The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Jumaat, Jun 08, 2007

BadVista


Pernah masuk ke laman web badvista.org? Laman web ini adalah salah satu dari kempen FSF : Free Software Foundation untuk memberitahu kita tentang keburukan Vista. Aku sesaja melawati laman web FSF dan aku klik pada kempen yang sedang dijalankan. Tertarik juga aku dengan kempen badvista.org nih.

Apa yang aku terkejut adalah claim sesetengah pakar IT dan sekuriti mengenai Vista yang dipaparkan dalam Badvista.org. Aku mula tertanya-tanya adakah benda sebegitu wujud dalam sistem operasi yang dikatakan terulung dari Microsoft iaitu Vista. Antara qoute yang menarik perhatian aku adalah seperti berikut :-

Qoute dari artikel What Wrong With Vista :

Technology security expert Bruce Schneier explains it most concisely:

Windows Vista includes an array of “features” that you don't want. These features will make your computer less reliable and less secure. They'll make your computer less stable and run slower. They will cause technical support problems. They may even require you to upgrade some of your peripheral hardware and existing software. And these features won't do anything useful. In fact, they're working against you. They're digital rights management (DRM) features built into Vista at the behest of the entertainment industry—And you don't get to refuse them.

Menurut qoute ini, feature yang terdapat dalam Vista iaitu DRM akan menyebabkan komputer beroperasi dengan tidak mengikut spesifikasi pengguna. Untuk pengetahuan korang, DRM merupakan satu program, atau satu protokol yang membolehkan Industri Media / Hiburan / Perisian mengawal program atau kandungan digital mereka kepada pengguna yang mempunyai lesen sah. Dalam erti kata lain sekiranya terdapat satu atau lebih perkakasan, atau perisian komputer yang tidak menyokong DRM, pengguna akan dipaksa (atau terpaksa) untuk menukar perkakasan / perisian berkenaan untuk membolehkan kandungan digital yang dibekalkan dapat dimainkan.

Benda ini ada pro dan kontranya. Walaubagaimanapun kontranya memang terlalu banyak jika dilihat dari pelbagai perspektif lain seperti dikatakan oleh Bruce Schneier. Ia akan menyebabkan pengguna akan berbelanja lebih kepada benda yang tak penting jika DRM tidak menyokong perkakasan / perisian yang terdapat pada sistem komputer berkenaan.

Seterusnya :-

DRM gives power to Microsoft and Big Media.

  • They decide which programs you can and can't use on your computer
  • They decide which features of your computer or software you can use at any given moment
  • They force you to install new programs even when you don't want to (and, of course, pay for the privilege)
  • They restrict your access to certain programs and even to your own data files

Perkara yang disenaraikan ini, menyebakan aku merasakan komputer aku telah diserang oleh varians yang lebih dashyat dari spyware. Bayangkan korang membeli Vista dan ini faedah yang korang bakal dapat dari penggunaan Vista dan teknologi DRM. Menakutkan...

Dan banyak lagi. Korang boleh membaca aktikel tersebut di sini. Aku dah mula rasa takut nak menggunakan Vista :(

Tiada ulasan: