The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Isnin, Disember 18, 2006

Teka-Teki Merapu

Hari ini, aku ingin bertanya teka-teka ini dan korang perlu menjawabnya dengan betul :-


  1. Dua ekor cicak saling berlawanan, kiranya sapa jatuh dia yang kalah. Seekor cicak telah terjatuh dan kalah dalam perlawanan ini. Tapi kenapa cicak yang menang ini jatuh sekali?

  2. Ada seekor lipan dengan memiliki 100 pasang kaki sedang berjalan, tetapi apabila tiba di satu simpang kiri kaki di bahagian kirinya hanya tinggal 99, ke manakah hilangnya 1 lagi kaki tersebut?

  3. Ada seekor haiwan yang mirip macam lembu dan kecil daripada lembu, seluruh badannya menyerupai lembu tetapi tak dipanggil lembu. Ia dipanggil apa?

  4. Ada sebatang titi di satu laluan sungai, ada tiga ekor gajah melaluinya tiba-tiba titi tersebut patah. Gajah pertama patah kaki, gajah kedua patah tangan, gajah ketiga patah apa?

  5. Berikan tiga cara untuk memasukkan gajah ke dalam peti sejuk

  6. Binatang apa yang kecil dari semut tetapi berpeluh?

  7. Seekor kucing sedang berlumba dengan seekor tikus, apabila kucing tiba garisan penamat ia terus menoleh belakang, kenapa kucing berkenaan toleh ke belakang?

  8. Berikan empat cara untuk memasukkan zirafah ke dalam peti sejuk

  9. Ada dua orang perenang yang handal, satu hari mereka memulakan satu pertandingan renang. Perenang pertama berkata “Laut ini dalam”, perenang kedua pula menyahut “Laut ini tak dalam sebenarnya”. Kenapa perenang kedua berkata demikian?

  10. Berapa kedalaman laut selat melaka?

  11. Kenapa anak babi berjalan dengan tengkuk tertunduk?

  12. Ada satu perhimpunan yang dianjurkan oleh tarzan, hanya ada seekor haiwan sahaja yang tidak hadir. Apakah haiwan itu?

  13. Seekor lipan tidak hadir ke jamuan makan. Seekor merak di utuskan untuk memanggilnya tetapi apabila pergi merak berkenaan tak balik-balik. Begitu juga dengan semut, burung murai dan tupai. Apakah yang terjadi sebenarnya?


Okeh kot teka-teki aku nih. Klu untuk korang menjawabnya adalah setkan otak korang dalam mode gila sebelum menjawab. Sekian wahahahaha...


P/S: Jawapan aku bagi kemudian.. :P

3 ulasan:

Iyas berkata...

wah.. panjang sangat da..

1-
2- 1 lagi kaki bagi signal nak belok
3-
4- patah balik
5- a)buka pintu b)masukkan gajah c)tutup pintu
6- anak semut yang berpeluh
7- sebab dia tak toleh ke DEPAN
8- a)buka pintu b)keluarkan gajah c)bawa masuk zirafah d)tutup pintu
9-
10-
11- dia malu mak dia babi.
12-
13-

Ahmades berkata...

6 tak dijawab, 6 betul dan 1 salah wahahahaah.... cuba lagi :P

Tanpa Nama berkata...

12-zirafah la tak pegi sebab dok dalam peti sejuk.
13-semua binatang tu pergi perhimpunan Tarzan.