The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Rabu, September 19, 2007

Konfigurasi WRT300N serta tips pasangan modem yang Ideal

Assalamualaikum Semua, kali nih aku masuk ke bahagian teknologi pulak. Sebab aku dah beli satu benda baru yang dipanggil WRT300N. Benda alah ini sebenarnya Wireless Router berasaskan Draft 802.11n menggunakan teknologi Pre-N (Wireless-N) serta kaedah MIMO.


OVERVIEWS :-

WRT300N ini sememangnya alat yang aku idamkan dari dulu lagi sewaktu draft 802.11n mula dilancarkan. Draft 802.11n menyokong aplikasi tanpa wayar berkelajuan sehinggan 300MB per-saat. Kalau korang tengok WRT300N nih, dia tak ubah seperti sebuah alatan kawalan jauh untuk permaian kapal terbang. Dia ada dua antenna berfungsi sebagai MIMO dan satu antenna pelik ditengahnya yang berfungsi sebagai concentrator. Tak kira apa rupanya benda nih, yang penting ianya adalah wireless router yang merupakan successor kepada generasi WRT terdahulunya keluaran Linksys.

Terdapat pelbagai versi bagi model WRT300N diantaranya :-

  1. WRT300N v1.0 : Menggunakan processor dari Broadcom
  2. WRT300N v1.1 : Menggunakan processor dari Broadcom
  3. WRT300Nv2.0 : Menggunakan processor dari Intel, spesifikasi UK-EU
Versi yang membolehkan anda menggunakan thrid-party firmware daripada DD-WRT ialah versi v1.0. Versi v1.1 masih lagi tidak dapat disokong disebabkan masalah bootloader protector. Untuk v2.0, ianya menggunakan processor Intel dan ini sangat jelas yang ianya tidak akan menyokong applikasi DD-WRT yang berasaskan cipset Broadcom. Sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi DD-WRT, pilihan anda adalah dari versi 1.0.

Draft 802.11n masih ladi dalam proses pembangunan jadi proses pembangunan WRT300N bolehlah dikatakan sebagai Beta Version, dan firmware akan di"update" dari masa ke semasa oleh Linksys mengikut kesesuaian draft terbaru.

Untuk tutorial ini, memandangkan router WRT300N saya adalah dari versi 1.1 maka aku akan menjadikan versi 1.1 sebagai rujukan dalam post aku kali ini.


INTERFACES :-

Konfigurasi WRT300N hanya menyokong web-application, yakni konfigurasi yang berasaskan Web. Ianya tidak menyokong Telnet, SSH, FTP untuk konfigurasi router. Tidak seperti sesetengah router yang berasakan Linux yang lain yang membenarkan konfigurasi dilakukan di Telnet, SSH atau FTP.

Sewaktu pertama kali aku membeli router ini, benda yang pertama yang aku buat adalah masuk ke Configuration Pages di http://192.168.1.1 . Ohh yaa, router ini secara default telah dikonfigurasi dengan setting DHCP untuk membolehkan IP untuk LAN diberikan secara automatik oleh router kepada client yang bersambung dengan router berkenaan. Jadi ianya agak memudahkan aku.

Popup Authentication

Untuk mengakses Web Interfaces, secara default username dan passoword adalah admin. Pertama sekali kita akan dibawa ke ruangan Basic Setup. Disini, semua konfigurasi asas disediakan di halaman ini seperti konfigurasi PPPoE, DHCP dan Routing Table. Anda boleh menetapkan semua setting asas sambungan ke Internet melalau halaman ini.

Antaramuka Basic Setup

Seterusnya, kita pergi ke bahagian yang paling aku nak masuk. Yakni bahagian Wireless Setting. Bahagian ini semangnya bahagian yang paling aku nak tengok sesuai dengan objektif aku membeli WRT300N untuk tujuan wireless. Mari kita lihat bahagian Basic Wireless Setting :-

Antaramuka Basic Wireless Setting

Di bahagian ini terdapat 4 bahagian utama yang boleh disetup oleh user. 4 bahagian tersebut adalah bahagian :-
  1. Basic Wireless Setting
  2. Wireless Security
  3. Wireless MAC Filter
  4. Advance Wireless Setting
Di bahagian Basic Wireless Setting, anda boleh menetapkan setting asas seperti :-
  • Network Mode : Memilih samada menggunakan rangkaian Hybrid (Mixed Mode) atau rangkaian secara spesifik seperti memilih hanya Wireless-G, Wireless G/B atau Wireless-N
  • Network Name : SSID atau nama rangkaian wireless anda
  • Radio Band : Setting ini merujuk kepada penggunaan concentrator (atau antenna yang terdapat kat tengah tu) untuk menjana kekuatan signal samada dalam bentuk Normal (20Mhz) atau Wide (40Mhz)
  • Wide Channel : Setting ini hanya khas untuk Wireless-N
  • SSID Broadcast : Setting samada kita hendak memaparkan nama Wireless Network kita kepada umum atau menyembunyikannya daripada umum.
Untuk Wireless Setting, aku nak menyentuh pada bahagian Wireless Security. Sebab bahagian ini adalah bahagian terpenting untuk mengelakkan orang lain mengkases rangkaian anda secara rambang. Untung bahagian ini, aku melihat banyak improvement yang dibuat oleh Linksys terhadap generasi WRT kedua ini seperti setting Security Mode yang lebih menepati citarasa industri. Mari kita lihat bahagian Wireless Security :-

Antaramuka Wireless Security

Di antara Security Mode yang disokong oleh WRT300N ini ialah seperti :-
  1. WPA Personal
  • Dikenali sebagai PSK (Pre-Sharing Key)
  • Menggunakan kaedah algoritma TKIP (Temporal Key Integrity Protocol)
  1. WPA2 Personal
  • Dikenali sebagai PSK2 (Pre-Sharing Key 2)
  • Menggunakan kaedah algoritma AES (Advance Encryption Standard)
  1. WPA Enterprise
  • Sama seperti WPA, cuma integrasi bersama-sama radius server
  1. WPA2 Enterprise
  • Sama seperti WPA2, cuma integrasi bersama-sama radius server
  1. RADIUS
  • Menggunakan kaedah port fowarding untuk menghalakan semua request untuk access ke Internet ke Radius Server
  1. WEP
  • Wired Equivalent Privacy
Untuk penggunaan di rumah, anda digalakkan menggunakan enkripsi WPA2 Personal untuk melindungi rangkaian wireless anda dari dicerobohi. Gunakan kombinasi key (atau kekunci) yang susah untuk diteka oleh penggodam. Sekiranya anda merupakan pengguna Enterprise, WPA2 Enterprise amatlah sesuai tetapi memerlukan peralatan tambahan seperti Radius Server.

Bahagian lain didalam WRT300N seperi Administration, Application and Gaming dan juga Status adalah amat berguna untuk untuk anda mengkonfogurasi router anda supaya menepati penggunaan semasa anda. Aku tak mahu menyentuh bahagian ini sebab aku rasa bahagian ini boleh diterokai sendiri oleh anda.


KNOWN ISSUES :-

Kalau barang baru, barang yang masih hot-hot gituwww mestilah ada skit-skit perkara yang tak best seperti isu setting, compability, serta isu lain. Untuk bahagian ini, aku nak reviews skit benda apa yang aku hadapi sewaktu aku menggunakan WRT300N nih.

Benda yang paling tak best, dan memang tak best adalah aku tak boleh menukar default Username aku di router nih. Router ini hanya mempunyai option untuk menukar Password tetapi tidak Username. Agak tak best sebab aku tak boleh personalize-kan router aku :(

Selain itu, masalah compability juga wujud dalam WRT300N. Ada sesetengah masa router ini tidak boleh diakses didalam Wireless-G sewaktu operasi router ini adalah Mixed Mode. Untuk menyelesaikan masalah ini, korang perlu mem-flash-kan semula firmware WRT300N ini. Berikut adalah cara untuk mem-flash-kan semula firmware WRT300N sekiranya masalah ini berlaku :-
  1. Reset Router terlebih dahulu dengan menekan butang RESET dibelakang router selama 15 saat
  2. Selepas router tersebut sudah reboot, sambungkan kabel ethernet dari PC ke router tersebut.
  3. Setkan IP statik di kad NIC dengan IP berikut = IP : 192.168.1.20 , subnetmask : 255.255.255.0
  4. Kemudian, akses router dan pergi ke bahagian Administration > Firmware Upgrade
  5. Klik butang BROWSE untuk mencari firmware bagi WRT300N (Pastikan yang anda sudah mendownload firmware berkenaan di laman web Linksys, dan pastikan ianya firmware dari versi yang sama dengan router berkenaan)
  6. Klik OK memilih firmware berkenaan, dan klik Start To Upgrade untuk memulakan proses flashing.
  7. JANGAN SESEKALI MEMATIKAN BEKALAN KUASA SEWAKTU PROSES FLASHING BERJALAN
Selepas proses flashing berjalan dan berkahir, router secara automatik akan direstart semula dan anda boleh mengkonfigurasi router anda semula. Selepas proses ini, masalah tiada rangkaian dalam Mixed Mode akan hilang dan takkan kembali :)

Lain-lain isu masih lagi dalam proses pencarian, dan router nih masih ditest kaw-kaw oleh aku :)


