The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Khamis, September 27, 2007

Etika Memblog Part 4 : Layout untuk Blog v.2

Assalamualaikum Semua. Yeah, bertemu lagi kita di v.2 untuk bahagian ke-4. Untuk v.2 kali ini, aku akan masuk bahagian yang paling diminati, yakni bahagian perletakkan iklan (advertising) dalam blog anda semua.

Tak dinafikan, ada sesetengah blogger di samping menaip pelbagai artikel terdetik di hati mereka untuk meletakkan iklan di dalam blog mereka. Meletakkan iklan di dalam blog adalah tindakan bijak, tetapi kenalah kena dengan tempat letaknya itu. Jangan main letak sahaja iklan tersebut.

Benda yang paling tak beretika apabila seseorang blogger meletakkan iklan berkenaan betul-betul di tengah-tengah artikel. Itu tidak betul. Itu mengganggu orang yang membaca blog anda. Sehebat mana pun artikel anda apabila terdapat sesuatu yang mengganggu perhatian pembaca (contohnya IKLAN) maka ini akan menyebabkan pembaca menjadi boring untuk membaca blog anda. Tak perlu rujuk kepada mereka, bayangkan ANDA sendiri, tengah syok-syok membaca cerita tiba-tiba dipaksa untuk membaca iklan adakah anda rasa seronok? Begitu jualah dengan pembaca yang lain.

Bagaimanapun iklan itu diletakan di dalam blog anda, elakkan daripada meletakkannya di tengah-tengah artikel. Ini amat menyakitkan mata, seorang-olah anda memang menghasilkan blog untuk mendapatkan duit bukannya blog semata-mata kerana anda seorang yang kreatif. Kalau artikel anda kreatif mungkinlah boleh dimaafkan tetapi bagaimana kalau artikel anda hanya semata-mata sampah, atau disalin dari mana-aman sumber sememangnya ia akan menjadi mimpi ngeri bagi pembaca anda. Kemungkinan besar blog anda akan di akses HANYA SEKALI, bukan untuk kali yang berikutnya.

Kalau boleh, jangan masukkan iklan di dalam artikel anda. Pastikan artikel anda difokuskan tanpa sebarang iklan. Kalau anda nak meletakkan iklan pastikan yang iklan berkenaan diletakkan di luar kawasan artikel. Kalau nak contoh bagaimana, anda semua boleh merujuk blog aku ini. Lihat bagaimana susun-atur iklan dan artikel dalam blog aku ini. Aku meletakkan iklan di atas, bawah dan tepi artikel. Tidak di tengah-tengah artikel sebab aku nak pembaca aku memfokuskan kepada apa yang aku taip. Bukan pada iklan tersebut.

Sebagai seorang blogger, anda semua patut tahu yang anda menulis semata-mata nak memberitahu orang lain mengenai pendapat, cadangan, kritikan serta pelbagai lagi kepada pembaca anda. Itulah kerja/tanggungjawab sebagai seorang blogger. Jangan anda blog semata-mata nak buat duit! Kebanyakan yang memblog semata-mata duit mereka ini memang tak ada idea, atau idea yang banyak untuk menipu orang lain di dalam Internet.

OK, setakat ini sahaja artikel aku. Aku akan sambung lagi di bahagian ke-5 siri etika memblog. Stay Tuned...

Tiada ulasan: