yang berkepakaran/berpengetahuan tentang agama yang dianutinya. Mereka ingin menjelaskan kelebihan agama mereka berbanding agama yang lainnya secara lebih spesifik dan lebih terperinci. Biasanya, mereka membuka soalan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang agama mereka dan akan cuba menjawab soalan berkenaan di dalam blog mereka.

9# Blog Teknologi

Mereka yang sentiasa update dengan teknologi semasa akan menulis di dalam kategori ini. Mereka banyak membuat review mengenai produk teknologi semasa dan membuat andaian teknologi di masa yang akan datang. Teknologi seperti perubatan, komputer, sains, kosmetik, angkasa, networking dan sebagainya yang melibatkan R&D (Research and Development) adalah termasuk dalam Blog Teknologi.

10# Blog Peminat

Mereka yang terkenal dan memiliki peminat sudah semestinya memiliki blog untuk memberitahu peminat mereka mengenai perkara semasa mengenai kerja mereka. Dan juga memberitahu peminat event yang sedang dibuat oleh mereka kepada peminat mereka.

Sepanjang kajian aku mengenai paten dalam arena blogging maka hanya 10 senarai tersebut sahaja yang berjaya ditemui. Mungkin ada lagi senarai yang bermanfaat untuk kita semua yang mungkin aku tidak menemuinya. Mungkin aku akan menemuinya :)

Sekarang, aku nak masuk pula kepada definisi Blog-Cukup-Merapu.


BLOG-CUKUP-MERAPU

Blog dalam kategori ini merangkumi blog yang merapu, tak ada pengajaran dan nilai dalam blog tersebut serta blog yang semata-mata diwujudkan atas dasar syok-sendiri. Berikut adalah jenis-jenis blog-cukup-merapu :-

1# Blog Copy-And-Paste

Okay, aku rasa anda semua pun faham tentang blog yang sebegini rupa. Blog yang menciplak hasil karya orang lain dan secara tak malu meletakkan hasil karya berkenaan di dalam blog mereka. Blog yang menujukan pemilik blog tersebut memang tidak ada idea dengan apa yang dia nak tulis dalam blog-nya.

2# Blog Un-Private

Inilah yang aku katakan sebagai orang yang menganggap privacy adalah confidential, tetapi secara NYATANYA mereka memaparkan kehidupan mereka yang so-called privacy matters. Cara bercinta, makan, minum, berpakaian, sampai cara mereka berpeluk dengan kekasih mereka pun dipaparkan. WTF? Maaflah, tetapi blog bukanlah tempat untuk syok sendiri dengan apa yang kita buat.

3# Blog Buat Duit

Apakah yang dimaksudkan dengan blog buat duit? Mudah sahaja, mereka yang ingin memerangkap anda untuk terlibat dengan program duit Internet mereka. Dalam blog mereka penuh dengan iklan-iklan dan link-link buat duit di Internet. Kebanyakan tutorial yang mereka sampaikan pun semuanya menuju kepada link-link dan iklan-iklan yang secara realitinya membawa duit kepada MEREKA sahaja, bukan kepada pembaca mereka.

4# Blog Ntah-hapa-hapa

Apa yang ditulis dalam blog ini semuanya merapu, tak tepat langsung dengan fakta. Dalam erti kata lain sesiapa yang membaca blog ini tak faham langsung dengan apa yang ingin diperkatakan oleh si penulisnya. Kadang-kadang, si penulis blog ini mendakwa yang tulisan mereka tersebut adalah abstrak. WTF? Abstrak hapanya kalau orang tak faham? Gambar bolehlah di kategori sebagai abstrak.

Ok, setakat ini aku hanya menemukan 4 jenis blog-cukup-merapu. Kebanyakan blog ini patut dielakkan oleh pembaca sebab tidak ada apa yang bagus dan bermanfaat dalam blog dari jenis ini.

Jadi persoalannya, apakah bentuk blog anda semua? Ingat, memblog bukannya sesuatu tugas yang ringkas. Ianya adalah komited dari anda kepada pembaca anda. Tak dinafikan kadang-kala penulis juga sibuk dengan urusan dunia luar tetapi yang perlu dipastikan adalah KUALITI dalam artikel yang dihasilkan.

Setakat ini dahulu artikel aku, InsyaAllah aku akan sambung ke part ke-3.

Sabtu, September 22, 2007

Etika Memblog Part 1 : Apakah Tujuan Blog?

Assalamualaikum Semua,

Hari ini, aku merasakan yang aku patut menulis satu benda yang boleh memanfaatkan semua orang, terutamanya orang yang digelar sebagai pemblogger tegar. Mereka ini memblog tanpa mengira waktu, masa, ketika dan juga tanpa mengira keadaan sekeliling mereka. Bermacam-macam benda semuanya masuk di dalam topik blog mereka sama ada dalam bentuk kontekstual, bentuk jasmani, rohani, politik, barangan, teknologi, humor, gambar, video dan sebagainya yang mungkin kalau disenaraikan, akan menjadi satu senarai yang teramat panjang.

Apakah itu blog? Kenapa perlu blog? Sebab apa ramai blogger di dunia Internet sekarang ini? Persoalan tersebut selalu bermain di minda kita. Ada di antara kita ingin memblog, tetapi tiada IDEA tentang apa yang ingin diblogkan sebab tak pasti apa yang patut dikarang. Kadang-kadang ada sesetengah daripada kita ini sampai sanggup copy-and-paste dari blog / artikel orang lain dan menempeknya di dalam blog sendiri. Kerana tidak mempunyai idea dengan apa yang patut ditulis. Untuk bahagian 1 : Apakah Tujuan Blog, aku akan menghuraikan semua persoalan yang timbul di antara kita semua tentang apa, kenapa dan objektif blog ini wujud dalam Internet.


APAKAH ITU BLOG?

Blog, merupakan akronim dari singkatan perkataan Web-Log. Ianya merupakan satu rentetan maklumat secara kronologi tentang apa yang berlaku. Seolah-olah seperti satu logfiles dalam sistem. Tetapi Blog bukanlah satu rentetan yang seperti logfiles, ianya lebih kepada pentas yang menghubungkan seorang penceramah/pemikir bebas untuk bercakap tentang perkara yang mereka lihat di sekeliling kepada pendengar mereka yang berada di bawah pentas. Mereka ini mempunyai pendapat mereka, mengikut kepakaran mereka terhadap kehidupan/teknologi dan menyuarakan pendapat mereka untuk didengar dan dinilai oleh umum. Itulah yang dikatakan sebagai blog, yakni sebagai medium pengantaraan di antara pemikir/pengkritik kepada pendengar/orang umum.


SIAPAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI SEORANG BLOGGER?

Blogger, merupakan mereka yang sentiasa mempunyai pendapat/pandangan mereka mengikut kepakaran mereka mengenai bidang yang bakal menjadi bahan komentar mereka. Mereka boleh terdiri daripada orang-perseorangan, atau mereka yang sememangnya profesional tak kisahlah apa sahaja latar belakang mereka. Mereka menulis di dalam blog agar pandangan dan luahan hati mereka dapat dibaca oleh segenap masyarakat Internet dan membuat kritikan/pandangan mereka pula terhadap apa yang mereka tulis. Itulah seorang blogger.

Suara-suara mereka, tidak kedengaran di Televisyen mahupun radio tetapi boleh dibaca di blog mereka. Pendapat mereka kadang-kala bernas, kadang-kala tidak boleh dipakai. Apa yang mereka tulis mereka percaya tentang apa yang mereka fikirkan, dan mahukan orang lain pun berpendapat yang sama seperti mereka. Ada kalanya pendapat mereka tidak diterima pakai, ada kalanya mereka dikritik hebat oleh sesetengah pembaca mengenai idea mereka tetapi mereka teruskan juga dengan pendapat mereka kerana mereka yakini itulah yang terbaik.


KENAPA MENGGUNAKAN BLOG SEBAGAI MEDIUM PENGANTARAAN?

Seorang yang ada idea, yang ada pendapat dan kritikan selalu saja mencari jalan bagaimana ingin mendedahkan kritikan dan pendapat mereka. Jika zaman dahulu, seseorang yang mempunyai pesanan atau nasihat berdiri di hadapan orang ramai dan menyampaikan nasihatnya maka pada zaman sekarang seseorang itu hanya perlu menggunakan medium Internet sebagai pengantaraan kepada orang umum. Menggantikan zaman "pentas" yang sedia ada.

Bukan semua orang boleh menjadi seorang blogger yang bagus. Kadang-kadang, mereka ini ada yang tidak sangat pun ingin memblogger Cuma apabila terlihat rakan-rakan atau sesiapa yang terkenal memblogging maka mereka pun teringin nak jadi terkenal. Maka mereka ini sanggup menulis benda yang mereka pun tak faham apa yang mereka tulis. Ada kalanya, sanggup pergi ke blog orang lain dan menciplak karangan orang untuk dipaparkan dalam blog mereka.

Ada juga, seseorang blogger itu hanya tahu memaparkan kisah hidupnya dalam bentuk blogging. Memberitahu kita bagaimana dia bercinta, tidur, makan, sekolah, mandi sampai dia berpeluk dengan kekasihnya pun di ceritakan. Orang seperti ini mereka selalu mengakui yang mereka ini seorang yang menjaga privacy, tetapi secara nyatanya mereka mendedahkan kehidupan mereka yang so-called privacy matters.

Ada sesetengah blogger yang memang tajam tulisannya, tajam kritikannya. Semua tulisannya terselit dengan patah-patah perkataan yang tak patut ditulis dalam karangannya. Mereka ini terlalu sensitif dalam kehidupan mereka dan tidak keterlaluan jika aku gelarkan mereka ini di kalangan yang terlalu taksub dengan apa yang mereka pegang sampai orang lain tidak boleh
membantah cakap mereka.

Apa pun bentuk personaliti seorang blogger yang terpenting adalah DIA, SEORANG BLOGGER adalah orang yang sememangnya mempunyai pendapat dalam bidangnya. Dan pandangannya mengenai apa yang berada di sekelilingnya. Itulah baru boleh digelar sebagai seorang blogger. Bukannya dengan memaparkan kisah hidupnya, atau menciplak artikel orang lain.

InsyaAllah, aku akan sambung pula di bahagian kedua. Selamat membaca :).

Jumaat, September 21, 2007

Apabila tiada sifat Kasih Sayang

Assalamualikum semua, adakah anda telah membaca post aku sebelum ini mengenai kejadian pembunuhan adik Nurin? Post kalau ini akan merungkaikan kenapa ianya berlaku.

Kejadian yang sebegitu rupa, bukanlah sesuatu fenomena baru dalam negara ini, malah ianya bukan fenomena yang luar biasa di luar negara. Sebab? Sifat manusia itu sendiri yang boleh berubah mengikut keadaan disekelilingnya. Apabila kita menyentuh mengenai sikap dan perilaku manusia, aku sering teringat apa yang sering diperkatakan oleh ustaz-ustaz dan ustazah mengenai nafsu manusia. Sikap berkait rapat dengan nafsu manusia. Dan apabila manusia gagal mengawal nafsu mereka, maka mereka juga gagal mengawal sikap negatif mereka.

Sikap negatif, atau sikap yang berkait-rapat dengan nafsu berlaku disebabkan keadaan yang mana manusia tidak mampu lagi mengawal nafsu mereka. Mereka menjadi begini kerana mereka tidak belajar cara bagaimana untuk mengwal nafsu mereka. Mereka hilang pertimbangan, seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batasan kemanusiaan. Diantara perkara yang boleh membawa kepada kegagalan mengawal nafsu adalah seperti :-

  1. Stress
  2. Mengambil arak / minuman keras
  3. Tamak
  4. Terlalu taksub
  5. Tidak memahami tanggungjawab
  6. Tidak dekat dengan Allah SWT (untuk agama lain, tidak dekat dengan tuhan)
Untuk post kali ini, aku nak ambil dua bahagian yang aku senaraikan yakni bahagian 5 dan 6 sebab sesuai dengan tajuk post aku kali ini. Bahagian tersebut aku rasa, mampu memberikan perspeksi umum kenapa Sifat Kasih Sayang masih tidak wujud dalam sesetengah hati manusia.

Setiap manusia yang dijadikan diatas muka bumi ini, memiliki tanggungjawab yang tersendiri. Mereka mempunyai skop tanggungjawab yang perlu dijaga untuk memastikan keamanan dan ketatasusilaan diantara ummah / manusia terjaga. Tanggungjawab manusia kalau disenaraikan, mungkin tidak cukup dengan satu post, mungkin perlukan beberapa post dengan beratus-ratus baris senarai. Salah satu tanggungjawab yang dipikul oleh manusia adalah Kasih Sayang sesama insan.

Menyebut perkataan Kasih Sayang, ianya bukan sekadar sayang dan bukan sekadar melafazkan cinta. Ianya mengikat hati manusia dengan hati manusia yang lainnya, mewujudkan suasana saling melindungi diantara satu sama yang lain. Kasih sayang terdiri diantara pelbagai cabang. Samada dalam bentuk sayang kepada kekasih, sayang kepada ibu-bapa, sayang kepada anak-anak, sayang kepada masyarakat dan sebagainya. Apabila ada segelintir manusia tidak memahami tanggungjawab kasih sayang terhadap diri mereka maka mereka akan melakukan perkara yang boleh melukakan perasaan manusia yang lain.

Bagaimana yang berlaku pada Allahyarhamah Adik Nurin apabila orang yang menculiknya tiada sifat Kasih Sayang. Sanggup merogol kanak-kanak tanpa sedikitpun rasa bersalah, atau lebih tepat tanpa sedikitpun perasaan belas kasihan melihat kanak-kanak tersebut meraung kesakitan. Menunjukkan yang sifat kasih sayang tidak wujud langsung dalam diri si penculik kerana dia melebihi nafsu binatangnya dari segalanya.

Kalaulah manusia memahami sifat kasih sayang maka tidak akan wujud penculikan dan rogol terhadap kanak-kanak. Tidak akan berlaku pengedaran dadah. Tidak akan berlaku kes-kes penceraian dan juga, tidak akan berlaku fonomena peperangan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah dengan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh perasaan kasih sayang tersebut.

Yang kedua dalam konteks nafsu manusia, seperti yang aku telah pilih adalah mereka yang tidak dekat dengan Allah SWT (atau tidak dekat dengan tuhan, bagi agama lain). Mereka ini amat mudah terpengaruh dengan hasutan Syaitan Laknaktullah. Sebab dalam diri mereka kurangnya pegangan dalam agama yang melarang mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang terkutuk. Iman mereka goyah, mereka hilang arah tuju apabila berlaku sedikit godaan/dugaan terhadap mereka. Mereka menghadapi godaan/dugaan yang berlaku dengan perasaan marah, dengan perasaan yang dikuasai oleh nafsu mereka seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batas kemanusiaan.

Kesimpulan daripada post aku kali ini, marilah kita bermuhasabah diri. Mantapkanlah diri kita untuk mengongkong nafsu kita dari terus bermaharajalela dalam hati dan diri kita. Supaya dapat kita serta masyarakat dapat mengelak kejadian-kejadian yang menyayat hati ini daripada berulang. InsyaAllah.

Selasa, November 28, 2006

Anda dan IDEA anda

Kalau semua manusia dalam dunia ini memiliki pemikiran yang sama, maka akan amanlah dunia

Berikut adalah kenyataan umum mengenai pemikiran menusia, dan ANDA merupakan salah satu daripadanya. Iaitu seseorang yang mempunyai pemikiran yang mungkin saman, mungkin berbeza dari orang lain.

Apa yang anda lakukan sekarang merupakan idea anda, keperluan anda serta motivasi dari apa yang berlaku disekeliling anda. Adakah anda tahu yang terdapat diantara rakan-rakan anda tidak menyetujui corak pemikiran anda? Apakah anda akan mempertahankan pemikiran anda atau mengajak rakan anda untuk berbincang mengenai pemikiran anda?

Pemikiran manusia merupakan satu anugerah tuhan yang amat bernilai. Pemikiran merupakan corak perkembangan teknologi sesuatu budaya dan juga, merupakan aset penting kepada manusia itu sendiri. Tanpa pemikiran, anda tidak boleh merancang dan meminda sesuatu pekerjaan dengan mudah dan efektif. Mahu tak mahu anda perlu meletakkan kesemua kos didalam satu pemikiran yang juga dikenali sebagai pemikiran wajar.

Anda memiliki pemikiran yang wajar, dan dari pimikiran tersebut anda telah mencipta satu idea. Tak kisahlah samada idea tersebut untuk sesiapa sahaja yang pasti itu adalah idea dari anda. Anda ingin aplikasikan idea berkenaan dalam dunia yang nyata dan masalahnya, terdapat segelintir manusia yang tidak boleh menerima idea anda. Bukan semua tapi segelintir.

Apa yang anda perlu lakukan untuk membolehkan orang menilai idea anda? Sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri :-
  1. Optimistik
  2. Berdaya-saing
  3. Maju kehadapan
  4. Praktikal dan Peka dengan suasana sekeling
  5. Yang penting, idea anda tidak menyusahkan orang lain
Maka anda boleh mengajak manusia berkenaan berdebat untuk memperjuangkan idea anda. Kerana idea anda adalah pemangkin kepada perubahan corak kemasyarakatan pada masa hadapan kelak. Idea yang mana akan membawa mereka kepada satu perubahan (sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri yang disebutkan).

Sekiranya anda hendak mengajak mereka berdebat, terdapat banyak jenis manusia yang boleh diajak tetapi pilihlah diantara mereka yang :-
  1. Memang berpengetahuan/faham terhadap idea anda
  2. Memiliki otak yang bernas dalam memberi sumbang-saran
  3. Mampu memberi cadangan/menolak cadangan idea anda dengan memberikan pendapat yang bernas
Mereka yang memiliki ciri-ciri begini selalunya tidak akan mengecewakan anda dalam pelbagai hal didalam perbincangan. Mereka ini produktif dan mampu memberikan sumbang-saran yang membolehkan anda membuat keputusan yang wajar untuk melaksanakan idea anda. Elakkan dari mengajak manusia dari ciri-ciri ini :-
  1. Faham dengan idea anda tapi buat-buat tak faham
  2. Tak tahu langsung tentang perkembangan teknologi yang berkait-rapat dengan idea anda
  3. Mengkritik anda sebelum anda menyuarakan pendapat anda
Mereka ini, amat mengecewakan, amat memalukan untuk diajak berdebat. Seperti kata orang tua-tua mereka inilah diantara orang yang suka memutar-belitkan pendapat. Berdebat dengan mereka samalah seperti berdebat dengan tunggul kayu...tidak ada apa-apa output yang bernas melainkan perbuatan sia-sia.

Jadi, apakah idea anda untuk diperbahaskan pada rakan-rakan anda?

~ahmades~