TEKNIK dan TIP BERGUNA :-

1 : Modem yang best untuk WRT300N

Modem yang best untuk digunakan pada WRT300N nih ialah modem dari jenis Netgear DM111P dan Thomson SpeedTouch ST536v6. Kedua-dua modem ini memiliki kestabilan yang tinggi dan performance yang memang perghhh... sempoiiii. Tak tipu nyerr. Aku mengunakan modem dari jenis Netgear DM111P sebab modem terdahulu yakni Thomson SpeedTouch ST 536v6 aku dah dijual kepada orang lain :)

2 : Setting yang sempoi / yang best untuk WRT300N

Untuk bahagian ini, aku akan mendedahkan bagaimana untuk mengkonfigurasi WRT300N berserta modem yang telah aku cadangkan. Aku anggap anda semua menggunakan modem dari jenis Netgear DM111P sebab kalau anda nak beli modem ST536v6 kat Malaysia memang tak jual modem tu :-

Pertama : Setting Netgear Dm111P
  1. Dengan merujuk kepada manual Netgear DM111P, tukar fungsi modem daripada Bridge kepada fungsi Router (rujuk manual camna nak akses ke Web Interface, aku tak larat dah nak taip pepanjang)
  2. Kemudian, setup PPPoE didalam modem berkenaan
  3. Masuk bahagian DHCP kemudian hidupkan fungsi DHCP dengan setting IP : 192.168.0.1 dan SubnetMask : 255.255.255.0
  4. Kemudian Save Setting, reboot modem
  5. Sambungkan modem ke talian telefon untuk menguji korang punya setting, kalau lampu Internet tu berwarna hijau maknanya setting korang tu berjaya. Kalau tak berjaya sila rujuk manual camna nak setting semua tu.
Kedua : Setting WRT300N
  1. Login ke router di http://192.168.1.1
  2. Di bahagian Basic Setup, pada ruangan Internet Setup > Internet Connection Type pilih Automatic Configuration
  3. Kemudian pilih bahagian Time Setting > Time Zone pilih masa di Singapore dan klik kat butang Save Setting. Tunggu dalam 20 saat untuk router refresh semua setting.
  4. Selepas 20 saat, login balik ke router dan pergi ke Wireless > Basic Wireless Setting. Setkan Network Mode kepada Mixed dan SSID kepada nama yang ikut-suka-hati-korang-nak-letak-nama-apa. Setting lainnya biarkan Auto. Untuk SSID Broadcast pula biarkan ke Enable. Kemudian klik Save Setting. Tunggu 20 saat untuk router refresh semua setting.
  5. Selepas 20 saat, login balik ke router dan pergi ke Wireless > Wireless Security. Untuk bahagian Security Mode pilih WPA2 Personal, bahagian Encryption pilih AES dan bahagian Passphrase taipkan password-yang-korang-suka kat dalam tu. Kemudian klik pada Save Setting. Tunggu 20 saat untuk router refrash semua setting.
  6. Kalau anda nak tukar password, akses balik ke router dan pergi ke Management > Router Access. Kat situ anda boleh tukar password router anda.
Selepas selesai dan klik Save Setting dan tunggu lagi 20 saat, sambungkan WRT300N dengan Netgear DM111P. Tunggu dalam 60 saat untuk router mencipta Routing Table dan anda dah boleh masuk ke Internet. Kalau tak boleh masuk, sila rujuk manual camna nak buat semua yang aku terangkan tu sebab mungkin kat sini aku terangkan dengan tak teperinci. Aku tak larat nak taip laaa :((

Sebab apa aku kata setting yang diatas dapat mengimprovekan router / internet korang?

Fact #1:

Sekiranya WRT300N membuat panggilan PPPoE, sedikit amaun dari RAM akan diperuntukkan untuk proses pengendalian panggilan berkenaan. Ini akan menyebabkan kekurangan resource untuk WRT300N menguruskan benda-benda lain seperti QoS, DHCP dan Port Forwarding.

Fact #2:

Netgear DM111P memiliki sejumlah 2MB ROM dan 8MB RAM, kalau ianya ditukarkan kepada fungsi Bridge, RAM pada modem tidak dapat dimanfaatkan secukupnya. Lagipun ianya hanya semata-mata modem dan tidak memiliki fungsi seperti NAT dan Firewall. Dengan menjadikan modem ini untuk melakukan PPPoE calling ianya dapat memanfaatkan RAM dengan berkesan. Sekaligus mengurangkan beban WRT300N.


PENUTUP :

Okehlah, setakat tu dulu penrangan aku. Dah aku dah letih sangat dah. Terima kasih kerana menjenguk blog aku yang best nih :))

1 ulasan:

jari berkata...

bagus tutorial ni....semoga mendapat manfaat atas perkongsian maklumat ini