Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku. Kerap sungguh aku menulis. Kali ini aku merujuk kepada artikel MalaysiaKini.com : Tuntut Janji Anwar Turunkan Harga Minyak. Ianya berkenaan dengan kenyataan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai reaksi kepada kenyataan Dato Seri Anwar yang beria-ria hendak menurunkan harga minyak sekiranya kembali berkuasa.
Apa yang aku ingin rujuk bukannya kepada janji (Dato Seri) Anwar yang ingin menurunkan harga minyak, tetapi kepada kenyataan berikut:
Manifesto itu, antaranya, menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan memberi wang saguhati seribu ringgit kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
"Sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya umum itu, kerajaan negeri Selangor harus meletakkan jawatan sebagai tanda maaf kepada pengundi Selangor," kata Koh dalam satu kenyataan. - Malaysiakini
Adalah sesuatu yang sangat menghairankan bagi aku, sekiranya sesuatu benda yang baru diwujudkan organisasinya (sebagai contoh, Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah 3 bulan) sudah "dipaksa" dan "ditekan" dari pelbagai sudut supaya menunaikan manisfesto KeADILan secepat mungkin. Kalau aku berjumpa dengan mereka (orang yang banyak menekan Kerajaan Selangor untuk menunaikan manisfesto), aku ingin bertanya kepada mereka, "Adakah anda boleh menunaikan janji anda sekiranya anda memenangi sesuatu jawatan?".
Barangsiapa yang menjawab YA, sedia maklum yang beliau sememangnya tidak layak untuk menjadi pemimpin, kerana membuat keputusan terburu-buru. Samalah seperti pemimpin yang terburu-buru menaikkan harga minyak, takut Petronas rugi. Padahal diri sendiri yang tak pandai memainkan peranan dalam mengurus ekonomi negara. Memang, didalam piliharaya semua pihak akan menabur janji. Cuma bezanya disini adalah [1] janji yang ditabur setelah membuat beberapa kajian ringkas keadaan semasa dan [2] janji kosong yang ditabur semata-mata untuk mengaburi mata orang lain.
Mari kita nilai dua perspektif yang aku berikan tadi. Pertama: Janji yang ditabur setelah membuat beberapa kajian ringkas keadaan semasa. Prespektif ini digunakan oleh orang-orang yang mana sebelum mereka membuat sebarang janji, mereka mengkaji dahulu keadaan semasa secara kasar bagi melihat kebolehupayaan janji tersebut untuk dilaksanakan. Mereka membentangkan hasil kajian mereka yang kemudiannya diungkapkan sebagai janji-janji mereka sekiranya mereka berkuasa.
Dan sudah tentunya, sekiranya mereka sudah berkuasa mereka perlu pula mengkaji strategik semasa bagi membolehkan dasar-dasar janji mereka dilaksanakan dengan sempurna. Kajian yang meliputi kewangan, aset, keuntungan, ekonomi, persekitaran dan juga kajian-kajian terperinci lain sebelum melaksanakan dasar tersebut. Supaya perlaksanaan dasar tersebut tidak merugikan pihak yang melaksanakan dasar (kerajaan) dan pihak penerima dasar (rakyat).
Sebagai contoh, ada manisfesto Pakatan Rakyat yang menawarkan janji air percuma 20 moter padu dan dermasiswa RM1000 bagi setiap pelajar Selangor. Kalau Kerajaan Selangor melaksanakan dasar ini secara terburu-buru sudah tentunya berlaku kekurangan aset kewangan negeri yang membawa kepada kerugian pentadbiran dalam kerajaan. Maka perlulah ada kajian supaya kerugian yang bakal ditanggung boleh ditampung dengan aliran kewangan dari arah lain.
Kita ambil perkara pemberian air percuma 20 meter padu sebagai tajuk perbicangan kita seterusnya. Harga bagi 20m3 air adalah RM11.40 dan penerima air percuma adalah dari golongan pengguna domestik isi-rumah biasa yang terdapat hampir 1 juta pengguna. Ini menjadikan kos tanggungan Kerajaan Selangor bernilai RM11.40 Juta sebulan (sumber - Utusan Malaysia). Perkara yang berbangkit didalam isu ini adalah keperluan Kerajaan Selangor untuk menjelaskan bil RM11.40 Juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.
Ia memerlukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid untuk melakukan penstrukturan semula kewangan Selangor bagi membolehkan aliran kewangan Kerajaan menampung keperluan kos pembiayaan Air Percuma untuk rakyat Selangor. Semestinya, Menteri Besar perlu memikirkan mekanisma yang sesuai untuk membolehkan Kerajaan Selangor berupaya untuk mencari sumber kewangan lain bagi menampung kos berkenaan.
Dan memanglah, setiap Kerajaan Negeri mempunyai hasil pungutan cukainya yang sendiri. Tapi kita tidak boleh mengharapkan kewangan daripada cukai semata-mata untuk menampung perbelanjaan kebajikan rakyat. Jumlah pungutan cukai hasil dalam negeri pun mustahil mencukupi untuk nemapung perbelanjaan Kerajaan Negeri. Jesteru, untuk memastikan taraf kewangan Kerajaan Negeri mampu membiayai projek rakyat maka perlulah ada pendekatan alternatif mendapatkan aliran masuk kewangan selain dari pungutan cukai. Seperti mengadakan GLC (Goverment Linked Company) untuk memperniagakan duit rakyat bagi menjana keuntungan, manarik masuk pelaburan asing serta memperkasakan industri yang mendatangkan keuntungan (Industri pertanian, perlancongan dan sebagainya). Barulah kewangan Kerajaan Negeri akan kukuh dan kemudiannya digunakan untuk kebaikkan rakyat.
Dan semua itu bukan senang, kecualilah pemimpin yang memimpin Kerajaan adalah dikalangan mereka yang memiliki kemahiran yang tinggi didalam perniagaan serta bersifat kasih terhadap rakyat. Perlaksanaan pelbagai janji juga tidak boleh dibuat serentak tambahan pula janji-janji berkenaan mempunyai kos kewangan yang tinggi kerana perlu ada kajian untuk menampung beban kos berkenaan sebelum perlaksanaannya. Semua janji berkenaan mungkin akan dilaksanakan tetapi bukan secara mendadak melulu tetapi dengan cara satu-persatu supaya setiap perlaksanaan janji berkenaan membawa keuntungan kepada Kerajaan Negeri dan juga keuntungan kepada rakyat.
Dan bukan semua orang faham tentang keadaan ini. Mereka hanya tahu bercakap, bercakap dan bercakap dan bercakap selagi mampu bercakap tanpa berfikir apa yang mereka cakapkan untuk menuntut janji-janji yang dikemukakan. Apakah mereka ini terlalu bodoh untuk menilai atau sememangnya suka untuk memutar-belit keadaan demi kepentingan mereka sendiri?
Kita bergerak kepada perspeksi kedua: Janji kosong yang ditabur semata-mata untuk mengaburi mata orang lain. Mereka ini berjanji tetapi tidak membuat kajian kasar terlebih dahulu mengenai keadaan semasa. Kita ambil satu contoh keratan daripada manifesto Barisan Nasional yang mana dasar manisfesto tersebut adalah untuk menjaga kebajikan rakyat. Kalau sesiapa yang membaca manisfesto BN, memang akan mengundi BN kerana ayat-ayat yang digunakan didalm manisfesto tersebut sungguh lunak dan sedap didengar. Seolah-olah inilah apa yang rakyat nak sebenarnya.
Tapi, apa yang terjadi tak sampai 3 bulan pun kabinet reformasi Dato Seri Abdullah beroperasi subsidi minyak dikurangkan sebayak 40% yang menjadikan harga minyak naik sehingga RM2.70 se-liter. Subsidi minyak adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang secara amnya memiliki pendapatan sederhana didalam julat RM600 - RM 2000. Jadi apakah yang dikatakan ingin membantu meringankan beban rakyat seperti telah tercatit didalam manifesto BN? Kenaikkan harga minyak yang sekaligus de-factor kepada kenaikkan harga barangan sangat membebankan rakyat. Adakah ini yang dikatakan "membantu" rakyat?.
Sebelum Dato Seri Abdullah menghadapi PRU-13 pun beliau telah membatalkan Projek Jambatan Bengkok yang kemudiannya didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai konspirasi anak-beranak. Adakah BN mengutamakan rakyat seperti didalam manisfestonya? Kenapa perkara perlaksanaan manifesto BN ini tidak diungkit? Adakah BN telah menunaikan manifestoya untuk menjaga kebaijkan rakyat?
Sebab itulah, terdapat satu ungkapan yang berbunyi "BELUM CUBA, BELUM TAHU". Menang masing-masing menabur janji-janji sekiranya terpilih untuk menjadi pemimpin tetapi bila dah menjadi peminpin, barulah mereka tahu senang-susah untuk melaksanakan janji berkenaan. Bagi mereka yang telah mengkaji secara kasar sebelum menabur janji, mungkin janji mereka itu boleh dilaksanakan kerana mereka sudah nampak bagaimana untuk memanipulasi kewangan negeri bagi membolehkan janji berkenaan dilaksanakan walaupun secara berperingkat. Janji ianya tetap dilaksanakan.
Tetapi bagi mereka yang mengarang janji seperti mengarang puisi yang kemudiannya dicanangkan kepada orang ramai sudah semestinya akan menemui kegagalan dalam perlaksanaannya. Janji mereka umpama lakaran lagu yang sedap didengar, tetapi memiliki lirik yang susah difahami. Dan itulah orang-orang yang menganggap rakyat sebagai objek bodoh yang boleh dipermain-mainkan. Dan inilah contoh bagi mereka yang membuat janji-janji tanpa menyelidiki terlebih dahulu keadaan semasa.
Dan bagi mereka yang beria-ia nak Kerajaan Selangor menunaikan manisfesto, cuba bertanya kepada diri anda sendiri. Adakah anda juga mampu menunaikan janji-janji anda serentak sekiranya anda membentuk kerajaan? Jangan menjadi bodoh atau buat-buat bodoh mengenai keadaan ekonomi semasa dengan mengeluarkan kenyataan "tolong tunai janji".
Kalau kita berjanji 20 perkara, sekurang-kurangnya dapat tunaikan 5 perkara pun jadilah memandangkan untuk menunaikan 18 perkara lagi tidak dapat dilaksanakan atas sebab ekonomi dan persekitaran semasa. Mungkin 18 perkara berikut dapat dilaksanakan sekiranya yang 5 perkara itu sudah cukup stabil dan disokong keadaan ekonomi yang mantap.
Ini tidak, berjanji 100 perkara, satu perkara pun tak dapat ditunaikan dengan sempurna. Nak meringankan beban rakyat pun tak mampu inikan pula nak menuntut orang lain supaya menunaikan janji. Betul-betul bodoh dan berjaya memperbodohkan diri sendiri. Akhir kata aku, kalau nak perbetul kesalahan orang, perbetul dahulu kesalahan diri sendiri. Barulah kita boleh kemaskan diri untuk menuntut janji orang lain.
4 ulasan:
salam..ni kawan betul apa yg hang ckp tu..tp xkan br 3 bln dh lulus projek ternakan babi tu pikir2 laaa perasaan orang islam kt selangor tu. xabis bab tu bab nak buat gereja terbesar kat selangor hang suka laaa kalo gereja tu besar lagi dari masjid shah alam. ckap tu cakp laa juga.. tp kena pikir2kan. hang melayu aku melayu dan hang isla aku pun islam sama-sama kita jaga diri.
ok bro jgn marah sekadar komen jer
Salam,
Bukankah ladang babi moden ini telah diluluskan daripada kerajaan BN yang dahulu? Telah tersebar gambar mereka (exco-exco kerajaan Bn selangor) yang pegi beramai-ramai melawat kadang babi di jerman telah tersebar luas di Internet. Adakah itu satu yang disengajakan?
Kawan, kalau anda boleh main Internet, saya yakin yang anda boleh cari info yang tersebar luas berkenaan kelulusan Kerajaan BN tentang Ladang Babi ini.
Bagi saya baiklah kandang babi yang tertutup daripada kandang babi yang terbuka seperti di Melaka yang mana sisa buangannya telah menyebabkan perniaga tak boleh cari makan.
Dan kita pula, janganlah menafikan kehendak Cina dan India yang sememangnya suka makan babi. Sebagai Islam kita kena menghormati amalan budaya mereka.
Menyebut mengenai Gereja, betulkah ianya akan dibina? Tidak ada pun info rasmi kerajaan Negeri mengenai pembinaan Gereja ini. Ya saya Islam, anda pun Islam dan Masjid Shah Alam itu besar. Adakah anda telah menunaikan tangggungjawab anda sebagai Islam untuk memakmurkan Masjid Shah Alam tu? Kalau YA, baguslah. Kalau tidak, tak payahlah anda berbicara mengennai Islam kepada saya kerana andapun tak paham Islam sebenarnya.
Saya berharap anda lebih mengumpul info sebelum banyak buat cerita mengarut. Sekian
Salam....
bercakp tentang Islam semua orang boleh bercakap..bro boleh ckp dan sy pun boleh bercakap tetapi tentang melaksanakan tu yang susah. Jadi kita nilai diri kita terleih dahulu sebelum kita menilaikan diri orang lain. yang selebihnya terepulanglaa kepada bro tetapi ingat setiap perkataan yang melibatkan unsur negatif adalah tidak digalkkan didalam Islam.
sekian...
Wassalam
Terima kasih kerana menegur saya :)
Catat Ulasan