Assalamualikum dan Salam Sejahtera,
Ideologi dan Perbuatan, merupakan cabang yang perlu selari jika kita menginginkan sesuatu organisasi boleh bergerak bebas tanpa sebarang dalang yang boleh menjatuhkannya. Dalang disini bermaksud pergeseran teknikal akibat perlagaan diantara Ideologi dan Perbuatan.
PAS dibentuk berasaskan Ideologi kesamaan, keadilan dan keharmonian kehidupan dengan Islam menjadi teras didalam bentuk pemerintahan. Islam menawarkan kepada kita kesamaan hak, keadilan dan keharmonian yang tidak terdapat pada mana-mana ajaran di dunia ini.
Semua manusia memiliki hak yang sama, tidak dibezakan samada dengan agama, bangsa atau penduduk asal. Semuanya sama sahaja, diberikan hak asasi yang sama. Tidak dibezakan pandangan dan pendapat mereka serta hak mereka dijaga dengan sempurna tanpa kompromi. Itulah yang menjadi dasar perjuangan organisasi PAS.
Masalahnya, adalah Perbuatan. Ahli-ahli PAS kebanyakkan memiliki perbuatan yang tidak menepati Ideologi organisasi PAS itu sendiri. Kebebasan, Keadilan dan Keharmonian. Perbuatan yang berbeza akan menghasilkan tindak-tanduk yang akan menimbulkan persepsi yang kurang senang diantara penyokong Ideologi organisasi PAS.
Sebagai contoh, terlalu taksubkan pemimpin. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab sewaktu syarahannya di masjid bangun seorang pemuda. Sambil memegang sebilah pedang pemuda itu berkata kepada Umar, "Wahai Umar, kalau engkau melakukan kesalahan maka akan kami tegur dengan pedang ini".
Apa jawapan Umar?, "Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah SWT diberikan penduduk yang sanggup membetulkan Umar sekiranya ia melakukan kesalahan". Cuba lihat pada zaman sekarang, apabila ada seseorang menegur kita, adakah kita akan cuba berterima-kasih kepada mereka?
Tidak! Malah, ada diantara kita sanggup dengan sombong melebelkan mereka dengan lebel yang sungguh tidak sopan. Konon-kononnya ianya adalah satu fitnah yang dilemparkan. Jenis ketaksuban beginilah yang ada pada fahaman Syiah, telalu mengangungkan pemimpin dan pemimpin dianggap tidak bersalah.
Sungguh saya terkilan dengan keadaan sebegini, adakah ini contoh mereka yang mengikut Ideologi organisasi PAS? Ini adalah perkara yang patut kita elakkan dari berlaku. Dalam usaha memantapkan organisasi PAS yang telah lama dibina, kita sepatutnya merenung sejarah yang lepas-lepas tentang perbuatan musuh-musuh kita terhadap kita.
Politik, adalah sesuatu yang teruk. Ianya memerlukan kita menipu orang, itu tidak dinafikan. Maka dengan itu kita mestilah mengubah persepsi politik itu sendiri supaya ianya boleh diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih baik. Sesuatu yang boleh memberikan kita kejayaan didalam membentuk pentabdiran yang tulus dan berorientasikan rakyat.
Dalam membentuk persepsi berkenaan, kita mestilah sedia untuk dikritik. Kalau kita tidak berupaya untuk mentabdir maka kita mesti bersedia melepaskan tanggungjawab kita supaya seseorang yang memiliki perbuatan selari dengan ideologi PAS boleh menguruskan perjalanan pentadbiran kerarah yang lebih baik dan sempurna.
Seseorang yang digelar tuan guru pun belum tentu mahir didalam berpolitik sekiranya tidak boleh ditegur. Pemimpin dianggap bodoh kalau gagal untuk menerima teguran dan kritikan. Berlaku teguran dan kritikan itu supaya kita boleh menilai adakah organisasi PAS ini berada dilandasan yang betul atau tidak. Dan untuk menilai adakah kita masih berupaya untuk mengemudi kapal atau perlu berundur memberikan peluang pada orang yang lebih berkeupayaan.
Gagal memanfaatkan teguran dan kritikan ini bermakna kita selangkah menuju kehancuran. Amalan taksub ini tidak ada didalam pelajaran Islam. Ketaksuban kepada pemimpin akan mendorong organisasi PAS ditolak oleh rakyat. Bila kita menyertai PAS, kita memilih untuk menyertai organisasi yang memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Bukannya memilih untuk berjuang kepada pemimpin atau menjadi barua pemimpin.
Buangkan sifat Syiah ini, sifat ketaksuban yang melampau-lampau terhadap pemimpin. Rakyat memerlukan pemimpin beribawa untuk mengemudi negara, kalau awal-awal telah menunjukkan kebodohan dengan ketaksuban terhadap kesalahan pemimpin, maka tunggulah PR13 kalau-kalau kita dipilih oleh rakyat, atau dibungkus dalam lipatan sejarah.
Kepada TG Abdul Hadi, sila jawab soalan berikut :
- Kenapa isu Kerajaan Perpaduan boleh tenggelam timbul?
- Kenapa isu di Selangor tidak diperjelaskan secara terperinci?
- Kenapa membisu dengan isu semasa kerajaan perpaduan dan isu di selangor?
Ingat! Rakyat yang akan menentukan kejayaan kita. Pastikan rakyat sentiasa memilih perjuangan kita. Jangan biarkan ahli berfahaman syiah merosakkan keadaan. Buang semua persepsi agungkan pemimpin dan sentiasa bersedia mendengar teguran.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan