The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Ahad, September 23, 2007

Etika Memblog Part 2 : Jenis-jenis Blog

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi di Bahagian kedua : Jenis-jenis Blog.

Adakah anda semua telah membaca entri aku terdahulu? Pergi baca sebelum membaca entri ini. Kali ini, aku nak merungkaikan jenis-jenis blog yang biasanya dibuat oleh orang lain. Biasanya, mereka ini akan memilih tema blog mereka sebelum mula menulis artikel di dalam blog mereka. Pemilihan tema ini bisanya merujuk kepada kesesuaian diri mereka dan kepakaran mereka mengenai bidang yang mereka ceburi. Atau berdasarkan bakat mereka dalam bidang penulisan yang mampu menarik ramai pembaca supaya terus membaca di blog mereka.

Berikut, adalah senarai jenis blog yang biasanya dibuat oleh mereka. Aku kategorikan jenis-jenis ini kepada dua bahagian yakni bahagian Blog-Boleh-Pakai dan bahagian Blog-Cukup-Merapu. Sebelum itu, aku terangkan sedikit apa yang dimaksudkan oleh dua bahagian berkenaan.


BLOG-BOLEH-PAKAI

Blog yang mana tulisannya amat mudah difahami, biasanya pengarang blog ini terdiri daripada profesional yang memang berbakat dan berkebolehan. Kita akan sentiasa menunggu update daripada blog ini untuk mengetahui pendapat semasanya mengenai benda yang dia tahu. Dan blog mereka juga menghiburkan. Berikut adalah jenis-jenis blog-boleh-pakai :-

1# Blog Politik

Mendengar namanya sahaja, semua orang tahu blog yang berorientasikan politik memiliki ciri penulisan yang sungguh teliti. Mereka yang menulis blog ini banyak membuat anggaran kasar mengenai orientasi serta corak politik masa hadapan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, ada segelintir daripada mereka terlalu radikal dengan dunia politik. Resam kutuk-mengutuk, kata-mengata di dalam artikel mereka adalah perkara biasa untuk ditujukan kepada ahli politik yang tidak disukai oleh mereka.

2# Blog Resam Manusia

Yang suka menulis blog mengenai manusia dan resamnya biasanya terdiri daripada aktivis-aktivis sosial. Penulisan mereka lebih berorientasikan kepada kehidupan semasa serta tindak-tanduk manusia. Tak kisahlah sama ada dari segi kebaikan, keburukan, kelemahan, kemajuan, kemakmuran dan tatasusila seseorang/sekelompok manusia.

3# Blog Video/Gambar

Mereka merupakan seorang yang gemar dengan benda yang abstrak. Selalunya dalam blog mereka hanya ada beberapa gambar dan video hasil rekaan mereka untuk dipaparkan kepada umum. Jarang sekali di dalam blog mereka tulisan yang panjang berjela.

4# Blog Humor

Orang yang menulis blog ini suka menghiburkan orang lain dengan lawak jenakanya. Mereka pandai mengarang ayat, dialog atau skrip cerita yang mempunyai unsur-unsur humor untuk dibaca oleh orang lain. Tak dinafikan, ada segelintir daripada mereka gemar menggunakan isu yang sensitif sebagai bahan humor mereka.

5# Blog Motivasi

Biasanya, mereka yang sudah berjaya akan mengarang blog seperti ini. Mereka ingin memberikan motivasi kepada sesiapa yang ingin berjaya seperti mereka dan juga cara-cara untuk mencapai kejayaan. Pengalaman dan ujian dalam kehidupan mereka dipaparkan dalam blog mereka supaya menjadi pengajaran dan teladan untuk pembaca mereka yang ingin berjaya seperti mereka

6# Blog Tutorial

Mereka tak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan mereka kepada umum akan mengarang blog seperti ini. Di dalam artikel taipan mereka banyak terkandung cara-cara untuk mencipta dan menggunakan sesuatu produk. Mereka berkongsi pengetahuan mereka dengan pembaca mereka dan ingin melihat pembaca mereka pandai seperti mereka.

7# Blog Cerpen

Terdapat juga blog yang mana ianya terdiri daripada penulis-penulis yang gemar menulis cerita pendek (cerpen) untuk dibaca oleh pembaca blog mereka. Blog seperti ini biasanya di-updade pada setiap seminggu atau 2 minggu sekali bergantung kepada jenis cerita yang ingin dihasilkan oleh penulis berkenaan.

8# Blog Pengetahuan Agama

Blog ini biasanya ditulis oleh mereka yang berkepakaran/berpengetahuan tentang agama yang dianutinya. Mereka ingin menjelaskan kelebihan agama mereka berbanding agama yang lainnya secara lebih spesifik dan lebih terperinci. Biasanya, mereka membuka soalan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang agama mereka dan akan cuba menjawab soalan berkenaan di dalam blog mereka.

9# Blog Teknologi

Mereka yang sentiasa update dengan teknologi semasa akan menulis di dalam kategori ini. Mereka banyak membuat review mengenai produk teknologi semasa dan membuat andaian teknologi di masa yang akan datang. Teknologi seperti perubatan, komputer, sains, kosmetik, angkasa, networking dan sebagainya yang melibatkan R&D (Research and Development) adalah termasuk dalam Blog Teknologi.

10# Blog Peminat

Mereka yang terkenal dan memiliki peminat sudah semestinya memiliki blog untuk memberitahu peminat mereka mengenai perkara semasa mengenai kerja mereka. Dan juga memberitahu peminat event yang sedang dibuat oleh mereka kepada peminat mereka.

Sepanjang kajian aku mengenai paten dalam arena blogging maka hanya 10 senarai tersebut sahaja yang berjaya ditemui. Mungkin ada lagi senarai yang bermanfaat untuk kita semua yang mungkin aku tidak menemuinya. Mungkin aku akan menemuinya :)

Sekarang, aku nak masuk pula kepada definisi Blog-Cukup-Merapu.


BLOG-CUKUP-MERAPU

Blog dalam kategori ini merangkumi blog yang merapu, tak ada pengajaran dan nilai dalam blog tersebut serta blog yang semata-mata diwujudkan atas dasar syok-sendiri. Berikut adalah jenis-jenis blog-cukup-merapu :-

1# Blog Copy-And-Paste

Okay, aku rasa anda semua pun faham tentang blog yang sebegini rupa. Blog yang menciplak hasil karya orang lain dan secara tak malu meletakkan hasil karya berkenaan di dalam blog mereka. Blog yang menujukan pemilik blog tersebut memang tidak ada idea dengan apa yang dia nak tulis dalam blog-nya.

2# Blog Un-Private

Inilah yang aku katakan sebagai orang yang menganggap privacy adalah confidential, tetapi secara NYATANYA mereka memaparkan kehidupan mereka yang so-called privacy matters. Cara bercinta, makan, minum, berpakaian, sampai cara mereka berpeluk dengan kekasih mereka pun dipaparkan. WTF? Maaflah, tetapi blog bukanlah tempat untuk syok sendiri dengan apa yang kita buat.

3# Blog Buat Duit

Apakah yang dimaksudkan dengan blog buat duit? Mudah sahaja, mereka yang ingin memerangkap anda untuk terlibat dengan program duit Internet mereka. Dalam blog mereka penuh dengan iklan-iklan dan link-link buat duit di Internet. Kebanyakan tutorial yang mereka sampaikan pun semuanya menuju kepada link-link dan iklan-iklan yang secara realitinya membawa duit kepada MEREKA sahaja, bukan kepada pembaca mereka.

4# Blog Ntah-hapa-hapa

Apa yang ditulis dalam blog ini semuanya merapu, tak tepat langsung dengan fakta. Dalam erti kata lain sesiapa yang membaca blog ini tak faham langsung dengan apa yang ingin diperkatakan oleh si penulisnya. Kadang-kadang, si penulis blog ini mendakwa yang tulisan mereka tersebut adalah abstrak. WTF? Abstrak hapanya kalau orang tak faham? Gambar bolehlah di kategori sebagai abstrak.

Ok, setakat ini aku hanya menemukan 4 jenis blog-cukup-merapu. Kebanyakan blog ini patut dielakkan oleh pembaca sebab tidak ada apa yang bagus dan bermanfaat dalam blog dari jenis ini.

Jadi persoalannya, apakah bentuk blog anda semua? Ingat, memblog bukannya sesuatu tugas yang ringkas. Ianya adalah komited dari anda kepada pembaca anda. Tak dinafikan kadang-kala penulis juga sibuk dengan urusan dunia luar tetapi yang perlu dipastikan adalah KUALITI dalam artikel yang dihasilkan.

Setakat ini dahulu artikel aku, InsyaAllah aku akan sambung ke part ke-3.

Tiada ulasan: