Assalamualaikum dan salam Sejahtera.
Well, aku terbaca terntang berita SKMM yang menggesa dan mengugut Malaysiakini untuk membuang klip video mengenai perarakan kepala lembu. SKMM Mengugut untuk menggunakan akti Multimedia dan Komunikasi dibawah sub tajuk 211/233.
Dibawah sub tajuk ini, dibawakan pengertian kandungan yang disiarkan oleh laman web akan diambil tindakkan sekiranya didapati mengandungi unsur-unsur tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan atau ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengugut dan menggangu mana-mana pihak akan dikenakan denda RM 50K dan penjara.
Baiklah, rakaman video tersebut, yang dirakam oleh Malaysiakini telah didakwa mengandungi unsur-unsur berkenaan oleh SKMM. Mari kita tengok adakah perspektif SKMM adalah benar dalam dakwaan mereka.
- Tidak Senonoh
- Tidak kelihatan unsur yang tidak senonoh didalam rakaman tersebut, samada unsur muntah makan kembali atau unsur berak makan kembali. Yang ada adalah watak-watak yang dilakonkan secara real-time, real-place, real-action, tanpa skrip, tanpa edit dan secara live oleh mereka yang tidak senonoh mengarak kepala lembu tanpa menghormati perasaan kaum agama lain dihadapan orang ramai.
- Lucah
- Tidak terkesan unsur lucah didalam ini, semada gambar konkek pakcik-pakcik yang mengusung kepala lembu atau yang lainnya. Unsur lucah yang kelihatan adalah dimana golongan yang dipanggil UMNO, PEWARIS, PEKIDA, PENGEFUCK, PERSETAN, PENGAMPU dan lain-lainnya sedang melakukan aksi lucah dengan melacurkan perlembagaan mengenai hak dan kebebasan beragama dengan aksi perarakan kepala lembu
- Palsu
- Tidak ada yang palsu yang kelihatan didalam laman web ini. Tidak ada manipulasi fakta yang kelihatan. Semuanya benar dan berlaku pada tarikh dan masa yang benar. Yang palsu disini adalah peserta perarakan yang bukannya penduduk sebenar S23. Mereka diimport dari luar kawasan.
- Ugutan
- UGUTAN? Nonsense, tidak kelihatan sebarang ugutan samada mahu membunuh PM atau YAB Nik Aziz. Atau ugutan untuk menjatuhkan ekonomi Malaysia. Yang betul kelihatan ugutan adalah mereka, penduduk asal S23 yang diugut bertubi-tubi oleh geng-geng kacau kampung.
- Ofensif
- Didalam RAKAMAN VIDEO (diulangi, RAKAMAN VIDEO, bukan PEMBIKINAN VIDEO) tidak kelihatan unsur-unsur ofensif. Yang ada adalah adalah unsur ofensif MEREKA yang menyertai perarakan mengusung kepala lembu.
- Niat Menimbulkan Kemarahan, Menyalahguna, Mengugut dan Menggangu Mana-Mana Pihak.
- Oh my god AlMighty Allah SWT! SIAPA? RAKAMAN VIDEO atau PESERTA PERARAKAN yang sedang melaksanakan niat diatas?
Ingin diperingatkan disini, VIDEO ini melalui proses RAKAMAN tanpa SUNTINGAN expert untuk menambah perisa pedas dan lazat didengar seperti yang dilakukan oleh media-media pro-BN.
RAKAMAN beerti video ini dihasilkan secara live, real-time, real-place tanpa ada mana-mana arahan untuk proses penambahan perisa pedas dan lazat.
Dalam Akta yang disebutkan oleh SKMM, hanya handungan yang bersifat retorik tanpa bukti dan asas kukuh sahaja yang boleh didakwa didalam mahkamah didalam prosedur perspektif yang dinyatakan. Kalau semuanya cukup bukti dan saksi, bagaimana video berkenaan boleh ditafsirkan sebagai satu kesalahan?
Yang bersalah adalah MEREKA YANG MENYERTAI PERARAKAN TERSEBUT, bukanlah video yang merakamkan aksi berkenaan.
Nasihat saya pada Malaysiakini, LAWAN SKMM didalam mahkamah. Anda pasti menang kerana SKMM tidak menggunakan prosedur yang untuk menuduh anda.
Janganlah anda mengikuti tulunjuk mereka, kerana sekiranya anda menunduk kepada kemahuan mereka, maka kes ini akan menjadi rujukan pada masa hadapan sekiranya mereka ingin mendakwa orang lain.
Ini membukti, yang UMNO BN sedang mencuba untuk mempergunakan SKMM sebagai kuda tunggangan mereka dalam usaha menyekang maklumat, fakta dan bau busuk mereka didalam Internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan