Assalamualaikum dalam Salam Sejahtera,
Saya jarang menulis dan saya mengakuinya. Tetapi kalau ada hal yang cuba menggangu fikrah dan kebijaksanaan saya maka saya akan mula membuka laptop saya dan mula mengakses blogger saya. Dan saya mula menulis apa yang saya rasa perlu untuk saya tulis.
Kerajaan Perpaduan, atau United Gorverment adalah satu istilah yang cuba-cuba diperkenalkan. Kalau tidak silap pembacaan saya istilah ini diperkenalkan sendiri oleh TG Abdul Hadi didalam ucapannya yang saya tak ingat bila. Pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Perdana Menteri Malaysia ke-5.
Tujuan diperkenalkan istilah ini, pada pendapat saya mungkin sebagai strategi TG Abd Hadi untuk PAS menguasai parlimen bersama-sama dengan kuasa UMNO. Kenyataan itu mengakibatkan DAP dan PKR mula mempertikaikan hubungan mereka dengan PAS didalam Pakatan Rakyat.
Bagaikan sensor, TG Nik Aziz menghidu bahawasanya perkara bakal diekploitasikan oleh UMNO dalam usaha merebahkan sokongan rakyat kepada PAS sekaligus memecah-belahkan pakatan yang sedang dibentuk oleh tiga parti utama PAS-PKR-DAP. TG Nik Aziz dengan pantas membuat kenyataan mengutuk idea Kerajaan Perpaduan. Kutukan demi kutukan mula dihasilkan dan akhirnya, dalam muktamar PAS yang terbaru perkara mengenai Kerajaan Perpaduan dilarang untuk dilafaz, disebut, diingati dan diungkit oleh mana-mana ahli PAS termasuklah Presidennya dan orang bawahannya.
Malangnya, selepas muktamar ini ada sahaja perkara yang diluar jangkaan. Epilog sekatan jualan arak dan kritikan terhadap SELCAT oleh Persuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali menimbulkan pelbagai tanda tanya yang komplikated. Terbaru, mendiamkan diri dalam isu tangkapan bekal mufti Perlis Dr. Asri. Ramai pihak termasuk saya tertanya-tanya kepada Dr. Hasan Ali tidak membuat sebarang komen didalam media.
Saya hairan, kenapa TG Abdul Hadi juga mengambil langkah yang sama termasuklah naib presiden Ust Nasharuddin. Mendiamkan diri dalam isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan rakyat menyoal krebiliti mereka sebagai seorang pemimpin yang terlena. Seolah-olah segala tindak-tanduk Dr. Hasan adalah tepat dan wajar untuk dilaksanakan.
Terbaru, isu Kerajaan Perpaduan yang tertimbul kembali. Sudah ditanam didalam lipatan sejarah secara tiba-tiba boleh timbul digali oleh sapa ntah. Hal ini, bukan sahaja TG Nik Aziz boleh melatah, malah saya sendiri boleh melatah dan rakyat pun akan melatah sama. Apa jenis pendirian yang ada pada presiden yang dulu berapi-api mengkafirkan UMNO tiba-tiba melatah mengenai Kerajaan Perpaduan?
Ini sesuatu yang sangat tidak kena, konfliks yang terhasil menerusi latahan ini akan mengakibatkan PAS akan mula dipandang serong, sebelum diserongkan oleh rakyat. Buktinya, kita kalah dalam pilihanraya Bagan Pinang, dimana kita ditolak disebabkan kes yang berlaku di Selangor. Apakah kita, ahli PAS tidak mengambil pengajaran dari universiti rakyat ini?
Saya membaca tulisan Hishamuddin Rais dan Dr. Aziz Bari. Telahan mereka mengenai akibat dari permasalahan ini menghampiri ketepatannya. Kalau Dr. Aziz Bari mengatakan ia mungkin PAS akan ditolak oleh rakyat disebabkan isu Kerajaan Perpaduan dan kes di Selangor, saya mengatakan yang ia bakal berlaku dan tidak ada istilah mungkin, ia akan berlaku. Contoh : Lihat Bagan Pinang.
Saya menyebut akibat, bukan masalah. Ertinya, kalau kita tidak menyelesaikan masalah ini maka akibat akan berlaku. Sia-sia usaha kita selama ini. UMNO mula memanfaatkan isu dan mula memerangkap kita. Kita dihasut dengan ketuanan Melayu, ketuanan Islam, fatwa-fatwa perlunya umat Islam bersatu dan pelbagai lagi jenis sogokkan psikologi untuk menakut-nakutkan kita padahalnya sejarah sendiri membuktikan yang mereka tidak pernahpun berjuang untuk Melayu dan Islam selama 52 tahun menjarah Malaysia.
Sebab : Lihat sendiri pada hari ini, adakah bahasa kebangsaan dimartabatkan? Adakah lagu kebangsaan digubah semula setelah mengetahui fakta yang melodinya dicilok? Adakah matapelajaran kita dalam bahasa yang difahami oleh rakyat Malaysia? Adakah kita hidup tanpa kekangan ekonomi yang menjerut leher gaji kita? Berlambak lagi.
Ini tahi yang sedang disuapkan ke mulut kita. Tahi ini sedang disadur dengan coklat dan pewarna supaya kita nampak manis dan menyelerakan, padahal hakikatnya ia tetap tahi yang perlu ditolak. Tidak ada istilah Kerajaan Perpaduan, ianya satu tahi yang disadurkan dengan coklat dan pewarna. Dan yang sedang selera melihat tahi berkenaan adalah presiden kita TG Abdul Hadi, mungkin Ust Nasharuddin, atau Dr Hasan Ali, atau ahli-ahli Pas yang lainnya yang sentiasa merasakan mereka berjuang untuk Melayu Islam. Maka perlu Melayu bersatu dalam memertabatkan Islam.
TAHI! Tak ada istilah Melayu-Islam! Yang ada adalah Islam. Itu konsep perjuangkan ahli Pas yang sebenarnya. Islam menggariskan keadilan dalam semua bentuk samada ekonomi, politik, bantuan, hak, keadilan dan sebagainya. Pergi mampus dengan perjuangan bangsa. Orang Cina, India, Singh, bla bla bla di Malaysia sudah pandai makan sambal belacan, petai dan durian.
Kalau dihimpunkan mereka, dan dilemparkan ke negara asal datang mereka maka saya menjamin yang mereka akan mati kempunan kerana tak dapat makan sambal belacan, petai dan durian. Mereka akan menjadi gila disebabkan tidak jumpa bihun sup, gulai tempoyak dan nasi lemak panas-panas.
Mereka berada di Malaysia, telah menjadi sebahagian dari suka-duka dalam kemasyarakatan Malaysia. Perjuangan ahli Pas adalah untuk kita dan mereka. Keadilan Islam menjadi wadah perjuangan yang akan menjadi cermin yang bakal menterbalikan cahaya keadilan yang ditunggu-tunggu selama bertahun-tahun berjuang diatas nama keadilan dalam pemerintahan.
Janganlah dibiarkan perkara ini lesap dilupus rakyat kerana isu Kerajaan Perpaduan dan isu-isu bodoh lain yang menyebabkan kita dipandang serong oleh rakyat. Kepada TG Abdul Hadi, kalau merasakan diri tidak mampu untuk mengemudi PAS, maka tolonglah mengundurkan diri, bawa sekali penyokong-penyokong yang sibuk nak karamkan perjuangan yang sekian lama dibina atas nama keadilan Islam.
Saya sedih bila mengucapkan perkara ini, tetapi inilah benda yang harus diucapkan. Kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana mengirimkan Dr. Aziz Bari menegur dan menasihati kita didalam hal-hal sebegini. Saya masih muda, TG Abdul Hadi tak lama lagi akan meninggalkan dunia ini, maka kami yang muda inilah yang akan mewarisi legasi PAS sebagai perjuangan keadilan Islam.
Janganlah wariskan masalah kepada kami. Bukan kami tak larat tanggung, tapi rakyat akan memandang masalah ini sebagai sejarah, dan tentunya kami tidak berupaya memadam sejarah kebodohan ini. Dan sejarah inilah yang akan diulang-ulang oleh UMNO untuk melupuskan perjuangan PAS. Berundurlah, supaya ini akan menjadi sejarah yang baik untuk dijadikan rujukkan bagi membolehkan rakyat akan terus menyokong Pas untuk kini dan selamanya.
Sekian.
UPDATED
Saya terbaca artikel yang dikeluarkan oleh
Malaysia Insider, saya malu kerana ianya keluar dari mulut En Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS. Ingin saya bertanya, kenapa marah sangat kepada Dr. Aziz Bari? Kenapa tak masukkan marah sekali pada TG Nik Aziz yang terang-terangan juga menyalahkan TG Abdul Hadi dalam hal kejatuhan sokongan rakyat kepada PAS?
Fikir sebelum kata, patutnya kita berterima kasih, bukannya tabur duri atas jalan. Bermacam-macam cara orang tegur, ada cara kasar, ada cara lembut. Orang yang kena tegur tu kenalah faham. Jangan melatah.
Ataupun, anda pun salah seorang penyokong idea Kerajaan Perpaduan?