The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Isnin, November 15, 2010

Pertama Kali Menggunakan Windows Live Writers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini, aku marasakan untuk aku memulakan blogging aku setelah sekian lama aku berehat disebabkan kerja-kerja yang menjauhkan aku daripada komputer aku. Dan sekarang ini, aku mula merenggangkan diri aku dengan komputer dan mendekatkan diriku dengan lapotop. Sungguh Mobile!.

Jadi, aku akan mula memblogging dengan serius dengan pelbagai isu yang aku rasakan perlu diutarakan.

Sekian sahaja. Aku mencanangkan pada hari ini adalah hari dimana aku kembali ke arena blog setelah berehat sekian lama. Nantikan tulisan pedihku ini dan bersedia menerima pencerahan mengugat pemikiran anda dengan tulisan-tulisan yang bakal menyebabkan anda berfikir dua kali!.

Sekian.

Khamis, April 08, 2010

UMNO, APCO, PERKASA = Shit Part #1

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menulis dalam ekonomi, sebab saya mendapati saya perlu menulis dalam hala yang lebih penting, melibatkan permasalahan yang sangat komplikated, yang melibatkan keselamatan dalam negara.

Baru-baru ini, kita dikejutkan (sebenarnya saya tidak terkejut pun) dengan pendedahan Dato Seri Anwar mengenai keterlibatan APCO Worldwide didalam Kerajaan BN Najib Razak. Berita ini amat menakutkan, sehinggakan gajah pun boleh melompat ke dahan pokok kerana takutkan berita yang sangat-sangat tak disangka-sangka.

Untuk APCO, menyusup masuk menerusi Najib Razak (saya sudah tidak mampu lagi menghormati beliau sebagai PM), ini mengkhuatirkan sesiapa sahaja, kerana kita amat-amat mengetahui APCO adalah salah satu lobby agent yang mempunyai pengaruh yang tersangat rapat dengan program Israel Raya yang dikemukakan oleh tokoh yahudi zionis Theodor Herzl.

Sebagai lobby agent, sudah tentunya, APCO mempunyai pengaruh politik yang teramat luas dengan ahli-ahli politik Yahudi yang berada di USA. Pengaruh politik ini digunakan oleh APCO khusus untuk mereka yang menggunakan servis APCO bagi membolehkan pemimipin diktator yang sedang ditolak rakyat, mendapatkan sokongan dari negara kapitalis yang bernama USA.

Sokongan ini, akan dikemukakan dari pelbagai bentuk, samada menerusi media kawalan Yahudi, menerusi kajian yang didasari ilmiah (yang sebenarnya, tipu belaka), menerusi keynote pemimpin negara-negara yang dipengaruhi APCO dan pelbagai lagi cara.

Saya akan terangkan, bagaimana ianya berlaku :


1# Menerusi Media Kawalan Yahudi

Ianya sangat mudah, pemimpin diktaktor akan digembar-gemburkan sebagai "seorang yang baik, mempunyai visi dan misi serta mendokong perjuangan rakyat" menerusi media tajaan APCO, mudah dikenali sebagai media berorientasikan Yahudi, samada FOX News, Bloomberg dan pelbagai lagi media.

Menerusi media bertaraf antarabangsa, mereka akan cuba mengubah mentaliti media didalam negara yang dikuasai diktator berkenaan. Biasanya, media antarabangsa mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dikalangan pengamal media tempatan disebabkan beritanya yang berstatus "antarabangsa". Pengamal berita tempatan, kalau yang pro-diktator akan pula mengembar-gemburkan lagi berita antarabangsa dan mengadunkan lagi resepi (bahasa mudah, membikin berita, news manufacturing) bagi menampakkan bertapa pemimpin diktator berkenaan "sangat dihormati" oleh masyarakat antarabangsa.

Sebab berita itu datang dari media antarabangsa, maka ianya dicap sebagai "penghormatan" yang telus dari masyarakat antarabangsa. Poodah shit! Semua orang tahu bagaimana media-media yahudi ajen APCO memainkan rentak berita dalam usaha menetapkan mindset penduduk negara yang dikuasa pemimpin diktaktor yang bakal ditolak rakyat. Maka, secara otomatik, bagi pengamal berita yang "terlalu menyakini akan masyarakat antarabangsa" berkenaan mula melatah dengan berita-berita yang lebih lunak dan merdu.

Kita perlukan berita yang berorientasikan rakyat, kalau hendak menentang dakyah berita dari media ajen APCO. Seperti berita Perancis yang mendedahkan dengan berani, perbuatan Najib Razak terhadap Altantuya.


2# Menerusi Kajian Ilmiah

Dalam propaganda ini, APCO akan cuba menampakkan "setiap tindakan dan keputusan pemimpin" yang menggunakan perkhidmatan mereka sebagai satu tindakkan yang sangat-sangat betul, tepat menerusi kajian ilmiah yang palsu. Menerusi penulis dan pengkaji dibawah tajaan mereka, mereka akan mengeluarkan penerbitan, kajian, thesis, terhadap tindak-tanduk pemimipin berkenaan dan selaluinya, hasil kajian ini akan berorientasikan "hasil dan penemuan yang positif" terhadap tindakan berkenaan.

Sayangkan, bagi pengamal pendidikan, terutama yang pro-diktator akan menggunakan hasil kajian ini untuk mengembar-gemburkan lagi bertapa "bagusnya" tindakkan yang dilaksanakan oleh pemimipin berkenaan. Padahal setiap tindakkan tersebut, merupakan satu failure yang tersangat besar.

Patutkan kerajaan memperkenalkan GST? Patutkah Kelantan dinafikan royalti? Patutkah subsidi ditarik habis? Semua ini tindakkan failure Najib Razak yang bakal menyumbatkan beliau ke lubang kubur beliau sendiri. Tetapi, sayangnya, APCO menerusi "kajian ilmiahnya" membenarkan pula perkara ini, cuba menipu rakyat tempatan dan rakyat antarabangsa dengan kajian mengarut dan bodoh (mungkin, sama bodoh dengan Ibrahim Ali).


3# Teks, keynote ucapan pemimpin tajaan APCO

Ini yang paling cool, setiap pemimipin yang menggunakan servis APCO akan "memuji" diantara satu sama lain. Tak tahulah samada ini sudah termaktub didalam kontrak APCO-Pemimpin berkenaan.

Mereka akan memuji sesama sendiri, Presiden USA akan memuji tindakkan Najib Razak kerana menafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak (contohnya lahh). Kemudian Najib Razak akan memuji Presiden USA pula untuk tindakkannya dalam memulihkan ekonomi.

Kalau Mugabe, diktator Zimbawe mengunakan servis APCO, beliau pula akan memuji Najib Razak sebab tindakkan memperkenalkan GST, yang mana menyusahkan rakyat keseluruhannya. Najib Razak pulanya akan memuji Mugabe sebab tindakkannya yang menggunakan tentera dalam mengekang kemaraan rakyat.

Masing-masing pakat puji, menunjukkan bertapa "masyarakat antarabangsa" sangat menyokong tindakkan mereka yang sungguh luar-biasa. Mungkin, satu hari nanti mereka akan memuji muka Ibrahim Ali adalah sebijik maka muka katak puru, yang bermuka tembam, dan buruk. (kalau Ibrahim Ali pula menggunakan servis APCO).

Habis thoery kita mengenai APCO, maka APCO, sebelum dia menjalankan tindakkannya dalam usaha dia mempromosikan pemimpin diktator ke mata duniawi, seperti biasa dia perlu mengetahui sedikit-sebanyak maklumat mengenai pemimpin dan negara yang diwakilinya. Ini termasuklah mengetahui rahsia-rahsia negara samada maklumat risikan politik dan sebagainya, untuk menggunakan rahsia-rahsia ini bagi melaluikan counter-attack menerusi ajen mereka di luar negara.

Rahsia-rahsia ini, samada ada Najib Razak cuba dengan startegi muka buat-buat bodoh, adalah mengkompromis dengan sistem keselamatan negara, dimana maklumat berkenaan berkemungkinan besar boleh terjatuh ke pihak yang berkepentingan untuk menguasai negara. Najib Razak membuat pertimbangan yang salah dengan strategi muka bodoh, sedangkan dia tahu negara sedang dijual kepada Yahudi menerusi servis APCO.

Bertapa bodohnya, Malaysia mempunyai pemimpin yang sebegini rupa. Pemimpin bermuka bodoh ini akan menyebabkan anak cucu Malaysia, baik Melayu, Cina, India mahukan kaum di Sabah Dan Sarawak dan Orang Asli jua hidup didalam ketakutan, mengenangkan nasib mereka yang bakal terjual pada Zionis. Bakal ditindas seperti warga Palestin.

Strategi Rakyat Malaysia adalah pada PRU-13, dimana kita akan kebumikan UMNO-APCO-BN sedalam 21 kaki di kuburan. Supaya UMNO-APCO-BN tidak boleh lagi bangkit selama-lamanya, kerana nama mereka sudah menjadi taboo dalam lipatan sejarah. Inilah sejarah kerosakkan negara yang paling besar, yang Ibrahim Ali tak nampak walaupun menelan beribu-ribu ekor katak puru masuk kedalam perutnya. Walaupun mukanya nampak macam kata puru tapi masih tak sedar-sedar bahawasanya bangsa Anak Cucu di Malaysia ini bakal mengalami nasib yang salam seperti Palestin, apabila Najib Razak membenarkan APCO mengakses maklumat negara.

Saya akan menyambung tulisan saya kelak, dalam part 2#, stay tune.


P/S : Saya agak sibuk kebelakangan ini. :((

Jumaat, Februari 19, 2010

Ekonomi Part 1

Apakah EKONOMI?

Banyak istilah mengenai pengenalan ekonomi. Ada yang mengatakan ekonomi adalah Pembudayaan Infrastrutur. Ada juga yang menyatakan ianya adalah Budaya Siapa Berusaha, Dia Dapat. Pelbagai jenis andaian keluar dari pelbagai jenis minda.

Merujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu :

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Sebenarnya, ramai orang mempunyai pandangan yang amat salah apabila cuba menakrifkan apakah dia EKONOMI. Fahaman dan Falsafah wujud di merata tempat mengenai EKONOMI.

Sebenarnya, EKONOMI atau EKO-NOMI adalah proses dimana wang melalui beberapa kitaran melalui prosedur jual dan beli. Perkataan EKO itu sendiri membawa istilah kitaran, NOMY adalah merujuk kepada MONEY. Jadi ekonomi adalah melibatkan pergerakkan wang melalui kitaran jual dan beli.


Bagaimana Ekonomi Bergerak?

Sekarang, bayangkan didalam minda anda. Anda sedang memegang sekeping wang kertas RM1.00. Bayangkan yang anda...

1# Haus sangat, anda pergi ke kedai untuk membeli setin air bikarbonat. Maka akan memberikan RM1.00 kepada Pakcik Kedai. Tukarannya adalah setin air bikarbonat. Sekarang wang itu sudah dipegang oleh Pakcik Kedai.

2# Pakcik Kedai memerlukan stok ubat gigi, kerana stok didalam kedai sudah habis. Pakcik Kedai menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran kepada Pengedar Ubat Gigi. Tukarannya adalah sejumlah stok ubat gigi. Sekarang, wang itu sudah dipegang oleh Pengedar Ubat Gigi.

3# Pengedar Ubat Gigi perlu mendapatkan stok daripada kilang, maka ianya menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran bagi mendapat stok untuk pengedaran seterusnya. Tukarannya adalah stok ubat gigi bagi tujuan pengedaran. Sekarang, wang itu sudah dipegang oleh Kilang Ubat Gigi.

4# Kilang Ubat Gigi perlu mendapatkan bahan mentah dari pengusaha daun pudina untuk produk ubat giginya. Kilang berkenaan menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran bagi mendapatkan bahan mentah berkenaan. Tukarannya adalah bahan mentah daun pudina. Sekarang, wang tersebut sudah dipegang oleh Pengusaha Daun Pudina.

5# Anda bekerja dengan Pengusaha Daun Pudina, akhir bulan sudah sampai. Gaji akan masuk. Pengusaha Daun Pudina menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan gaji anda pada bulan tersebut. Tukarannya adalah perkhidmatan anda kepada Pengusaha Daun Pudina. Maka, anda pula memegang duit RM1.00 tersebut.


Apa yang kita boleh huraikan dari kronologi yang diberikan?

1# EKONOMI memerlukan Jual-dan-Beli untuk bergerak
2# EKONOMI memerlukan tukaran diantara dua benda untuk bergerak
3# EKONOMI memerlukan pihak yang saling melengkapi untuk sentiasa bergerak.


Jual-Dan-Beli

Manusia menjual sesuatu, dan memerlukan sesuatu. Kemahiran manusia adalah terbatas dengan beberapa kemampuan yang boleh dilakukannya. Maka untuk memenuhi batas kemampuannya, manusia perlu menukarkan dengan sesuatu yang diperlukan oleh manusia lain, terhadap dirinya.

Seperti contoh kronologi yang diberikan, anda memerlukan air tin. Anda tidak boleh, atau tidak berkemampuan untuk menghasilkan air tin. Maka untuk anda ingin menikmati air tin, keperluan untuk anda adalah menggunakan wang sebagai perantaraan tukaran kepada air tin berkenaan. Ini di panggil Beli.

Begitu juanya dengan wang. Anda perlukan wang untuk memenuhi tukaran yang ingin dilakukan. Mendapatkan wang memerlukan anda bekerja. Bila anda berkerja di satu-satu organisasi, anda sebenarnya sedang menjual perkhidmatan anda dengan tukarannya adalah wang. Ini adalah Jual.

Jual-dan-Beli adalah hukum yang harus berlaku didalam sistem ekonomi. Tanpa belakunya Jual-dan-Beli, sistem ekonomi akan menjadi tidak stabil dan akan meruntuhkan sistem berkenaan. Inilah yang dipanggil Kejatuhan Ekonomi.

Saya akan sambung semula penerangan saya kelak.

Jumaat, November 20, 2009

Siapakah dia Tan Sri Darshan Singh Gill??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Saya adalah pekerja, dan saya adalah pengguna. Saya bekerja untuk mendapatkan sejumlah wang dan saya perlu membelanjakan wang berkenaan untuk menjadi seorang pengguna.

Sebagai seorang pengguna, yang menjadi wakil kepada saya adalah kerajaan dan berintegriti dan beramanah. Dalam erti kata lain, dengan kerajaan yang memiliki sikap berkenaan dapat membela nasib saya sebagai seorang pekerja, dan seorang pengguna.

Masalahnya, saya masih lagi tidak mendapat kerajaan yang sedemikian walaupun telah dua kali pangkah didalam pilihan-raya. Dan paling teruk sekali, ada satu cadangan yang ingin menghapuskan subsidi barangan keperluan harian. Cadangan berkenaan diutarakan oleh Tan Sri Darshan Singh Gill, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (MACONAS).

Saya sebagai pengguna, saya tidak kenal akan Tan Sri ini, malah saya tidak ingat langsung bila saya melantik Tan Sri ini untuk mewakili suara saya. Suara saya menyatakan bahawasanya kerajaan bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan untuk rakyat, tapi lain pula katanya Presiden MACONAS.

Ini seolah-olah, ianya permintaan pengguna yang inginkan subsidi dihapuskan. Saya, dengan ini mengistiharkan bahawasanya saya sebagai pengguna TIDAK PERNAH MELANTIK TAN SRI DARSHAN SINGH GILL untuk mewakili suara saya sebagai pengguna. Saya tidak kenal susuk ini dan tidak pula pernah bertemu dengannya.

Saya perlukan orang lain untuk mewakili suara saya sebagai pengguna. Sila pilih orang lain, cadangan saya adalah En. SM Mohamed Idris.

Sekian Harap Maklum.

P/S: Bodoh, hang kaya tak pa la boleh beli gula RM 10.00 sekilo. Bangang punya orang. Orang miskin pakai takyah beli gula dah.

Khamis, November 12, 2009

Struktur PAS Menghampiri Syiah

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,


Ideologi dan Perbuatan, merupakan cabang yang perlu selari jika kita menginginkan sesuatu organisasi boleh bergerak bebas tanpa sebarang dalang yang boleh menjatuhkannya. Dalang disini bermaksud pergeseran teknikal akibat perlagaan diantara Ideologi dan Perbuatan.

PAS dibentuk berasaskan Ideologi kesamaan, keadilan dan keharmonian kehidupan dengan Islam menjadi teras didalam bentuk pemerintahan. Islam menawarkan kepada kita kesamaan hak, keadilan dan keharmonian yang tidak terdapat pada mana-mana ajaran di dunia ini.

Semua manusia memiliki hak yang sama, tidak dibezakan samada dengan agama, bangsa atau penduduk asal. Semuanya sama sahaja, diberikan hak asasi yang sama. Tidak dibezakan pandangan dan pendapat mereka serta hak mereka dijaga dengan sempurna tanpa kompromi. Itulah yang menjadi dasar perjuangan organisasi PAS.

Masalahnya, adalah Perbuatan. Ahli-ahli PAS kebanyakkan memiliki perbuatan yang tidak menepati Ideologi organisasi PAS itu sendiri. Kebebasan, Keadilan dan Keharmonian. Perbuatan yang berbeza akan menghasilkan tindak-tanduk yang akan menimbulkan persepsi yang kurang senang diantara penyokong Ideologi organisasi PAS.

Sebagai contoh, terlalu taksubkan pemimpin. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab sewaktu syarahannya di masjid bangun seorang pemuda. Sambil memegang sebilah pedang pemuda itu berkata kepada Umar, "Wahai Umar, kalau engkau melakukan kesalahan maka akan kami tegur dengan pedang ini".

Apa jawapan Umar?, "Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah SWT diberikan penduduk yang sanggup membetulkan Umar sekiranya ia melakukan kesalahan". Cuba lihat pada zaman sekarang, apabila ada seseorang menegur kita, adakah kita akan cuba berterima-kasih kepada mereka?

Tidak! Malah, ada diantara kita sanggup dengan sombong melebelkan mereka dengan lebel yang sungguh tidak sopan. Konon-kononnya ianya adalah satu fitnah yang dilemparkan. Jenis ketaksuban beginilah yang ada pada fahaman Syiah, telalu mengangungkan pemimpin dan pemimpin dianggap tidak bersalah.

Sungguh saya terkilan dengan keadaan sebegini, adakah ini contoh mereka yang mengikut Ideologi organisasi PAS? Ini adalah perkara yang patut kita elakkan dari berlaku. Dalam usaha memantapkan organisasi PAS yang telah lama dibina, kita sepatutnya merenung sejarah yang lepas-lepas tentang perbuatan musuh-musuh kita terhadap kita.

Politik, adalah sesuatu yang teruk. Ianya memerlukan kita menipu orang, itu tidak dinafikan. Maka dengan itu kita mestilah mengubah persepsi politik itu sendiri supaya ianya boleh diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih baik. Sesuatu yang boleh memberikan kita kejayaan didalam membentuk pentabdiran yang tulus dan berorientasikan rakyat.

Dalam membentuk persepsi berkenaan, kita mestilah sedia untuk dikritik. Kalau kita tidak berupaya untuk mentabdir maka kita mesti bersedia melepaskan tanggungjawab kita supaya seseorang yang memiliki perbuatan selari dengan ideologi PAS boleh menguruskan perjalanan pentadbiran kerarah yang lebih baik dan sempurna.

Seseorang yang digelar tuan guru pun belum tentu mahir didalam berpolitik sekiranya tidak boleh ditegur. Pemimpin dianggap bodoh kalau gagal untuk menerima teguran dan kritikan. Berlaku teguran dan kritikan itu supaya kita boleh menilai adakah organisasi PAS ini berada dilandasan yang betul atau tidak. Dan untuk menilai adakah kita masih berupaya untuk mengemudi kapal atau perlu berundur memberikan peluang pada orang yang lebih berkeupayaan.

Gagal memanfaatkan teguran dan kritikan ini bermakna kita selangkah menuju kehancuran. Amalan taksub ini tidak ada didalam pelajaran Islam. Ketaksuban kepada pemimpin akan mendorong organisasi PAS ditolak oleh rakyat. Bila kita menyertai PAS, kita memilih untuk menyertai organisasi yang memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Bukannya memilih untuk berjuang kepada pemimpin atau menjadi barua pemimpin.

Buangkan sifat Syiah ini, sifat ketaksuban yang melampau-lampau terhadap pemimpin. Rakyat memerlukan pemimpin beribawa untuk mengemudi negara, kalau awal-awal telah menunjukkan kebodohan dengan ketaksuban terhadap kesalahan pemimpin, maka tunggulah PR13 kalau-kalau kita dipilih oleh rakyat, atau dibungkus dalam lipatan sejarah.

Kepada TG Abdul Hadi, sila jawab soalan berikut :
  1. Kenapa isu Kerajaan Perpaduan boleh tenggelam timbul?
  2. Kenapa isu di Selangor tidak diperjelaskan secara terperinci?
  3. Kenapa membisu dengan isu semasa kerajaan perpaduan dan isu di selangor?
Ingat! Rakyat yang akan menentukan kejayaan kita. Pastikan rakyat sentiasa memilih perjuangan kita. Jangan biarkan ahli berfahaman syiah merosakkan keadaan. Buang semua persepsi agungkan pemimpin dan sentiasa bersedia mendengar teguran.

Sekian.

Sabtu, November 07, 2009

Manisfesto, Kerajaan Perpaduan, PAS

Assalamualaikum dalam Salam Sejahtera,


Saya jarang menulis dan saya mengakuinya. Tetapi kalau ada hal yang cuba menggangu fikrah dan kebijaksanaan saya maka saya akan mula membuka laptop saya dan mula mengakses blogger saya. Dan saya mula menulis apa yang saya rasa perlu untuk saya tulis.

Kerajaan Perpaduan, atau United Gorverment adalah satu istilah yang cuba-cuba diperkenalkan. Kalau tidak silap pembacaan saya istilah ini diperkenalkan sendiri oleh TG Abdul Hadi didalam ucapannya yang saya tak ingat bila. Pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Tujuan diperkenalkan istilah ini, pada pendapat saya mungkin sebagai strategi TG Abd Hadi untuk PAS menguasai parlimen bersama-sama dengan kuasa UMNO. Kenyataan itu mengakibatkan DAP dan PKR mula mempertikaikan hubungan mereka dengan PAS didalam Pakatan Rakyat.

Bagaikan sensor, TG Nik Aziz menghidu bahawasanya perkara bakal diekploitasikan oleh UMNO dalam usaha merebahkan sokongan rakyat kepada PAS sekaligus memecah-belahkan pakatan yang sedang dibentuk oleh tiga parti utama PAS-PKR-DAP. TG Nik Aziz dengan pantas membuat kenyataan mengutuk idea Kerajaan Perpaduan. Kutukan demi kutukan mula dihasilkan dan akhirnya, dalam muktamar PAS yang terbaru perkara mengenai Kerajaan Perpaduan dilarang untuk dilafaz, disebut, diingati dan diungkit oleh mana-mana ahli PAS termasuklah Presidennya dan orang bawahannya.

Malangnya, selepas muktamar ini ada sahaja perkara yang diluar jangkaan. Epilog sekatan jualan arak dan kritikan terhadap SELCAT oleh Persuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali menimbulkan pelbagai tanda tanya yang komplikated. Terbaru, mendiamkan diri dalam isu tangkapan bekal mufti Perlis Dr. Asri. Ramai pihak termasuk saya tertanya-tanya kepada Dr. Hasan Ali tidak membuat sebarang komen didalam media.

Saya hairan, kenapa TG Abdul Hadi juga mengambil langkah yang sama termasuklah naib presiden Ust Nasharuddin. Mendiamkan diri dalam isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan rakyat menyoal krebiliti mereka sebagai seorang pemimpin yang terlena. Seolah-olah segala tindak-tanduk Dr. Hasan adalah tepat dan wajar untuk dilaksanakan.

Terbaru, isu Kerajaan Perpaduan yang tertimbul kembali. Sudah ditanam didalam lipatan sejarah secara tiba-tiba boleh timbul digali oleh sapa ntah. Hal ini, bukan sahaja TG Nik Aziz boleh melatah, malah saya sendiri boleh melatah dan rakyat pun akan melatah sama. Apa jenis pendirian yang ada pada presiden yang dulu berapi-api mengkafirkan UMNO tiba-tiba melatah mengenai Kerajaan Perpaduan?

Ini sesuatu yang sangat tidak kena, konfliks yang terhasil menerusi latahan ini akan mengakibatkan PAS akan mula dipandang serong, sebelum diserongkan oleh rakyat. Buktinya, kita kalah dalam pilihanraya Bagan Pinang, dimana kita ditolak disebabkan kes yang berlaku di Selangor. Apakah kita, ahli PAS tidak mengambil pengajaran dari universiti rakyat ini?

Saya membaca tulisan Hishamuddin Rais dan Dr. Aziz Bari. Telahan mereka mengenai akibat dari permasalahan ini menghampiri ketepatannya. Kalau Dr. Aziz Bari mengatakan ia mungkin PAS akan ditolak oleh rakyat disebabkan isu Kerajaan Perpaduan dan kes di Selangor, saya mengatakan yang ia bakal berlaku dan tidak ada istilah mungkin, ia akan berlaku. Contoh : Lihat Bagan Pinang.

Saya menyebut akibat, bukan masalah. Ertinya, kalau kita tidak menyelesaikan masalah ini maka akibat akan berlaku. Sia-sia usaha kita selama ini. UMNO mula memanfaatkan isu dan mula memerangkap kita. Kita dihasut dengan ketuanan Melayu, ketuanan Islam, fatwa-fatwa perlunya umat Islam bersatu dan pelbagai lagi jenis sogokkan psikologi untuk menakut-nakutkan kita padahalnya sejarah sendiri membuktikan yang mereka tidak pernahpun berjuang untuk Melayu dan Islam selama 52 tahun menjarah Malaysia.

Sebab : Lihat sendiri pada hari ini, adakah bahasa kebangsaan dimartabatkan? Adakah lagu kebangsaan digubah semula setelah mengetahui fakta yang melodinya dicilok? Adakah matapelajaran kita dalam bahasa yang difahami oleh rakyat Malaysia? Adakah kita hidup tanpa kekangan ekonomi yang menjerut leher gaji kita? Berlambak lagi.

Ini tahi yang sedang disuapkan ke mulut kita. Tahi ini sedang disadur dengan coklat dan pewarna supaya kita nampak manis dan menyelerakan, padahal hakikatnya ia tetap tahi yang perlu ditolak. Tidak ada istilah Kerajaan Perpaduan, ianya satu tahi yang disadurkan dengan coklat dan pewarna. Dan yang sedang selera melihat tahi berkenaan adalah presiden kita TG Abdul Hadi, mungkin Ust Nasharuddin, atau Dr Hasan Ali, atau ahli-ahli Pas yang lainnya yang sentiasa merasakan mereka berjuang untuk Melayu Islam. Maka perlu Melayu bersatu dalam memertabatkan Islam.

TAHI! Tak ada istilah Melayu-Islam! Yang ada adalah Islam. Itu konsep perjuangkan ahli Pas yang sebenarnya. Islam menggariskan keadilan dalam semua bentuk samada ekonomi, politik, bantuan, hak, keadilan dan sebagainya. Pergi mampus dengan perjuangan bangsa. Orang Cina, India, Singh, bla bla bla di Malaysia sudah pandai makan sambal belacan, petai dan durian.

Kalau dihimpunkan mereka, dan dilemparkan ke negara asal datang mereka maka saya menjamin yang mereka akan mati kempunan kerana tak dapat makan sambal belacan, petai dan durian. Mereka akan menjadi gila disebabkan tidak jumpa bihun sup, gulai tempoyak dan nasi lemak panas-panas.

Mereka berada di Malaysia, telah menjadi sebahagian dari suka-duka dalam kemasyarakatan Malaysia. Perjuangan ahli Pas adalah untuk kita dan mereka. Keadilan Islam menjadi wadah perjuangan yang akan menjadi cermin yang bakal menterbalikan cahaya keadilan yang ditunggu-tunggu selama bertahun-tahun berjuang diatas nama keadilan dalam pemerintahan.

Janganlah dibiarkan perkara ini lesap dilupus rakyat kerana isu Kerajaan Perpaduan dan isu-isu bodoh lain yang menyebabkan kita dipandang serong oleh rakyat. Kepada TG Abdul Hadi, kalau merasakan diri tidak mampu untuk mengemudi PAS, maka tolonglah mengundurkan diri, bawa sekali penyokong-penyokong yang sibuk nak karamkan perjuangan yang sekian lama dibina atas nama keadilan Islam.

Saya sedih bila mengucapkan perkara ini, tetapi inilah benda yang harus diucapkan. Kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana mengirimkan Dr. Aziz Bari menegur dan menasihati kita didalam hal-hal sebegini. Saya masih muda, TG Abdul Hadi tak lama lagi akan meninggalkan dunia ini, maka kami yang muda inilah yang akan mewarisi legasi PAS sebagai perjuangan keadilan Islam.

Janganlah wariskan masalah kepada kami. Bukan kami tak larat tanggung, tapi rakyat akan memandang masalah ini sebagai sejarah, dan tentunya kami tidak berupaya memadam sejarah kebodohan ini. Dan sejarah inilah yang akan diulang-ulang oleh UMNO untuk melupuskan perjuangan PAS. Berundurlah, supaya ini akan menjadi sejarah yang baik untuk dijadikan rujukkan bagi membolehkan rakyat akan terus menyokong Pas untuk kini dan selamanya.

Sekian.

UPDATED

Saya terbaca artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Insider, saya malu kerana ianya keluar dari mulut En Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS. Ingin saya bertanya, kenapa marah sangat kepada Dr. Aziz Bari? Kenapa tak masukkan marah sekali pada TG Nik Aziz yang terang-terangan juga menyalahkan TG Abdul Hadi dalam hal kejatuhan sokongan rakyat kepada PAS?

Fikir sebelum kata, patutnya kita berterima kasih, bukannya tabur duri atas jalan. Bermacam-macam cara orang tegur, ada cara kasar, ada cara lembut. Orang yang kena tegur tu kenalah faham. Jangan melatah.

Ataupun, anda pun salah seorang penyokong idea Kerajaan Perpaduan?

Jumaat, Oktober 16, 2009

E-Undi

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,


E-Undi, adalah satu masalah yang harus diperkatakan disini. Maksudnya yang bakal mengira undi adalah bukan terdiri daripada manusia, tetapi mesin yang dikenali sebagai server yang akan menggantikan tenaga manusia dalam mengira undi.

Maahhh, manusia perlu disogok dengan beberapa jumlah fulus sekiranya diperlukan undi mereka. Dengan kegunaan e-undi, maka tidak perlu lagi beban kewangan yang teruk dalam usaha membeli undi. Semuanya jadi mudah dan senang.

Hanya menggunakan cara berikut :-
cmd:>> convert from table "undi" value="pro-Mahasiswa" to value="pro-Aspirasi"
cmd:>> enter
Maka secara automatik, pro-Mahasiswa akan kehilangan semua undi, dan semuanya beralih kepada pro-Aspirasi dengan cara yang cukup efisyen, menjimatkan kos fulus.

Kepada mahasiswa, perhatikan yang anda sedang dimanipulasikan. Bermula dengan membandingkan akal anda dengan lembu mengenai teknologi IT, kemudian anda akan menjadi lembu yang akan mengikut teknologi.

Anda akan dilembukan, sekiranya anda tidak berjuang untuk membebaskan diri anda dari kancah kelembuan IT yang teruk menular dikalangan IPT, ini termasuk membawa masuk ilmu-ilmu yang mencabar kesongsangan minda anda.

Bangkit, dan tegaskan kepada IPT anda yang anda bukan lembu IT, tetapi mereka yang akan mewarisi ilmu IT dan mempergunakannya kearah keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat disekeliling anda.

Sekian mesej dari saya.

Khamis, September 17, 2009

Hari Raya Dan Harapan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Terlebih dahulu, bulan Ramadhan mula menghampiri penghujungnya. Dan ia bakal melabuhkan tirainya. Akan berakhirnya Ramadhan, bulan yang ditunggu oleh setiap umat Islam yang beriman dalam usaha mereka menghampiri Rahmat Tuhan Yang Maha Esa.

Dan akan membuka tirai dirinya yakni bulan Syawal, bulan kemenangan yang disambut oleh sekalian umat Islam setelah sebulan lamanya berjuang mengekang nafsu bermula dari makanan sehingga ke perihal akhlak. Pastinya bulan ini disambut dengan kegembiraan didalam penuh kesyukuran kehadrat Tuhan Yang Maha Esa.

Didalam menyambut kesyukuran berkenaan, ada yang hampir terlupa diri. Berbelanja didalam menyambut tanpa mengira had-had etika seorang Islam. Saya ingin bertanya kepada pembaca saya, adakah anda salah seorang yang tergolong didalam kumpulan tersebut?

Mungkin kita seorang yang senang, seorang yang ditakdirkan Allah SWT memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Tetapi disebalik masyarakat yang senang terdapat golongan yang diuji oleh Allah SWT dengan kesusahan dan kepayah didalam kehidupan.

Kesempitan hidup mereka, kedaifan dan juga kemiskinan yang menjalar tengkuk mereka dan membelit pergerakkan mereka didalam mengharungi dunia fana ini. Pernahkan kita memahami situasi mereka yang sedang dilanda kedaifan didalam kehidupan ini?

Disini, saya ingin menyeru dan meminta kepada pembaca saya, fahamilah kehidupan mereka. Sekiranya terdapat salah seorang umat ini berada didalam kelompok kehidupan anda, bantulah mereka. Berilah sedikit kegembiraan anda kepada mereka didalam meyambung kemenangan Syawal. RM10, RM50, RM100 atau apa sahaja jumlah yang termampu.

Janganlah anda semua para pembaca mengabaikan mereka, kelak anda semua akan diabaikan dan dilalaikan oleh Allah SWT sebagai balasan perbuatan anda. Berkongsi kegembiraan adalah satu nikmat kurniaan Tuhan Yang Maha Esa yang sungguh tiada ternilai harganya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya, kerana Allah Tuhan Yang Maha Kaya.

Diakhir kata, Selamat Menyambut Kemenangan Syawal dan berkongsilah sedikit kegembiraan dengan mereka yang memerlukan.

Dengan Tulus Ikhlas;
AHMADES

Jumaat, September 04, 2009

SKMM Bakal Menjadi Kuda UMNO BN

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.


Well, aku terbaca terntang berita SKMM yang menggesa dan mengugut Malaysiakini untuk membuang klip video mengenai perarakan kepala lembu. SKMM Mengugut untuk menggunakan akti Multimedia dan Komunikasi dibawah sub tajuk 211/233.

Dibawah sub tajuk ini, dibawakan pengertian kandungan yang disiarkan oleh laman web akan diambil tindakkan sekiranya didapati mengandungi unsur-unsur tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan atau ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengugut dan menggangu mana-mana pihak akan dikenakan denda RM 50K dan penjara.

Baiklah, rakaman video tersebut, yang dirakam oleh Malaysiakini telah didakwa mengandungi unsur-unsur berkenaan oleh SKMM. Mari kita tengok adakah perspektif SKMM adalah benar dalam dakwaan mereka.
  1. Tidak Senonoh
  • Tidak kelihatan unsur yang tidak senonoh didalam rakaman tersebut, samada unsur muntah makan kembali atau unsur berak makan kembali. Yang ada adalah watak-watak yang dilakonkan secara real-time, real-place, real-action, tanpa skrip, tanpa edit dan secara live oleh mereka yang tidak senonoh mengarak kepala lembu tanpa menghormati perasaan kaum agama lain dihadapan orang ramai.
  1. Lucah
  • Tidak terkesan unsur lucah didalam ini, semada gambar konkek pakcik-pakcik yang mengusung kepala lembu atau yang lainnya. Unsur lucah yang kelihatan adalah dimana golongan yang dipanggil UMNO, PEWARIS, PEKIDA, PENGEFUCK, PERSETAN, PENGAMPU dan lain-lainnya sedang melakukan aksi lucah dengan melacurkan perlembagaan mengenai hak dan kebebasan beragama dengan aksi perarakan kepala lembu
  1. Palsu
  • Tidak ada yang palsu yang kelihatan didalam laman web ini. Tidak ada manipulasi fakta yang kelihatan. Semuanya benar dan berlaku pada tarikh dan masa yang benar. Yang palsu disini adalah peserta perarakan yang bukannya penduduk sebenar S23. Mereka diimport dari luar kawasan.
  1. Ugutan
  • UGUTAN? Nonsense, tidak kelihatan sebarang ugutan samada mahu membunuh PM atau YAB Nik Aziz. Atau ugutan untuk menjatuhkan ekonomi Malaysia. Yang betul kelihatan ugutan adalah mereka, penduduk asal S23 yang diugut bertubi-tubi oleh geng-geng kacau kampung.
  1. Ofensif
  • Didalam RAKAMAN VIDEO (diulangi, RAKAMAN VIDEO, bukan PEMBIKINAN VIDEO) tidak kelihatan unsur-unsur ofensif. Yang ada adalah adalah unsur ofensif MEREKA yang menyertai perarakan mengusung kepala lembu.
  1. Niat Menimbulkan Kemarahan, Menyalahguna, Mengugut dan Menggangu Mana-Mana Pihak.
  • Oh my god AlMighty Allah SWT! SIAPA? RAKAMAN VIDEO atau PESERTA PERARAKAN yang sedang melaksanakan niat diatas?
Ingin diperingatkan disini, VIDEO ini melalui proses RAKAMAN tanpa SUNTINGAN expert untuk menambah perisa pedas dan lazat didengar seperti yang dilakukan oleh media-media pro-BN.

RAKAMAN beerti video ini dihasilkan secara live, real-time, real-place tanpa ada mana-mana arahan untuk proses penambahan perisa pedas dan lazat.

Dalam Akta yang disebutkan oleh SKMM, hanya handungan yang bersifat retorik tanpa bukti dan asas kukuh sahaja yang boleh didakwa didalam mahkamah didalam prosedur perspektif yang dinyatakan. Kalau semuanya cukup bukti dan saksi, bagaimana video berkenaan boleh ditafsirkan sebagai satu kesalahan?

Yang bersalah adalah MEREKA YANG MENYERTAI PERARAKAN TERSEBUT, bukanlah video yang merakamkan aksi berkenaan.

Nasihat saya pada Malaysiakini, LAWAN SKMM didalam mahkamah. Anda pasti menang kerana SKMM tidak menggunakan prosedur yang untuk menuduh anda.

Janganlah anda mengikuti tulunjuk mereka, kerana sekiranya anda menunduk kepada kemahuan mereka, maka kes ini akan menjadi rujukan pada masa hadapan sekiranya mereka ingin mendakwa orang lain.

Ini membukti, yang UMNO BN sedang mencuba untuk mempergunakan SKMM sebagai kuda tunggangan mereka dalam usaha menyekang maklumat, fakta dan bau busuk mereka didalam Internet.

Aku Masih Hidup, Bernyawa-Nyawa Ikan

Assalamualaikum,


Wahai pembaca blog aku sekalin, ketahuilah bahawasanya aku masih hidup, dan sedang berusaha kearah kejayaan.

Makan masa betul untuk berjaya nih. Nih pun duk merangkak tak habis habis.

Aku akan update blog aku lepas nih dengan pelbagai cerita dan tutorial yang menarik.

Oh ya, aku beli laptop baru, nama dia Acer Aspire 5935G, powerful, best gila. Aku orang ke 3 dalam malaysia yang pakai laptop nih, memandangkan sewaktu artikel ini ditaip ianya masih belum berada didalam pasaran.

*Bangganya*

Rabu, Ogos 06, 2008

Perogol, GAY dan Keupayaan AKAL

Assalamualikum, dan salam sejahtera.

Post aku kali ini, aku nak tulis sesuatu untuk dibaca oleh Saiful Bukhari.

Bersumpah dengan nama Allah SWT untuk benda-benda yang tidak boleh diterima dengan mantiq manusia? Saya rasa awak Saiful dah tersasar jauh dah.

Fikir, awak muda, gagah perkasa, Anwar pula? Dah tua, sakit pinggang, dan saya berpendapat "barang" anwar pun tak mampu nak masuk ke dubur awak.

Bila awak menyatakan tuduhan liwat terhadap anwar, benda pertama yang Orang Ramai fikir adalah Kenapa awak tak menerajang anwar sebelum di liwat awak? Adakah dengan tuduhan ini awak berpendapat yang anwar merogol awak?

Rogol hanya terletak pada lelaki yang menjahati perempuan, untuk lelaki yang "menjahati" lelaki lain istilah "ROGOL" tidak boleh dipakai sama sekali kerana keupayaan tenaga LELAKI yang boleh sama sekali menolak "kejahatan" berkenaan.

Kalau dalam drama, perempuan tu kita tgk ditanmpar 2 3 kali kemudian pengsan dan seterusnya perogol tersebut terus merogol mangsanya.

Adakah anda cuba untuk memberitahu yang DSAI yang menampar awak 2 3 kali sampai PENGSAN kemudian "merogol" dubur awak? Kuat sangat ka DSAI tu nak belasah orang? Apa ubat yang DSAI minum sampai boleh menampar dan menerajang awak semata-mata untuk merogol awak?

Saya simpati dengan awak, tapi saya lebih simpati dengan DSAI. Tuduhan awak cukup tak bersasas. Kalau tuduhan Tun M terhadap DSAI satu ketika dahulu saya nyaris-nyaris ingin mempercayainya kerana berdasarkan sifat fizikal orang yang kena "rogol" duburnya adalah setaraf umur dengan DSAI. Tapi itupun saya tolak selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang tak masuk akal.

Ini, awak, seorang PEMIMPIN UNITEN yang KENA TENDANG. Mengaku tanpa segan silu yang DSAI "merogol" awak. Maaf, otak saya terlalu bodoh untuk menerima dan mempercayai tunduhan ini. Dan bukan sahaja saya, malah sesiapa pun yang mendengar tuduhan ini sukar untuk mempercayainya. Tambahan pula dengan suasana politik sekarang yang mana Media Massa pun tidak lagi menjadi penyampai berita utama Rakyat.

Saya rasa, cukuplah setakat ini post saya. Sekian harap maklom.

Khamis, Jun 19, 2008

Islam Hadhari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog aku.

Menghairankan!

Aku terbaca satu artikel surat Malaysiakini : Jamin Hak Penganut Islam Hadhari. Artikel hasil tulisan (atau, taipan) saudara Adib Zalkapli sangat kreatif untuk dibaca oleh semua orang. Nampaknya, Islam Hadhari telah manjadi salah satu cabang Islam yang terbaru selepas cabang Ahli-Sunnah-Wal-Jamaah dan cabang Shiah.

Apa yang saya hairankan adalah kenapa dengan selambanya saudara Adib Zalkapli meminta Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil sikap berkecuali untuk membenarkan amalan....eh..silap, Penganut Islam Hadhari terus diamalkan di negeri pemerintahan mereka.

Amat menghairankan, sila baca petikan dari artikel berikut:

Selama bertahun-tahun, umat Islam yang memilih untuk mengikuti cabang-cabang Islam yang “berbeza” sering berhadapan dengan masalah undang-undang akibat perbezaan pegangan mereka dengan kehendak kerajaan. - artikel Adib Zalkapli

Oh, selama ini ajaran Islam hanya berpusatkan kepada fikiran kerajaan, bukan berpusat kepada Al-Quran dan Sunnah? Kalau kerajaan dipimpin oleh Dr. Mahathir, maka kita kena ikut ajaran bercorakan "Islam Mahathirisme". Kalau dipimpin oleh Pak Lah, maka ajaran "Islam Hadhari" pula yang patut dituruti. Kalau ditakdirkan Allah SWT Malaysia diperintah oleh Anwar Ibrahim maka ajaran yang bagaimana pula yang harus dibentuk untuk menyesuaikan keadaan kerajaan berkenaan?

Rasulullah SAW sebelum baginda wafat, telah mengamanahkan kepada kita dua perkara yakni Al-Quran dan As-Sunnah yang mana kalau kita mengikutinya maka kita tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Rasulullah SAW juga memberitahu kita dalam hadis sahih bahawasanya Ulama-Ulama itu adalah penyambung perjuangan Rasul. Makanya, golongan yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah merupakan golongan yang dikenali sebagai Ahli-Sunnah.

Ulama adalah penyambung perjuangan Rasul. Oleh kerana terdapat ramai Ulama, maka tidak dapat diambil setiap perkataan dari Ulama berkenaan untuk menjadi rujukan kerana akan terdapat banyak pendapat disebabkan terdapat ramai Ulama. Oleh yang demikian, dianjurkan kepada Ulama-Ulama supaya duduk semeja berdebat mencari penyelesaian kepada masalah-masalah agama yang timbul selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka ini dikenali sebagai Ahlul-Jamaah.

Ulama-ulama yang mengikuti 100% ajaran bawaan Rasulullah SAW dan berdebat sesama mereka bagi mencari penyelesaian untuk setiap permasalahan agama dikenali sebagai Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah. Ajaran Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah adalah dituntut oleh Rasulullah SAW untuk diikuti oleh sekalian umat yang menganut agama Islam. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW sendiri:

“Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah-belah menjadi 72 golongan, dan bahawa umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. 72 daripadanya akan ke neraka. Dan satu golongan di dalam al-Jannah (Syurga), mereka itu adalah al-Jama’ah.(Diriwayatkan oleh Abu Dawud (4597), ad-Darimi (2/241), Ahmad (4/102), dan juga al-Hakim (1/128), al-Ajurri di dalam asy-Syari’ah (XVIII), Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah (2/10812, 119/1), al-Laalika’i di dalam Syarhus Sunnah (1/23/1). Dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, no. 203 & 204 - (1/404)) - Sumber diambil dari Manhaj Aqeeda.

Al-Jama'ah, yang ditandakan dengan warna biru membawa maksud Ahlil-Sunnah-Wal-Jamaah, mereka yang berpengang dengan pendirian Islam bertiangkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Bagi mereka, setiap permasalahan berkenaan Islam perlu diselesaikan secara perbincangan dan bermuafakatan bersepadu umat-umat Islam yang berpengetahuan tinggi mengenai bidang-bidang cabang ilmu agama Islam.

Itulah hakikat Islam yang dididik oleh Rasulullah SAW supaya umatnya sentiasa bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah berbangkit, tidak kiralah apa jenis masalah sekalipun. Itulah yang dibawa oleh Islam aliran Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah.

Apa pula jenis bawaan Islam Hadhari? Sebagai satu cabang Islam baru yang dibentuk oleh seorang ahli politik sebagai Islam menuju ketamadunan? Islam, dari dahulu semasa zaman Rasulullah SAW lagi sudahpun membentuk ketamadunan masyarakat yang bersatu-padu membentuk negara Madinah. Melalui didikan Islam jualah lahirnya cediakawan-cediakawan Islam yang tersohor, yang mana hasil penemuan mereka membawa perubahan konsep ketamadunan dunia pada hari ini.

Lihat sahaja kehebatan kerajaan-kerajaan Islam yang terdapat pada masa dahulu. Mereka membuktikan fahaman Islam bawaan Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah yang dipegang oleh mereka mendorong mereka untuk berusaha memahami alam ciptaan Allah SWT. Usaha-usaha mereka membuktikan kemajuan hanya boleh dicapai sekiranya manusia berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah.

Jadi patutkan kita menggunakan ungkapan "Islam Hadhari" sedangkan Islam itu adalah satu perkataan dan satu perilaku yang "manik" dan "jamik" (lengkap dan sempurna)? Kenapa perlu mewujudkan satu cabang Islam yang lain kalau cabang Islam yang sedia ada gagal diteroka dengan sepenuhnya?

Malah, penulis artikel berkenaan juga menekankan agar Kerajaan Pakatan Rakyat berkecuali dan membenarkan ajaran Islam Hadhari diamalkan. Apakah gaya Islam bawaan Ahlul-Sunnah-Wal-Jamaah belum cukup sempurna untuk diamalkan? Atau Malaysia ingin dibawa oleh Dato' Seri Abdullah menuju ke konsep negara Sekular yang sama gaya dengan pemerintahan Turkey?

Islam itu, menjadi sempurna sekiranya amalan yang dituntut oleh Islam diamalkan oleh pengikutnya. Tetapi, sekiranya pengikut Islam itu sendiri membiarkan ajaran Islam dilalaikan makanya Islam itu tidak akan menjadi sempurna. Apabila itu berlaku, masalah sosial, kebajikan, keharmonian, keadilan dan keperibadian diri akan mula bertapak didalam hati. Hasilnya, berlakulah banyak masalah seperti seks bebas, kerajaan tidak adil, makan rasuah, yang bodoh nak jadi ulama dan sebagainya.

Tak perlu nak memberikan kosmetik kepada Islam untuk menampakan "kemachoan" dan "kealiman" seorang pemimpin yang terang-terang cetek tentang pengetahuan Islam. Islam menyuruh pemerintah supaya membantu rakyat, tetapi sebaliknya pula yang berlaku di Malaysia. Adakah itu konsep "Islam Hadhari"?

Setakat ini sahaja taipan aku kali ini. Harap semua pembaca blog aku boleh faham tentang post aku kali ini.

Rabu, Jun 18, 2008

Ego Orang Agama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ini adalah artikel tergempar berdasarkan berita Malaysiakini : Bantah Konsert "Ego Orang Agama".

Ianya berkenaan konsert Ella dan Mas Idayu bersempena dengan kejayaan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Membaca berita tersebut menyebabkan aku cepat-cepat membuka komputer seterusnya "terpaksa" menulis satu akrtikel bagi menyatakan pendapat aku.

Apa yang aku paling kagum sekali adalah kenyataan Roslan Aziz, iaitu :

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," - Roslan Aziz.
Aku sungguh kagum, terutamanya sekali pada farsa ayat yang telah di-bold dan di-italic-kan. Terserlah bahawasanya beliau adalah sememangnya seorang artis yang betul betul.........bengap.

Kepada Roslan Aziz:

Apakah anda telah mengemukakan hadis-hadis soheh berkenaan penganjuran konsert-konsert kepada mana-mana ustaz sebelum menganjurkan konsert? Tidak, sebab anda pun tau tiada nas-nas Hadis mahupun Al-Quran bagi penganjuran majlis-majlis yang membawa kepada berlakunya masalah sosial (sekaligus, membawa kepada perlakuan sumbang dan sekaligus membawa kepada gejala maksiat dan sekaligus membawa kepada gejala buang bayi dan sekaligus......opsss... saya takperlu terang semua ini. Ustaz Roslan Aziz ada.).

Malangnya, anda buat-buat buta sebab itu saja lubang anda untuk cari makan. Bodoh ada banyak tahap dan kenyataan anda membuktikan yang anda berada di tahap kebodohan 7-petala langit (paling tinggi darjat kebodohannya). Seorang ustaz kalau dia menghuraikan satu-satu hadis, semestinya dia tahu hadis itu berasal daripada mana, sahih ke tidak dan sebagainya untuk membuktikan yang hadis itu benar.

Nahhh... sekarang Al-Ustaz Roslan Aziz nak menyangkal kebenaran hadis, perlulah menyatakan kecelaruan dan sebab-sebab praktikal kenapa hadis ini tidak boleh digunapakai. Nih main bantai bantah tanpa bukti-bukti ilmiah yang konkrit apasal? Tentulah secara automatik ustaz yang menghuraikan hadis berkenaan akan menyangkal kenyataan anda.

Dalam Islam, memang sangat dianjurkan perdebatan ilmiah berkenaan Agama Islam supaya hasil dalam perdebatan berkenaan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah agama. Syarat perdebatan berkenaan adalah pihak yang berdebat perlulah memiliki pengetahuan tinggi tentang bidang-bidang agama yang dikajinya (seperti bidang fiqh, sirah, usuluddin, dsb). Barulah perdebatan berkenaan membawa hasil yang menguntungkan Islam.

Ini, Roslan Aziz, seorang artis, seorang seni yang almost zero dalam pengetahuan agama Islam (Why zero? I will explain it later) cuba nak membuktikan yang hadis-hadis berkenaan konsert yang dibawanya itu betul dan benar kepada seorang ustaz, bagaimana ustaz berkenaan nak menerimanya? Sapa-sapa pun tak dapat menerimanya. Bertekak dengan Roslan Aziz umpama mencurahkan air ke daun keladi = sama hasilnya.

Dan salah satu kenyataan Roslan Aziz:
"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," - Roslan Aziz.
Oh Tuhanku! Dia tak tahukah yang PAS sememangnya menyatukan Politik dan Islam. Jadi tak salah kalau kita kata yang ahli-ahli UMNO itu semuanya kafir-kafir kerana meninggalkan Islam di rumah semasa berjuang dalam politik. Roslan Aziz sendiri mungkin boleh dikatakan kafir kerana meninggalkan Islam dirumah sewaktu sedang bergiat didalam dunia seni. Ohh... kalau mereka ini mati sewaktu sedang menyayi dan berpolitik maka terus masuk neraka sebab pada waktu mereka mati, Islam tiada di sisi mereka (kerana ditinggalkan dirumah).

Saya sangat terharu dengan kenyataan ini. Sebab itu kita tak hairan kalau ada berita tentang Ahli Parlimen meraba punggung pelayan, berita artis-artis dengan gambar-gambar panas dan berita Roslan Aziz yang masuk malaysiakini kerana mereka sewaktu bekerja (politik, menyayi, berlakon dsb) mereka tidak membawa agama mereka sekali. Paling tepat, mereka tiada agama ketika itu.

Kalau ahli parlimen yang meraba pelayan berkenaan masuk Mahkamah, beliau boleh memberi alasan "Saya tiada agama ketika itu, sebab saya ahli politk" untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. Begitu juga dengan artis, gunakan kenyataan berkenaan sekiranya gambar-gambar lucah anda tersebar di Internet. Tak mengapa, kami paham. Roslan Aziz lagi paham.

Mufti Kerajaan Uttmaniah pernah berkata:
"MEMISAHKAN AGAMA DARI POLITIK ADALAH CARA YANG MUDAH UNTUK MENJADI KAFIR"
Sebab apa? Perilaku Ahli Politik adalam berdasarkan pegangan Agama. Sebabtu kita tidak hairan kalau Ahli Politik dan Penjawat Awam suka makan rasuah, kerana mereka tak takut langsung dengan laknat Allah SWT. Mereka tidak takut untuk melakukan maksiat (seperti meraba punggung perempuan) kerana tidak takut laknat Allah SWT. Dan wujudnya salah-laku dan ketidak-adilan dalam pemerintahan mereka, kerana tidak takutkan laknat Allah SWT terhadap perbuatan mereka itu.

Begitu juga dengan artis. Anda hairan dengan berita-berita panas artis-artis kita? Tak perlu hairan, kalau mereka berpegang dengan Islam sudah tentu mereka tahu laknat Allah SWT sekiranya tidak melaksanakan apa yang disuruh didalam Islam. Samalah jua dengan kes Roslan Aziz, kalau dia tahu agama Islam aku rasa dia tak kan senang-senang nak buat kenyataan memperbodohkan dirinya. Tapi nak buat camna, mereka ini adalah model hasil perpisahan Islam dengan pekerjaan mereka.

Aku rasa, sampai sinilah kot posting aku kali ini. Kalau nak tulis, 1000000 perkataan pun tak mampu untuk digunakan bagi melambangkan kebodohan-kebodohan puak-puak takda agama nih (I mean, orang yang rasa agama patut dipisahkan dari politik). Cukuplah takat tu dulu.

Roslan Aziz, please put the limit of your stupidility. Jangan hanya Islam pada nama sahaja. Sekian.

Isnin, Jun 16, 2008

The Record

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog aku. Kali ini bukan tulisan mengenai politik, tetapi mengenai percubaan Mozilla Foundation untuk mencatat rekod dalam Guinness World Records dengan percubaan "The World Most Downloaded Software in 24 Hours" (Perisian yang paling banyak dimuat-turun pada 24 jam). Percubaan ini juga dikenali sebagai Download Day 2008.

Nampaknya, Mozilla Foundation benar-benar serius dalam mempromosikan Firefox untuk menjadi perisian pelayar web yang utama di dunia. Usaha gigih mereka untuk memecah rekod dunia adalah tradisi untuk mengalahkan pesaing terdekat mereka yakni Microsoft Internet Explorer.

Percubaan ini akan bermula tepat pada pukul 0000 (12.00 tengah malam) 17 Jun 2008 dan berakhir pada 2359 (11.59 malam) 17 Jun 2008. Ingin menjadi sebagai daripada percubaan ini? Layari Spread Firefox | Download Day 2008 untuk sertainya dan juga, menjadi sebahagian daripada rekod dunia Guinness!.

Sekian berita! Hidup Firefox!...hokhohkohkohk...


Download Day

Jumaat, Jun 13, 2008

Media Saka Bangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku. Nampaknya, kali ini Pemuda UMNO telah melancarkan blog mereka yakni Media Saka Bangsa untuk menerima kritikan secara terus daripada orang-ramai yang ingin menegur mereka. Itu adalah satu usaha yang baik daripada sayap kanan UMNO yang sekarang ini, kelihatan mempunyai sikap yang mula ingin mendengar teguran-teguran daripada sepelusuk rakyat Malaysia (dan terutamanya kutukan dari para blogger, al-maklum sajalah usaha-usaha blogger banyak menyumbang kepada kejatuhan BN pada PRU-12).

Apa yang aku ingin komen berkenaan dengan blog ini adalah, pertama sekali adalah nama domain blog itu sendiri. Itu secara terang-terangan menunjukkan yang mereka ini benar-benar buta IT yang tidak boleh menjenamakan sendiri blog mereka. Adakah patut bagi salah sebuah sayap UMNO, yang memiliki badan perhubungannya sendiri masih menggunakan sub-domain blogspot? Sebagai salah sebuah media yang menyampaikan maklumat, sepatutnya mereka peka tentang penjenamaan blog mereka (walaupun kita tahu, mereka menggunakan khidmat blogspot) dan menggunakan nama domain khusus untuk blog mereka. Contoh terbaik adalah blog Tun Dr. M sendiri yang menggunakan nama domain www.chedet.com. Nama domain adalah lambang kreabiliti bagi mana-mana organisasi kerana nama domain memudahkan orang untuk mengingati laman berkenaan serta imej kumpulan media berkenaan untuk nampak gah di persada blog-sphere.

Yang kedua, perkara yang paling aku tidak puas hati adalah berkenaan dengan penggunaan features "Comment Moderating" di dalam blog Media puSaka Bangsa. Sebagai salah badan yang ingin rasa "menyesal" dan ingin menerima pendapat orang ramai sepatutnya features ini harus dimansuhkan serta-merta supaya komen-komen yang "pedas" dan "berbisa" dari sesetengah pengkomen dapat dipaparkan tanpa sebarang tapisan. Barulah pembaca blog mereka tahu banyak mana "puak bangsa" yang marah kepada mereka, banyak mana "puak bangsa" yang ingin menegur mereka serta "puak bangsa" yang sememangnya menyokong mereka.

Pembaca aku tidak tahu features "Comment Moderating"? Ia adalah kelebihan khas yang disediakan oleh blogger.com untuk membolehkan penulis blog menapis komen-komen yang diterima sebelum dipaparkan dalam ruangan komen pembaca. Sebagai seorang penulis blog, anda sepatutnya tahu etika anda supaya membenarkan semua jenis komen boleh masuk dan dipaparkan kepada pembaca lain. Dengan ini, anda boleh mengetahui sejauh mana penulisan anda diterima pakai oleh pembaca blog anda. Sekiranya kita menulis blog, kita tidak boleh merasa syok sendiri dengan apa yang kita tulis tanpa menerima feedback dari pembaca kita.

Begitu jualah dengan blog Media puSaka Bangsa, mereka sepatutnya tidak boleh merasa syok sendiri dengan blog mereka dengan cara menapis komentar orang lain untuk dipaparkan didalam ruangan komen pembaca. Anda sepatutnya menulis blog bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk mendapat feedback dan memberikan peluang kepada pembaca blog anda menilai keupayaan anda serta keupayaan oragnisasi anda dalam menyampaikan maklumat memalui komen-komen yang pembaca anda boleh baca di ruangan komen.

Ianya samalah seperti pihak anda yang memasang cybertroop untuk menyerang ruangan komen bloggers pembangkang dan bloggers bebas dengan kata-kata memedihkan. Sekurang-kurangnya itu adalah cybertroop, mereka yang memang bodoh dalam komentar yang menghujahkan caci-maki dalam setiap komentar mereka.

Berkenaan nama "Saka" yang banyak dikritik oleh bloggers, aku tak rasa itu adalah satu masalah besar. Letak pi lahh nama apa pun, walaupun nama Lintah Bangsa sekalipun kalau isi blognya macam hampras maka hampas jualah blog itu. Tak berfaedah untuk dibaca.

Kalau aku nak komen berkenaan dengan isi kandungan blog berkenaan, aku rasa tak perlulah aku komen kerana tipikal blog oragnisasi politik, segala tulisannya lebih memihak kepada organisasi berkenaan. Walau bagaimanapun, aku mengkagumi blog ini kerana berani membidas kepimpinan Pak Lah walaupun dengan cara tulisan yang paling senyap (paling senyap bererti, penggunakan kosa kata yang merujuk "oraganisasi", bukannya merujuk kepada "individu") melalui tulisan Minyak. Bagi lain-lain artikel, aku rasa biasalah, politik.

Itu sahaja komen aku, sekiranya saketeriat membaca blog aku maka dialu-alukan untuk mengambil tindakan seperti yang aku cadangkan. Sekian terima kasih.

Selasa, Jun 10, 2008

JANJI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku. Kerap sungguh aku menulis. Kali ini aku merujuk kepada artikel MalaysiaKini.com : Tuntut Janji Anwar Turunkan Harga Minyak. Ianya berkenaan dengan kenyataan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai reaksi kepada kenyataan Dato Seri Anwar yang beria-ria hendak menurunkan harga minyak sekiranya kembali berkuasa.

Apa yang aku ingin rujuk bukannya kepada janji (Dato Seri) Anwar yang ingin menurunkan harga minyak, tetapi kepada kenyataan berikut:

Manifesto itu, antaranya, menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan memberi wang saguhati seribu ringgit kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

"Sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya umum itu, kerajaan negeri Selangor harus meletakkan jawatan sebagai tanda maaf kepada pengundi Selangor," kata Koh dalam satu kenyataan. - Malaysiakini

Adalah sesuatu yang sangat menghairankan bagi aku, sekiranya sesuatu benda yang baru diwujudkan organisasinya (sebagai contoh, Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah 3 bulan) sudah "dipaksa" dan "ditekan" dari pelbagai sudut supaya menunaikan manisfesto KeADILan secepat mungkin. Kalau aku berjumpa dengan mereka (orang yang banyak menekan Kerajaan Selangor untuk menunaikan manisfesto), aku ingin bertanya kepada mereka, "Adakah anda boleh menunaikan janji anda sekiranya anda memenangi sesuatu jawatan?".

Barangsiapa yang menjawab YA, sedia maklum yang beliau sememangnya tidak layak untuk menjadi pemimpin, kerana membuat keputusan terburu-buru. Samalah seperti pemimpin yang terburu-buru menaikkan harga minyak, takut Petronas rugi. Padahal diri sendiri yang tak pandai memainkan peranan dalam mengurus ekonomi negara. Memang, didalam piliharaya semua pihak akan menabur janji. Cuma bezanya disini adalah [1] janji yang ditabur setelah membuat beberapa kajian ringkas keadaan semasa dan [2] janji kosong yang ditabur semata-mata untuk mengaburi mata orang lain.

Mari kita nilai dua perspektif yang aku berikan tadi. Pertama: Janji yang ditabur setelah membuat beberapa kajian ringkas keadaan semasa. Prespektif ini digunakan oleh orang-orang yang mana sebelum mereka membuat sebarang janji, mereka mengkaji dahulu keadaan semasa secara kasar bagi melihat kebolehupayaan janji tersebut untuk dilaksanakan. Mereka membentangkan hasil kajian mereka yang kemudiannya diungkapkan sebagai janji-janji mereka sekiranya mereka berkuasa.

Dan sudah tentunya, sekiranya mereka sudah berkuasa mereka perlu pula mengkaji strategik semasa bagi membolehkan dasar-dasar janji mereka dilaksanakan dengan sempurna. Kajian yang meliputi kewangan, aset, keuntungan, ekonomi, persekitaran dan juga kajian-kajian terperinci lain sebelum melaksanakan dasar tersebut. Supaya perlaksanaan dasar tersebut tidak merugikan pihak yang melaksanakan dasar (kerajaan) dan pihak penerima dasar (rakyat).

Sebagai contoh, ada manisfesto Pakatan Rakyat yang menawarkan janji air percuma 20 moter padu dan dermasiswa RM1000 bagi setiap pelajar Selangor. Kalau Kerajaan Selangor melaksanakan dasar ini secara terburu-buru sudah tentunya berlaku kekurangan aset kewangan negeri yang membawa kepada kerugian pentadbiran dalam kerajaan. Maka perlulah ada kajian supaya kerugian yang bakal ditanggung boleh ditampung dengan aliran kewangan dari arah lain.

Kita ambil perkara pemberian air percuma 20 meter padu sebagai tajuk perbicangan kita seterusnya. Harga bagi 20m3 air adalah RM11.40 dan penerima air percuma adalah dari golongan pengguna domestik isi-rumah biasa yang terdapat hampir 1 juta pengguna. Ini menjadikan kos tanggungan Kerajaan Selangor bernilai RM11.40 Juta sebulan (sumber - Utusan Malaysia). Perkara yang berbangkit didalam isu ini adalah keperluan Kerajaan Selangor untuk menjelaskan bil RM11.40 Juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Ia memerlukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid untuk melakukan penstrukturan semula kewangan Selangor bagi membolehkan aliran kewangan Kerajaan menampung keperluan kos pembiayaan Air Percuma untuk rakyat Selangor. Semestinya, Menteri Besar perlu memikirkan mekanisma yang sesuai untuk membolehkan Kerajaan Selangor berupaya untuk mencari sumber kewangan lain bagi menampung kos berkenaan.

Dan memanglah, setiap Kerajaan Negeri mempunyai hasil pungutan cukainya yang sendiri. Tapi kita tidak boleh mengharapkan kewangan daripada cukai semata-mata untuk menampung perbelanjaan kebajikan rakyat. Jumlah pungutan cukai hasil dalam negeri pun mustahil mencukupi untuk nemapung perbelanjaan Kerajaan Negeri. Jesteru, untuk memastikan taraf kewangan Kerajaan Negeri mampu membiayai projek rakyat maka perlulah ada pendekatan alternatif mendapatkan aliran masuk kewangan selain dari pungutan cukai. Seperti mengadakan GLC (Goverment Linked Company) untuk memperniagakan duit rakyat bagi menjana keuntungan, manarik masuk pelaburan asing serta memperkasakan industri yang mendatangkan keuntungan (Industri pertanian, perlancongan dan sebagainya). Barulah kewangan Kerajaan Negeri akan kukuh dan kemudiannya digunakan untuk kebaikkan rakyat.

Dan semua itu bukan senang, kecualilah pemimpin yang memimpin Kerajaan adalah dikalangan mereka yang memiliki kemahiran yang tinggi didalam perniagaan serta bersifat kasih terhadap rakyat. Perlaksanaan pelbagai janji juga tidak boleh dibuat serentak tambahan pula janji-janji berkenaan mempunyai kos kewangan yang tinggi kerana perlu ada kajian untuk menampung beban kos berkenaan sebelum perlaksanaannya. Semua janji berkenaan mungkin akan dilaksanakan tetapi bukan secara mendadak melulu tetapi dengan cara satu-persatu supaya setiap perlaksanaan janji berkenaan membawa keuntungan kepada Kerajaan Negeri dan juga keuntungan kepada rakyat.

Dan bukan semua orang faham tentang keadaan ini. Mereka hanya tahu bercakap, bercakap dan bercakap dan bercakap selagi mampu bercakap tanpa berfikir apa yang mereka cakapkan untuk menuntut janji-janji yang dikemukakan. Apakah mereka ini terlalu bodoh untuk menilai atau sememangnya suka untuk memutar-belit keadaan demi kepentingan mereka sendiri?

Kita bergerak kepada perspeksi kedua: Janji kosong yang ditabur semata-mata untuk mengaburi mata orang lain. Mereka ini berjanji tetapi tidak membuat kajian kasar terlebih dahulu mengenai keadaan semasa. Kita ambil satu contoh keratan daripada manifesto Barisan Nasional yang mana dasar manisfesto tersebut adalah untuk menjaga kebajikan rakyat. Kalau sesiapa yang membaca manisfesto BN, memang akan mengundi BN kerana ayat-ayat yang digunakan didalm manisfesto tersebut sungguh lunak dan sedap didengar. Seolah-olah inilah apa yang rakyat nak sebenarnya.

Tapi, apa yang terjadi tak sampai 3 bulan pun kabinet reformasi Dato Seri Abdullah beroperasi subsidi minyak dikurangkan sebayak 40% yang menjadikan harga minyak naik sehingga RM2.70 se-liter. Subsidi minyak adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang secara amnya memiliki pendapatan sederhana didalam julat RM600 - RM 2000. Jadi apakah yang dikatakan ingin membantu meringankan beban rakyat seperti telah tercatit didalam manifesto BN? Kenaikkan harga minyak yang sekaligus de-factor kepada kenaikkan harga barangan sangat membebankan rakyat. Adakah ini yang dikatakan "membantu" rakyat?.

Sebelum Dato Seri Abdullah menghadapi PRU-13 pun beliau telah membatalkan Projek Jambatan Bengkok yang kemudiannya didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai konspirasi anak-beranak. Adakah BN mengutamakan rakyat seperti didalam manisfestonya? Kenapa perkara perlaksanaan manifesto BN ini tidak diungkit? Adakah BN telah menunaikan manifestoya untuk menjaga kebaijkan rakyat?

Sebab itulah, terdapat satu ungkapan yang berbunyi "BELUM CUBA, BELUM TAHU". Menang masing-masing menabur janji-janji sekiranya terpilih untuk menjadi pemimpin tetapi bila dah menjadi peminpin, barulah mereka tahu senang-susah untuk melaksanakan janji berkenaan. Bagi mereka yang telah mengkaji secara kasar sebelum menabur janji, mungkin janji mereka itu boleh dilaksanakan kerana mereka sudah nampak bagaimana untuk memanipulasi kewangan negeri bagi membolehkan janji berkenaan dilaksanakan walaupun secara berperingkat. Janji ianya tetap dilaksanakan.

Tetapi bagi mereka yang mengarang janji seperti mengarang puisi yang kemudiannya dicanangkan kepada orang ramai sudah semestinya akan menemui kegagalan dalam perlaksanaannya. Janji mereka umpama lakaran lagu yang sedap didengar, tetapi memiliki lirik yang susah difahami. Dan itulah orang-orang yang menganggap rakyat sebagai objek bodoh yang boleh dipermain-mainkan. Dan inilah contoh bagi mereka yang membuat janji-janji tanpa menyelidiki terlebih dahulu keadaan semasa.

Dan bagi mereka yang beria-ia nak Kerajaan Selangor menunaikan manisfesto, cuba bertanya kepada diri anda sendiri. Adakah anda juga mampu menunaikan janji-janji anda serentak sekiranya anda membentuk kerajaan? Jangan menjadi bodoh atau buat-buat bodoh mengenai keadaan ekonomi semasa dengan mengeluarkan kenyataan "tolong tunai janji".

Kalau kita berjanji 20 perkara, sekurang-kurangnya dapat tunaikan 5 perkara pun jadilah memandangkan untuk menunaikan 18 perkara lagi tidak dapat dilaksanakan atas sebab ekonomi dan persekitaran semasa. Mungkin 18 perkara berikut dapat dilaksanakan sekiranya yang 5 perkara itu sudah cukup stabil dan disokong keadaan ekonomi yang mantap.

Ini tidak, berjanji 100 perkara, satu perkara pun tak dapat ditunaikan dengan sempurna. Nak meringankan beban rakyat pun tak mampu inikan pula nak menuntut orang lain supaya menunaikan janji. Betul-betul bodoh dan berjaya memperbodohkan diri sendiri. Akhir kata aku, kalau nak perbetul kesalahan orang, perbetul dahulu kesalahan diri sendiri. Barulah kita boleh kemaskan diri untuk menuntut janji orang lain.

Jumaat, Jun 06, 2008

Melayu dan Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca aku sekalian. Hari ini, aku rajin pula memblog setelah sekian lama aku tak blog. Al-Maklum sajalah, aku ada bakat untuk blog (tapi, tak la sehebat Raja Petra Kamarudin). Hari ini, aku nak ajak pembaca aku mengenali Melayu dan Islam.

Berat kan topik ini? Biasalah, Melayu dan Islam di dalam Malaysia sukar untuk dipisahkan umpama cincang air tak putus. Bila kita berbicara dengan Melayu di dalam Malaysia, apa yang terlintas di fikiran kita adalah Islam. Kerana sudah diterima oleh CIna, India, Kadazan, blablabla yang Melayu itu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

Konsep itu (Islam adalah Melayu, Melayu adalah Islam) adalah konsep pemikiran politik sempit yang diamalkan oleh beberapa pemimpin dari parti-parti sehaluan bangsa. Mana mungkin kita menyamakan Islam itu adalah Melayu kerana sudah jelas di mata kita yang Islam itu dianuti oleh semua lapisan bangsa di dunia dari timur sampai barat, dari USA sampai China. Jadi, persoalannya, adakah Islam itu Melayu? Tidak sama sekali, Islam itu adalah agama untuk bangsa dan sesiapa yang sudi menganutinya. Walaupun yang menganutinya itu adalah bangsa Yahudi sekalipun ianya tetap dikenali sebagai Islam, tidak sebagai Yahudi Islam.

Jadi apakah persoalannya bagi artikel aku pada kali ini? Hari ini, aku mengajak pembaca aku samada dari Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun, Dayak blablabla supaya membuka pemikiran mereka untuk memansuhkan konsep Melayu itu Islam di dalam pemikiran Malaysia. Sekiranya benda itu tidak dapat dibuang daripada pemikiran kita makanya kita akan sesat-sesesat-sesatnya di dalam corak kehidupan sebenar masyarakat majmuk. Kita tahu, sesiapa sahaja boleh memeluk agama Islam dan mengamalkan cara hidup budaya tetapan Islam. Malangnya, seorang yang baru memeluk Islam tidak dianggap sebagai seorang Islam tetapi dianggap sebagai seorang Melayu.

Pelik bukan? Sah-sah beliau yang bukan Melayu, memeluk Islam dan kemudiannya dinaggap sebagai Melayu oleh bangsa mereka sendiri. Itu adalah kepelikan yang paling unik yang terdapat didalam Malaysia. Yang melambangkan bertapa tak berjalannya otak mereka yang menggelar orang yang memeluk Islam, sebagai Melayu. Adakah dengan memeluk Islam, maka secara otomatik muka dan gaya mereka akan menjadi Melayu? Tidak sama sekali. Ustaz Ravi Abdullah, memeluk Islam sejak kecil adakah rupa dan bentuk wajahnya terus bertukar kepada Melayu? Tidak, beliau tetap berbangsa India dan membezakan beliau dengan masyarakat India yang lain adalah beliau seorang yang beragama Islam.

Itu adalah contoh yang menangkis pandangan umum rakyat Malaysia yang rajin menyamakan Islam dengan Melayu. Melayu, ianya adalah nama bangsa, tidak membawa apa-apa pengertian atau apa sahaja yang berkait-rapat dengan Islam. Sejarah membuktikan yang Melayu satu ketika dahulu adalah penganut agama Hindu-Buddhist (sila baca sejarah Hikayat Merong Mahawangsa). Tidak ada apa kelebihan melainkan ia adalah bangsa yang tetap dan berdarah-wujud di Tanah Melayu (Malaysia). Yang menjadikan Melayu itu berpegang kepada agama Islam adalah dari usaha-usaha perdagang Islam dari Timur Tengah yang mengislamkan raja-raja Melayu ketika dahulu dan bila Raja dah memeluk Islam, sekaligus membawa rakyatnya untuk berpegang kepada agama Islam dan sehingga kini Melayu sudah berakar-umbi dengan agama Islam.

Perkara yang paling menghairankan adalah apabila seseorang Melayu mendakwa dirinya adalah Islam sejati, tetapi sifat-sifat yang ditonjolkan oleh dirinya menafikan kenyataannya secara mutlak. Sebagai contoh, seorang yang mendakwa dirinya adalah Islam tetapi tidak langsung mengamalkan cara hidup Islam seperti menjaga aurat (bertudung, memakai pakaianya yang menutup tubuh), tingkah-laku yang lebih menjerumus kepada maksiat (minum arak, main judi dsb) dan lain-lain perangai yang tidak langsung mencerminkan yang dia adalah seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam.

Dia merasa bebas melakukan perkara mungkar dalam hidupnya, tetapi mulutnya berkata "akulah muslim, akulah Islam". Aku menggunakan Melayu didalam perbahasan penulisan aku kali ini kerana dikalangan bangsa yang terdapat di dalam Malaysia, bangsa Melayulah yang gah mendabik dada membuktikan merekalah yang paling alim didalam Islam (tak semua, tapi kebayakannya ya). Mana tidaknya, kalau kita pergi ke mana-mana Shopping Mall, cuba bertanya kepada anak-anak remaja Melayu: Adakah mereka ini Islam?. Kalau boleh, cari anak-anak remaja yang memakai pakaian ala-ala funky dan eastern dan tanya kepada mereka. Aku menjamin 200% yang mereka akan menjawab dengan penuh bangga yang mereka itu Islam, yang mana kalau kita teliti corak pakaian mereka maka kita boleh buat andaian kasar yang mereka itu bukan Islam sebenarnya.

Dan kalau kita bertanya kepada segelintir Melayu yang beragama Islam: Adakah mereka akan berjuang untuk Islam? Sudah tentu jawapannya adalah YA tetapi apakah yang dikatakan perjuangan dalam Islam ini? Ianya adalah pejuangan untuk menegakkan keadilan di dalam masyarakat, menghapuskan undang-undang penindasan (ISA, AUKU, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya) terhadap masyarakat, memberikan hak kebajikkan sama rata kepada masyarakat dan tentunya, sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat. Kalau semua itu tidak mampu dilaksanakan maka seseorang itu tidak layak untuk dianggap sebagai seorang Muslim yang berimejkan Islam.

Pahit benar artikel aku kali ini, tapi itulah fakta yang paling susah untuk ditelan. Mahukan kita, seorang Melayu yang hanya bernama Melayu sahaja? Tentu tidak. Makanya, kita perlu berusaha untuk menyerlahkan Islam kita berbanding menyerlahkan Melayu kita ini. Berusaha untuk sentiasa memilih jalan kebaikkan dan menuntut keadilan bukannya menurut ke jalan keburukkan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan masyarakat.

Jadi, apakah nilai Melayu sekarang? Adakah anda semua akan menilai erti Melayu atau menilai erti Islam? Tepuk dada tanya selera.

Khamis, Jun 05, 2008

Harga Minyak lambang Kebijaksanaan PM

Assalamualaikum kepada pembaca blog aku, hari ini, setelah lama aku tak up-to-date blog aku dengan cerita-cerita terkini, aku membawakan kepada anda semua coretan aku berkenaan keadaan ekonomi Malaysia yang "memaksa" kita untuk menaikkan harga minyak. Kenaikkan harga yang memaksa aku untuk menulis sesuatu mengenainya.

Kenaikkan harga yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan kenaikkan yang paling kritikal yang pernah berlaku pada sejarah 5 Perdana Menteri. Ini menyaksikan kenaikkan yang mendadak, memaksa rakyat untuk "berjimat-cermat" dalam keadaan ekonomi yang "daif" dengan kenaikkan pelbagai harga barangan. Kenaikkan harga minyak merupakan de-factor kepada kenaikkan harga komoditi dan perkhidmatan lain kerana sangkut-paut minyak didalam proses perlaksanaan perniagaan secara keseluruhannya.

Harga pasaran Minyak Dunia yang diwar-warkan sebanyak $138.00 Se-ton bukanlah melambangkan harga sebenar minyak yang digali di Malaysia. Ianya adalah harga bagi minyak yang digali di padang pasir di Arab Saudi, Abu Dhabi, dan di tanah Arab. Harga minyak yang di gali di perairan Malaysia jauh lebih mahal daripada harga yang dinyatakan tetapi tidak diberitahu oleh kerajaan Malaysia kepada kita. Kenapa minyak Malaysia mahal? Kerana peratusan kandungan plumbum dalam minyak Malaysia jauh lebih rendah berbanding minyak yang terdapat di negara lain.

Anda pernah menyaksikan Formula-1? Petrol yang digunakan oleh kereta formula-1 adalah bersal dari minyak yang digali dari perairan kita. Minyak terbaik untuk prestasi engin formula-1. Bila minyak perairan Malaysia yang jauh mahal daripada harga pasaran minyak Arab sepatutnya Kerajaan Malaysia boleh membuat timbal balik jualan keuntungan kepada kegunaan minyak harian di jalanraya Malaysia. Siapa yang menentukan harga pasaran? Sudah tentu penjual dan perdangan minyak seperti Esso, Mobil, Shell, Exxon, ARAMCO serta pelbagai lagi syarikat minyak di dunia. Harga pasaran akan meningkat sekiranya belaku permintaan yang tinggi untuk penggunaan sesuatu produk.

Amerika Syarikat menyerang Afganistan dan Iraq, semestinya memerlukan minyak untuk operasi jet-jet perjuangnya serta alatan mobilize untuk pergerakkan kenderaan tentera menyerang negara berkenaan. Sudah menjadi lumrah kapitalis perniaga Amerika Syarikat, sudah tentu mereka menaikkan harga minyak supaya kerajaan Amerika membayar mereka lebih kerana keperluan minyak kerajaan AS yang tinggi untuk kegunaan tentera.

Adakah pembaca aku paham dengan dasar kapitalis? Ianya adalah dasar yang menrujuk kepada penjual yang rakus dalam memperolehi keuntungan tanpa risau dengan keadaan orang di sekelilinganya. Mereka tidak peduli akan nasib orang miskin, mereka tidak menghiraukan sesiapa yang merana kerana perbuatan menaikkan harga barang kerana bagi mereka "money is everything, people are nothing". Dan banyak kapitalis yang menguasai dasar ekonomi AS. Kebanykkan peratus syarikat minyak didunia datangnya dari AS dan aku tidak heran kalau harag minyak boleh melambung tinggi kerana perbuatan mereka-mereka ini yang rakus dalam mengejar keuntungan.

Syarikat mereka melombong minyak di negara asing dengan harga yang rendah, kemudian menjualkannya pula kepada pengguna dunia dengan harga yang tinggi melampau-lampau sehingga tak masuk akal. Adakah harga $138 se-ton merupakan harga jualan minyak bagi sesebuah negara kepada syarikat minyak ATAU sememangnya harga yang diletakkan oleh Syarikat Minyak kepada pengguna kenderaan awam selepas memperolehinya dengan murah di negara pengeluar minyak berkenaan?

Adakah Kerajaan Malaysia menjual minyak mentah kepada Petronas? Tidak, kerana bayaran balik Petronas kepada Kerajaan Malaysia adalah secara peratusan royalti keuntungan, bukan secara per se-ton minyak mentah. Dalam erti kata lain, keuntungan minyak mentah Malaysia diperolehi oleh Petronas secara profit-sharing dengan Kerajaan Malaysia. Jadi bagaimanakah yang dikatakan dengan kenaikkan harga minyak mentah boleh mempengaruhi Malaysia sedangkan kenaikkan ini menguntungkan Petronas dan Kerajaan Malaysia secara total?

Keadaan kenaikkan sebegini berlaku disebabkan Petronas dan Kerajaan Malaysia yang mementingkan keuntungan jualan minyak di luar Malaysia. Minyak yang dilombong di perairan Malaysia, yang berkualiti tinggi dan mahal, dijual di negara luar sedangkan minyak yang digunakan di jalan-raya Malaysia adalah berasal dari lombong tanah Arab yang mana minyaknya berkualiti rendah dan murah (yang sebenarnya berharga $138.00 se-ton). Satu ton minyak kita yang berupaya ditukarkan dengan 4-5 ton minyak dari tanah Arab (negara luar) yang sepatutnya membantu untuk menangani krisis kenaikkan harga, tetapi ini tidak membantu langsung.

Kerajaan Malaysia menwar-warkan harga minyak yang berharga $138.00 se-ton, tetapi tidak pula menyatakan secara spesifik harga bagi se-ton minyak yang dilombong dari perairan Malaysia. Adakah harga $138.00 se-ton itu melambangkan harga minyak perairan Malaysia yang dikatakan berkualiti tinggi? Kalau jawapanya ya, maka tak perlu Kerajaan Malaysia susah-susah menubuhkan Petronas bagi mengurus dan memasarkan aset minyak negara kerana ianya tidak membantu langsung untuk ekonomi rakyat. Lebih baik Kerajaan Malaysia membuka tender perlombongan kepada syarikat minyak asing dan memugut royalti minyak daripada mereka. Mereka semestinya menjual minyak kepada rakyat Malaysia dengan kadar yang murah kerana ingin mendapat menolakkan cukai daripada Kerajaan, ataupun, letakkan saja syarat untuk mereka supaya menjual minyak dengan kadar yang murah untuk rakyat Malaysia. Kerana untung lebih mereka datang daripada hasil penjualan minyak kepada rakyat negara bukan pengeluar minyak.

Aku hairan, bagaimana sesuatu yang berkualiti dijual dengan harga yang sama dengan harga minyak yang tidak berkualiti. Sepatutnya ianya dijual lebih mahal, dan keuntungan itu pula disalurkan untuk pembelian minyak berkualiti rendah kepada rakyat Malaysia. Kalau negara kapitalis yang memiliki syarikat dasar kapitalis boleh menaikkan harga minyak sesuka hati kenapa pula Petronas gagal untuk menaikkan harga se-ton minyak perairan Malaysia? Aku menyatakan GAGAL kerana tak nampakpun sekelumit keuntungan Petronas yang boleh membantu rakyat Malaysia.

Ini menghairankan, dan kalau se-ton minyak dari perairan Malaysia yang begitu berkualiti tinggi masakan ianya tidak dapat ditukarkan kepada 4-5 ton minyak kurang berkualiti dan kemudiannya dijual Petronas pada harga yang rendah bagi ton minyak berkenaan? Takut Petronas dan Kerajaan Malaysia kerugian? Kenapa patut RUGI sedangkan minyak itu dilombong bukannya dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan mentah yang lain? Perlombongan memang memerlukan kos dan semestinya, harga minyak se-ton telah ditambah dengan kos-kos penggalian dan pengurusan berkenaan sebelum menjadi harga $138.00 se-ton.

Dan Kerajaan Malaysia tidak akan rugi. Sebab yang paling kukuh adalah Kerajaan Malaysia masih mempunyai pendapatan hasil cukai kenderaan, cukai jalan, cukai syarikat konsesi tol, bayaran tol, AP kenderaan dan pelbagai lagi cukai yang melibatkan penggunaan kenderaan di Malaysia. Kita bandingkan Thailand bila menyebut harga minyak tetapi tidak membandingkan Thailand bila kita menyebut cukai kenderaan, cukai jalan, cukai syarikat konsesi tol, bayaran tol, AP kenderaan dan pelbagai lagi kerana negara berkenaan tidak mempunyai benda-benda sebegini. Mereka tahu minyak pun sudah membebankan, tak perlu bebankan lagi dengan benda-benda lain yang menyusahkan rakyat.

Bila sebut bab kenaikan minyak, penuhlah di dada-dada media perdana yang menyebut "kebijaksanaan" Perdana Menteri dalam menangani krisis kenaikan harga minyak. Kemudian kita hanyut dengan kenyataan menteri-menteri yang menyatakan Kerajaan sudah tidak mampu menanggu lebih subsidi bagi menampung kenaikan harga minyak. Kenapa perlu ada "subsidi" bagi Minyak Mentah yang dikeluarkan sendiri dari perut bumi Malaysia? Sepatutnya minyak tersebut adalah hak rakyat Malaysia, bukannya hak Petronas mahupun Kerajaan Malaysia dan rakyat membeli minyak berkenaan supaya untung jualanya dapat digunakan oleh Kerajaan untuk membangunkan lagi Malaysia.

Kalau dah tak mampu sangat untuk menampung "subsidi", Perdana Menteri boleh mengeluarkan arahan atas nama Kerajaan Malaysia supaya minyak hasilbumi Malaysia yang dilombong oleh Petronas, Exxonmobil, Caltex, Shell dan syarikat minyak lain supaya memperdagangkan secara terhad Minyak Mentah Malaysia kepada pasaran luar, dan menjual keseluruhan minyak berkenaan di dalam pasaran Malaysia. Masih dapat untung dan pada masa yang sama harga minyak akan menjadi murah. Dapatkan nasihat daripada Kerajaan Brunei bagaimana untuk menguruskan Minyak Mentah bagi kegunaan rakyat. Ini tidak, kira nak ikut contoh Thailand. Kenapa tak nak ikut contoh Thailand dalam perlaksanaan cukai dan AP kenderaan?

Banyak-banyak negara di Asia Tenggara, Malaysia tidak pula dibandingkan dengan Brunei kalau menyebut harga minyak. Kenapa? Inilah menunjukkan bahawa bijaknya Perdana Menteri kita dalam memberitahu kita tentang kenaikan harga minyak, supaya masyarakat dapat berfikir seperti ,"Hurmmm, tak apalah, kat Siam dengan Singapore lagi tinggi harga minyak" dan tidak berfikir panjang yang sepatutnya kita boleh mendapat harga murah (tak la murah sangat, tapi ada untung untuk kerajaan juga) kerana kita adalah rakyat bagi negara pengeluar minyak. Seperti rakyat Brunei yang senang-lenang menikmati bahanapi dengan kos yang berpatutan.

Aduh sengsaranya, bilalah Dato Seri Anwar Ibrahim nih naik kalih (tukar) Kerajaan BN ke Kerajaan Pakatan Rakyat?

P/S: Aku telefon YAB Mahfuz Omar, ahli parlimen Pokok Sena. Beliau pun merah dengan kejadian ini. Mahfuz Omar menyatakan yang beliau hairan dengan tindakan Dato Seri Abdullah yang mengumumkan kenaikan harga minyak yang sepatutnya siap penstrukturanya pada Ogos nanti. Nak buat camna YAB, anda sajalah peluang kami untuk suarakan bantahan ini di dalam Parlimen.

UPDATED:

Dihantar oleh salah seorang rakan YM aku, chacha_fossil, yang menyenaraikan harga minyak semasa bagi negara pengeluar minyak:-

UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre

MALAYSIA - RM2.70/litre!

mampuihhh.....

Jumaat, Februari 29, 2008

Mencari Pelabur untuk projek Kilang Susu Tin Pekat.

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada Pembaca Blog Aku.

Dipendekkan cerita, dua orang member aku telah menemui formula susu pekat tanpa kandungan whey protein (yang kebanyakkannya diperolehi daripada lemak haiwan) kami mula bercadang untuk menhasilkan produk-produk susu bermutu berasaskan formula ini.

Cadangan kami adalah menghasilkan produk halal berasaskan tenusu dengan menggunakan formula ini untuk pasaran Malaysia serta pasaran luar negara seperti Euro, Timur Tengah dan Asia. Malah, ada pihak mengumukakan tawaran kepada kami untuk membeli hasil tenusu bagi tujuan export ke negara timur tengah dan Euro. Produk Halal Malaysia sangat dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara timur tengah dan kelompokan eropah.

Ini menjadikan pasaran produk halal amat berpotensi besar untuk berjaya di masa hadapan bagi pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.

Untuk tujuan ini, kami ingin mencari investor yang ingin melabur didalam projek kami ini. Sebanyak RM 40J (lump sum) diperlukan untuk kos-kos pembangunan kilang Susu tin pekat ini. Projek ini dijangka menghasilkan turnover sebanyak RM 108J setahun boleh membawa pulangan besar kepada pelabur yang melabur di dalam projek ini.

Sekiranya anda berminat, kami boleh menghubungi anda atau kami sendiri datang ke tempat anda untuk memberikan penerangan terhadap projek ini. Hubungi :-

En Afandi : 017-5511160 atau,
En Zaidi : 013-4121461, 016-4421461

untuk maklumat lanjut mengenai projek ini. Dan diulangi, sekiranya anda amat berminat dengan projek ini dan ingin bertemu kami face-to-face sila hubungi kami untuk menjadualkan pertemuan pihak anda dengan kami.

Terima kasih, sebarang pertanyaan bolehlah diajukan di admin[at]amfstores.com.my

Jumaat, Januari 11, 2008

AMF Online Mall, kedai Internet Anda!

Assalamualaikum kepada seluruh pembaca blog aku. Samada dari Malaysia atau Indonesia. Aku memohon kemaafkan sekiranya aku tak sempat nak update blog aku disebabkan aku ada pelbagai kerja-kerja harian yang perlu diuruskan.

Ya, sekarang ini aku mengusahakan satu kedai Internet dikenali sebagai AMF Online Stores. Kedai ini menawarkan kepada pembaca blog aku perkakasan komputer pada harga yang memang rendah sekali. Maka dengan itu, anda semua boleh berjimat di AMF Online Stores pada harga yang cukup menawan.

Tunggu apa lagi? Cepat pegi ke AMF Online Stores dan buat pesanan anda sekarang!