The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Khamis, Jun 19, 2008

Islam Hadhari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog aku.

Menghairankan!

Aku terbaca satu artikel surat Malaysiakini : Jamin Hak Penganut Islam Hadhari. Artikel hasil tulisan (atau, taipan) saudara Adib Zalkapli sangat kreatif untuk dibaca oleh semua orang. Nampaknya, Islam Hadhari telah manjadi salah satu cabang Islam yang terbaru selepas cabang Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah dan cabang Shiah.

Apa yang saya hairankan adalah kenapa dengan selambanya saudara Adib Zalkapli meminta Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil sikap berkecuali untuk membenarkan amalan....eh..silap, Penganut Islam Hadhari terus diamalkan di negeri pemerintahan mereka.

Amat menghairankan, sila baca petikan dari artikel berikut:

Selama bertahun-tahun, umat Islam yang memilih untuk mengikuti cabang-cabang Islam yang “berbeza” sering berhadapan dengan masalah undang-undang akibat perbezaan pegangan mereka dengan kehendak kerajaan. - artikel Adib Zalkapli

Oh, selama ini ajaran Islam hanya berpusatkan kepada fikiran kerajaan, bukan berpusat kepada Al-Quran dan Sunnah? Kalau kerajaan dipimpin oleh Dr. Mahathir, maka kita kena ikut ajaran bercorakan "Islam Mahathirisme". Kalau dipimpin oleh Pak Lah, maka ajaran "Islam Hadhari" pula yang patut dituruti. Kalau ditakdirkan Allah SWT Malaysia diperintah oleh Anwar Ibrahim maka ajaran yang bagaimana pula yang harus dibentuk untuk menyesuaikan keadaan kerajaan berkenaan?

Rasulullah SAW sebelum baginda wafat, telah mengamanahkan kepada kita dua perkara yakni Al-Quran dan As-Sunnah yang mana kalau kita mengikutinya maka kita tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Rasulullah SAW juga memberitahu kita dalam hadis sahih bahawasanya Ulama-Ulama itu adalah penyambung perjuangan Rasul. Makanya, golongan yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah merupakan golongan yang dikenali sebagai Ahli-Sunnah.

Ulama adalah penyambung perjuangan Rasul. Oleh kerana terdapat ramai Ulama, maka tidak dapat diambil setiap perkataan dari Ulama berkenaan untuk menjadi rujukan kerana akan terdapat banyak pendapat disebabkan terdapat ramai Ulama. Oleh yang demikian, dianjurkan kepada Ulama-Ulama supaya duduk semeja berdebat mencari penyelesaian kepada masalah-masalah agama yang timbul selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka ini dikenali sebagai Ahlul-Jamaah.

Ulama-ulama yang mengikuti 100% ajaran bawaan Rasulullah SAW dan berdebat sesama mereka bagi mencari penyelesaian untuk setiap permasalahan agama dikenali sebagai Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah. Ajaran Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah adalah dituntut oleh Rasulullah SAW untuk diikuti oleh sekalian umat yang menganut agama Islam. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW sendiri:

“Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah-belah menjadi 72 golongan, dan bahawa umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 daripadanya akan ke neraka. Dan satu golongan di dalam al-Jannah (Syurga), mereka itu adalah al-Jama’ah.(Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4597), ad-Darimi (2/241), Ahmad (4/102), dan juga al-Hakim (1/128), al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah (XVIII), Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah (2/10812, 119/1), al-Laalika’i di dalam Syarhus Sunnah (1/23/1). Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, no. 203 & 204 - (1/404)) - Sumber diambil dari Manhaj Aqeeda.

Al-Jama'ah, yang ditandakan dengan warna biru membawa maksud Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah, mereka yang berpengang dengan pendirian Islam bertiangkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Bagi mereka, setiap permasalahan berkenaan Islam perlu diselesaikan secara perbincangan dan bermuafakatan bersepadu umat-umat Islam yang berpengetahuan tinggi mengenai bidang-bidang cabang ilmu agama Islam.

Itulah hakikat Islam yang dididik oleh Rasulullah SAW supaya umatnya sentiasa bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah berbangkit, tidak kiralah apa jenis masalah sekalipun. Itulah yang dibawa oleh Islam aliran Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah.

Apa pula jenis bawaan Islam Hadhari? Sebagai satu cabang Islam baru yang dibentuk oleh seorang ahli politik sebagai Islam menuju ketamadunan? Islam, dari dahulu semasa zaman Rasulullah SAW lagi sudahpun membentuk ketamadunan masyarakat yang bersatu-padu membentuk negara Madinah. Melalui didikan Islam jualah lahirnya cediakawan-cediakawan Islam yang tersohor, yang mana hasil penemuan mereka membawa perubahan konsep ketamadunan dunia pada hari ini.

Lihat sahaja kehebatan kerajaan-kerajaan Islam yang terdapat pada masa dahulu. Mereka membuktikan fahaman Islam bawaan Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah yang dipegang oleh mereka mendorong mereka untuk berusaha memahami alam ciptaan Allah SWT. Usaha-usaha mereka membuktikan kemajuan hanya boleh dicapai sekiranya manusia berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah.

Jadi patutkan kita menggunakan ungkapan "Islam Hadhari" sedangkan Islam itu adalah satu perkataan dan satu perilaku yang "manik" dan "jamik" (lengkap dan sempurna)? Kenapa perlu mewujudkan satu cabang Islam yang lain kalau cabang Islam yang sedia ada gagal diteroka dengan sepenuhnya?

Malah, penulis artikel berkenaan juga menekankan agar Kerajaan Pakatan Rakyat berkecuali dan membenarkan ajaran Islam Hadhari diamalkan. Apakah gaya Islam bawaan Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah belum cukup sempurna untuk diamalkan? Atau Malaysia ingin dibawa oleh Dato' Seri Abdullah menuju ke konsep negara Sekular yang sama gaya dengan pemerintahan Turkey?

Islam itu, menjadi sempurna sekiranya amalan yang dituntut oleh Islam diamalkan oleh pengikutnya. Tetapi, sekiranya pengikut Islam itu sendiri membiarkan ajaran Islam dilalaikan makanya Islam itu tidak akan menjadi sempurna. Apabila itu berlaku, masalah sosial, kebajikan, keharmonian, keadilan dan keperibadian diri akan mula bertapak didalam hati. Hasilnya, berlakulah banyak masalah seperti seks bebas, kerajaan tidak adil, makan rasuah, yang bodoh nak jadi ulama dan sebagainya.

Tak perlu nak memberikan kosmetik kepada Islam untuk menampakan "kemachoan" dan "kealiman" seorang pemimpin yang terang-terang cetek tentang pengetahuan Islam. Islam menyuruh pemerintah supaya membantu rakyat, tetapi sebaliknya pula yang berlaku di Malaysia. Adakah itu konsep "Islam Hadhari"?

Setakat ini sahaja taipan aku kali ini. Harap semua pembaca blog aku boleh faham tentang post aku kali ini.

5 ulasan:

Adam Trade berkata...

salam saudara ahmades - teman sangat kagum dengan gaya penulisan saudara. Artikel yang baik dan seharusnnya perlu dikhalayakkan. Mohon izin untuk mengambil artikel ini untuk disiarkan di blog teman. Maaf kerana terpaksa ambil dahulu, kerana artikel yang baik perlu di segerakan untuk paparan . Salam perjuangan.

Ahmades berkata...

Saya benarkan. :)

reek berkata...

I was right all along:

PAS is double faced! It wants a Taliban styled Islamic state, in a dynamically multicultural Malaysia! Pathetic!

PAS extremists want to be primitive Taliban power maniacs enforcer; go ahead. But move to Taliban land or Saudi Arabia!

Tony Pua and Ronnie Liu is right on - DAP and PKR better not betray liberal or ex-Muslims!

Thank God; I am saved from this Taliban evilness!

vesewe berkata...

This is nonsense la. Malaysia is doing nonsense as usual. It is a nonsense country now.

ruyom berkata...

Some real news update:

Foreign investment has also seen a big dip this year, with foreign direct investment for the first five months stood at RM4.2 billion compared to RM46 billion in 2008.

Yet here are the responses:

(1) BN vows to keep the ISA but not our constitutional rights to compulsory fair trial and individual freedom to assembly and speak out

(2) DPM supports Utusan articles on race stirring and uprising

(3) Flip flop on education policy

(4) IGP Musa uncertain about future but Malaysians are feeling safe in Malaysia?

(5) 21st century global challenge but 19th century government = a laughing stock, brain drain, backwardness……….