The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Jumaat, Jun 13, 2008

Media Saka Bangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku. Nampaknya, kali ini Pemuda UMNO telah melancarkan blog mereka yakni Media Saka Bangsa untuk menerima kritikan secara terus daripada orang-ramai yang ingin menegur mereka. Itu adalah satu usaha yang baik daripada sayap kanan UMNO yang sekarang ini, kelihatan mempunyai sikap yang mula ingin mendengar teguran-teguran daripada sepelusuk rakyat Malaysia (dan terutamanya kutukan dari para blogger, al-maklum sajalah usaha-usaha blogger banyak menyumbang kepada kejatuhan BN pada PRU-12).

Apa yang aku ingin komen berkenaan dengan blog ini adalah, pertama sekali adalah nama domain blog itu sendiri. Itu secara terang-terangan menunjukkan yang mereka ini benar-benar buta IT yang tidak boleh menjenamakan sendiri blog mereka. Adakah patut bagi salah sebuah sayap UMNO, yang memiliki badan perhubungannya sendiri masih menggunakan sub-domain blogspot? Sebagai salah sebuah media yang menyampaikan maklumat, sepatutnya mereka peka tentang penjenamaan blog mereka (walaupun kita tahu, mereka menggunakan khidmat blogspot) dan menggunakan nama domain khusus untuk blog mereka. Contoh terbaik adalah blog Tun Dr. M sendiri yang menggunakan nama domain www.chedet.com. Nama domain adalah lambang kreabiliti bagi mana-mana organisasi kerana nama domain memudahkan orang untuk mengingati laman berkenaan serta imej kumpulan media berkenaan untuk nampak gah di persada blog-sphere.

Yang kedua, perkara yang paling aku tidak puas hati adalah berkenaan dengan penggunaan features "Comment Moderating" di dalam blog Media puSaka Bangsa. Sebagai salah badan yang ingin rasa "menyesal" dan ingin menerima pendapat orang ramai sepatutnya features ini harus dimansuhkan serta-merta supaya komen-komen yang "pedas" dan "berbisa" dari sesetengah pengkomen dapat dipaparkan tanpa sebarang tapisan. Barulah pembaca blog mereka tahu banyak mana "puak bangsa" yang marah kepada mereka, banyak mana "puak bangsa" yang ingin menegur mereka serta "puak bangsa" yang sememangnya menyokong mereka.

Pembaca aku tidak tahu features "Comment Moderating"? Ia adalah kelebihan khas yang disediakan oleh blogger.com untuk membolehkan penulis blog menapis komen-komen yang diterima sebelum dipaparkan dalam ruangan komen pembaca. Sebagai seorang penulis blog, anda sepatutnya tahu etika anda supaya membenarkan semua jenis komen boleh masuk dan dipaparkan kepada pembaca lain. Dengan ini, anda boleh mengetahui sejauh mana penulisan anda diterima pakai oleh pembaca blog anda. Sekiranya kita menulis blog, kita tidak boleh merasa syok sendiri dengan apa yang kita tulis tanpa menerima feedback dari pembaca kita.

Begitu jualah dengan blog Media puSaka Bangsa, mereka sepatutnya tidak boleh merasa syok sendiri dengan blog mereka dengan cara menapis komentar orang lain untuk dipaparkan didalam ruangan komen pembaca. Anda sepatutnya menulis blog bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk mendapat feedback dan memberikan peluang kepada pembaca blog anda menilai keupayaan anda serta keupayaan oragnisasi anda dalam menyampaikan maklumat memalui komen-komen yang pembaca anda boleh baca di ruangan komen.

Ianya samalah seperti pihak anda yang memasang cybertroop untuk menyerang ruangan komen bloggers pembangkang dan bloggers bebas dengan kata-kata memedihkan. Sekurang-kurangnya itu adalah cybertroop, mereka yang memang bodoh dalam komentar yang menghujahkan caci-maki dalam setiap komentar mereka.

Berkenaan nama "Saka" yang banyak dikritik oleh bloggers, aku tak rasa itu adalah satu masalah besar. Letak pi lahh nama apa pun, walaupun nama Lintah Bangsa sekalipun kalau isi blognya macam hampras maka hampas jualah blog itu. Tak berfaedah untuk dibaca.

Kalau aku nak komen berkenaan dengan isi kandungan blog berkenaan, aku rasa tak perlulah aku komen kerana tipikal blog oragnisasi politik, segala tulisannya lebih memihak kepada organisasi berkenaan. Walau bagaimanapun, aku mengkagumi blog ini kerana berani membidas kepimpinan Pak Lah walaupun dengan cara tulisan yang paling senyap (paling senyap bererti, penggunakan kosa kata yang merujuk "oraganisasi", bukannya merujuk kepada "individu") melalui tulisan Minyak. Bagi lain-lain artikel, aku rasa biasalah, politik.

Itu sahaja komen aku, sekiranya saketeriat membaca blog aku maka dialu-alukan untuk mengambil tindakan seperti yang aku cadangkan. Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: