Sesuai dengan tajuk blog aku nih, aku ada sedikit kisah yang aku nak share dengan korang. Kisahnya mengenai seorang member aku yang dikenali sebagai peniru tegar. Dia memang tegar, tak makan nasihat serta jiwang tahap melampau. Member aku nih, satu kelas tau yang dia nih suka sangat bawa masuk toyol sewaktu peperiksaan. Aku tak taulah apa yang patut dikatakan kat dia sebab dah memang takleh nak kata apa dah.
Member aku tu dulunya pernah kantoi meniru Semester lepas, kranya pada semester lima. Time kantoi tersebut pada paper last dan mengikut undang-undang Politeknik kalau terkantoi meniru maka paper sebelumnya pun dianggap sebagai meniru dan tak sah. Maka dengan itu, dia terpaksalah mengcarry paper berkenaan ke sem berikutnya.
Dia pun buatlah rayuan, dan rayuan diperkenankan untuk dia memohon Semester 7 bagi mengulang 5 papar yang terkantoi pada Semester 5 dulu. Memang susahlah sebab paper yang dia nak kena ulang bukan calang-calang modul. Haduihh...
Takpalah lepas tu, aku ingatkan dia dah berubah dah kotlah insaf jadi manusia baik. Tak jugak rupanya. Masih nak amalkan meniru / membawa toyol masuk Final. So tepat pada paper akhir dia ditangkap meniru dan seperi biasa, paper sebelumnya pun dianggap sebagai meniru.
Menurut Pensyarah modul aku, kalau seseorang tu gagal 2 kali (samada gagal dalam bentuk tak lulus atau gagal disebabkan ditangkap meniru) maka dia akan diakira sebagai gagal berhenti. Dan status member aku sekarang ini tidak lagi diketahui kerana ianya masih mengikut budi-bicara Ketua Jabatan dan Pengarah Politeknik.
Aku bertambah heran, pelik jugak kenapa dia sanggup meniru? Apa yang dia belajar selama ini kat politeknik? Sebagai seorang member, aku kasihankan dia tapi pada masa yang sama aku amat marahkan dia sebab aku heran dengan perangai dia tu. Tak sedar ke dia tu tentang kesalahan yang lalau? Tak ambil iktibar ke?
Kepada dia, sorrylah kalau dia terasa membaca blog aku nih. Tapi ini untuk pengajaran orang lain juga. Janganlah anda meniru kerana takda pekdahnya bila kita meniru nih. Ilmu tak dapat satu hal, kalau terjadi macam kes diatas pun satu hal.
Sekian untuk blog aku hari nih.
5 ulasan:
Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais
Haaa? What are you say? I dont understand even a single word.
hokhohkhokhok.... kes tiru meniru ni "macam dah jadi perkara biasa" di kalangan student IPT pula.
member kau tu tak ada teknik² meniru yang baik sebab tu kantoi. ok, ni tips meniru yang aku dapat daripada senior aku but tak tahulah kalau boleh dipakai di POLI:
1) tulis siap² note² kecil dalam kertas & simpan note tu dalam poket seluar.
2) lepas 1 jam exam berlangsung, minta kebenaran pengawas peperiksaan untuk ke tandas.
3) masa dalam tandas nilah baca note² tu dalam masa 3 minit ke.
4) masuk balik ke dewan peperiksaan dengan muka selamba...
hokhohkhokhok... sekian berita disampaikan.
p/s: baidewei, apa bahasa si rodrigo tu tulis??? hokhohkhohk
Waa.. nak meniru pun kena ada teknik ka? Nak buat camna dia tak cekap lagi hokhokhokhok.
Tapi kan, tak bestlah meniru. Macam sesia jer ngaji kalau meniru di final exam.
hai...
suka aku baca post hang ni.. member hang tu mmg sengal la..2 kali berturut2 kantoi..dah la sume paper semester tu fail sekali.. mmg parah tu...
ye mmg betul la kata ahmad yazid.. tiru2 kat ipt mmg perkara biase.. byk cara bole dipakai..and yes taktik kat toilet tu mmg sll sgt org guna..dan selalunye berjaya..
psst...rodrigo tuh spam link blog dier tuh...
Catat Ulasan