The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Rabu, Disember 13, 2006

Blog Layout....TOO SIMPLE

Ada orang email kepada aku, cakap yang blog aku ini terlalu simple dan tak sesuai dengan aku nih. Kiranya agak pedaslah komen dia mengenai blog aku nih yang puratanya komplen pasal layout (berani dia komplen pasal ISI, kang aku lesiiiiinggg kanggg).

Well, sebenarnya bukan aku tanak design blog aku nih lawa-lawa wahai cik adik, abang. Satu benda yang menjadi tidak menarik jika blog korang design PERGHHH.... tak ingat punya design, punya lawa TAPI ISI hempeh.... >_<. Aku tanak yang tu. Aku sebenarnya tak ada masa nak design layout aku nih (aku ada masa sebenarnya, aku segan jer.... :P ) lawa-lawa yang memenuhi kritiria pemandagan korang. Apa yang aku harap adalah korang bila masuk blog aku nih BUKAN membaca LAYOUT (yelah.. korang suka baca "layout" dari isi blog) tetapi membaca isi-isi penting dalam blog aku nih.

Blog nih, aku tulis khas untuk sesiapa yang rasanya mahu berfalsafah tetapi tak ada idea, nahhh...bacalah blog aku surely korang mesti ada idea punyalah lepasnih (tak mungkin...). Apa dalam blog nih adalah idea falsafah aku aja dalam kehidupan dengan macam-macam ada nih. Dunia nih tak lengkap kalau tak ada macam-macam isu-isu penting kan kan kan?

Lepasnih aku harap, jaganlah korang komen mengenai layout atau bentuk persembahan blog aku nih. Ada benda prioriti dia tinggi dan ada benda prioriti dia rendah. Aku, untuk layout ini aku bagi prioriti rendah sebab? Kita nak baca isi kandungan sesuatu blog, bukannya nak tenung, tilik, komen layout blog tersebut.... Am I Right?

Tiada ulasan: