The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Jumaat, September 21, 2007

Apabila tiada sifat Kasih Sayang

Assalamualikum semua, adakah anda telah membaca post aku sebelum ini mengenai kejadian pembunuhan adik Nurin? Post kalau ini akan merungkaikan kenapa ianya berlaku.

Kejadian yang sebegitu rupa, bukanlah sesuatu fenomena baru dalam negara ini, malah ianya bukan fenomena yang luar biasa di luar negara. Sebab? Sifat manusia itu sendiri yang boleh berubah mengikut keadaan disekelilingnya. Apabila kita menyentuh mengenai sikap dan perilaku manusia, aku sering teringat apa yang sering diperkatakan oleh ustaz-ustaz dan ustazah mengenai nafsu manusia. Sikap berkait rapat dengan nafsu manusia. Dan apabila manusia gagal mengawal nafsu mereka, maka mereka juga gagal mengawal sikap negatif mereka.

Sikap negatif, atau sikap yang berkait-rapat dengan nafsu berlaku disebabkan keadaan yang mana manusia tidak mampu lagi mengawal nafsu mereka. Mereka menjadi begini kerana mereka tidak belajar cara bagaimana untuk mengwal nafsu mereka. Mereka hilang pertimbangan, seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batasan kemanusiaan. Diantara perkara yang boleh membawa kepada kegagalan mengawal nafsu adalah seperti :-

  1. Stress
  2. Mengambil arak / minuman keras
  3. Tamak
  4. Terlalu taksub
  5. Tidak memahami tanggungjawab
  6. Tidak dekat dengan Allah SWT (untuk agama lain, tidak dekat dengan tuhan)
Untuk post kali ini, aku nak ambil dua bahagian yang aku senaraikan yakni bahagian 5 dan 6 sebab sesuai dengan tajuk post aku kali ini. Bahagian tersebut aku rasa, mampu memberikan perspeksi umum kenapa Sifat Kasih Sayang masih tidak wujud dalam sesetengah hati manusia.

Setiap manusia yang dijadikan diatas muka bumi ini, memiliki tanggungjawab yang tersendiri. Mereka mempunyai skop tanggungjawab yang perlu dijaga untuk memastikan keamanan dan ketatasusilaan diantara ummah / manusia terjaga. Tanggungjawab manusia kalau disenaraikan, mungkin tidak cukup dengan satu post, mungkin perlukan beberapa post dengan beratus-ratus baris senarai. Salah satu tanggungjawab yang dipikul oleh manusia adalah Kasih Sayang sesama insan.

Menyebut perkataan Kasih Sayang, ianya bukan sekadar sayang dan bukan sekadar melafazkan cinta. Ianya mengikat hati manusia dengan hati manusia yang lainnya, mewujudkan suasana saling melindungi diantara satu sama yang lain. Kasih sayang terdiri diantara pelbagai cabang. Samada dalam bentuk sayang kepada kekasih, sayang kepada ibu-bapa, sayang kepada anak-anak, sayang kepada masyarakat dan sebagainya. Apabila ada segelintir manusia tidak memahami tanggungjawab kasih sayang terhadap diri mereka maka mereka akan melakukan perkara yang boleh melukakan perasaan manusia yang lain.

Bagaimana yang berlaku pada Allahyarhamah Adik Nurin apabila orang yang menculiknya tiada sifat Kasih Sayang. Sanggup merogol kanak-kanak tanpa sedikitpun rasa bersalah, atau lebih tepat tanpa sedikitpun perasaan belas kasihan melihat kanak-kanak tersebut meraung kesakitan. Menunjukkan yang sifat kasih sayang tidak wujud langsung dalam diri si penculik kerana dia melebihi nafsu binatangnya dari segalanya.

Kalaulah manusia memahami sifat kasih sayang maka tidak akan wujud penculikan dan rogol terhadap kanak-kanak. Tidak akan berlaku pengedaran dadah. Tidak akan berlaku kes-kes penceraian dan juga, tidak akan berlaku fonomena peperangan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah dengan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh perasaan kasih sayang tersebut.

Yang kedua dalam konteks nafsu manusia, seperti yang aku telah pilih adalah mereka yang tidak dekat dengan Allah SWT (atau tidak dekat dengan tuhan, bagi agama lain). Mereka ini amat mudah terpengaruh dengan hasutan Syaitan Laknaktullah. Sebab dalam diri mereka kurangnya pegangan dalam agama yang melarang mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang terkutuk. Iman mereka goyah, mereka hilang arah tuju apabila berlaku sedikit godaan/dugaan terhadap mereka. Mereka menghadapi godaan/dugaan yang berlaku dengan perasaan marah, dengan perasaan yang dikuasai oleh nafsu mereka seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batas kemanusiaan.

Kesimpulan daripada post aku kali ini, marilah kita bermuhasabah diri. Mantapkanlah diri kita untuk mengongkong nafsu kita dari terus bermaharajalela dalam hati dan diri kita. Supaya dapat kita serta masyarakat dapat mengelak kejadian-kejadian yang menyayat hati ini daripada berulang. InsyaAllah.

3 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

posting/comment kat sini: http://www.azuan.biz.tm/BUKU555/search.php?q=masalah+seks berkait rapat dengan isu ni. masyarakat kita memang ada masalah dengan seks.