Apakah EKONOMI?
Banyak istilah mengenai pengenalan ekonomi. Ada yang mengatakan ekonomi adalah Pembudayaan Infrastrutur. Ada juga yang menyatakan ianya adalah Budaya Siapa Berusaha, Dia Dapat. Pelbagai jenis andaian keluar dari pelbagai jenis minda.
Merujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu :
Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.
Sebenarnya, ramai orang mempunyai pandangan yang amat salah apabila cuba menakrifkan apakah dia EKONOMI. Fahaman dan Falsafah wujud di merata tempat mengenai EKONOMI.
Sebenarnya, EKONOMI atau EKO-NOMI adalah proses dimana wang melalui beberapa kitaran melalui prosedur jual dan beli. Perkataan EKO itu sendiri membawa istilah kitaran, NOMY adalah merujuk kepada MONEY. Jadi ekonomi adalah melibatkan pergerakkan wang melalui kitaran jual dan beli.
Bagaimana Ekonomi Bergerak?
Sekarang, bayangkan didalam minda anda. Anda sedang memegang sekeping wang kertas RM1.00. Bayangkan yang anda...
1# Haus sangat, anda pergi ke kedai untuk membeli setin air bikarbonat. Maka akan memberikan RM1.00 kepada Pakcik Kedai. Tukarannya adalah setin air bikarbonat. Sekarang wang itu sudah dipegang oleh Pakcik Kedai.
2# Pakcik Kedai memerlukan stok ubat gigi, kerana stok didalam kedai sudah habis. Pakcik Kedai menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran kepada Pengedar Ubat Gigi. Tukarannya adalah sejumlah stok ubat gigi. Sekarang, wang itu sudah dipegang oleh Pengedar Ubat Gigi.
3# Pengedar Ubat Gigi perlu mendapatkan stok daripada kilang, maka ianya menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran bagi mendapat stok untuk pengedaran seterusnya. Tukarannya adalah stok ubat gigi bagi tujuan pengedaran. Sekarang, wang itu sudah dipegang oleh Kilang Ubat Gigi.
4# Kilang Ubat Gigi perlu mendapatkan bahan mentah dari pengusaha daun pudina untuk produk ubat giginya. Kilang berkenaan menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan bayaran bagi mendapatkan bahan mentah berkenaan. Tukarannya adalah bahan mentah daun pudina. Sekarang, wang tersebut sudah dipegang oleh Pengusaha Daun Pudina.
5# Anda bekerja dengan Pengusaha Daun Pudina, akhir bulan sudah sampai. Gaji akan masuk. Pengusaha Daun Pudina menggunakan RM1.00 untuk mencukupkan gaji anda pada bulan tersebut. Tukarannya adalah perkhidmatan anda kepada Pengusaha Daun Pudina. Maka, anda pula memegang duit RM1.00 tersebut.
Apa yang kita boleh huraikan dari kronologi yang diberikan?
1# EKONOMI memerlukan Jual-dan-Beli untuk bergerak
2# EKONOMI memerlukan tukaran diantara dua benda untuk bergerak
3# EKONOMI memerlukan pihak yang saling melengkapi untuk sentiasa bergerak.
Jual-Dan-Beli
Manusia menjual sesuatu, dan memerlukan sesuatu. Kemahiran manusia adalah terbatas dengan beberapa kemampuan yang boleh dilakukannya. Maka untuk memenuhi batas kemampuannya, manusia perlu menukarkan dengan sesuatu yang diperlukan oleh manusia lain, terhadap dirinya.
Seperti contoh kronologi yang diberikan, anda memerlukan air tin. Anda tidak boleh, atau tidak berkemampuan untuk menghasilkan air tin. Maka untuk anda ingin menikmati air tin, keperluan untuk anda adalah menggunakan wang sebagai perantaraan tukaran kepada air tin berkenaan. Ini di panggil Beli.
Begitu juanya dengan wang. Anda perlukan wang untuk memenuhi tukaran yang ingin dilakukan. Mendapatkan wang memerlukan anda bekerja. Bila anda berkerja di satu-satu organisasi, anda sebenarnya sedang menjual perkhidmatan anda dengan tukarannya adalah wang. Ini adalah Jual.
Jual-dan-Beli adalah hukum yang harus berlaku didalam sistem ekonomi. Tanpa belakunya Jual-dan-Beli, sistem ekonomi akan menjadi tidak stabil dan akan meruntuhkan sistem berkenaan. Inilah yang dipanggil Kejatuhan Ekonomi.
Saya akan sambung semula penerangan saya kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan