The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Memaparkan catatan dengan label Ilmu Am. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu Am. Papar semua catatan

Ahad, September 30, 2007

Opensource, apakah maksud opensource?

Assalamualaikum Semua, dan selamat pagi. Hari ini aku rasa nak blog mengenai opensource disebabkan di Nusantara ini masih ramai lagi tak faham apakah maksud dan tujuan opensource ini.


1#Apakah yang dimaksudkan dengan opensource?

Opensource, atau dalam bahasa Melayunya "Sumber Terbuka" adalah konseptual dalam perisian yang membenarkan pengguna membuat pengubahsuaian dalam source code (kod sumber, aturcara) perisian berkenaan untuk menganalisis dan juga untuk tujuan penambah-baikkan. Ianya bukan mengenai leakage (bocor) dalam sesuatu source code (kod sumber, aturcara) tetapi memberi peluang kepada pengguna untuk bersama-sama di dalam proses pembangunan perisian berkenaan.

Dengan source code (kod sumber, aturcara) tersebut, pengguna dapat [1]belajar bagaimana pergerakan dan operasi perisian berkenaan, [2]Membetulkan perisian berkenaan sekiranya terdapat bug tanpa perlu menunggu tindakan pihak pembangunan perisian, [3]Membuat penambahbaikan terhadap perisian berkenaan untuk kepentingan komuniti, [4]Menjalankan perisian ini di atas mana-mana platform serta menggunakan perisian ini untuk apa-apa tujuan.


2#Adakah opensource sentiasa percuma?

Tidak, Opensource bukan bererti percuma. Ianya adalah "kebebasan dalam proses pengaturcaraan". Tidak faham? OK, opensource bukanlah seperti "pizza percuma" atau "berger percuma", ianya seperti "kebebasan bercakap" atau "bebas nak buat apa sahaja pada perisian berkenaan". Kalau masih tidak faham, andaikan anda membeli sebuah kereta dan anda bebas nak tambah spoiler atau bumper pada kereta anda. Samalah seperti perisian opensource, ada kalanya anda perlu membeli perisian berkenaan tetapi anda diberikan sekali dengan source code (kod sumber, aturcara) supaya anda bebas untuk buat apa sahaja dengan perisian berkenaan.

Ramai yang menyangka bahawa perisian opensource sentiasa percuma. Itu adalah tanggapan yang silap sama sekali. Opensource tak sentiasa percuma, Cuma sesetengah daripadanya adalah percuma memandangkan konseptual opensource yang lebih melibatkan semangat komuniti kepada komuniti. Sebagai satu contoh, kita boleh merujuk kepada RedHat Enterprise Linux. Ianya perisian opensource yang berbayar tetapi pengguna diberi akses untuk mengubahsuai source code (kod sumber, aturcara) secara bebas dan terbuka.

Kebanyakan syarikat yang memperkenalkan perisian secara opensource menggunakan teknik bayaran bantuan teknikal profesional untuk memperolehi bayaran penggunaan perisian opensource. Sebagai contoh, MySQL AB yang memberikan perisian MySQL Server secara percuma di Internet. Sekiranya ada pengguna yang memerlukan bantuan teknikal secara profesional daripada MySQL AB maka mereka perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan servis berkenaan.


3#Kenapa menggunakan opensource?

Sekiranya anda seorang pengaturcara dan inginkan perisian yang beroperasi mengikut kehendak anda maka opensource perlu menjadi pilihan anda kerana anda boleh mengubah source code (kod sumber, aturcara) perisian berkenaan. Sekiranya anda adalah end-user yang memiliki bajet yang rendah, opensource adalah pilihan anda kerana ianya murah. Sekiranya anda berada di paras Enterprise, maka opensource adalah alternatif untuk anda disebabkan pemberian servis secara profesional dan perisian yang boleh dimodifikasikan mengikut rentak perniagaan anda.


4#Opensource vs Closesource

Anda bandingkan sendiri perisian OpenOffice dan Microsoft Office :P, atau Ubuntu Linux dengan Windows Vista :).


5#Perkembangan Opensource Di Malaysia dan ASEAN

Opensource di Malaysia, pada pendapat aku ianya masih lagi merangkak sementara nak menuju ke puncak kejayaan untuk mengaplikasikan 100% perisian berasakan opensource di setiap rumah dan pejabat di ASEAN. Ini kerana tak banyak aktiviti yang menyokong kepada pembangunan opensorce dan juga, dasar kerajaan yang lebih memihak kepada perisian-perisian closesource yang berbayar.

Sekiranya kita memasuki www.google.com.my, dan menaip "Komuniti Linux" kita akan dapati hanya ada beberapa kerat sahaja komuniti virtual Linux di dalam Malaysia dan negara ASEAN lain. Aku merujuk kepada "Linux" sebab aplikasi perisian Linux yang sememangnya berorientasikan opensource. Sekiranya anda ingin belajar mengenai linux, maka virtual komuniti yang aku rasakan sesuai untuk anda adalah di www.mambang.org. Mungkin banyak benda asa ayang boleh dipelajari di sana (aku pun masih merangkak juga dalam Linux ini, tapi sekarang perlu berpindah ke platform Solaris disebabkan kerja)

Sekian sahaja artikel aku. Aku harap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan persoalan pak-pak menteri dan juga persoalan mereka yang sering menganggap opensource adalah perisian yang "tak berguna". Opensource lebih baik daripada perisian berbayar seperti microsoft, bayangkan kalau anda membeli kereta tetapi tidak dibenarkan untuk mengubahsuai kereta anda. Mesti anda rasa marahkan? Hehehehe...

Sabtu, Disember 16, 2006

Keajaiban Al-Quran

Aku ada post kat satu thread di putera.com mengenai persoalan keajaiban Al-Quran. Dan kat sini aku paste balik apa yang aku telah postkan terdahulu :-

Assalamualaikum Semua

Pertama sekali, satu benda yang korang perlu tahu bila nak berdebat dengan orang-orang ilmiah mengenai agama ialah cara perdebatan kita mestilah menjurus kepada ilmiah. Maaf kalau lari topik tapi qoute dari dua-dua post nih aku terpaksa qoutekan untuk terangkan apa yang dikatakan dengan MIRACLE dari segi sains dengan kaitannya kepada AL-Quran dan Hadis. Takut korang tersilap maksud pulak.

Apa yang dikatakan dengan penemuan sains dan kaitannya dengan Al-Quran / Hadis? Orang putih biasanya mereka akan mengeluarkan teori-teori berdasarkan kepada apa yang mereka kaji, secara tak segaja teori-teori berkenaan memang disebutkan di dalam al-quran. Banyak sangat teori-teori saintifik yang memang sudah disebutkan dalam firman-firman Allah SWT didalam Al-Quran dan itu boleh kita gelarkannya sebagai MIRACLE. Sebab? Tidak ada satu buku/esklopedia pon dalam dunia nih yang boleh menerangkan kejadian rumit alam ini kecuali satu buku yang dipanggil Al-Quran. Al-Quran menghuraikan segala-galanya sebelum kajian orang putih.

Point tersebut yakni bukti Al-Quran dan kaitannya fakta kajian saintifik digunakan oleh ramai cediakawan Islam seperti Ahmad Deedat, Yusof Islam serta ulama terkenal nusantara Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (HAMKA) untuk menyakinkan penganut agama lain tentang kebenaran agama Islam. Mereka tidak menggunakan fakta-fakta yang agak kabur macam kejadian pelik-pelik seperti kejadian ikan pari atau buah yang tertulis nama Allah SWT, kerana ini boleh dibidas oleh cediakawan agama lain. Kita perlukan point yang mana apabila mereka melihatnya, secara tidak langsung timbul rasa ragu-ragu terhadap kepercayaan agama mereka. Kaedah itulah yang digunakan oleh cediakawan Islam dalam menyampaikan dakwah kepada golongan bukan Islam.

Sebab itu jadikan Nabi Muhammad SAW seorang yang buta huruf, seorang yang sentiasa bercakap benar sebab dengan kejadian itu kalau orang putih ingin membuat kajian terhadap Al-Quran yang diturunkan mereka tidak akan menemui clue untuk membidas balik cediakawan Islam. Begitu juga dengan kata-kata Nabi Muhammad SAW berserta hadis-hadisnya, kerana baginda sentiasa bercakap benar maka kata-katanya juga adalah benar dan ini perlu diakui oleh setiap orang yang beriman. Orang yang beriman dan orang Islam adalah dua entiti yang berbeza. Yang beriman adalah Islam tapi bukan semua orang Islam itu beriman. Harap paham maksud aku.

Kalau kita nak menggunakan fakta seperti peristiwa pembedahan Nabi Muhammad untuk berdebat dengan orang bukan Islam, maka point yang akan diberikan orang orang bukan Islam sama seperti kita. Mereka juga mempuyai mitos yang ajaib dalam agam mereka. Ini menyebabkan berdebatan menjadi tidak tentu arah kerana memasing dok memuji kehebatan pesuruh agama memasing. TAPI kalau kita gunakan point MIRACLE seperti kajian orang putih dan kaitannya dengan fakta dalam Al-Quran, semestinya mereka (orang bukan Islam) tidak akan ada point untuk membalasnya kerana mereka tidak mempunyai kitab seperti Al-Quran yang menerangkan segala-galanya. Bukankah itu satu MIRACLE?

Point-point seperti peristiwa kenabian hanya sesuai dalam penyampaian penceritaan kepada umat Islam itu sendiri untuk mengukuhkan iman mereka dan kepercayaan mereka kepada rasul. Bukan untuk kegunaan perdebatan dengan cediakawan bukan Islam kerana minda cediakawan bukan Islam bukan hendak memikirkan MIRACLE tapi memikirkan bukti tentang kebenaran agama Islam.

Sebut mengenai foward SMS atau whatever, satu benda seperti pakezaa cakap sebelum nih buatlah kajian/google terlebih dahulu. Bukankah kajian yang menjurus kepada ilmiah mampu mengukuhkan iman seseorang Islam?

Sebab apa? Aku menjawab pertanyaan sesetengah forumer yang masih lagi tak memahami keajaiban Al-Quran dari sudut sains dan teknologi.