The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Rabu, Disember 20, 2006

Kisah Tol Yang Naik 60%

Selamat Berjumpa Lagi!

Kali ini, seperti biasa aku bercakap-cakap mengenai isu yang memang media Malaysia tak beberapa nak hebahkan iaitu Kenaikan TOL. Rasanya agak pelik bagi sesuatu negara yang kerap kali menaikkan harga tol setiap 2~3 tahun sekali, walaupun tol kita murah (iyaa..laaa...murahlah sebab KDNK kita pun banyak mana? Bukan setaraf dengan negara maju lain)

Kita sudah jelas dengan isu yang paling tak best didengar iaitu kenaikan 30 sen bagi harga petrol, dan ini satu lagi “langkah” bijak kerajaan dalam usaha “memantapkan” lagi “taraf kehidupan” rakyat di Malaysia. Tahniah Pak Lah kerana tak sampai beberapa tahun anda memerintah banyak kenaikan yang berlaku. Saya sebagai rakyat tertanya-tanya ke manakah hasil-hasil pungutan cukai-cukai yang high-profit (cukai kereta, cukai rokok, cukai arak, cukai judi, etc etc etc) dan cukai low-profile (cukai pendapatan, cukai perkhidmatan etc etc etc) serta bagaimanakah ianya digunakan dalam memantapkan kehidupan rakyat Malaysia.

Kenaikan harga tol merupakan satu bebanan yang amat perit untuk ditanggung oleh pengguna khasnya pengguna akhir (end-user). Bayangkan satu kronologi di mana seluruh penghantaran jarak jauh dibuat menggunakan jalan bertol, takkan kos penghantaran akan dikekalkan? Mana-mana bisnesman dalam Malaysia ini tak akan membiarkan syarikat mereka kerugian dek kenaikan yang teruk. Dan mereka pula terpaksa (mana ada terpaksa, perlu menaikkan laa) harga-harga perkhidmatan supaya sejajar dengan modal yang mereka keluarkan (dan mereka mementingkan untung juga.).

Ada beberapa benda pelik mengenai kenaikan tol sehingga 60% yang mana aku masih lagi tertanya-tanya :-

  1. Adakah kerajaan Malaysia tak nampak apa yang bakal berlaku setelah kenaikan tol dibuat?

  2. Adakah kerajaan Malaysia sengaja mengambil kesempatan atas kesabaran rakyat yang selama ini buat-buat senyap di atas apa yang berlaku?

  3. Ke manakah hasil cukai-cukai yang berlambak dikutip itu dibelanjakan ke arah pembangunan kemasyarakatan Malaysia? Kenaikan tol tak boleh dianggap sebagai “kenaikan” taraf hidup. Ia membebankan.

  4. Naik Kereta = Kereta kena cukai, Naik Bas = Harga tambang naik sebab bas lalu kat jalan tol + harga minyak naik, Tempah Pizza = Kos penghantaran naik sebab lalu jalan tol + harga minyak naik. Adakah ini salah satu yang dipanggil “Kemajuan Kemasyarakatan Malaysia”? Atau benda lain?

Kekadang tu hairan juga kenapa banyak sangat harga “keperluan penting” (Minyak, tol, cukai etc etc etc), tetapi bila pengusaha nak naikkan harga dan caj perkhidmatan.....well.... semua benda kena guna duitlah.

Tiada ulasan: