The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Khamis, Jun 05, 2008

Harga Minyak lambang Kebijaksanaan PM

Assalamualaikum kepada pembaca blog aku, hari ini, setelah lama aku tak up-to-date blog aku dengan cerita-cerita terkini, aku membawakan kepada anda semua coretan aku berkenaan keadaan ekonomi Malaysia yang "memaksa" kita untuk menaikkan harga minyak. Kenaikkan harga yang memaksa aku untuk menulis sesuatu mengenainya.

Kenaikkan harga yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan kenaikkan yang paling kritikal yang pernah berlaku pada sejarah 5 Perdana Menteri. Ini menyaksikan kenaikkan yang mendadak, memaksa rakyat untuk "berjimat-cermat" dalam keadaan ekonomi yang "daif" dengan kenaikkan pelbagai harga barangan. Kenaikkan harga minyak merupakan de-factor kepada kenaikkan harga komoditi dan perkhidmatan lain kerana sangkut-paut minyak didalam proses perlaksanaan perniagaan secara keseluruhannya.

Harga pasaran Minyak Dunia yang diwar-warkan sebanyak $138.00 Se-ton bukanlah melambangkan harga sebenar minyak yang digali di Malaysia. Ianya adalah harga bagi minyak yang digali di padang pasir di Arab Saudi, Abu Dhabi, dan di tanah Arab. Harga minyak yang di gali di perairan Malaysia jauh lebih mahal daripada harga yang dinyatakan tetapi tidak diberitahu oleh kerajaan Malaysia kepada kita. Kenapa minyak Malaysia mahal? Kerana peratusan kandungan plumbum dalam minyak Malaysia jauh lebih rendah berbanding minyak yang terdapat di negara lain.

Anda pernah menyaksikan Formula-1? Petrol yang digunakan oleh kereta formula-1 adalah bersal dari minyak yang digali dari perairan kita. Minyak terbaik untuk prestasi engin formula-1. Bila minyak perairan Malaysia yang jauh mahal daripada harga pasaran minyak Arab sepatutnya Kerajaan Malaysia boleh membuat timbal balik jualan keuntungan kepada kegunaan minyak harian di jalanraya Malaysia. Siapa yang menentukan harga pasaran? Sudah tentu penjual dan perdangan minyak seperti Esso, Mobil, Shell, Exxon, ARAMCO serta pelbagai lagi syarikat minyak di dunia. Harga pasaran akan meningkat sekiranya belaku permintaan yang tinggi untuk penggunaan sesuatu produk.

Amerika Syarikat menyerang Afganistan dan Iraq, semestinya memerlukan minyak untuk operasi jet-jet perjuangnya serta alatan mobilize untuk pergerakkan kenderaan tentera menyerang negara berkenaan. Sudah menjadi lumrah kapitalis perniaga Amerika Syarikat, sudah tentu mereka menaikkan harga minyak supaya kerajaan Amerika membayar mereka lebih kerana keperluan minyak kerajaan AS yang tinggi untuk kegunaan tentera.

Adakah pembaca aku paham dengan dasar kapitalis? Ianya adalah dasar yang menrujuk kepada penjual yang rakus dalam memperolehi keuntungan tanpa risau dengan keadaan orang di sekelilinganya. Mereka tidak peduli akan nasib orang miskin, mereka tidak menghiraukan sesiapa yang merana kerana perbuatan menaikkan harga barang kerana bagi mereka "money is everything, people are nothing". Dan banyak kapitalis yang menguasai dasar ekonomi AS. Kebanykkan peratus syarikat minyak didunia datangnya dari AS dan aku tidak heran kalau harag minyak boleh melambung tinggi kerana perbuatan mereka-mereka ini yang rakus dalam mengejar keuntungan.

Syarikat mereka melombong minyak di negara asing dengan harga yang rendah, kemudian menjualkannya pula kepada pengguna dunia dengan harga yang tinggi melampau-lampau sehingga tak masuk akal. Adakah harga $138 se-ton merupakan harga jualan minyak bagi sesebuah negara kepada syarikat minyak ATAU sememangnya harga yang diletakkan oleh Syarikat Minyak kepada pengguna kenderaan awam selepas memperolehinya dengan murah di negara pengeluar minyak berkenaan?

Adakah Kerajaan Malaysia menjual minyak mentah kepada Petronas? Tidak, kerana bayaran balik Petronas kepada Kerajaan Malaysia adalah secara peratusan royalti keuntungan, bukan secara per se-ton minyak mentah. Dalam erti kata lain, keuntungan minyak mentah Malaysia diperolehi oleh Petronas secara profit-sharing dengan Kerajaan Malaysia. Jadi bagaimanakah yang dikatakan dengan kenaikkan harga minyak mentah boleh mempengaruhi Malaysia sedangkan kenaikkan ini menguntungkan Petronas dan Kerajaan Malaysia secara total?

Keadaan kenaikkan sebegini berlaku disebabkan Petronas dan Kerajaan Malaysia yang mementingkan keuntungan jualan minyak di luar Malaysia. Minyak yang dilombong di perairan Malaysia, yang berkualiti tinggi dan mahal, dijual di negara luar sedangkan minyak yang digunakan di jalan-raya Malaysia adalah berasal dari lombong tanah Arab yang mana minyaknya berkualiti rendah dan murah (yang sebenarnya berharga $138.00 se-ton). Satu ton minyak kita yang berupaya ditukarkan dengan 4-5 ton minyak dari tanah Arab (negara luar) yang sepatutnya membantu untuk menangani krisis kenaikkan harga, tetapi ini tidak membantu langsung.

Kerajaan Malaysia menwar-warkan harga minyak yang berharga $138.00 se-ton, tetapi tidak pula menyatakan secara spesifik harga bagi se-ton minyak yang dilombong dari perairan Malaysia. Adakah harga $138.00 se-ton itu melambangkan harga minyak perairan Malaysia yang dikatakan berkualiti tinggi? Kalau jawapanya ya, maka tak perlu Kerajaan Malaysia susah-susah menubuhkan Petronas bagi mengurus dan memasarkan aset minyak negara kerana ianya tidak membantu langsung untuk ekonomi rakyat. Lebih baik Kerajaan Malaysia membuka tender perlombongan kepada syarikat minyak asing dan memugut royalti minyak daripada mereka. Mereka semestinya menjual minyak kepada rakyat Malaysia dengan kadar yang murah kerana ingin mendapat menolakkan cukai daripada Kerajaan, ataupun, letakkan saja syarat untuk mereka supaya menjual minyak dengan kadar yang murah untuk rakyat Malaysia. Kerana untung lebih mereka datang daripada hasil penjualan minyak kepada rakyat negara bukan pengeluar minyak.

Aku hairan, bagaimana sesuatu yang berkualiti dijual dengan harga yang sama dengan harga minyak yang tidak berkualiti. Sepatutnya ianya dijual lebih mahal, dan keuntungan itu pula disalurkan untuk pembelian minyak berkualiti rendah kepada rakyat Malaysia. Kalau negara kapitalis yang memiliki syarikat dasar kapitalis boleh menaikkan harga minyak sesuka hati kenapa pula Petronas gagal untuk menaikkan harga se-ton minyak perairan Malaysia? Aku menyatakan GAGAL kerana tak nampakpun sekelumit keuntungan Petronas yang boleh membantu rakyat Malaysia.

Ini menghairankan, dan kalau se-ton minyak dari perairan Malaysia yang begitu berkualiti tinggi masakan ianya tidak dapat ditukarkan kepada 4-5 ton minyak kurang berkualiti dan kemudiannya dijual Petronas pada harga yang rendah bagi ton minyak berkenaan? Takut Petronas dan Kerajaan Malaysia kerugian? Kenapa patut RUGI sedangkan minyak itu dilombong bukannya dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan mentah yang lain? Perlombongan memang memerlukan kos dan semestinya, harga minyak se-ton telah ditambah dengan kos-kos penggalian dan pengurusan berkenaan sebelum menjadi harga $138.00 se-ton.

Dan Kerajaan Malaysia tidak akan rugi. Sebab yang paling kukuh adalah Kerajaan Malaysia masih mempunyai pendapatan hasil cukai kenderaan, cukai jalan, cukai syarikat konsesi tol, bayaran tol, AP kenderaan dan pelbagai lagi cukai yang melibatkan penggunaan kenderaan di Malaysia. Kita bandingkan Thailand bila menyebut harga minyak tetapi tidak membandingkan Thailand bila kita menyebut cukai kenderaan, cukai jalan, cukai syarikat konsesi tol, bayaran tol, AP kenderaan dan pelbagai lagi kerana negara berkenaan tidak mempunyai benda-benda sebegini. Mereka tahu minyak pun sudah membebankan, tak perlu bebankan lagi dengan benda-benda lain yang menyusahkan rakyat.

Bila sebut bab kenaikan minyak, penuhlah di dada-dada media perdana yang menyebut "kebijaksanaan" Perdana Menteri dalam menangani krisis kenaikan harga minyak. Kemudian kita hanyut dengan kenyataan menteri-menteri yang menyatakan Kerajaan sudah tidak mampu menanggu lebih subsidi bagi menampung kenaikan harga minyak. Kenapa perlu ada "subsidi" bagi Minyak Mentah yang dikeluarkan sendiri dari perut bumi Malaysia? Sepatutnya minyak tersebut adalah hak rakyat Malaysia, bukannya hak Petronas mahupun Kerajaan Malaysia dan rakyat membeli minyak berkenaan supaya untung jualanya dapat digunakan oleh Kerajaan untuk membangunkan lagi Malaysia.

Kalau dah tak mampu sangat untuk menampung "subsidi", Perdana Menteri boleh mengeluarkan arahan atas nama Kerajaan Malaysia supaya minyak hasilbumi Malaysia yang dilombong oleh Petronas, Exxonmobil, Caltex, Shell dan syarikat minyak lain supaya memperdagangkan secara terhad Minyak Mentah Malaysia kepada pasaran luar, dan menjual keseluruhan minyak berkenaan di dalam pasaran Malaysia. Masih dapat untung dan pada masa yang sama harga minyak akan menjadi murah. Dapatkan nasihat daripada Kerajaan Brunei bagaimana untuk menguruskan Minyak Mentah bagi kegunaan rakyat. Ini tidak, kira nak ikut contoh Thailand. Kenapa tak nak ikut contoh Thailand dalam perlaksanaan cukai dan AP kenderaan?

Banyak-banyak negara di Asia Tenggara, Malaysia tidak pula dibandingkan dengan Brunei kalau menyebut harga minyak. Kenapa? Inilah menunjukkan bahawa bijaknya Perdana Menteri kita dalam memberitahu kita tentang kenaikan harga minyak, supaya masyarakat dapat berfikir seperti ,"Hurmmm, tak apalah, kat Siam dengan Singapore lagi tinggi harga minyak" dan tidak berfikir panjang yang sepatutnya kita boleh mendapat harga murah (tak la murah sangat, tapi ada untung untuk kerajaan juga) kerana kita adalah rakyat bagi negara pengeluar minyak. Seperti rakyat Brunei yang senang-lenang menikmati bahanapi dengan kos yang berpatutan.

Aduh sengsaranya, bilalah Dato Seri Anwar Ibrahim nih naik kalih (tukar) Kerajaan BN ke Kerajaan Pakatan Rakyat?

P/S: Aku telefon YAB Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena. Beliau pun merah dengan kejadian ini. Mahfuz Omar menyatakan yang beliau hairan dengan tindakan Dato Seri Abdullah yang mengumumkan kenaikan harga minyak yang sepatutnya siap penstrukturanya pada Ogos nanti. Nak buat camna YAB, anda sajalah peluang kami untuk suarakan bantahan ini di dalam Parlimen.

UPDATED:

Dihantar oleh salah seorang rakan YM aku, chacha_fossil, yang menyenaraikan harga minyak semasa bagi negara pengeluar minyak:-

UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre

MALAYSIA - RM2.70/litre!

mampuihhh.....

2 ulasan:

azuan berkata...

member aku fru cakap kalau buat rusuhan tu boleh buat minyak turun balik jadi rm 1.50, buat la dia duduk tepi je taknak ketuk diorang dengan cota. ohkohkohkohkohko

Ahmades berkata...

"Bertimbang rasa" jugak member hang tu...hohkohkohk