Assalamualikum semua...hahaha.
Kepada pembaca blog aku, hari nih aku ada topik best yang aku rasa patut dibincangkan dengan korang semua. Iaitu tajuknya cekgu garang. Korang tau cerita cekgu besar tampar murid yang agak femes tu? Well aku tau korang semua dah familiar dengan cerita yang semacam itu. Hari nih, aku nak ulas dengan lebih lanjut lagi berkenaan cerita tu dan kesannya terhadap fenomena pendidikan di dalam negara kita nih.
Sekarang nih, mari kita rujuk kes 15 pelajar MRSM yang kena buang disebabkan kes buli. Mereka kena buang disebabkan mereka melakukan kesalahan membuli. Sebab time kecik-kecik dulu (masa mereka masih budak hingusan sekolah rendah) mungkin tak pernah ditampar oleh cekgu sekolah. Mungkin sebab itu mereka beranggapan yang mereka ini adalah pelajar yang cukup best yang mana cekgu tak boleh nak sentuh mereka walhal sedikitpun, sebab mereka ada budak best dan pandai.
Bila terjadinya macam tu, maka perangan sebegitu rupa akan terbawa-bawa sehingga ke sekolah menengah, MRSM, kolej dan IPT. Itulah yang akan menjadi punca kenapa mereka ini boleh menjadi liar sehingga boleh mencederakan orang lain. Sebab dulu tak ada orang yang nak tegur sikap dan peradaban mereka.
Kata orang lama-lama "Sayang anak tangan-tangankan" tapi sekarang ini "Sayang anak manja-manjakan". Itulah penyebab kenapa masalah sosial dikalangan pelajar yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Kerana "Sayang anak manja-manjakan". Memang besar salah bagi seorang guru besar menampar murid tetapi kenapa ini dijadikan agenda ibu-bapa untuk menuntut hak yang pada pendapat aku, bukannya satu hak yang benar pun. Ibu-bapa yang menuntut keadilan disebabkan perbuatan Guru Besar tersebut bagi aku bukanlah sebenarnya menuntut keadilan tetapi mereka sebenarnya memihak kepada anak mereka yang tidak membawa buku sekolah.
Kalau nak mengaji kenapa tak bawa buku sekolah? Kenapa ibu-bapa pelajar berkenaan masih memihak kepada anak mereka? Samalah macam kes 15 orang pelajar MRSM. Kenapa ibu-bapa mereka masih merayu untuk mereka? Kenapa masih memihak kepada mereka sedangkan mereka itu telah menyebabkan oleh lain tidak boleh belajar dengan sempurna? Why? Why?
Bodoh betul ibu-bapa berkenaan. Cekgu ajar camni : SALAH. Cekgu ajar camtu pun : SALAH. Jadi benda apa yang betul sebenarnya? Seingat akulah semasa aku time sekolah rendah dulu bukan cekgu tak pernah ketuk kepala aku tapi nak buat camna dah memang salah aku. Kalau aku balik cerita kat mak aku yang cekgu ketuk kepala aku, mak aku akan ketuk kepala aku sekali sebab mak aku pun tau yang aku nih salah. Tapi Alhamdulillah, hasil ketukkan kepala tersebut telah menjadikan aku seorang manusia yang berguna.
Pak-pak menteri dan ibubapa bangang selalu menegaskan kepada guru-guru agar jangan memukul murid padahal tegasan yang sebegitu rupa akan menyebabkan murid jadi besar kepala. Mereka tak sedar perbuatan mereka tersebutlah yang bakal menghancurkan masa depan pelajar berkenaan. Bila lagi nak didik anak-anak bangsa kita melalui ketegasan pembelajaran? Nak harapkan ibubapa? Mungkin mereka sibuk nak cari makan. Nak harapkan pak menteri? Mereka juga sibuk nak uruskan negara. Mahu tak mahu perlulah mengharapkan kepada seorang cekgu. Yaa tuan-tuan dan puan-puan kalau cekgu tak menghukum murid berkenaan disebabkan kesalahan murid tersebut bilakah murid akan belajar untuk tidak melakukan kesalahan berkenaan dimasa akan datang? Sila jawab wahai pak menteri dan ibubapa bangang.
Jangan terlalu sayangkan anak kita sehingga mereka memijak kepala kita kembali. Sia-sia sahaja usaha P.Ramlee membikin filem Anakku Sazali kalau kita tak amik pengajaran dari filem berkenaan. Mereka bakal mewarisi negara kita kelaka maka dengan itu kita seharusnya mendisiplinkan mereka, bukannya memanjakan mereka.
Sekian dari aku.
The Real Torrent Search...powered by GOOGLE
Isnin, Julai 23, 2007
Cekgu Garang
Artikel ditaip oleh Ahmades pada 8:33 PTG 0 Komentar
Klasifikasi : Cerita Kemasyarakatan, Masalah Diri
Khamis, Julai 19, 2007
KATAKAN TIDAK KEPADA FORMAT MICROSOFT OFFICE SEBAGAI STANDARD ISO
Saya memohon ahli-ahli ISO untuk mengundi “TIDAK” di dalam undian ISO DIS 29500 (Office OpenXML atau OOXML format) atas sebab-sebab berikut:
- Sudah ada standard ISO26300 iaitu Open Document Format (ODF): kewujudan dua standard menambah kos, ketidakpastian dan kekeliruan di kalangan industri, kerajaan dan rakyat;
- Belum ada sebarang pelaksanaan terbukti bagi spesifikasi OOXML: Microsoft Office 2007 menghasilkan versi OOXML tersendiri, bukannya sebuah format fail yang menepati spesifikasi OOXML;
- Tiada maklumat di dalam dokumen spesifikasi; contohnya bagaimana hendak melakukan autoSpaceLikeWord95 atau useWord97LineBreakRules;
- Lebih daripada 10% contoh-contoh yang dinyatakan di dalam standard yang dicadangkan tidak sah sebagai XML;
- Tiada jaminan yang sesiapapun dapat membangunkan perisian yang melaksanakan spesifikasi OOXML, sama ada sepenuhnya atau sebahgian daripadanya, tidak akan dikenakan ganti rugi paten atau yuran untuk lesen paten daripada Microsoft;
- Cadangan standard ini bercanggah dengan standard ISO yang lain, seperti ISO 8601 (Representation of dates and times), ISO 639 (Codes for the Representation of Names and Languages) atau ISO/IEC 10118-3 (cryptographic hash);
- Terdapat pepijat (bug)di dalam format fail hamparan (spreadsheet) yang tidak membenarkan penggunaan tarikh sebelum tahun 1900: pepijat tersebut menjejaskan spesifikasi OOXML serta versi perisian lain seperti Microsoft Excel 2000, XP, 2003 atau 2007.
- Cadangan standard ini tidak dibuat dengan mengembeling pengalaman dan kepakaran pihak-pihak lain yang berminat (seperti penerbit, penjual, pembeli, pengguna dan pihak berkuasa), sebaliknya hanya melibatkan Microsoft sahaja.
Artikel ditaip oleh Ahmades pada 3:54 PG 0 Komentar
Klasifikasi : Pandangan Teknologi
Selesai Masalah
Assalamualaikum pembaca blogger aku, dan selamat sejahtera.
Sekarang ini, aku tak dapat nak update blog aku kerap-kerap sangat disebabkan aku akan ada kerja lain yang memerlukan aku memberi konsentrasi sepenuhnya. Aku bakal jadi boss laaa..hehehe. Jadi boss nih satu kerja yang best sebab korang bleh arah orang lain buat kerja-kerja untuk korang (and yes, as long as you pay them to work for you).
Menyebut tentang boss, menjadi seorang boss pun perlu ada etikanya sendiri. Korang tak boleh sewenang-wenangnya mengarah orang buat itu dan ini. Korang perlu ada perancangan untuk organisasi korang dan yang paling utama ada korang perlu mengambil-berat tentang pekerja bawahan korang.
Seorang manusia mereka mempunyai hati. Hati mereka kalau jaga dengan baik maka mereka akan menggunakan tenaga mereka untuk berkhidmat dengan korang. Untuk memastikan hati mereka dijaga perkara seperti kebajikan mereka dan suasana tempat kerja mereka perlulah diambil berat supaya semangat untuk mereka bekerja dengan korang akan membuak-buak dan hasilnya, produktiviti mereka meningkat dan organisasi korang dapat keuntungan berganda.
Sebagai seorang boss, elakkan sifat kedekut teramat sangat. Kedekut teramat sangat boleh menjatuhkan organisasi korang. Sebagai contoh satu pekerja yang telah berkhidmat dengan korang selama beberapa tahun perlulah diberi imbuhan. Jangan sampai gajinya pun korang tak reti-reti nak bagi naik. Silap haribulan dia dilamar oleh organisasi lain dan yang rugi adalah korang sendiri. Oleh kerana itu, elakkan sikap kedekut yang amat sangat. Berilah kepada pekerja yang berjaya membawa keuntungan kepada organisasi korang inisiatif-inisiatif untuk membangkitkan semangat kerja diorang.
Sekian sahaja dari aku, sapa-sapa yang bakal jadi boss macam aku digalakkan korang mendengar nasihat aku untuk kemudahan masa hadapan organisasi korang. Sekian.
Artikel ditaip oleh Ahmades pada 2:53 PG 0 Komentar
Klasifikasi : Masalah Diri, Masalah Kerja