The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Sabtu, Disember 16, 2006

RATING dalam web review

Ok, macam biasa aku akan bagi rating bagi setiap laman web yang aku review. Rating adalah berdasarkan pemberatan berikut :-

** 1 = SUX!, 2 = Urghhh , 3 = Ok aja... , 4 = Cambest! , 5 = Memang Best!!

  1. Antara - Muka : 1 ~ 5
  2. Kandungan : 1~ 5
  3. Fungsi Carian : 1 ~ 5
  4. Pengorganisasian Forum : 1 ~ 5 (jika ada forum)
  5. Maklumat Am mengenai laman web : 1 ~ 5

Ini adalah keterangan mengenai kelima-lima syarat yang diberikan :-

Antara - Muka

Benda yang meliputi Interface, Grafik, Susunan Buttom / Link Penting, Navigation serta aspek dalam ramah pengguna yang lain

Kandungan

Kandungan yang ingin disampaikan oleh laman web berkenaan serta informasi-informasi berguna untuk pengguna lainnya.

Fungsi Carian

PALING PENTING!!!! Benda ini amat perlu kerana ianya dapat memendekkan masa pengguna mencari info dalam laman web anda

Pengorganisasian Forum

Bagaimana forum anda dikelaskan? Benda ini amat praktikal kerana ianya perlu diuruskan dengan teliti untuk mengelakkan pengguna tersalah masuk ruang (tersalah reply..etc etc etc) disebabkan forum yang salah pengkelasan.

Adakah nama pengkelasan sesuai? Kadang-kadang sesetengah pengguna tersebut pening disebabkan ada dua ~ tiga nama bahagian yang macam serupa fungsinya.

Maklumat Am mengenai laman web

Sejarah lama web, pengenalan ringkas staf, contact us dal lain-lain infomasi AM mengenai laman web anda.

Sekian dari ahmades

Tiada ulasan: