AHLI Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz, hairan dengan situasi melanda golongan artis sejak kebelakangan ini apabila dilihat gagal mempertahankan ‘mahligai perkahwinan’ sungguhpun kedua-duanya dianggap insan cantik dan tampan.Sumber dari Harian Metro
Hantaran perkahwinan bernilai ratusan ribu ringgit yang diwar-warkan golongan terbabit seolah-olah merugikan mereka kerana ikatan perkahwinan sekadar mampu bertahan beberapa tahun.
Mohamed menyuarakan perkara itu melalui soalan tambahan yang diajukannya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan beberapa program dan kursus tidak menampakkan kesan positif.
Beliau turut kecewa dengan situasi perceraian yang semakin meningkat bilangannya di kalangan penduduk berbanding kadar pernikahan.
Ketika membawa isu terbabit, Yang Dipertua dewan rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, mencelah dan bertanya mengenai perkahwinan Mohamed.
Sambil bersahaja, Mohamed mengakui dia tidak bercerai, sebaliknya ‘mendampak’ (bertambah isteri), selain mengajak Yang Dipertua jika berminat untuk mengikuti jejak langkahnya.
"Cinta sesuatu yang indah, yang manis dan cantik, tetapi rupa-rupanya cinta bukan lagi menjadi dasar atau jaminan untuk memperteguhkan, memperkukuhkan kebahagiaan suami isteri dan rumah tangga.
"Saya tidak tahu mengapa keadaan ini berlaku. Mereka berbelanja hingga ratusan ribu ringgit tetapi tidak kekal lama, paling tidak pun dua tahun selepas berkahwin mereka (pasangan suami isteri) bercerai," kata Mohamed.
Menurutnya, biarpun pelbagai program dan kursus dianjurkan kementerian terbabit, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah kes perceraian di negara ini, jika dibandingkan kadar pernikahan yang direkodkan.
Ini adalah satu kisah dari fenomena percintaan artis-artis di Malaysia. Sekarang nih Industri Music / Filem / Darma di Malaysia sudah majulah dato'. So please la dato' kalau bercinta pon mestilah gaya-gaya Hollywood la dato'. Dato' nih tak update langsung :P
Hehehehe.... lawak sahaja Dato' yaaa...
Kenapa jadi sebegitu? Kenapa bila bercinta bagaikan nak rakTAPI bila dah kahwin, mulalah nak goyah sana nak goyah sini? Mudah sahaja persoalan nih dato'. Meh saya ahmades tolong jawab yaaa Dato'
Kalau Dato' perasan, kebanyakkan muda-mudi sekarang nih TAK PEKA langsung terhadap keperluan pasangan kepada mereka. Mereka mengambil mudah semua benda dalam kehidupan mereka. Maklumlah anak-anak wawasan 2020 (wawasan ke camni?). Bab yang sepatutnya mereka peka mereka tak kisah, kehidupan mereka lebih kepada keduniaan yang mana ianya mesti bercorak meterialistik dan kebendaan.
Saya faham Dato' kecewa dengan mereka, tapi apa yang perlu Dato' perlu bagi kekecewaan yang lebih lagi adalah sistem pendidikan agama islam / moral di Sekolah-sekolah di Malaysia nih. Mereka tak paham dengan "keunikan" dalam "berpasangan sehingga ke akhir hayat" sebab mereka tak pernah diajar di sekolah bagaimana bentuk kehidupan yang berpasangan, setiap makhluk yang berpasangan.
Dalam sistem pembelajaran di sekolah Dato', zaman saya mengaji sampailah sekarang nih (sampai saya masuk IPT..tapi saya cakap pasal sekolah lerr Dato') tak ada langsung dalam modul Agama Islam / Moral mengenai cara dan langkah dalam berpasangan mengikut hukum-hukum agama / kemoralan manusia. Eloklah diusulkan dalam dewan rakyat mengenai benda nih. Ini lebih baguih dari komentar-komentar yang tak ada apa-apa tindakkan susulan.
Kalau Dato' bercakap mengenai soal artis, biasalah artis nih mana reti bab-bab hukum hakam dalam bercinta. Mereka, saya percaya bercinta mungkin nak meraih publisiti. Tapi BUKAN semua Dato' mereka seperti itu. Ada diantara mereka memang bercinta bersungguh-sungguh dari hati ke hati. Yang tu kita ucapkan ALHAMDULILLAH...syukur.
Artis kita, kalau mereka bercinta alasan mereka kalau ditanya oleh media bagaimana mereka boleh terpaut, mudah sahaja :-
- Bertemu di lokasi kerja
- Berkerja bersama-sama
- Sedang lunch ngan member-member kerja kemedian terpaut cinta pandang pertama
- Dan lain-lain alasan yang mana....semuanya di tempat kerja...huhuhuh
- Nak kena tangani gosip-gosip
- Nak buat album atau filem, tak cukup masa
- Paling penting, kurangnya KEPERCAYAAN diantara satu sama lain
TAPI Dato', yang mana bercerai tak samapi beberapa bulan berkahwin tu saya rasa mereka tak pandai menguruskan masa untuk keluarga dan kerja. Ataupun mereka lebih mementingkan kerjaya dari keluarga. Betul tak cakap saya nih Dato'? Better kalau Dato' nak usulkan program sebelum berkahwin, jangan lupa masukkan sekali dalam modul tu bagaimana cara untuk menguruskan masa diantara keluarga dan kerjaya. Itu adalah (tak semestinya) lebih baik.
Sekian dari saya Dato'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan