The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Jumaat, Disember 15, 2006

Streamyx dan isu P2P

Sedia maklum, isu P2P dan Streamyx merupakan satu isu yang sungguh mendukacitakan aku. Kenapa aku berdukacita dengan isu nih? Sebab aku salah seorang pengguna Streamyx yang selalu jugak menggunakan P2P bagi proses pemindahan fail-fail dari Internet dan ke Internet.

Pertama sekali, kekecewaan aku bila dapat mengetahui yang Streamyx telah "menyekat" P2P dari berfungsi sepenuhnya. Apalah kegunaan Internet tanpa P2P nih? Satu soalan yang mana manager TMNet perlu jawab. Maksud menyekat disini, aku mula menyedari yang packet P2P yang melalui DNS Streamyx diberikan laluan "low-priority", dimana ada satu mesin khas untuk mengesan packet berkenaan dan memberikan laluan low-priority kepada data berkenaan, menjadikan penghantaran data P2P mudah "dropped" jika ada data yang "High-priority" lalau didalam talian DNS. Itu amatlah mendukacitakan aku sebagai seorang pelanggan Streamyx. Streamyx = Suck.

Tapi yang saya heran, bila packet tu datang dari local P2P (maksudnya, dari komputer dengan IP local, dari Malaysia) speed tak berubah. Adakah TMNet menyekat trafik P2P untuk rangkaian WAN luar dari Malaysia? Kenapa harus disekat?

Untuk pengetahuan manager TMNet, tak semua orang yang menggunakan Internet adalah berkemampuan dalam menyediakan server berdedikasi (dedicated server) untuk menyediakan kandungan multimedia untuk di download oleh pengguna lain. P2P adalah salah satu dari cara mereka mengagihkan kandungan berkenaan kepada pengguna lain dengan kos yang rendah dan efektif. Bayangkan wahai manager TMNet, bukan murah untuk kos menghosting, server, bandwith etc etc etc dalam memberikan kandungan multimedia kepada pengguna. Sebab itulah wujudnya P2P nih.

P2P wahai maneger TMNet, adalah salah satu kaedah dimana perkongsian dilakukan secara distributed. Dengan kewujudan kaedah distributed, proses downloading menjadi pantas kerana ada beberapa peer yang boleh membekalkan sedikit bandwith untuk membolehkan kandungan di download oleh user lain. Dan ianya teramat murah jika dibandingkan dengan mewujudkan satu server berdedikasi untuk menyediakan kandungan multmedia. Wahai Manager TMNet, syarikat awak tak apalah kerana memang kaya dan boleh membeli server 2 ~ 3 biji dengan mudah. Bagi non-profit organisation, hanya kaedah ini sahaja yang boleh menyediakan kandungan kepada pengguna dengan kos yang amat minimal (dah nama pon non-profit organisation).

P2P, ya menang saya akui memang ada banyak pengguna Streamyx yang asyik sangat mendownload sampai lupa diri yang bandwith yang digunakan bakal menggangu bandwith sedia ada. Tapi wahai manager TMNet, sedarkah anda benda ini merupakan salah satu kelemahan syarikat anda? Sepatutnya anda berusaha memantapkan bandwith BUKANNYA mengkomplen dengan mengeluarkan kenyataan tak beberapa best dengan menyalahkan user tersebut sahaja. Anda gagal menyediakan broadband yang mana TAK SAMA seperti apa yang anda iklankan. Berapa banyak WANG syarikat anda habis dibahagian pengiklanan berbanding bahagian teknikal bandwith wahai manager TMNet?

Apa yang anda tahu tentang kepentingan P2P? Banyak wahai manager TMNet, P2P nih berjaya mengurangkan kos hosting kandungan dengan men"distribute" fail-fail berkenaan untuk pengguna mendownload. Dibandingkan dengan :-

  1. Menyediakan server
  2. Menyediakan talian bandwith untuk server
  3. Locate server kat datacenter

Semua itu KOS wahai manager TMNet, syarikat awak sedia maklum memang kaya-raya. Tapi untuk non-profit organisation bagaimana? Organisasi yang menyediakan kandungan tanpa mengenakan sebarang bayaran untuk pengguna bagaimana mereka nak membayar kos sebegini? Mereka bukan seperti syarikat awak, menyediakan perkhidmatan TM filtering pun awak kenakan bayaran. Itu baru value-added-service bagi produk Streamyx awak, tak termasuk produk multimedia yang lain yang mana banyak sungguh hidden charge.

Biar saya beritahu awak wahai manager TMNet, sekiranya ada service ISP yang lebih baik di Malaysia ini, saya pasti akan ramai pelanggan awak yang cabut lari disebabkan "hebatnya" servis ISP yang dibekalkan oleh awak. Awak tak memberikan yang terbaik, seperti mana yang awak war-warkan dalam iklan awak di media cetak dan elektronik.

Saya rasanya, sudah sampai masanya Kerajaan mempertimbangkan untuk memberi lesen ISP yang setaras dengan lesen ISP awak. Jika awak ada "musuh" semestinya awak akan memberika yang terbaik untuk pelanggan awak supaya tak lari dari sayrikat awak. Tak begitu?

Sungguh Heran

~ahmades~

1 ulasan:

naturestar37 berkata...

Sewa talian mahal

yuran bulanan mahal

sekat macam-macam,

nak untung banyak,

iklan bukan main bagus,

connection selalu problem...

tension...

bila nak ada syarikat lain ni.