The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Ahad, September 30, 2007

Opensource, apakah maksud opensource?

Assalamualaikum Semua, dan selamat pagi. Hari ini aku rasa nak blog mengenai opensource disebabkan di Nusantara ini masih ramai lagi tak faham apakah maksud dan tujuan opensource ini.


1#Apakah yang dimaksudkan dengan opensource?

Opensource, atau dalam bahasa Melayunya "Sumber Terbuka" adalah konseptual dalam perisian yang membenarkan pengguna membuat pengubahsuaian dalam source code (kod sumber, aturcara) perisian berkenaan untuk menganalisis dan juga untuk tujuan penambah-baikkan. Ianya bukan mengenai leakage (bocor) dalam sesuatu source code (kod sumber, aturcara) tetapi memberi peluang kepada pengguna untuk bersama-sama di dalam proses pembangunan perisian berkenaan.

Dengan source code (kod sumber, aturcara) tersebut, pengguna dapat [1]belajar bagaimana pergerakan dan operasi perisian berkenaan, [2]Membetulkan perisian berkenaan sekiranya terdapat bug tanpa perlu menunggu tindakan pihak pembangunan perisian, [3]Membuat penambahbaikan terhadap perisian berkenaan untuk kepentingan komuniti, [4]Menjalankan perisian ini di atas mana-mana platform serta menggunakan perisian ini untuk apa-apa tujuan.


2#Adakah opensource sentiasa percuma?

Tidak, Opensource bukan bererti percuma. Ianya adalah "kebebasan dalam proses pengaturcaraan". Tidak faham? OK, opensource bukanlah seperti "pizza percuma" atau "berger percuma", ianya seperti "kebebasan bercakap" atau "bebas nak buat apa sahaja pada perisian berkenaan". Kalau masih tidak faham, andaikan anda membeli sebuah kereta dan anda bebas nak tambah spoiler atau bumper pada kereta anda. Samalah seperti perisian opensource, ada kalanya anda perlu membeli perisian berkenaan tetapi anda diberikan sekali dengan source code (kod sumber, aturcara) supaya anda bebas untuk buat apa sahaja dengan perisian berkenaan.

Ramai yang menyangka bahawa perisian opensource sentiasa percuma. Itu adalah tanggapan yang silap sama sekali. Opensource tak sentiasa percuma, Cuma sesetengah daripadanya adalah percuma memandangkan konseptual opensource yang lebih melibatkan semangat komuniti kepada komuniti. Sebagai satu contoh, kita boleh merujuk kepada RedHat Enterprise Linux. Ianya perisian opensource yang berbayar tetapi pengguna diberi akses untuk mengubahsuai source code (kod sumber, aturcara) secara bebas dan terbuka.

Kebanyakan syarikat yang memperkenalkan perisian secara opensource menggunakan teknik bayaran bantuan teknikal profesional untuk memperolehi bayaran penggunaan perisian opensource. Sebagai contoh, MySQL AB yang memberikan perisian MySQL Server secara percuma di Internet. Sekiranya ada pengguna yang memerlukan bantuan teknikal secara profesional daripada MySQL AB maka mereka perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan servis berkenaan.


3#Kenapa menggunakan opensource?

Sekiranya anda seorang pengaturcara dan inginkan perisian yang beroperasi mengikut kehendak anda maka opensource perlu menjadi pilihan anda kerana anda boleh mengubah source code (kod sumber, aturcara) perisian berkenaan. Sekiranya anda adalah end-user yang memiliki bajet yang rendah, opensource adalah pilihan anda kerana ianya murah. Sekiranya anda berada di paras Enterprise, maka opensource adalah alternatif untuk anda disebabkan pemberian servis secara profesional dan perisian yang boleh dimodifikasikan mengikut rentak perniagaan anda.


4#Opensource vs Closesource

Anda bandingkan sendiri perisian OpenOffice dan Microsoft Office :P, atau Ubuntu Linux dengan Windows Vista :).


5#Perkembangan Opensource Di Malaysia dan ASEAN

Opensource di Malaysia, pada pendapat aku ianya masih lagi merangkak sementara nak menuju ke puncak kejayaan untuk mengaplikasikan 100% perisian berasakan opensource di setiap rumah dan pejabat di ASEAN. Ini kerana tak banyak aktiviti yang menyokong kepada pembangunan opensorce dan juga, dasar kerajaan yang lebih memihak kepada perisian-perisian closesource yang berbayar.

Sekiranya kita memasuki www.google.com.my, dan menaip "Komuniti Linux" kita akan dapati hanya ada beberapa kerat sahaja komuniti virtual Linux di dalam Malaysia dan negara ASEAN lain. Aku merujuk kepada "Linux" sebab aplikasi perisian Linux yang sememangnya berorientasikan opensource. Sekiranya anda ingin belajar mengenai linux, maka virtual komuniti yang aku rasakan sesuai untuk anda adalah di www.mambang.org. Mungkin banyak benda asa ayang boleh dipelajari di sana (aku pun masih merangkak juga dalam Linux ini, tapi sekarang perlu berpindah ke platform Solaris disebabkan kerja)

Sekian sahaja artikel aku. Aku harap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan persoalan pak-pak menteri dan juga persoalan mereka yang sering menganggap opensource adalah perisian yang "tak berguna". Opensource lebih baik daripada perisian berbayar seperti microsoft, bayangkan kalau anda membeli kereta tetapi tidak dibenarkan untuk mengubahsuai kereta anda. Mesti anda rasa marahkan? Hehehehe...

2 ulasan:

B Hunter berkata...

hOho ... Baru r paham naper sesetengah ditro kene bayar ... Cumenye daku masih lagi belum merasa pakai ubuntu yang dah diorder beberapa minggu lepas ... Ahaks! Erm, lagi satu, solaris tu bkn linux ke?

Ahmades berkata...

Solaris bukan linux, dia UNIX. Dua-dua memang berbeza gila dari segi operating system, processing dan kernel walaupun banyak fungsi adalah sama.