The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Sabtu, September 29, 2007

Etika Memblog Part 5 v.2 : Penutup

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi kita di bahagian kelima v.2 siri artikel Etika Memblog.

Aku telah menghasilkan 5 siri dalam Etika Memblog, yang aku harap anda semua dapat manfaat daripadanya. Penghasilan siri ini amatlah rumit disebabkan aku ada banyak kerja lagi yang ingin dibuat. Alhamdulillah, akhirnya habis juga semua siri Etika Memblog karangan aku ini walaupun ada sesetengah di antaranya boleh dikatakan masih lagi tidak lengkap. Walau bagaimanapun, persoalan utama mengenai blogger dan idea telah pun diungkapkan dengan panjang lebar melalui siri ini.

Apa yang anda boleh manfaatkan dari semua siri ini? Mudah, anda boleh bertanya kepada diri anda sama ada anda adalah seorang blogger yang baik atau blogger yang haprak. Blogger yang baik adalah mereka yang sentiasa mempunyai komentar tersendiri terhadap isu semasa, tak kiralah apa jenis isu yang mereka nak komen. Tidak seperti blogger yang haprak yang suka copy-and-paste artikel orang lain ke dalam blog mereka, serta sangat suka menggunakan templat ala-ala blogthings.

Atmosfera blog di Malaysia mula menampakkan kehangatannya apabila banyak blog dihasilkan rakyat Malaysia. Blog-blog ini ada kalanya menarik perhatian aku, ada kalanya terlalu bodoh untuk dibaca. Tak tahulah sama ada blog aku ini terletak dalam kategori menarik perhatian atau terlalu bodoh untuk dibaca. Aku tak boleh mengadili blog sendiri, hanya pembaca aku sahaja yang boleh menilainya. Setakat dari tarikh hari ini aku mempunyai 4 orang pembaca tegar. Tak tahulah apa kata mereka di dalam blog ini melainkan mereka bermurah hati memberi komen di setiap artikel aku.

Akhir kata, jadilah anda semua blogger yang berjaya. Semoga artikel aku akan memberikan manfaat kepada sesiapa yang sudi membaca. Sekian.

Tiada ulasan: