The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Khamis, Julai 19, 2007

KATAKAN TIDAK KEPADA FORMAT MICROSOFT OFFICE SEBAGAI STANDARD ISO

Saya memohon ahli-ahli ISO untuk mengundi “TIDAK” di dalam undian ISO DIS 29500 (Office OpenXML atau OOXML format) atas sebab-sebab berikut:

  1. Sudah ada standard ISO26300 iaitu Open Document Format (ODF): kewujudan dua standard menambah kos, ketidakpastian dan kekeliruan di kalangan industri, kerajaan dan rakyat;
  2. Belum ada sebarang pelaksanaan terbukti bagi spesifikasi OOXML: Microsoft Office 2007 menghasilkan versi OOXML tersendiri, bukannya sebuah format fail yang menepati spesifikasi OOXML;
  3. Tiada maklumat di dalam dokumen spesifikasi; contohnya bagaimana hendak melakukan autoSpaceLikeWord95 atau useWord97LineBreakRules;
  4. Lebih daripada 10% contoh-contoh yang dinyatakan di dalam standard yang dicadangkan tidak sah sebagai XML;
  5. Tiada jaminan yang sesiapapun dapat membangunkan perisian yang melaksanakan spesifikasi OOXML, sama ada sepenuhnya atau sebahgian daripadanya, tidak akan dikenakan ganti rugi paten atau yuran untuk lesen paten daripada Microsoft;
  6. Cadangan standard ini bercanggah dengan standard ISO yang lain, seperti ISO 8601 (Representation of dates and times), ISO 639 (Codes for the Representation of Names and Languages) atau ISO/IEC 10118-3 (cryptographic hash);
  7. Terdapat pepijat (bug)di dalam format fail hamparan (spreadsheet) yang tidak membenarkan penggunaan tarikh sebelum tahun 1900: pepijat tersebut menjejaskan spesifikasi OOXML serta versi perisian lain seperti Microsoft Excel 2000, XP, 2003 atau 2007.
  8. Cadangan standard ini tidak dibuat dengan mengembeling pengalaman dan kepakaran pihak-pihak lain yang berminat (seperti penerbit, penjual, pembeli, pengguna dan pihak berkuasa), sebaliknya hanya melibatkan Microsoft sahaja.
Tandatagani PETITION ini, elakkan Microsoft untuk mengusai dunia. Hargai HAK ANDA sebagai pengguna teknologi. Klik SINI untuk menandatangani PETITION tersebut.

Tiada ulasan: