The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Memaparkan catatan dengan label Masalah Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah Diri. Papar semua catatan

Isnin, November 15, 2010

Pertama Kali Menggunakan Windows Live Writers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini, aku marasakan untuk aku memulakan blogging aku setelah sekian lama aku berehat disebabkan kerja-kerja yang menjauhkan aku daripada komputer aku. Dan sekarang ini, aku mula merenggangkan diri aku dengan komputer dan mendekatkan diriku dengan lapotop. Sungguh Mobile!.

Jadi, aku akan mula memblogging dengan serius dengan pelbagai isu yang aku rasakan perlu diutarakan.

Sekian sahaja. Aku mencanangkan pada hari ini adalah hari dimana aku kembali ke arena blog setelah berehat sekian lama. Nantikan tulisan pedihku ini dan bersedia menerima pencerahan mengugat pemikiran anda dengan tulisan-tulisan yang bakal menyebabkan anda berfikir dua kali!.

Sekian.

Khamis, November 12, 2009

Struktur PAS Menghampiri Syiah

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,


Ideologi dan Perbuatan, merupakan cabang yang perlu selari jika kita menginginkan sesuatu organisasi boleh bergerak bebas tanpa sebarang dalang yang boleh menjatuhkannya. Dalang disini bermaksud pergeseran teknikal akibat perlagaan diantara Ideologi dan Perbuatan.

PAS dibentuk berasaskan Ideologi kesamaan, keadilan dan keharmonian kehidupan dengan Islam menjadi teras didalam bentuk pemerintahan. Islam menawarkan kepada kita kesamaan hak, keadilan dan keharmonian yang tidak terdapat pada mana-mana ajaran di dunia ini.

Semua manusia memiliki hak yang sama, tidak dibezakan samada dengan agama, bangsa atau penduduk asal. Semuanya sama sahaja, diberikan hak asasi yang sama. Tidak dibezakan pandangan dan pendapat mereka serta hak mereka dijaga dengan sempurna tanpa kompromi. Itulah yang menjadi dasar perjuangan organisasi PAS.

Masalahnya, adalah Perbuatan. Ahli-ahli PAS kebanyakkan memiliki perbuatan yang tidak menepati Ideologi organisasi PAS itu sendiri. Kebebasan, Keadilan dan Keharmonian. Perbuatan yang berbeza akan menghasilkan tindak-tanduk yang akan menimbulkan persepsi yang kurang senang diantara penyokong Ideologi organisasi PAS.

Sebagai contoh, terlalu taksubkan pemimpin. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab sewaktu syarahannya di masjid bangun seorang pemuda. Sambil memegang sebilah pedang pemuda itu berkata kepada Umar, "Wahai Umar, kalau engkau melakukan kesalahan maka akan kami tegur dengan pedang ini".

Apa jawapan Umar?, "Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah SWT diberikan penduduk yang sanggup membetulkan Umar sekiranya ia melakukan kesalahan". Cuba lihat pada zaman sekarang, apabila ada seseorang menegur kita, adakah kita akan cuba berterima-kasih kepada mereka?

Tidak! Malah, ada diantara kita sanggup dengan sombong melebelkan mereka dengan lebel yang sungguh tidak sopan. Konon-kononnya ianya adalah satu fitnah yang dilemparkan. Jenis ketaksuban beginilah yang ada pada fahaman Syiah, telalu mengangungkan pemimpin dan pemimpin dianggap tidak bersalah.

Sungguh saya terkilan dengan keadaan sebegini, adakah ini contoh mereka yang mengikut Ideologi organisasi PAS? Ini adalah perkara yang patut kita elakkan dari berlaku. Dalam usaha memantapkan organisasi PAS yang telah lama dibina, kita sepatutnya merenung sejarah yang lepas-lepas tentang perbuatan musuh-musuh kita terhadap kita.

Politik, adalah sesuatu yang teruk. Ianya memerlukan kita menipu orang, itu tidak dinafikan. Maka dengan itu kita mestilah mengubah persepsi politik itu sendiri supaya ianya boleh diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih baik. Sesuatu yang boleh memberikan kita kejayaan didalam membentuk pentabdiran yang tulus dan berorientasikan rakyat.

Dalam membentuk persepsi berkenaan, kita mestilah sedia untuk dikritik. Kalau kita tidak berupaya untuk mentabdir maka kita mesti bersedia melepaskan tanggungjawab kita supaya seseorang yang memiliki perbuatan selari dengan ideologi PAS boleh menguruskan perjalanan pentadbiran kerarah yang lebih baik dan sempurna.

Seseorang yang digelar tuan guru pun belum tentu mahir didalam berpolitik sekiranya tidak boleh ditegur. Pemimpin dianggap bodoh kalau gagal untuk menerima teguran dan kritikan. Berlaku teguran dan kritikan itu supaya kita boleh menilai adakah organisasi PAS ini berada dilandasan yang betul atau tidak. Dan untuk menilai adakah kita masih berupaya untuk mengemudi kapal atau perlu berundur memberikan peluang pada orang yang lebih berkeupayaan.

Gagal memanfaatkan teguran dan kritikan ini bermakna kita selangkah menuju kehancuran. Amalan taksub ini tidak ada didalam pelajaran Islam. Ketaksuban kepada pemimpin akan mendorong organisasi PAS ditolak oleh rakyat. Bila kita menyertai PAS, kita memilih untuk menyertai organisasi yang memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Bukannya memilih untuk berjuang kepada pemimpin atau menjadi barua pemimpin.

Buangkan sifat Syiah ini, sifat ketaksuban yang melampau-lampau terhadap pemimpin. Rakyat memerlukan pemimpin beribawa untuk mengemudi negara, kalau awal-awal telah menunjukkan kebodohan dengan ketaksuban terhadap kesalahan pemimpin, maka tunggulah PR13 kalau-kalau kita dipilih oleh rakyat, atau dibungkus dalam lipatan sejarah.

Kepada TG Abdul Hadi, sila jawab soalan berikut :
  1. Kenapa isu Kerajaan Perpaduan boleh tenggelam timbul?
  2. Kenapa isu di Selangor tidak diperjelaskan secara terperinci?
  3. Kenapa membisu dengan isu semasa kerajaan perpaduan dan isu di selangor?
Ingat! Rakyat yang akan menentukan kejayaan kita. Pastikan rakyat sentiasa memilih perjuangan kita. Jangan biarkan ahli berfahaman syiah merosakkan keadaan. Buang semua persepsi agungkan pemimpin dan sentiasa bersedia mendengar teguran.

Sekian.

Jumaat, Oktober 16, 2009

E-Undi

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,


E-Undi, adalah satu masalah yang harus diperkatakan disini. Maksudnya yang bakal mengira undi adalah bukan terdiri daripada manusia, tetapi mesin yang dikenali sebagai server yang akan menggantikan tenaga manusia dalam mengira undi.

Maahhh, manusia perlu disogok dengan beberapa jumlah fulus sekiranya diperlukan undi mereka. Dengan kegunaan e-undi, maka tidak perlu lagi beban kewangan yang teruk dalam usaha membeli undi. Semuanya jadi mudah dan senang.

Hanya menggunakan cara berikut :-
cmd:>> convert from table "undi" value="pro-Mahasiswa" to value="pro-Aspirasi"
cmd:>> enter
Maka secara automatik, pro-Mahasiswa akan kehilangan semua undi, dan semuanya beralih kepada pro-Aspirasi dengan cara yang cukup efisyen, menjimatkan kos fulus.

Kepada mahasiswa, perhatikan yang anda sedang dimanipulasikan. Bermula dengan membandingkan akal anda dengan lembu mengenai teknologi IT, kemudian anda akan menjadi lembu yang akan mengikut teknologi.

Anda akan dilembukan, sekiranya anda tidak berjuang untuk membebaskan diri anda dari kancah kelembuan IT yang teruk menular dikalangan IPT, ini termasuk membawa masuk ilmu-ilmu yang mencabar kesongsangan minda anda.

Bangkit, dan tegaskan kepada IPT anda yang anda bukan lembu IT, tetapi mereka yang akan mewarisi ilmu IT dan mempergunakannya kearah keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat disekeliling anda.

Sekian mesej dari saya.

Rabu, Ogos 06, 2008

Perogol, GAY dan Keupayaan AKAL

Assalamualikum, dan salam sejahtera.

Post aku kali ini, aku nak tulis sesuatu untuk dibaca oleh Saiful Bukhari.

Bersumpah dengan nama Allah SWT untuk benda-benda yang tidak boleh diterima dengan mantiq manusia? Saya rasa awak Saiful dah tersasar jauh dah.

Fikir, awak muda, gagah perkasa, Anwar pula? Dah tua, sakit pinggang, dan saya berpendapat "barang" anwar pun tak mampu nak masuk ke dubur awak.

Bila awak menyatakan tuduhan liwat terhadap anwar, benda pertama yang Orang Ramai fikir adalah Kenapa awak tak menerajang anwar sebelum di liwat awak? Adakah dengan tuduhan ini awak berpendapat yang anwar merogol awak?

Rogol hanya terletak pada lelaki yang menjahati perempuan, untuk lelaki yang "menjahati" lelaki lain istilah "ROGOL" tidak boleh dipakai sama sekali kerana keupayaan tenaga LELAKI yang boleh sama sekali menolak "kejahatan" berkenaan.

Kalau dalam drama, perempuan tu kita tgk ditanmpar 2 3 kali kemudian pengsan dan seterusnya perogol tersebut terus merogol mangsanya.

Adakah anda cuba untuk memberitahu yang DSAI yang menampar awak 2 3 kali sampai PENGSAN kemudian "merogol" dubur awak? Kuat sangat ka DSAI tu nak belasah orang? Apa ubat yang DSAI minum sampai boleh menampar dan menerajang awak semata-mata untuk merogol awak?

Saya simpati dengan awak, tapi saya lebih simpati dengan DSAI. Tuduhan awak cukup tak bersasas. Kalau tuduhan Tun M terhadap DSAI satu ketika dahulu saya nyaris-nyaris ingin mempercayainya kerana berdasarkan sifat fizikal orang yang kena "rogol" duburnya adalah setaraf umur dengan DSAI. Tapi itupun saya tolak selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang tak masuk akal.

Ini, awak, seorang PEMIMPIN UNITEN yang KENA TENDANG. Mengaku tanpa segan silu yang DSAI "merogol" awak. Maaf, otak saya terlalu bodoh untuk menerima dan mempercayai tunduhan ini. Dan bukan sahaja saya, malah sesiapa pun yang mendengar tuduhan ini sukar untuk mempercayainya. Tambahan pula dengan suasana politik sekarang yang mana Media Massa pun tidak lagi menjadi penyampai berita utama Rakyat.

Saya rasa, cukuplah setakat ini post saya. Sekian harap maklom.

Khamis, Jun 19, 2008

Islam Hadhari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog aku.

Menghairankan!

Aku terbaca satu artikel surat Malaysiakini : Jamin Hak Penganut Islam Hadhari. Artikel hasil tulisan (atau, taipan) saudara Adib Zalkapli sangat kreatif untuk dibaca oleh semua orang. Nampaknya, Islam Hadhari telah manjadi salah satu cabang Islam yang terbaru selepas cabang Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah dan cabang Shiah.

Apa yang saya hairankan adalah kenapa dengan selambanya saudara Adib Zalkapli meminta Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil sikap berkecuali untuk membenarkan amalan....eh..silap, Penganut Islam Hadhari terus diamalkan di negeri pemerintahan mereka.

Amat menghairankan, sila baca petikan dari artikel berikut:

Selama bertahun-tahun, umat Islam yang memilih untuk mengikuti cabang-cabang Islam yang “berbeza” sering berhadapan dengan masalah undang-undang akibat perbezaan pegangan mereka dengan kehendak kerajaan. - artikel Adib Zalkapli

Oh, selama ini ajaran Islam hanya berpusatkan kepada fikiran kerajaan, bukan berpusat kepada Al-Quran dan Sunnah? Kalau kerajaan dipimpin oleh Dr. Mahathir, maka kita kena ikut ajaran bercorakan "Islam Mahathirisme". Kalau dipimpin oleh Pak Lah, maka ajaran "Islam Hadhari" pula yang patut dituruti. Kalau ditakdirkan Allah SWT Malaysia diperintah oleh Anwar Ibrahim maka ajaran yang bagaimana pula yang harus dibentuk untuk menyesuaikan keadaan kerajaan berkenaan?

Rasulullah SAW sebelum baginda wafat, telah mengamanahkan kepada kita dua perkara yakni Al-Quran dan As-Sunnah yang mana kalau kita mengikutinya maka kita tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Rasulullah SAW juga memberitahu kita dalam hadis sahih bahawasanya Ulama-Ulama itu adalah penyambung perjuangan Rasul. Makanya, golongan yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah merupakan golongan yang dikenali sebagai Ahli-Sunnah.

Ulama adalah penyambung perjuangan Rasul. Oleh kerana terdapat ramai Ulama, maka tidak dapat diambil setiap perkataan dari Ulama berkenaan untuk menjadi rujukan kerana akan terdapat banyak pendapat disebabkan terdapat ramai Ulama. Oleh yang demikian, dianjurkan kepada Ulama-Ulama supaya duduk semeja berdebat mencari penyelesaian kepada masalah-masalah agama yang timbul selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka ini dikenali sebagai Ahlul-Jamaah.

Ulama-ulama yang mengikuti 100% ajaran bawaan Rasulullah SAW dan berdebat sesama mereka bagi mencari penyelesaian untuk setiap permasalahan agama dikenali sebagai Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah. Ajaran Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah adalah dituntut oleh Rasulullah SAW untuk diikuti oleh sekalian umat yang menganut agama Islam. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW sendiri:

“Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah-belah menjadi 72 golongan, dan bahawa umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 daripadanya akan ke neraka. Dan satu golongan di dalam al-Jannah (Syurga), mereka itu adalah al-Jama’ah.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4597), ad-Darimi (2/241), Ahmad (4/102), dan juga al-Hakim (1/128), al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah (XVIII), Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah (2/10812, 119/1), al-Laalika’i di dalam Syarhus Sunnah (1/23/1). Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, no. 203 & 204 - (1/404)) - Sumber diambil dari Manhaj Aqeeda.

Al-Jama'ah, yang ditandakan dengan warna biru membawa maksud Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah, mereka yang berpengang dengan pendirian Islam bertiangkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Bagi mereka, setiap permasalahan berkenaan Islam perlu diselesaikan secara perbincangan dan bermuafakatan bersepadu umat-umat Islam yang berpengetahuan tinggi mengenai bidang-bidang cabang ilmu agama Islam.

Itulah hakikat Islam yang dididik oleh Rasulullah SAW supaya umatnya sentiasa bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah berbangkit, tidak kiralah apa jenis masalah sekalipun. Itulah yang dibawa oleh Islam aliran Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah.

Apa pula jenis bawaan Islam Hadhari? Sebagai satu cabang Islam baru yang dibentuk oleh seorang ahli politik sebagai Islam menuju ketamadunan? Islam, dari dahulu semasa zaman Rasulullah SAW lagi sudahpun membentuk ketamadunan masyarakat yang bersatu-padu membentuk negara Madinah. Melalui didikan Islam jualah lahirnya cediakawan-cediakawan Islam yang tersohor, yang mana hasil penemuan mereka membawa perubahan konsep ketamadunan dunia pada hari ini.

Lihat sahaja kehebatan kerajaan-kerajaan Islam yang terdapat pada masa dahulu. Mereka membuktikan fahaman Islam bawaan Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah yang dipegang oleh mereka mendorong mereka untuk berusaha memahami alam ciptaan Allah SWT. Usaha-usaha mereka membuktikan kemajuan hanya boleh dicapai sekiranya manusia berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah.

Jadi patutkan kita menggunakan ungkapan "Islam Hadhari" sedangkan Islam itu adalah satu perkataan dan satu perilaku yang "manik" dan "jamik" (lengkap dan sempurna)? Kenapa perlu mewujudkan satu cabang Islam yang lain kalau cabang Islam yang sedia ada gagal diteroka dengan sepenuhnya?

Malah, penulis artikel berkenaan juga menekankan agar Kerajaan Pakatan Rakyat berkecuali dan membenarkan ajaran Islam Hadhari diamalkan. Apakah gaya Islam bawaan Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah belum cukup sempurna untuk diamalkan? Atau Malaysia ingin dibawa oleh Dato' Seri Abdullah menuju ke konsep negara Sekular yang sama gaya dengan pemerintahan Turkey?

Islam itu, menjadi sempurna sekiranya amalan yang dituntut oleh Islam diamalkan oleh pengikutnya. Tetapi, sekiranya pengikut Islam itu sendiri membiarkan ajaran Islam dilalaikan makanya Islam itu tidak akan menjadi sempurna. Apabila itu berlaku, masalah sosial, kebajikan, keharmonian, keadilan dan keperibadian diri akan mula bertapak didalam hati. Hasilnya, berlakulah banyak masalah seperti seks bebas, kerajaan tidak adil, makan rasuah, yang bodoh nak jadi ulama dan sebagainya.

Tak perlu nak memberikan kosmetik kepada Islam untuk menampakan "kemachoan" dan "kealiman" seorang pemimpin yang terang-terang cetek tentang pengetahuan Islam. Islam menyuruh pemerintah supaya membantu rakyat, tetapi sebaliknya pula yang berlaku di Malaysia. Adakah itu konsep "Islam Hadhari"?

Setakat ini sahaja taipan aku kali ini. Harap semua pembaca blog aku boleh faham tentang post aku kali ini.

Rabu, Jun 18, 2008

Ego Orang Agama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ini adalah artikel tergempar berdasarkan berita Malaysiakini : Bantah Konsert "Ego Orang Agama".

Ianya berkenaan konsert Ella dan Mas Idayu bersempena dengan kejayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Membaca berita tersebut menyebabkan aku cepat-cepat membuka komputer seterusnya "terpaksa" menulis satu akrtikel bagi menyatakan pendapat aku.

Apa yang aku paling kagum sekali adalah kenyataan Roslan Aziz, iaitu :

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," - Roslan Aziz.
Aku sungguh kagum, terutamanya sekali pada farsa ayat yang telah di-bold dan di-italic-kan. Terserlah bahawasanya beliau adalah sememangnya seorang artis yang betul betul.........bengap.

Kepada Roslan Aziz:

Apakah anda telah mengemukakan hadis-hadis soheh berkenaan penganjuran konsert-konsert kepada mana-mana ustaz sebelum menganjurkan konsert? Tidak, sebab anda pun tau tiada nas-nas Hadis mahupun Al-Quran bagi penganjuran majlis-majlis yang membawa kepada berlakunya masalah sosial (sekaligus, membawa kepada perlakuan sumbang dan sekaligus membawa kepada gejala maksiat dan sekaligus membawa kepada gejala buang bayi dan sekaligus......opsss... saya takperlu terang semua ini. Ustaz Roslan Aziz ada.).

Malangnya, anda buat-buat buta sebab itu saja lubang anda untuk cari makan. Bodoh ada banyak tahap dan kenyataan anda membuktikan yang anda berada di tahap kebodohan 7-petala langit (paling tinggi darjat kebodohannya). Seorang ustaz kalau dia menghuraikan satu-satu hadis, semestinya dia tahu hadis itu berasal daripada mana, sahih ke tidak dan sebagainya untuk membuktikan yang hadis itu benar.

Nahhh... sekarang Al-Ustaz Roslan Aziz nak menyangkal kebenaran hadis, perlulah menyatakan kecelaruan dan sebab-sebab praktikal kenapa hadis ini tidak boleh digunapakai. Nih main bantai bantah tanpa bukti-bukti ilmiah yang konkrit apasal? Tentulah secara automatik ustaz yang menghuraikan hadis berkenaan akan menyangkal kenyataan anda.

Dalam Islam, memang sangat dianjurkan perdebatan ilmiah berkenaan Agama Islam supaya hasil dalam perdebatan berkenaan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah agama. Syarat perdebatan berkenaan adalah pihak yang berdebat perlulah memiliki pengetahuan tinggi tentang bidang-bidang agama yang dikajinya (seperti bidang fiqh, sirah, usuluddin, dsb). Barulah perdebatan berkenaan membawa hasil yang menguntungkan Islam.

Ini, Roslan Aziz, seorang artis, seorang seni yang almost zero dalam pengetahuan agama Islam (Why zero? I will explain it later) cuba nak membuktikan yang hadis-hadis berkenaan konsert yang dibawanya itu betul dan benar kepada seorang ustaz, bagaimana ustaz berkenaan nak menerimanya? Sapa-sapa pun tak dapat menerimanya. Bertekak dengan Roslan Aziz umpama mencurahkan air ke daun keladi = sama hasilnya.

Dan salah satu kenyataan Roslan Aziz:
"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," - Roslan Aziz.
Oh Tuhanku! Dia tak tahukah yang PAS sememangnya menyatukan Politik dan Islam. Jadi tak salah kalau kita kata yang ahli-ahli UMNO itu semuanya kafir-kafir kerana meninggalkan Islam di rumah semasa berjuang dalam politik. Roslan Aziz sendiri mungkin boleh dikatakan kafir kerana meninggalkan Islam dirumah sewaktu sedang bergiat didalam dunia seni. Ohh... kalau mereka ini mati sewaktu sedang menyayi dan berpolitik maka terus masuk neraka sebab pada waktu mereka mati, Islam tiada di sisi mereka (kerana ditinggalkan dirumah).

Saya sangat terharu dengan kenyataan ini. Sebab itu kita tak hairan kalau ada berita tentang Ahli Parlimen meraba punggung pelayan, berita artis-artis dengan gambar-gambar panas dan berita Roslan Aziz yang masuk malaysiakini kerana mereka sewaktu bekerja (politik, menyayi, berlakon dsb) mereka tidak membawa agama mereka sekali. Paling tepat, mereka tiada agama ketika itu.

Kalau ahli parlimen yang meraba pelayan berkenaan masuk Mahkamah, beliau boleh memberi alasan "Saya tiada agama ketika itu, sebab saya ahli politk" untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. Begitu juga dengan artis, gunakan kenyataan berkenaan sekiranya gambar-gambar lucah anda tersebar di Internet. Tak mengapa, kami paham. Roslan Aziz lagi paham.

Mufti Kerajaan Uttmaniah pernah berkata:
"MEMISAHKAN AGAMA DARI POLITIK ADALAH CARA YANG MUDAH UNTUK MENJADI KAFIR"
Sebab apa? Perilaku Ahli Politik adalam berdasarkan pegangan Agama. Sebabtu kita tidak hairan kalau Ahli Politik dan Penjawat Awam suka makan rasuah, kerana mereka tak takut langsung dengan laknat Allah SWT. Mereka tidak takut untuk melakukan maksiat (seperti meraba punggung perempuan) kerana tidak takut laknat Allah SWT. Dan wujudnya salah-laku dan ketidak-adilan dalam pemerintahan mereka, kerana tidak takutkan laknat Allah SWT terhadap perbuatan mereka itu.

Begitu juga dengan artis. Anda hairan dengan berita-berita panas artis-artis kita? Tak perlu hairan, kalau mereka berpegang dengan Islam sudah tentu mereka tahu laknat Allah SWT sekiranya tidak melaksanakan apa yang disuruh didalam Islam. Samalah jua dengan kes Roslan Aziz, kalau dia tahu agama Islam aku rasa dia tak kan senang-senang nak buat kenyataan memperbodohkan dirinya. Tapi nak buat camna, mereka ini adalah model hasil perpisahan Islam dengan pekerjaan mereka.

Aku rasa, sampai sinilah kot posting aku kali ini. Kalau nak tulis, 1000000 perkataan pun tak mampu untuk digunakan bagi melambangkan kebodohan-kebodohan puak-puak takda agama nih (I mean, orang yang rasa agama patut dipisahkan dari politik). Cukuplah takat tu dulu.

Roslan Aziz, please put the limit of your stupidility. Jangan hanya Islam pada nama sahaja. Sekian.

Selasa, Jun 10, 2008

JANJI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku. Kerap sungguh aku menulis. Kali ini aku merujuk kepada artikel MalaysiaKini.com : Tuntut Janji Anwar Turunkan Harga Minyak. Ianya berkenaan dengan kenyataan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai reaksi kepada kenyataan Dato Seri Anwar yang beria-ria hendak menurunkan harga minyak sekiranya kembali berkuasa.

Apa yang aku ingin rujuk bukannya kepada janji (Dato Seri) Anwar yang ingin menurunkan harga minyak, tetapi kepada kenyataan berikut:

Manifesto itu, antaranya, menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan memberi wang saguhati seribu ringgit kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

"Sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya umum itu, kerajaan negeri Selangor harus meletakkan jawatan sebagai tanda maaf kepada pengundi Selangor," kata Koh dalam satu kenyataan. - Malaysiakini

Adalah sesuatu yang sangat menghairankan bagi aku, sekiranya sesuatu benda yang baru diwujudkan organisasinya (sebagai contoh, Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah 3 bulan) sudah "dipaksa" dan "ditekan" dari pelbagai sudut supaya menunaikan manisfesto KeADILan secepat mungkin. Kalau aku berjumpa dengan mereka (orang yang banyak menekan Kerajaan Selangor untuk menunaikan manisfesto), aku ingin bertanya kepada mereka, "Adakah anda boleh menunaikan janji anda sekiranya anda memenangi sesuatu jawatan?".

Barangsiapa yang menjawab YA, sedia maklum yang beliau sememangnya tidak layak untuk menjadi pemimpin, kerana membuat keputusan terburu-buru. Samalah seperti pemimpin yang terburu-buru menaikkan harga minyak, takut Petronas rugi. Padahal diri sendiri yang tak pandai memainkan peranan dalam mengurus ekonomi negara. Memang, didalam piliharaya semua pihak akan menabur janji. Cuma bezanya disini adalah [1] janji yang ditabur setelah membuat beberapa kajian ringkas keadaan semasa dan [2] janji kosong yang ditabur semata-mata untuk mengaburi mata orang lain.

Mari kita nilai dua perspektif yang aku berikan tadi. Pertama: Janji yang ditabur setelah membuat beberapa kajian ringkas keadaan semasa. Prespektif ini digunakan oleh orang-orang yang mana sebelum mereka membuat sebarang janji, mereka mengkaji dahulu keadaan semasa secara kasar bagi melihat kebolehupayaan janji tersebut untuk dilaksanakan. Mereka membentangkan hasil kajian mereka yang kemudiannya diungkapkan sebagai janji-janji mereka sekiranya mereka berkuasa.

Dan sudah tentunya, sekiranya mereka sudah berkuasa mereka perlu pula mengkaji strategik semasa bagi membolehkan dasar-dasar janji mereka dilaksanakan dengan sempurna. Kajian yang meliputi kewangan, aset, keuntungan, ekonomi, persekitaran dan juga kajian-kajian terperinci lain sebelum melaksanakan dasar tersebut. Supaya perlaksanaan dasar tersebut tidak merugikan pihak yang melaksanakan dasar (kerajaan) dan pihak penerima dasar (rakyat).

Sebagai contoh, ada manisfesto Pakatan Rakyat yang menawarkan janji air percuma 20 moter padu dan dermasiswa RM1000 bagi setiap pelajar Selangor. Kalau Kerajaan Selangor melaksanakan dasar ini secara terburu-buru sudah tentunya berlaku kekurangan aset kewangan negeri yang membawa kepada kerugian pentadbiran dalam kerajaan. Maka perlulah ada kajian supaya kerugian yang bakal ditanggung boleh ditampung dengan aliran kewangan dari arah lain.

Kita ambil perkara pemberian air percuma 20 meter padu sebagai tajuk perbicangan kita seterusnya. Harga bagi 20m3 air adalah RM11.40 dan penerima air percuma adalah dari golongan pengguna domestik isi-rumah biasa yang terdapat hampir 1 juta pengguna. Ini menjadikan kos tanggungan Kerajaan Selangor bernilai RM11.40 Juta sebulan (sumber - Utusan Malaysia). Perkara yang berbangkit didalam isu ini adalah keperluan Kerajaan Selangor untuk menjelaskan bil RM11.40 Juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Ia memerlukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid untuk melakukan penstrukturan semula kewangan Selangor bagi membolehkan aliran kewangan Kerajaan menampung keperluan kos pembiayaan Air Percuma untuk rakyat Selangor. Semestinya, Menteri Besar perlu memikirkan mekanisma yang sesuai untuk membolehkan Kerajaan Selangor berupaya untuk mencari sumber kewangan lain bagi menampung kos berkenaan.

Dan memanglah, setiap Kerajaan Negeri mempunyai hasil pungutan cukainya yang sendiri. Tapi kita tidak boleh mengharapkan kewangan daripada cukai semata-mata untuk menampung perbelanjaan kebajikan rakyat. Jumlah pungutan cukai hasil dalam negeri pun mustahil mencukupi untuk nemapung perbelanjaan Kerajaan Negeri. Jesteru, untuk memastikan taraf kewangan Kerajaan Negeri mampu membiayai projek rakyat maka perlulah ada pendekatan alternatif mendapatkan aliran masuk kewangan selain dari pungutan cukai. Seperti mengadakan GLC (Goverment Linked Company) untuk memperniagakan duit rakyat bagi menjana keuntungan, manarik masuk pelaburan asing serta memperkasakan industri yang mendatangkan keuntungan (Industri pertanian, perlancongan dan sebagainya). Barulah kewangan Kerajaan Negeri akan kukuh dan kemudiannya digunakan untuk kebaikkan rakyat.

Dan semua itu bukan senang, kecualilah pemimpin yang memimpin Kerajaan adalah dikalangan mereka yang memiliki kemahiran yang tinggi didalam perniagaan serta bersifat kasih terhadap rakyat. Perlaksanaan pelbagai janji juga tidak boleh dibuat serentak tambahan pula janji-janji berkenaan mempunyai kos kewangan yang tinggi kerana perlu ada kajian untuk menampung beban kos berkenaan sebelum perlaksanaannya. Semua janji berkenaan mungkin akan dilaksanakan tetapi bukan secara mendadak melulu tetapi dengan cara satu-persatu supaya setiap perlaksanaan janji berkenaan membawa keuntungan kepada Kerajaan Negeri dan juga keuntungan kepada rakyat.

Dan bukan semua orang faham tentang keadaan ini. Mereka hanya tahu bercakap, bercakap dan bercakap dan bercakap selagi mampu bercakap tanpa berfikir apa yang mereka cakapkan untuk menuntut janji-janji yang dikemukakan. Apakah mereka ini terlalu bodoh untuk menilai atau sememangnya suka untuk memutar-belit keadaan demi kepentingan mereka sendiri?

Kita bergerak kepada perspeksi kedua: Janji kosong yang ditabur semata-mata untuk mengaburi mata orang lain. Mereka ini berjanji tetapi tidak membuat kajian kasar terlebih dahulu mengenai keadaan semasa. Kita ambil satu contoh keratan daripada manifesto Barisan Nasional yang mana dasar manisfesto tersebut adalah untuk menjaga kebajikan rakyat. Kalau sesiapa yang membaca manisfesto BN, memang akan mengundi BN kerana ayat-ayat yang digunakan didalm manisfesto tersebut sungguh lunak dan sedap didengar. Seolah-olah inilah apa yang rakyat nak sebenarnya.

Tapi, apa yang terjadi tak sampai 3 bulan pun kabinet reformasi Dato Seri Abdullah beroperasi subsidi minyak dikurangkan sebayak 40% yang menjadikan harga minyak naik sehingga RM2.70 se-liter. Subsidi minyak adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang secara amnya memiliki pendapatan sederhana didalam julat RM600 - RM 2000. Jadi apakah yang dikatakan ingin membantu meringankan beban rakyat seperti telah tercatit didalam manifesto BN? Kenaikkan harga minyak yang sekaligus de-factor kepada kenaikkan harga barangan sangat membebankan rakyat. Adakah ini yang dikatakan "membantu" rakyat?.

Sebelum Dato Seri Abdullah menghadapi PRU-13 pun beliau telah membatalkan Projek Jambatan Bengkok yang kemudiannya didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai konspirasi anak-beranak. Adakah BN mengutamakan rakyat seperti didalam manisfestonya? Kenapa perkara perlaksanaan manifesto BN ini tidak diungkit? Adakah BN telah menunaikan manifestoya untuk menjaga kebaijkan rakyat?

Sebab itulah, terdapat satu ungkapan yang berbunyi "BELUM CUBA, BELUM TAHU". Menang masing-masing menabur janji-janji sekiranya terpilih untuk menjadi pemimpin tetapi bila dah menjadi peminpin, barulah mereka tahu senang-susah untuk melaksanakan janji berkenaan. Bagi mereka yang telah mengkaji secara kasar sebelum menabur janji, mungkin janji mereka itu boleh dilaksanakan kerana mereka sudah nampak bagaimana untuk memanipulasi kewangan negeri bagi membolehkan janji berkenaan dilaksanakan walaupun secara berperingkat. Janji ianya tetap dilaksanakan.

Tetapi bagi mereka yang mengarang janji seperti mengarang puisi yang kemudiannya dicanangkan kepada orang ramai sudah semestinya akan menemui kegagalan dalam perlaksanaannya. Janji mereka umpama lakaran lagu yang sedap didengar, tetapi memiliki lirik yang susah difahami. Dan itulah orang-orang yang menganggap rakyat sebagai objek bodoh yang boleh dipermain-mainkan. Dan inilah contoh bagi mereka yang membuat janji-janji tanpa menyelidiki terlebih dahulu keadaan semasa.

Dan bagi mereka yang beria-ia nak Kerajaan Selangor menunaikan manisfesto, cuba bertanya kepada diri anda sendiri. Adakah anda juga mampu menunaikan janji-janji anda serentak sekiranya anda membentuk kerajaan? Jangan menjadi bodoh atau buat-buat bodoh mengenai keadaan ekonomi semasa dengan mengeluarkan kenyataan "tolong tunai janji".

Kalau kita berjanji 20 perkara, sekurang-kurangnya dapat tunaikan 5 perkara pun jadilah memandangkan untuk menunaikan 18 perkara lagi tidak dapat dilaksanakan atas sebab ekonomi dan persekitaran semasa. Mungkin 18 perkara berikut dapat dilaksanakan sekiranya yang 5 perkara itu sudah cukup stabil dan disokong keadaan ekonomi yang mantap.

Ini tidak, berjanji 100 perkara, satu perkara pun tak dapat ditunaikan dengan sempurna. Nak meringankan beban rakyat pun tak mampu inikan pula nak menuntut orang lain supaya menunaikan janji. Betul-betul bodoh dan berjaya memperbodohkan diri sendiri. Akhir kata aku, kalau nak perbetul kesalahan orang, perbetul dahulu kesalahan diri sendiri. Barulah kita boleh kemaskan diri untuk menuntut janji orang lain.

Ahad, Disember 09, 2007

Part 1 : Demonstrasi dan Rapat Umum - Kenapa ianya berlaku?

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku.

Adakah anda semua telah melihat segmen berita TV3 pada 9 Disember 2007? Segmen berita TV pada hari tersebut banyak mengupas mengenai isu demonstrasi dan rapat umum anjuran badan-badan tertentu dalam usaha mereka memperdengarkan suara mereka kepada kerajaan dan rakyat. Sama ada TV3 benar-benar mengupas isu tersebut disebabkan ingin membetulkan keadaan atau sengaja diada-adakan oleh ahli politik dalam usaha "memaksa" rakyat untuk sentiasa "patuh kepada kerajaan" tidaklah diketahui.

Kenapa ianya berlaku? Kenapa fenomena negara maju boleh menular dalam negara kita? Seperti kata pepatah, "Masakan pokok boleh bergoyang kalau angin tak bertiup". Mungkin mereka yang mengadakan demonstrasi dan rapat umum ini melihat sesuatu kelemahan di dalam struktur pemerintahan kerajaan Malaysia dan ingin kerajaan membetulkannya. Tak kurang juga, ada di kalangan mereka yang sengaja mengadakan rapat umum semata-mata untuk mendapat publisiti murahan disebabkan kesalahan masa silam. Apa pun alasan yang kita akan kemukakan, rapat umum atau demonstrasi ini merupakan jalan terakhir untuk menyatakan ketidakpuasan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Banyak disiarkan di televisyen berita-berita demonstrasi seperti demonstrasi HINDRAF, BERSIH dan banyak lagi. Termasuklah demonstrasi golongan profesional seperti golongan peguam dan golongan-golongan lain dalam Malaysia ini. Objektif mereka adalah untuk menuntut keadilan tetapi keadilan yang bagaimana? Adakah keadilan menurut makna mereka atau keadilan semata-mata rakyat Malaysia atau dengan niat yang sebaliknya? Mari kita kupas dengan lebih lanjut mengenai keadaan ini.

Pertama, kita tengok kes rapat umum BERSIH. Rapat umum anjuran pihak bukan kerajaan ini menuntut pihak suruhanjaya pilihan raya supaya lebih telus dan adil sewaktu mengendalikan pilihan raya negara. Kenapa mereka berbuat demikian? Kenapa mereka menuntut demikian? Adakah mereka nampak kepincangan di dalam organisasi suruhanjaya pilihan raya sewaktu menguruskan pilihan raya? Kenapa kerajaan tidak melayan permintaan mereka malahan memberi ugutan bahawa mereka akan dikenakan tindakan undang-undang disebabkan rapat umum berkenaan. Kenapa berlaku demikian?

Sekiranya kita pandang dari aspek negatif, memang rapat umum tersebut banyak menyusahkan pelbagai pihak. Termasuklah orang awam sendiri kerana terpaksa berhadapan dengan golongan yang menyekat laluan semata-mata mengadakan rapat umum. Tetapi, kalau dihalusi dengan teliti dan terperinci kita dapati bahawa golongan ini mengadakan rapat umum kerana mahukan operasi SPR lebih jujur dan adil di dalam mengendalikan proses pilihan raya, tidak lebih daripada itu. Maka dengan itu, perlulah SPR dan kerajaan mendengar suara mereka kerana yang termasuk di dalam golongan rapat umum BERSIH juga termasuk di dalam kategori rakyat Malaysia. Mereka mungkin nampak benda yang orang lain tidak nampak.

Kenapa diberi ugutan undang-undang terhadap mereka? Mereka tak bersalah kerana bagi mereka SPR dan Kerajaan tidak telus mengenai hak-hak pilihan raya. Kalau diambil tindakan terhadap mereka kelihatan seperti tidak munasabah sama sekali kerana mereka juga memperjuangkan perkara yang tertakluk di dalam hak mereka sebagai rakyat negara yang mengamalkan demokrasi. Kalau SPR dan Kerajaan merasakan yang mereka ini salah, maka patutnya diadakan perbincangan untuk memberitahu perkara yang sebenarnya berlaku. Tetapi kalau kerajaan dan SPR itu sememangnya salah maka perubahan perlu dilakukan segera supaya kuasa kepimpinan tidak disalahgunakan.

Ini tidak, secara terang-terangan kerajaan mengugut akan menggunakan undang-undang sedia ada untuk menahan mereka. Itu sama sekali tidak adil. Hak mereka (rakyat) adalah menyuarakan pendapat dan hak kerajaan adalah mendengar dan menilai tindakan mereka berdasarkan pendapat rakyat, kerana mereka (orang-orang di dalam kerajaan) juga dipilih di kalangan rakyat melalui proses pilihan raya. Sebab itulah falsafah di dalam demokrasi, di mana semua orang mempunyai kuasa dalam menentukan nasib masa depan negara. Jangan kita sebagai orang yang berkuasa bertindak seperti orang bodoh dengan mengugut akan menggunakan kuasa dan undang-undang untuk menyekat mereka. Kerana menyekat mereka samalah seperti menyekat perjalanan demokrasi.

Itu adalah kes pertama, rapat umum BERSIH yang memperjuangkan hak rakyat. Mari kira tinjau pula mengenai rapat umum tajaan HINDRAF. Rapat umum HINDRAF yang menyalahkan kerajaan British membawa mereka masuk ke Malaya dan menyalahkan kerajaan Malaysia kerana berlaku tidak adil terhadap komuniti India. Mereka mengadakan rapat umum untuk menuntut hak mereka dan pada masa yang sama menuntut agar kerajaan British membayar kepada mereka RM1Juta setiap seorang kerana membawa mereka masuk ke Malaya. Di samping itu, pihak mereka juga ingin mengadakan perjumpaan dengan Kerajaan India bagi membincangkan nasib mereka.

Sebenarnya, apakah maksud HINDRAF ini? Ianya bermaksud Hindu Right Actions Force. Hindu merupakan nama agama. Manakala India adalah nama bangsa. Jadi apa yang mereka perjuangkan sekarang ini? Agama mereka ATAU bangsa mereka? Kalau mereka memperjuangkan bangsa mereka, terdapat hampir 1.3 juta rakyat Malaysia berbangsa India yang BERLAINAN agama. Kalau mereka memperjuangkan agama, maka secara terang-terang mereka menuduh Kerajaan Malaysia tidak membenarkan mereka mengamalkan fahaman agama mereka di Malaysia melalui rapat umum ini.

Mereka menjadikan kuil sebagai kubu kuat. Kalau mereka berjuang disebabkan bangsa mereka, kuil bukannya melambangkan bangsa. Ianya melambangkan agama. Begitu juga dengan masjid, tokong mahupun gereja. Semua itu melambangkan agama bukannya bangsa. Kalau nak kata Melayu itu semua Islam pun salah, kerana ada juga Melayu yang bukan Islam seperti Lina Joy. Kalau nak kata semua India itu Hindu tidak juga kerana Ustaz Mohamad Ravi juga berbangsa India dan beragama Islam. Jadi apa motif perjuangan HINDRAF sebenarnya?

Kalau motif perjuangan mereka kerana bangsa mereka tertindas, mari kita tengok bangsa cina di Malaysia. Mereka maju kerana mereka berusaha untuk memajukan diri mereka. Kalau kita pergi di mana-mana pekan di Malaysia ini sekurang-kurangnya mesti ada juga kedai-kedai perniagaan cina di sana. Begitu juga dengan India, adakah mereka benar-benar ditindas atau mereka ini tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri? Kalau nak kata nasib Melayu selalu dibela banyak juga golongan miskin Melayu yang kehadiran mereka ini tidak pun disedari oleh pihak berkuasa tempatan. Malah TV3 terpaksa mengambil inisiatif menganjurkan program Bersamamu semata-mata nak memberitahu pihak berkuasa tempatan mengenai nasib mereka. Program Bersamamu pun ada mendedahkan nasib kaum cina dan india yang terpaksa hidup susah.

Kita dapat simpulkan bahawa HINDRAF hanya membawa perjuangan mereka bukannya untuk memperjuangkan hak tetapi untuk menimbulkan perasaan tidak puas-hati di dalam hati kaum India yang lain yang beragama Hindu. Ini salah satu contoh rapat umum yang berorientasikan kepentingan peribadi, bukannya perjuangan hak asasi yang sebenar.

Kalau kita ingin mengadakan rapat umum dan demonstrasi, kita kena tahu apa yang ingin kita perjuangan dan apakah perjuangan kita boleh memanfaatkan orang lain. Kalau setakat berjuang tanpa mengetahui maksud sebenar perjuangan tersebut juga sesuatu yang salah kerana disebabkan perjuangan tersebut akan mengakibatkan berlakunya rusuhan. Sudah tentu kita tidak mahu sejarah peristiwa 13 Mei berulang.

Setakat ini dahulu artikel aku, akan bersambung di Part yang kedua. Stay Tune!

Jumaat, November 30, 2007

Undang-undang yang paling menyusahkan masyarakat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pembaca blog aku sekalian. Sungguh lama aku tak kemas kini blog aku. Kasihan pembaca aku. Haa, sekarang ini aku menulis benda yang paling hangat untuk semua orang baca.

Apakah perkara itu? Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mari aku tanya satu soalan, adakah anda semua telah menonton Berita Utama TV3 pada 30 November 2007? Kalau anda semua telah menonton berita pada masa tersebut, ada satu slot berita yang memberitahu kita berkenaan dengan undang-undang keselamatan yang baru yakni penumpang tempat duduk belakang diwajibkan memakai tali pinggang keselamatan. Kalau tak pakai, kena saman seperti penumpang tempat duduk hadapan.

Terima kasih dengan kajian terperinci pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang dengan penuh yakin dan terperincinya menyatakan dengan pemakaian tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang boleh menyelamatkan nyawa. Mereka begitu yakin sekali, mereka dengan tanpa waswas mengenakan undang-undang baru berasaskan kajian mereka berkenaan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita lihat apakah yang dikatakan keselamatan nyawa dan tanggungjawab masyarakat dalam memastikan nyawa mereka tidak terancam. Kalau nak mati, bila-bila pun boleh mati. Kita tidak tahu bila kita akan mati dan tidak akan tahu di manakah tempat kita dimatikan. Oleh kerana kita tidak tahu maka kita memegang tanggungjawab yang teramat berat terhadap diri kita sendiri, yakni memastikan nyawa kita tidak terancam di persekitaran hidup kita. Sebut sahaja persekitaran hidup, ianya bererti di mana-mana kita berada tak kiralah sama ada di hutan, di laut, di jalan raya atau di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa sekalipun kita perlu menjaga diri kita.

Menjaga diri kita adalah perkara yang sangat subjektif. Kalau nak menjaga diri, maka kita kena tahu aspek keselamatan yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlakunya sesuatu yang buruk berlaku terhadap diri kita. Kalau kita tak ambil inisiatif untuk menjaga diri kita, kemudian siapa lagi yang akan mengambil inisiatif menjaga kita? Adakah pihak keselamatan jalan raya? Mereka (pihak jabatan) tidak tahu langsung mengenai diri kita. Yang mereka tahu adalah melaksanakan undang-undang merapu yang menyusahkan masyarakat. Sebab apa mereka berbuat demikian? Sebab mereka tahu yang masyarakat Malaysia ini memang bangang/bodoh/bebal/bahlul/belacan untuk melindungi diri sendiri.

Anda bertanya kelebihan undang-undang baru ini kepada saya? Kalau ya, maka jawapan saya "Undang-undang baru ini merupakan undang-undang yang terbodoh sekali yang pernah saya ikut". Sebab apa saya kata ini undang-undang bodoh? Mari kita tinjau secara mendalam.

Ok, katakanlah anda memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Dan anda memiliki sebuah BMW 3 series yang mahal lagi bergaya. Anda memiliki 4 orang anak yang comel-comel belaka hasil perkongsian hidup anda dengan isteri anda. Formula undang-undang baru menyatakan sekiranya penumpang tempat duduk belakang tidak memakai tali pinggang keledar maka saman akan dikeluarkan sama seperti tempat duduk hadapan.

Anda ingin berjalan-jalan bersama keluarga anda. Seperti biasa, anda memandu kereta dan isteri berada di tepi anda. Anak-anak anda yang 4 orang berada di belakang. Tetapi di tempat duduk belakang hanya ada 3 tali pinggang keledar sahaja. Bagaimana dengan yang seorang lagi? Adakah anda rela di saman oleh polis trafik disebabkan dengan seorang anak sahaja? Tentu anda tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada diri anda.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, maka anda perlu membeli kereta yang lebih besar untuk keluarga anda. Alamak! BMW 3 Series anda masih lagi baru, baru sangat-sangat untuk dijual semula. Tetapi sekiranya anda menggunakan BMW anda untuk membawa keluarga bersiar-siar maka sudah tentu anda akan di saman kerana seorang anak anda tidak memakai tali pinggang keledar. Anda tidak akan ada pilihan lain selain membeli kereta lain yang lagi besar seperti kereta Toyota Wish yang boleh membawa banyak penumpang (dan sudah tentunya, banyak tali pinggang keledar di tempat duduk belakang).

Jadi, anda perlu membeli Toyota Wish. Semua itu adalah duit demi mengelakkan anda dari di saman (yang juga perlukan duit untuk membayarnya). Berbaloikan semua itu? Cerita rekaan di atas adalah satu contoh yang mana undang-undang merapu ini boleh menyusahkan masyarakat. Baikkan, mari kita pergi cerita yang lain yang boleh menunjukkan bahawa undang-undang sememangnya merapu.

En. Raju ingin membeli kereta baru untuk membawa keluarganya bersiar-siar. Beliau mempunyai 5 orang anak dan beliau menyayangi anak-anak beliau. Satu hari, En. Raju pergi ke kedai Proton Edar untuk menanyakan tentang harga sebuah Proton Gen-2. Beliau sangat meminati kereta Proton Gen-2 dan ingin membelinya kerana baginya Proton Gen-2 adalah sangat bagus untuk dirinya dan sesuai dengan bajet yang beliau ada. Berlakulah sesi temu-bual di antara EN. Raju dan jurujual Proton Edar berkenaan :-

Jurujual : En. Raju, mahu beli kereta? Nak beli kereta apa?
En Raju : Saya nak beli kereta yang sesuai dengan bajet saya. Saya berminat dengan Proton Gen-2
Jurujual : Gen-2? Sesuai sangatlah dengan En. Raju. Minyak jimat, harga murah. Tapi En. Raju ada berapa orang ahli keluarga?
En.Raju : Saya ada 5 orang anak dan seorang isteri. Lagipun saya rasa inilah kereta yang termampu dengan diri saya ini.
Jurujual : 5 orang anak? Alamak! En. Raju tak tengok Berita Utama TV3 30 November 2007 ke? Tahun depan, ada undang-undang baru yang membolehkan polis trafik menyaman penumpang tempat duduk belakang yang tak mengenakan tali pinggang keledar. Gen-2 hanya ada 3 tali pinggang keledar sahaja. En. Raju kena beli kereta lain. Kalau tak, kena samanlah kalau bawa sekeluarga berjalan-jalan.
En. Raju : Betulkah? Kalau macam tu, kereta apa yang sesuai dengan saya dan keluarga saya?
Jurujual : Saya tahu, En. Raju boleh dapatkan Toyota Wish. Kereta tu sesuai dengan keluarga En. Raju.
En. Raju : Mahal kereta tu. Mana saya mampu beli. Kalau nak buat loan pun tak lepas kerana saya dah berumur dah.
Jurujual : Saya pun tak taulah En. Raju, tapi itu sahaja penyelesaiannya. Kalau tak hari-hari kena saman kalau En. Raju pakai Gen-2 bawa keluarga.
En. Raju : Waaaaaaaaaaaaaaaaa huhuhuhuhuhuhuh. :((

Itu adalah contoh penceritaan bagi komplikasi atau kesan perlaksanaan undang-undang baru yang bodoh lagi tolol. Pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya membuat undang-undang tanpa mengambil-kira aspek ekonomi dan keadaan semasa rakyat Malaysia. Mereka tidak tahu yang undang-undang mereka membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bayangkan, seseorang ketua keluarga ingin membeli kereta tetapi kekurangan modal untuk membeli. Kalau nak beli kereta keluaran Proton sudah tentu tidak boleh bagi mereka yang berkeluarga ramai. Kerana penggunaan kereta Proton boleh menyebabkan mereka di saman oleh pihak berkuasa. Proton juga tidak mengeluarkan kereta yang sesuai untuk kegunaan keluarga.

Dalam erti kata lain, undang-undang berkenaan menyebabkan kereta keluaran Proton tidak akan laku di pasaran kelak sekiranya sasaran Proton adalah kepada mereka yang berkemampuan rendah (tetapi mereka ini selalunya berkeluarga). Ketua Keluarga perlu membeli kereta yang lebih sesuai, seperti Toyota Wish yang boleh membawa ramai penumpang (dan tali pinggang keledar bagi setiap penumpang). Ini akan menyebabkan kereta Toyota akan lebih laku di pasaran kelak.

Kalau aku nak senaraikan analisis komplikasi perlaksanaan undang-undang ini memang terlalu banyak. Tapi tak perlulah aku nak senaraikan semua. Cukuplah dengan dua cerita yang aku sampaikan. Apa pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya tidak tahu yang peratusan besar rakyat Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan sederhana dan berkeluarga ramai? Apa yang mereka kaji sebenarnya? Adakah mereka mengkaji keselamatan pengguna jalan raya atau mengkaji bagaimana untuk memperolehi duit lebih?

Haduihhh.... tak taulah nak cakap apa. Kalau betul nak kaji keselamatan pengguna jalan raya, bagi la cadangan kepada kerajaan untuk mempertingkatkan lagi kualiti jalan raya Malaysia. Ini berlubang sana, berlubang sini, tak ada lampu isyarat, tak ada jejantas dan pelbagai lagi masalah jalan raya yang kritikal. Kenapa tak ambil tindakan di bahagian itu dahulu?

Sekian Sahaja daripada aku.

Ahad, Oktober 07, 2007

Tak MAU pakai tudung? Tak apa...

Assalamualaikum Semua, selamat sejahtera kepada pembaca blog aku. Aku memang tak sempat nak update blog aku disebabkan kerja-kerja harian. Walau bagaimanapun aku ada satu video best mengenai tuding nih. Sila nikmati video ini :-



Lepasnih, rasanya tak perlu tanya lagi kot kenapa Islam menyuruh kita mengenakan tudung dan menutup aurat :P

Selasa, Oktober 02, 2007

Mereka yang Profesional, tetapi gagal berbahasa Melayu

Assalamualaikum semua, dan selamat pagi kepada seluruh pembaca blog aku.

Hari ini, aku nak menulis mengenai benda yang paling aku resah, fenomena yang agak menakutkan di dalam Malaysia. Iaitu kegagalan golongan profesional untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu. Aku resah dengan keadaan yang sebegini disebabkan mereka yang bukanlah calang-calang orang, mereka ini terdiri daripada ahli politik, ahli perniagaan, golongan VIP serta artis ternama. Yang paling memalukan adalah mereka ini dari rumpun bangsa Melayu.

Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi kebangsaan. Bahasa yang menyambung kesinambungan bahasa selain Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan lain-lain bahasa di Malaysia. Apakah yang dimaksudkan aku "yang menyambung kesinambungan"? Maknanya bahasa yang paling banyak dituturkan di Malaysia dan juga sebagai bahasa pengantaraan di antara bangsa Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Aku tak kata bahawa bahasa selain Bahasa Melayu tidak penting tetapi Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia adalah lambang kesepaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kekesalan yang berada di benak aku adalah kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka bertutur di dalam bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. Alasan? Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Kalau kita nak menyebut bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa maka kita patut menuturkan Bahasa Cina (Mandarin), kerana Bahasa Cina juga merupakan bahasa antarabangsa. Ataupun, kita perlu mempelajari bahasa Jepun, kerana bahasa Jepun juga sama taraf dengan bahasa antarabangsa. Apa yang aku ingin tekankan di sini adalah kegagalan kerajaan yang tidak memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan rakyat. Lihat sahaja rakyat Malaysia, mereka merasakan lebih selesa berbahasa Inggeris dari berbahasa Melayu.

Paling keji adalah di antara mereka adalah terdiri daripada golongan bangsa Melayu. Kalau kaum lain seperti cina, india dan sebagainya sekiranya mereka menggunakan bahasa ibunda mereka, maka mereka terdiri dari golongan yang "berjaya memartabatkan bahasa ibunda". Berlainan dengan situasi bangsa Melayu yang sekarang ini, masih gagal memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian. Kalau golongan ini terdiri dari rakyat biasa mungkin kita tak beberapa hendak peduli tetapi sekiranya yang gagal memartabatkan bahasa Melayu adalah terdiri daripada golongan profesional Melayu sepeti ahli politik, ahli perniagaan dan golongan VIP bagaimana penyakit "kebanggaan kepada bahasa asing" dapat dilunturkan?

Cuba kita dengar di televisyen, berapa ramai ahli politik yang berbahasa Melayu sewaktu ditemu-ramah? Berapa ramai ahli perniagaan yang berkongsi pendapat dalam bahasa Melayu? Dan berapa ramai artis Malaysia yang suka menggunakan slang Bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu? Kadang-kadang, aku terfikir kenapa ini sepatutnya berlaku dalam masyarakat Malaysia sekarang ini? Sia-sia perjuangan kemerdekaan sekiranya tahap penuturan bahasa Melayu masih berada di tahap "merangkak" sedangkan mereka mempunyai peluang untuk mendedahkan Bahasa Melayu kepada dunia luar.

Cuba kita tengok negara kesatuan Eropah. Bahasa Inggeris hanya dituturkan di Britain sahaja. Bila masuk ke sempadan Perancis, Jerman atau negara EU yang lain tidak kedengaran pula Bahasa Inggeris. Yang kedengaran dari pertuturan mereka adalah bahasa ibunda negara mereka sendiri. Aku sendiri kagum melihat mereka. Mereka tak terasa langsung nak memartabatkan bahasa Inggeris di negara mereka walaupun ditemu-ramah oleh wartawan luar. Aku masih ingat lagi rancangan National Geography : Megastructur yang mana dokumentari mereka berkisarkan berkenaan pembinaan Sky Dubai. Salah seorang jurutera kereta kabel dari Switzerland ditemu-ramah oleh wartawan National Geography. Jurutera yang ditemu-ramah menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Swiss. Itu amat mengagumkan aku. Kenapa ahli perniagaan/politik/artis di Malaysia tidak menjawab pertanyaan wartawan luar dalam Bahasa Melayu. Adakah Bahasa Melayu terlalu low-standard untuk digunakan?

Kalau Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa maka gunakanlah Bahasa berkenaan di peringkat antarabangsa. Ini berlainan pula jadinya. Ditemu-ramah oleh wartawan tempatan pun dijawab dengan Bahasa Inggeris. Ini tidak betul. Tak sepatutnya berlaku di dalam Malaysia. Kalau mereka (orang luar, asing) ingin bertanya kepada kita maka kita akan jawab di dalam bahasa kita. Barulah kena. Kalau kita nak minta jawapan mereka maka kita kenalah memahami bahasa mereka pula. Ini barulah adil. Kenapa kita harus berbangga dengan bahasa asing sedangkan negara yang berdekatan dengan negara Britain pun tak mempraktikkan bahasa Inggeris di negara mereka? Inilah apa yang aku gelarkan sebagai "bodoh tak kena gaya".

Sekian sahaja artikel aku kali ini. Kepada rakyat Malaysia, martabatkanlah Bahasa Malaysia. Sebab Bahasa Malaysialah yang boleh menghubungkan kita semua pelbagai kaum sekaligus mengeratkan silaturahim di antara kaum di Malaysia. Sekian.

Sabtu, September 29, 2007

Hari ini sangat panas

Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog aku. Hohkohkhokhokhokhok (gelak gaya azuan).

Hari ini, genaplah aku berpuasa 17 hari. Pelbagai dugaan berlaku sewaktu 17 hari berpuasa seperti terpaksa melihat teh ais diminum oleh jiran aku yang beragama Hindu serta melihat kedai-kedai nasi kandar yang beroperasi 24 jam tanpa henti sambil menghidangkan kepada pelanggan mereka. Arghhhhhhh.

Walau bagaimanapun, umat Islam diseru berpuasa supaya mereka boleh merasai bagaimana rasanya golongan miskin yang susah nak beroleh makanan. Supaya dalam menyempitkan perjalanan nafsu dalam badan tu. Setan dan Jin dalam perut pun banyak jadi dengan berpuasa mereka juga akan diseksa sebab mereka pun tak boleh makan. Kalau anda semua tengok televisyen yang memaparkan kisah hidup orang afrika yang tak makan, dengan berpuasa anda boleh merasai sedikit pengalaman mereka yang susah nak makan.

Kita ini kiranya beruntung, sebab masa nak buka puasa sahaja semua lauk terhidang di atas meja. Makan lauk-pauk tu sampai kadang-kadang dibuang pula sebab tak habis makan. Bayangkan mereka yang miskin, apakah makanan mereka semasa berbuka puasa? Mungkin segelas air sejuk, mungkin juga sebuku roti atau mereka ta makan langsung. Kesian kan?

Itu masuk bab susah, sekarang ini mari kita masuk bab bebal nak berpuasa. Kalau untuk budak-budak kita umpan dengan RM2.00 untuk menyuruh mereka berpuasa. Yang menghairankan di sini adalah mereka mampu berpuasa tetapi enggan melaksanakan kewajipan berpuasa. Di kedah, kami panggil mereka ini sebagai Baloq Tua. Sanggup pergi ke kedai mamak, sanggup dengan muka tak malu pergi beli nasi bungkus pada pukul 12.00 tengah hari dan air limau ais. Tak malu ke kepada orang-orang yang berpuasa pakcik? Orang yang macam ini patut diketuk kepala mereka beramai-ramai sehingga mereka insaf. Bodoh betullah.

Ada juga di antara kita ini bila masuknya bulan puasa tiba-tiba jadi cepat marah. Alasan? Sebab lapar. Kenapa nak marah bang? Bulan puasa ini kita disuruh banyakkan bersabar. Sebut mengenai bersabar ini aku ada satu cerita. Ini berlaku sewaktu aku sedang membeli-belah di satu bazar Ramadhan di Pekan Simpang Kuala. Aku singgah satu kedai, perut ini terasa nak makan samosa jadi aku belilah samosa di satu kedai pakcik mana ntah. Balik tu, ingat nak makan dulu samosa nih sebelum makan nasi. Seperti biasa, selepas azan dan selepas minum air aku pun makan la samosa nih. Punyalah tak syok pasal samosa nih luarnya panas-panas, dalamnya dah basi dah. Ya Allah!, aku tepuk dahi bagaimana mereka boleh berniaga benda basi nih sewaktu bulan Ramadhan? Aku rasa samosa tu tak habis kelmarin jadi mereka menghangatkan samosa tersebut untuk dijual pada hari ini.

Masa tu, memang dah hilang sabar dah. Serupa nak pagi kat pakcik tu kemudian nak terajang dia lima enam das sebab jual benda basi. Nasib baik mak aku pujuk aku kata "sabarlah, dah bukan rezeki nak buat camna". Aku pun terhenti niat aku nak pergi serang pakcik. Anyways, bila aku lalu jer di tepi kedai pakcik tu, aku selalu tanya dia "Pakcik, samosa nih dah basi ke belum? Dulu saya beli basi..."

Masuklah bab aku, dan hari ini sangat panas. Kering tengkuk aku ini disebabkan hari ini aku kerja di luar. Kalau keluar naik motor serupa naik basikal di tengah-tengah sawah padi pada pukul 12.00 tengah hari. Tiap-tiap minit mesti tengok jam tangan menunggu waktu berbuka. Bilalah nak berbuka nih....ouch!

Jumaat, September 21, 2007

Apabila tiada sifat Kasih Sayang

Assalamualikum semua, adakah anda telah membaca post aku sebelum ini mengenai kejadian pembunuhan adik Nurin? Post kalau ini akan merungkaikan kenapa ianya berlaku.

Kejadian yang sebegitu rupa, bukanlah sesuatu fenomena baru dalam negara ini, malah ianya bukan fenomena yang luar biasa di luar negara. Sebab? Sifat manusia itu sendiri yang boleh berubah mengikut keadaan disekelilingnya. Apabila kita menyentuh mengenai sikap dan perilaku manusia, aku sering teringat apa yang sering diperkatakan oleh ustaz-ustaz dan ustazah mengenai nafsu manusia. Sikap berkait rapat dengan nafsu manusia. Dan apabila manusia gagal mengawal nafsu mereka, maka mereka juga gagal mengawal sikap negatif mereka.

Sikap negatif, atau sikap yang berkait-rapat dengan nafsu berlaku disebabkan keadaan yang mana manusia tidak mampu lagi mengawal nafsu mereka. Mereka menjadi begini kerana mereka tidak belajar cara bagaimana untuk mengwal nafsu mereka. Mereka hilang pertimbangan, seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batasan kemanusiaan. Diantara perkara yang boleh membawa kepada kegagalan mengawal nafsu adalah seperti :-

  1. Stress
  2. Mengambil arak / minuman keras
  3. Tamak
  4. Terlalu taksub
  5. Tidak memahami tanggungjawab
  6. Tidak dekat dengan Allah SWT (untuk agama lain, tidak dekat dengan tuhan)
Untuk post kali ini, aku nak ambil dua bahagian yang aku senaraikan yakni bahagian 5 dan 6 sebab sesuai dengan tajuk post aku kali ini. Bahagian tersebut aku rasa, mampu memberikan perspeksi umum kenapa Sifat Kasih Sayang masih tidak wujud dalam sesetengah hati manusia.

Setiap manusia yang dijadikan diatas muka bumi ini, memiliki tanggungjawab yang tersendiri. Mereka mempunyai skop tanggungjawab yang perlu dijaga untuk memastikan keamanan dan ketatasusilaan diantara ummah / manusia terjaga. Tanggungjawab manusia kalau disenaraikan, mungkin tidak cukup dengan satu post, mungkin perlukan beberapa post dengan beratus-ratus baris senarai. Salah satu tanggungjawab yang dipikul oleh manusia adalah Kasih Sayang sesama insan.

Menyebut perkataan Kasih Sayang, ianya bukan sekadar sayang dan bukan sekadar melafazkan cinta. Ianya mengikat hati manusia dengan hati manusia yang lainnya, mewujudkan suasana saling melindungi diantara satu sama yang lain. Kasih sayang terdiri diantara pelbagai cabang. Samada dalam bentuk sayang kepada kekasih, sayang kepada ibu-bapa, sayang kepada anak-anak, sayang kepada masyarakat dan sebagainya. Apabila ada segelintir manusia tidak memahami tanggungjawab kasih sayang terhadap diri mereka maka mereka akan melakukan perkara yang boleh melukakan perasaan manusia yang lain.

Bagaimana yang berlaku pada Allahyarhamah Adik Nurin apabila orang yang menculiknya tiada sifat Kasih Sayang. Sanggup merogol kanak-kanak tanpa sedikitpun rasa bersalah, atau lebih tepat tanpa sedikitpun perasaan belas kasihan melihat kanak-kanak tersebut meraung kesakitan. Menunjukkan yang sifat kasih sayang tidak wujud langsung dalam diri si penculik kerana dia melebihi nafsu binatangnya dari segalanya.

Kalaulah manusia memahami sifat kasih sayang maka tidak akan wujud penculikan dan rogol terhadap kanak-kanak. Tidak akan berlaku pengedaran dadah. Tidak akan berlaku kes-kes penceraian dan juga, tidak akan berlaku fonomena peperangan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah dengan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh perasaan kasih sayang tersebut.

Yang kedua dalam konteks nafsu manusia, seperti yang aku telah pilih adalah mereka yang tidak dekat dengan Allah SWT (atau tidak dekat dengan tuhan, bagi agama lain). Mereka ini amat mudah terpengaruh dengan hasutan Syaitan Laknaktullah. Sebab dalam diri mereka kurangnya pegangan dalam agama yang melarang mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang terkutuk. Iman mereka goyah, mereka hilang arah tuju apabila berlaku sedikit godaan/dugaan terhadap mereka. Mereka menghadapi godaan/dugaan yang berlaku dengan perasaan marah, dengan perasaan yang dikuasai oleh nafsu mereka seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batas kemanusiaan.

Kesimpulan daripada post aku kali ini, marilah kita bermuhasabah diri. Mantapkanlah diri kita untuk mengongkong nafsu kita dari terus bermaharajalela dalam hati dan diri kita. Supaya dapat kita serta masyarakat dapat mengelak kejadian-kejadian yang menyayat hati ini daripada berulang. InsyaAllah.

Selasa, September 18, 2007

Suami gagal masukkan ‘buah zakar’

SAYA mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya belum dapat lagi memasukkan buah zakar saya ke dalam kemaluan isteri. Isteri saya mengadu sakit apabila buah zakar saya hendak dimasukkan. Dia memaklumkan buah zakar saya terlalu besar. Saya berusia 37 tahun, manakala isteri 28 tahun. Apa perlu saya lakukan?

RAHMAN
Johor Bahru, Johor


Walaupun anggota sulit wanita boleh mengembang dan meluas, belum ada lagi wanita memasukkan buah zakar lelaki atau suaminya ke dalam faraj.

Jika dilakukan juga, sudah tentu ia menyakitkan dan suami mungkin ‘pengsan’ dulu akibat kesakitan yang teramat sangat berikutan buah zakar itu sungguh sensitif dan menyakitkan jika dicengkam!

Mungkin yang anda maksudkan ialah zakar, bukan buah zakar. Setahu saya, benda paling besar pernah dimasukkan ke dalam faraj di negara ini ialah bola ragbi. Jadi faraj berkemampuan untuk melega, meluas dan memanjang jika wanita itu mahu begitu.

Sehubungan itu, tiada zakar yang tidak dapat dimasukkan ke dalam faraj kerana wanita mampu mengawal pembukaan farajnya. Jika wanita ini tidak tahu dan panik, mungkin satu jari pun sukar dimasukkan kecuali faraj yang cacat, iaitu pembukaan kecil atau anggota sulit itu kecil dan tidak mampu berkembang ke tahap matang.

Saya syorkan anda dan pasangan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan pemeriksaan. Jika ada kecacatan, doktor akan dapat kenali dan memberi rawatan sewajar.

Berita selanjutnya boleh diperolehi di Harian Metro

KOMEN AKU :-

What Da F**K!!!! Memasukkan Buah Zakar!??? Ganaznya sex rumahtangga sehingga ingin memasukkan buah zakar dalam kemaluan isteri. Kalau memasukkan zakar boleh diterima pakai. Tapi kalau buah zakar paham sendirilah.

Maaflah, harinih aku tak dapat nak karang ayat-ayat blog yang sempoi sebab aku nak tergelak. wragagagaghahahahaahahahahahahaha =))

Isnin, Julai 23, 2007

Cekgu Garang

Assalamualikum semua...hahaha.

Kepada pembaca blog aku, hari nih aku ada topik best yang aku rasa patut dibincangkan dengan korang semua. Iaitu tajuknya cekgu garang. Korang tau cerita cekgu besar tampar murid yang agak femes tu? Well aku tau korang semua dah familiar dengan cerita yang semacam itu. Hari nih, aku nak ulas dengan lebih lanjut lagi berkenaan cerita tu dan kesannya terhadap fenomena pendidikan di dalam negara kita nih.

Sekarang nih, mari kita rujuk kes 15 pelajar MRSM yang kena buang disebabkan kes buli. Mereka kena buang disebabkan mereka melakukan kesalahan membuli. Sebab time kecik-kecik dulu (masa mereka masih budak hingusan sekolah rendah) mungkin tak pernah ditampar oleh cekgu sekolah. Mungkin sebab itu mereka beranggapan yang mereka ini adalah pelajar yang cukup best yang mana cekgu tak boleh nak sentuh mereka walhal sedikitpun, sebab mereka ada budak best dan pandai.

Bila terjadinya macam tu, maka perangan sebegitu rupa akan terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah, MRSM, kolej dan IPT. Itulah yang akan menjadi punca kenapa mereka ini boleh menjadi liar sehingga boleh mencederakan orang lain. Sebab dulu tak ada orang yang nak tegur sikap dan peradaban mereka.

Kata orang lama-lama "Sayang anak tangan-tangankan" tapi sekarang ini "Sayang anak manja-manjakan". Itulah penyebab kenapa masalah sosial dikalangan pelajar yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Kerana "Sayang anak manja-manjakan". Memang besar salah bagi seorang guru besar menampar murid tetapi kenapa ini dijadikan agenda ibu-bapa untuk menuntut hak yang pada pendapat aku, bukannya satu hak yang benar pun. Ibu-bapa yang menuntut keadilan disebabkan perbuatan Guru Besar tersebut bagi aku bukanlah sebenarnya menuntut keadilan tetapi mereka sebenarnya memihak kepada anak mereka yang tidak membawa buku sekolah.

Kalau nak mengaji kenapa tak bawa buku sekolah? Kenapa ibu-bapa pelajar berkenaan masih memihak kepada anak mereka? Samalah macam kes 15 orang pelajar MRSM. Kenapa ibu-bapa mereka masih merayu untuk mereka? Kenapa masih memihak kepada mereka sedangkan mereka itu telah menyebabkan oleh lain tidak boleh belajar dengan sempurna? Why? Why?

Bodoh betul ibu-bapa berkenaan. Cekgu ajar camni : SALAH. Cekgu ajar camtu pun : SALAH. Jadi benda apa yang betul sebenarnya? Seingat akulah semasa aku time sekolah rendah dulu bukan cekgu tak pernah ketuk kepala aku tapi nak buat camna dah memang salah aku. Kalau aku balik cerita kat mak aku yang cekgu ketuk kepala aku, mak aku akan ketuk kepala aku sekali sebab mak aku pun tau yang aku nih salah. Tapi Alhamdulillah, hasil ketukkan kepala tersebut telah menjadikan aku seorang manusia yang berguna.

Pak-pak menteri dan ibubapa bangang selalu menegaskan kepada guru-guru agar jangan memukul murid padahal tegasan yang sebegitu rupa akan menyebabkan murid jadi besar kepala. Mereka tak sedar perbuatan mereka tersebutlah yang bakal menghancurkan masa depan pelajar berkenaan. Bila lagi nak didik anak-anak bangsa kita melalui ketegasan pembelajaran? Nak harapkan ibubapa? Mungkin mereka sibuk nak cari makan. Nak harapkan pak menteri? Mereka juga sibuk nak uruskan negara. Mahu tak mahu perlulah mengharapkan kepada seorang cekgu. Yaa tuan-tuan dan puan-puan kalau cekgu tak menghukum murid berkenaan disebabkan kesalahan murid tersebut bilakah murid akan belajar untuk tidak melakukan kesalahan berkenaan dimasa akan datang? Sila jawab wahai pak menteri dan ibubapa bangang.

Jangan terlalu sayangkan anak kita sehingga mereka memijak kepala kita kembali. Sia-sia sahaja usaha P.Ramlee membikin filem Anakku Sazali kalau kita tak amik pengajaran dari filem berkenaan. Mereka bakal mewarisi negara kita kelaka maka dengan itu kita seharusnya mendisiplinkan mereka, bukannya memanjakan mereka.

Sekian dari aku.

Khamis, Julai 19, 2007

Selesai Masalah

Assalamualaikum pembaca blogger aku, dan selamat sejahtera.

Sekarang ini, aku tak dapat nak update blog aku kerap-kerap sangat disebabkan aku akan ada kerja lain yang memerlukan aku memberi konsentrasi sepenuhnya. Aku bakal jadi boss laaa..hehehe. Jadi boss nih satu kerja yang best sebab korang bleh arah orang lain buat kerja-kerja untuk korang (and yes, as long as you pay them to work for you).

Menyebut tentang boss, menjadi seorang boss pun perlu ada etikanya sendiri. Korang tak boleh sewenang-wenangnya mengarah orang buat itu dan ini. Korang perlu ada perancangan untuk organisasi korang dan yang paling utama ada korang perlu mengambil-berat tentang pekerja bawahan korang.

Seorang manusia mereka mempunyai hati. Hati mereka kalau jaga dengan baik maka mereka akan menggunakan tenaga mereka untuk berkhidmat dengan korang. Untuk memastikan hati mereka dijaga perkara seperti kebajikan mereka dan suasana tempat kerja mereka perlulah diambil berat supaya semangat untuk mereka bekerja dengan korang akan membuak-buak dan hasilnya, produktiviti mereka meningkat dan organisasi korang dapat keuntungan berganda.

Sebagai seorang boss, elakkan sifat kedekut teramat sangat. Kedekut teramat sangat boleh menjatuhkan organisasi korang. Sebagai contoh satu pekerja yang telah berkhidmat dengan korang selama beberapa tahun perlulah diberi imbuhan. Jangan sampai gajinya pun korang tak reti-reti nak bagi naik. Silap haribulan dia dilamar oleh organisasi lain dan yang rugi adalah korang sendiri. Oleh kerana itu, elakkan sikap kedekut yang amat sangat. Berilah kepada pekerja yang berjaya membawa keuntungan kepada organisasi korang inisiatif-inisiatif untuk membangkitkan semangat kerja diorang.

Sekian sahaja dari aku, sapa-sapa yang bakal jadi boss macam aku digalakkan korang mendengar nasihat aku untuk kemudahan masa hadapan organisasi korang. Sekian.

Selasa, Jun 19, 2007

Masa untuk sibuk




Sekarang, aku dilanda penyakit "busy tahap keji". Aku dah habis dah ngaji dan aku kena buat benda-benda yang selalu emak ngan ayah aku buat yakni KERJA. Ya aku kena kerja sekarang nih. Peritnya bila bekerja nih. Barulah aku tau susah bangat nak cari duit.

Ada memacam kerja, depend kepada mereka yang memerlukan dan yang memilih. Tapi bagi mereka yang amik degree tu mestilah memilih yang bersesuaian dengan degree mereka. Aku nih tak boleh nak memilih sebab aku nih diploma politeknik jer. Walaupun aku tak boleh sangat memilih tapi aku tau buat kerja, baguih betui aku nih. Kalau dibandingkan dengan budak degree yang lainnya rasanya aku lagi hebat kot daripada mereka.

Memang keji, kalau korang ada diploma / degree tapi korang tak ada skill yang boleh membantu korang untuk bekerja. Skil yang dimaksudkan ada kemahiran korang dalam melaksanakan satu-satu task atau kerja yang berlainan dengan apa yang korang belajar, ataupun pengetahuan / ilmu mengenai sesuatu yang melebihi apa yang korang belajar di IPT. Itu penting sekiranya korang ingin bersaing dengan graduan lain sekiranya korang ingin bekerja (dengan orang lain).

Memiliki skill tersendiri adalah dibawah tanggungjawab korang, koranglah yang sepatutnya mengasah bakat korang dalam memastikan korang sentiasa kehadapan berbanding orang lain. Kompeni di Malaysia berbeza dengan kompeni di US kerana kompeni di Malaysia memerlukan pekerja sentiasa bersedia dengan pekerjaan yang bakal dibuat, tak perlu menunggu tunjuk ajar atau bimbingan orang lain.

Pandangan kompeni top 500Forbes menyatakan "Kami memerlukan graduan yang pandai, yang memiliki keputusan yang cemerlang. Walaupun mereka tidak boleh bekerja didalam situasi genting tetapi mereka boleh dilatih. Bebeza dengan mereka yang memiliki keputusan yang rendah, pada pandangan kami mereka adalah orang yang malas". Itu kenyataan kompeni top500 forbes, kompeni yang mampu menyediakan dana untuk melatih graduan-graduan berkenaan. Bagaimana pula dengan kompeni yang tidak mampu menyediakan dana untuk melatih graduan berkenaan? Adakah kenyataan ini boleh diterima-pakai?

Dalam erti kata lain, sekiranya korang masih blur-blur kompeni Top500 Forbes ini berkemampuan untuk menggaji graduan-graduan yangt cemerlang dan memberi latihan kepada meraka. Selagi mereka berkemampuan, mereka akan memilih graduan yang terbaik. So jangan mimpilah kalau graduan dari Malaysia yang boleh bekerja di syarikat mereka kerana berlambak lagi graduan dari universiti terkemuka di dunia ini sedang bersaing mencari pekerjaaan di Syarikat Top500 forbes nih.

Akhir kata, pulunlah di Negara sendiri, make-up semua skill yang bakal menjadi aset penting untuk diri sendiri dan ingat peluang sentiasa ada untuk mereka yang berusaha. Sekian.

Jumaat, Jun 15, 2007

Perpisahan


Memang sedih kalau dah berkawan lama, kemudian sudah kena lama dan paham dengan hati masing-masing kemudian masa perpisahan dah tiba. Tapi itulahnya yang akan terjadi. Bak kata Neo dalam filem The Matrix "Everything has beginning, has the End".

Seorang member rumah sewa aku telah meninggalkan member-membernya di sini. Menuju pulang ke Kuala Lumpur. Mungkin dalam perjalanannya ke KL, banyak yang difikirkannya sebab dia dah terlalu lama disini. Dia dah tertarik dengan permandangan di sini dah yang lebih penting dia jumpa banyak kawan yang banyak menolongnya, di sini juga.

Aku baru sahaja melihat kepulangan dia ke Kuala Lumpur. Banyak nostalgia yang dia tinggalkan untuk kami kenang bersama-sama semasa menetang di Politeknik ini. Selepas dia pulang, kami meneruskan kerja-kerja kami. Tak boleh sedih lama-lama.

Yang mesti pergi, dia akan pergi. Yang ada perlulah menyambung kerja-kerja yang sedia ada. Tak boleh bersedih terlalu lama dengan apa yang berlaku sewaktu perpisahan itu sedang berlaku kerana masa akan menyebabkan kita lupa dengan apa yang sedang berlaku. Maklumlah sejarah sedih nih biasanya ditulis atas pasir ja. Begitu juga nasihat aku kepada yang lelain, bagaimanapun bentuk perpisahan yang korang hadapi ingatlah korang perlu meneruskan kerja-kerja / kehidupan korang.

Takat ini dulu post aku, semoga member aku sentiasa ingatkan aku / kami disini seperti aku / kami mengingati dia dan memori sewaktu kami bersama kelak. Semoga berjaya kawan-kawan ku kelak dalam perjuangan yang tak habis-habis nih.

Selasa, Jun 12, 2007

TIRU! dan KANTOI!



Aku dah habis dah menjawab kesemua soalan Final kecuali satu paper yang aku tak buat langsung yakni paper Sistem Maklumat. Aku tak buat sebab aku ada masalah duniawi.

Sesuai dengan tajuk blog aku nih, aku ada sedikit kisah yang aku nak share dengan korang. Kisahnya mengenai seorang member aku yang dikenali sebagai peniru tegar. Dia memang tegar, tak makan nasihat serta jiwang tahap melampau. Member aku nih, satu kelas tau yang dia nih suka sangat bawa masuk toyol sewaktu peperiksaan. Aku tak taulah apa yang patut dikatakan kat dia sebab dah memang takleh nak kata apa dah.

Member aku tu dulunya pernah kantoi meniru Semester lepas, kranya pada semester lima. Time kantoi tersebut pada paper last dan mengikut undang-undang Politeknik kalau terkantoi meniru maka paper sebelumnya pun dianggap sebagai meniru dan tak sah. Maka dengan itu, dia terpaksalah mengcarry paper berkenaan ke sem berikutnya.

Dia pun buatlah rayuan, dan rayuan diperkenankan untuk dia memohon Semester 7 bagi mengulang 5 papar yang terkantoi pada Semester 5 dulu. Memang susahlah sebab paper yang dia nak kena ulang bukan calang-calang modul. Haduihh...

Takpalah lepas tu, aku ingatkan dia dah berubah dah kotlah insaf jadi manusia baik. Tak jugak rupanya. Masih nak amalkan meniru / membawa toyol masuk Final. So tepat pada paper akhir dia ditangkap meniru dan seperi biasa, paper sebelumnya pun dianggap sebagai meniru.

Menurut Pensyarah modul aku, kalau seseorang tu gagal 2 kali (samada gagal dalam bentuk tak lulus atau gagal disebabkan ditangkap meniru) maka dia akan diakira sebagai gagal berhenti. Dan status member aku sekarang ini tidak lagi diketahui kerana ianya masih mengikut budi-bicara Ketua Jabatan dan Pengarah Politeknik.

Aku bertambah heran, pelik jugak kenapa dia sanggup meniru? Apa yang dia belajar selama ini kat politeknik? Sebagai seorang member, aku kasihankan dia tapi pada masa yang sama aku amat marahkan dia sebab aku heran dengan perangai dia tu. Tak sedar ke dia tu tentang kesalahan yang lalau? Tak ambil iktibar ke?

Kepada dia, sorrylah kalau dia terasa membaca blog aku nih. Tapi ini untuk pengajaran orang lain juga. Janganlah anda meniru kerana takda pekdahnya bila kita meniru nih. Ilmu tak dapat satu hal, kalau terjadi macam kes diatas pun satu hal.

Sekian untuk blog aku hari nih.

Khamis, Jun 07, 2007

Tamat

Sekarang, aku bakal mengambil peperiksaan yang terakhir dalam pengajian aku di politeknik seberang perai. Apa yang aru rasa adalah terlalu exited dengan apa yang aku bakal buat di masa hadapan diaman ianya menjajikan kepada aku cabarang yang aku memang cari semala ini. Iaitu cabaran kehidupan sebenar.

Sesua dengan tajuk TAMAT, aku ingin bertanya kepada reader aku memandangkan aku mempunyai reader setia dengan aku (yang aku assume sebab google pagerank aku sentiasa menunjukkan nilai 3/10) sekiranya korang berada di situasi yang aku berada sekarang ini, apakah yang korang bakal lakukan? Adakah korang akan pergi mencari pekerjaan awal / sambilan atau pekerjaan tetap? Atau korang akan kahwin dengan pasangan ideal korang? Atau korang ingin sambung belajar? Atau korang nak membuka sebuah perniagaan seperti aku? Mungkin korang tak sependapat dengan aku tapi aku hanya ada satu nasihat buat korang.

Korang ada fresh graduate yang sama seperti aku. Dan apakah skil yang korang ada untuk bersaing dengan pelajar yang setaraf dengan korang? Atau korang memiliki bakat semulajadi dalam pengurusan dan ingin membuka satu perniagaan? Dan semestinya perniagaan juga memerlukan skil-skil yang tertentu. Apapun yang korang ingin lakukan, korang kena yakin dengan apa yang korang buat sebab korang tidak tahu bagaimana masa depan tersebut.

Kalau korang membaca artikel aku yang berjudul Final : Apa yang korang rancang? korang mesti tahu yang korang sudang mempunyai skil-skil asas yang korang belajar untuk masa hadapan, bukannya untuk exam semata-mata. Kecualilah korang belajar untuk exam semata-mata maka dengan itu byebye lah kepada korang sebab korang sendiri yang pilih jalan tersebut. Korang kan tahu yang korang kena bersaing then kenapa tak bersedia? So nasihat aku bersedia dan yakinlah dengan apa yang korang buat.

Takat ini dahulu post aku. Sekian.