Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca aku sekalian. Hari ini, aku rajin pula memblog setelah sekian lama aku tak blog. Al-Maklum sajalah, aku ada bakat untuk blog (tapi, tak la sehebat Raja Petra Kamarudin). Hari ini, aku nak ajak pembaca aku mengenali Melayu dan Islam.
Berat kan topik ini? Biasalah, Melayu dan Islam di dalam Malaysia sukar untuk dipisahkan umpama cincang air tak putus. Bila kita berbicara dengan Melayu di dalam Malaysia, apa yang terlintas di fikiran kita adalah Islam. Kerana sudah diterima oleh CIna, India, Kadazan, blablabla yang Melayu itu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.
Konsep itu (Islam adalah Melayu, Melayu adalah Islam) adalah konsep pemikiran politik sempit yang diamalkan oleh beberapa pemimpin dari parti-parti sehaluan bangsa. Mana mungkin kita menyamakan Islam itu adalah Melayu kerana sudah jelas di mata kita yang Islam itu dianuti oleh semua lapisan bangsa di dunia dari timur sampai barat, dari USA sampai China. Jadi, persoalannya, adakah Islam itu Melayu? Tidak sama sekali, Islam itu adalah agama untuk bangsa dan sesiapa yang sudi menganutinya. Walaupun yang menganutinya itu adalah bangsa Yahudi sekalipun ianya tetap dikenali sebagai Islam, tidak sebagai Yahudi Islam.
Jadi apakah persoalannya bagi artikel aku pada kali ini? Hari ini, aku mengajak pembaca aku samada dari Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun, Dayak blablabla supaya membuka pemikiran mereka untuk memansuhkan konsep Melayu itu Islam di dalam pemikiran Malaysia. Sekiranya benda itu tidak dapat dibuang daripada pemikiran kita makanya kita akan sesat-sesesat-sesatnya di dalam corak kehidupan sebenar masyarakat majmuk. Kita tahu, sesiapa sahaja boleh memeluk agama Islam dan mengamalkan cara hidup budaya tetapan Islam. Malangnya, seorang yang baru memeluk Islam tidak dianggap sebagai seorang Islam tetapi dianggap sebagai seorang Melayu.
Pelik bukan? Sah-sah beliau yang bukan Melayu, memeluk Islam dan kemudiannya dinaggap sebagai Melayu oleh bangsa mereka sendiri. Itu adalah kepelikan yang paling unik yang terdapat didalam Malaysia. Yang melambangkan bertapa tak berjalannya otak mereka yang menggelar orang yang memeluk Islam, sebagai Melayu. Adakah dengan memeluk Islam, maka secara otomatik muka dan gaya mereka akan menjadi Melayu? Tidak sama sekali. Ustaz Ravi Abdullah, memeluk Islam sejak kecil adakah rupa dan bentuk wajahnya terus bertukar kepada Melayu? Tidak, beliau tetap berbangsa India dan membezakan beliau dengan masyarakat India yang lain adalah beliau seorang yang beragama Islam.
Itu adalah contoh yang menangkis pandangan umum rakyat Malaysia yang rajin menyamakan Islam dengan Melayu. Melayu, ianya adalah nama bangsa, tidak membawa apa-apa pengertian atau apa sahaja yang berkait-rapat dengan Islam. Sejarah membuktikan yang Melayu satu ketika dahulu adalah penganut agama Hindu-Buddhist (sila baca sejarah Hikayat Merong Mahawangsa). Tidak ada apa kelebihan melainkan ia adalah bangsa yang tetap dan berdarah-wujud di Tanah Melayu (Malaysia). Yang menjadikan Melayu itu berpegang kepada agama Islam adalah dari usaha-usaha perdagang Islam dari Timur Tengah yang mengislamkan raja-raja Melayu ketika dahulu dan bila Raja dah memeluk Islam, sekaligus membawa rakyatnya untuk berpegang kepada agama Islam dan sehingga kini Melayu sudah berakar-umbi dengan agama Islam.
Perkara yang paling menghairankan adalah apabila seseorang Melayu mendakwa dirinya adalah Islam sejati, tetapi sifat-sifat yang ditonjolkan oleh dirinya menafikan kenyataannya secara mutlak. Sebagai contoh, seorang yang mendakwa dirinya adalah Islam tetapi tidak langsung mengamalkan cara hidup Islam seperti menjaga aurat (bertudung, memakai pakaianya yang menutup tubuh), tingkah-laku yang lebih menjerumus kepada maksiat (minum arak, main judi dsb) dan lain-lain perangai yang tidak langsung mencerminkan yang dia adalah seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam.
Dia merasa bebas melakukan perkara mungkar dalam hidupnya, tetapi mulutnya berkata "akulah muslim, akulah Islam". Aku menggunakan Melayu didalam perbahasan penulisan aku kali ini kerana dikalangan bangsa yang terdapat di dalam Malaysia, bangsa Melayulah yang gah mendabik dada membuktikan merekalah yang paling alim didalam Islam (tak semua, tapi kebayakannya ya). Mana tidaknya, kalau kita pergi ke mana-mana Shopping Mall, cuba bertanya kepada anak-anak remaja Melayu: Adakah mereka ini Islam?. Kalau boleh, cari anak-anak remaja yang memakai pakaian ala-ala funky dan eastern dan tanya kepada mereka. Aku menjamin 200% yang mereka akan menjawab dengan penuh bangga yang mereka itu Islam, yang mana kalau kita teliti corak pakaian mereka maka kita boleh buat andaian kasar yang mereka itu bukan Islam sebenarnya.
Dan kalau kita bertanya kepada segelintir Melayu yang beragama Islam: Adakah mereka akan berjuang untuk Islam? Sudah tentu jawapannya adalah YA tetapi apakah yang dikatakan perjuangan dalam Islam ini? Ianya adalah pejuangan untuk menegakkan keadilan di dalam masyarakat, menghapuskan undang-undang penindasan (ISA, AUKU, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya) terhadap masyarakat, memberikan hak kebajikkan sama rata kepada masyarakat dan tentunya, sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat. Kalau semua itu tidak mampu dilaksanakan maka seseorang itu tidak layak untuk dianggap sebagai seorang Muslim yang berimejkan Islam.
Pahit benar artikel aku kali ini, tapi itulah fakta yang paling susah untuk ditelan. Mahukan kita, seorang Melayu yang hanya bernama Melayu sahaja? Tentu tidak. Makanya, kita perlu berusaha untuk menyerlahkan Islam kita berbanding menyerlahkan Melayu kita ini. Berusaha untuk sentiasa memilih jalan kebaikkan dan menuntut keadilan bukannya menurut ke jalan keburukkan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan masyarakat.
Jadi, apakah nilai Melayu sekarang? Adakah anda semua akan menilai erti Melayu atau menilai erti Islam? Tepuk dada tanya selera.
The Real Torrent Search...powered by GOOGLE
Jumaat, Jun 06, 2008
Melayu dan Islam
Artikel ditaip oleh Ahmades pada 3:29 PTG
Klasifikasi : Cerita Kemasyarakatan, Politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan