The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Sabtu, Disember 16, 2006

Blog, kenapa tak dalam Bahasa Inggeris

Baru-baru nih aku dapat email dari seorang pembaca blog aku nih :-

Saudara ahmades,

Saya amat tertarik dengan isi kandungan blog saudara yang padat dengan info-info semasa serta persoalan ilmiah. Tapi mengapakan saudara ahmades tidak menulis blog dalam bahasa Inggeris? Bukankah dengan cara tersebut dapat menarik lebih ramai lagi pembaca dari serata dunia datang melawat blog saudara? Sekian dari saya

[terpaksa rahsiakan namanya]
Sebenarnya, bukan tanak menulis dalam Bahasa Inggeris. Tapi tujuan dan objektif blog nih ditulis semata-mata untuk pembaca dari Malaysia dan pembaca yang memahami bahasa Melayu. Usaha saya sebenarnya ingin memertabatkan BM sebagai satu bahasa ilmu IT (walaupun agak sukar cita-cita tu) selain penggunaan bahasa BI sebagai bahasa utama.

Kalau saya menulis dalam BI, tak beberapa seronoklah kerana target saya adalah pembaca dari Malaysia. Bukanlah dari luar negara. Lagipun saya amat suka jika pembaca saya memahami apa yang saya tulis bukannya sekadar masuk dan tengok apa yang saya tulis disebabkan tulisan ini dalam BI. Itu amat mendukacitakan saya.

Sekian dari saya.

Tiada ulasan: