Hello, sekarang nih aku buat review la pulak. Review aku kali nih berkisar kepada game ala-ala visual novel iaitu Fate Hollow Ataraxia. Ini dalam game berkonsepkan visual novel yang mana ia adalah sequence kepada anime yang terbest dari TYPE-MOON / MADHouse Production iaitu Fate Stay Night.
INI BUKANLAH ANIME, first sewaktu aku dapat berita nih dari member aku iaitu Shawan (dia nih memang gila dengan anime, nak kawen pon cari muka cam watak anime jugak...ish..). Ianya adalah novel yang mana korang bleh bermain-main dengan watak kesayangan korang dalam siri anime Fate Stay Night. Yaaa... pada sesiapa yang rindu nak kawal watak-watak tu memang digalakkan main game ni. Berita buruk adalah, game ini dalam bahasa Jepun so kalau korang nak main jugak kena ler pandai berbahasa jepun hukhukhukhukhuk...
Patutkan aku beri skit spoil tentang game nih? Rasanya tak perlu kot....hehehe. Kenapa yek nama game pelik skit? Maksud Fate / Hollow tu semua sedia maklum tapi apakah maksud dari perkataan Ataraxia? Mengikut kamus, perkataan Ataraxia nih datang daripada Yunani yang bermaksud Ketenangan. Perghhh... kalau Fate / Stay Night bermaksud Nasib Tinggal Malam, yang nih bermaksud Nasib / Ketenangan yang Kosong... perghhh....ngancam jiwalah visual novel nih.
Sungguh dramatik nama visual novel tu. Kat sini aku kasi skit clue mengenai watak-watak penting dalam Fate / Hollow Ataraxia :-
Watak Utama
- Bazett Fraga McRemitz
- Mage yang dihantar oleh Persatuan Mage untuk untuk berlawan dalam 5th War of the Holy Grail, Berasal dari Ireland dari susur galur keturunan mage yang agak luar-biasa. Pemilik asal servant Lancer sebelum dia dikhianati oleh Kirei Kotomine dan mendai Master untuk servant Avanger
- Caren Ortensia
- Exorcist dari Gereja yang dihantar untuk menggantikan Kirei Kotomine selepas kematiannya. Lain lain fakta mengenainya tak beberapa jelas dan disebutkan dia dapat melihat peristiwa ganjil dan aneh secara objektif
- Avanger
- Servant untuk Bazett Fraga McRemitz sebagai servant ke-8 dalam Holy Grail War. Nama sebenar dipercayai iaitu
, satu kejahatan semangat Zoroastrianisme
Watak Kedua
- Shirō Emiya
- Pening skit nak terangkan watak Shiro dalam FHA, sebab dikatakan dia adalah Avanger sewaktu malam, dan Shiro budak baik sewaktu siang. Taktaulah aku nak terang camner.
- Rin Tōsaka
- Dia nih seorang yang agak tomboyish, tapi telah bertukar sebagai Gadis Magic sewaktu berpindah ke London. Dia betukar ke personaliti Gadis Magic Kaleido-Ruby disebabkan satu alat yang dipanggil Kaleidostick. Taktaulah...komplekated nak terangkan benda nih.
Watak-watak lain dalam Fate Stay Night juga wujud dalam FHA nih. Mungkin sebagai rakan / kawan / penasihat / musuh aku pon tatau lerr.. (aku tau.. tamau nak spoil jer hekhekehekehek)
Harapan aku, agar benda nih segera manjadi siri anime... macam best ajer benda nih kalau dah jadi siri anime hahahahaha..... main game bahasa jepon sapa nak paham..hoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan