The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Sabtu, September 22, 2007

Etika Memblog Part 1 : Apakah Tujuan Blog?

Assalamualaikum Semua,

Hari ini, aku merasakan yang aku patut menulis satu benda yang boleh memanfaatkan semua orang, terutamanya orang yang digelar sebagai pemblogger tegar. Mereka ini memblog tanpa mengira waktu, masa, ketika dan juga tanpa mengira keadaan sekeliling mereka. Bermacam-macam benda semuanya masuk di dalam topik blog mereka sama ada dalam bentuk kontekstual, bentuk jasmani, rohani, politik, barangan, teknologi, humor, gambar, video dan sebagainya yang mungkin kalau disenaraikan, akan menjadi satu senarai yang teramat panjang.

Apakah itu blog? Kenapa perlu blog? Sebab apa ramai blogger di dunia Internet sekarang ini? Persoalan tersebut selalu bermain di minda kita. Ada di antara kita ingin memblog, tetapi tiada IDEA tentang apa yang ingin diblogkan sebab tak pasti apa yang patut dikarang. Kadang-kadang ada sesetengah daripada kita ini sampai sanggup copy-and-paste dari blog / artikel orang lain dan menempeknya di dalam blog sendiri. Kerana tidak mempunyai idea dengan apa yang patut ditulis. Untuk bahagian 1 : Apakah Tujuan Blog, aku akan menghuraikan semua persoalan yang timbul di antara kita semua tentang apa, kenapa dan objektif blog ini wujud dalam Internet.


APAKAH ITU BLOG?

Blog, merupakan akronim dari singkatan perkataan Web-Log. Ianya merupakan satu rentetan maklumat secara kronologi tentang apa yang berlaku. Seolah-olah seperti satu logfiles dalam sistem. Tetapi Blog bukanlah satu rentetan yang seperti logfiles, ianya lebih kepada pentas yang menghubungkan seorang penceramah/pemikir bebas untuk bercakap tentang perkara yang mereka lihat di sekeliling kepada pendengar mereka yang berada di bawah pentas. Mereka ini mempunyai pendapat mereka, mengikut kepakaran mereka terhadap kehidupan/teknologi dan menyuarakan pendapat mereka untuk didengar dan dinilai oleh umum. Itulah yang dikatakan sebagai blog, yakni sebagai medium pengantaraan di antara pemikir/pengkritik kepada pendengar/orang umum.


SIAPAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI SEORANG BLOGGER?

Blogger, merupakan mereka yang sentiasa mempunyai pendapat/pandangan mereka mengikut kepakaran mereka mengenai bidang yang bakal menjadi bahan komentar mereka. Mereka boleh terdiri daripada orang-perseorangan, atau mereka yang sememangnya profesional tak kisahlah apa sahaja latar belakang mereka. Mereka menulis di dalam blog agar pandangan dan luahan hati mereka dapat dibaca oleh segenap masyarakat Internet dan membuat kritikan/pandangan mereka pula terhadap apa yang mereka tulis. Itulah seorang blogger.

Suara-suara mereka, tidak kedengaran di Televisyen mahupun radio tetapi boleh dibaca di blog mereka. Pendapat mereka kadang-kala bernas, kadang-kala tidak boleh dipakai. Apa yang mereka tulis mereka percaya tentang apa yang mereka fikirkan, dan mahukan orang lain pun berpendapat yang sama seperti mereka. Ada kalanya pendapat mereka tidak diterima pakai, ada kalanya mereka dikritik hebat oleh sesetengah pembaca mengenai idea mereka tetapi mereka teruskan juga dengan pendapat mereka kerana mereka yakini itulah yang terbaik.


KENAPA MENGGUNAKAN BLOG SEBAGAI MEDIUM PENGANTARAAN?

Seorang yang ada idea, yang ada pendapat dan kritikan selalu saja mencari jalan bagaimana ingin mendedahkan kritikan dan pendapat mereka. Jika zaman dahulu, seseorang yang mempunyai pesanan atau nasihat berdiri di hadapan orang ramai dan menyampaikan nasihatnya maka pada zaman sekarang seseorang itu hanya perlu menggunakan medium Internet sebagai pengantaraan kepada orang umum. Menggantikan zaman "pentas" yang sedia ada.

Bukan semua orang boleh menjadi seorang blogger yang bagus. Kadang-kadang, mereka ini ada yang tidak sangat pun ingin memblogger Cuma apabila terlihat rakan-rakan atau sesiapa yang terkenal memblogging maka mereka pun teringin nak jadi terkenal. Maka mereka ini sanggup menulis benda yang mereka pun tak faham apa yang mereka tulis. Ada kalanya, sanggup pergi ke blog orang lain dan menciplak karangan orang untuk dipaparkan dalam blog mereka.

Ada juga, seseorang blogger itu hanya tahu memaparkan kisah hidupnya dalam bentuk blogging. Memberitahu kita bagaimana dia bercinta, tidur, makan, sekolah, mandi sampai dia berpeluk dengan kekasihnya pun di ceritakan. Orang seperti ini mereka selalu mengakui yang mereka ini seorang yang menjaga privacy, tetapi secara nyatanya mereka mendedahkan kehidupan mereka yang so-called privacy matters.

Ada sesetengah blogger yang memang tajam tulisannya, tajam kritikannya. Semua tulisannya terselit dengan patah-patah perkataan yang tak patut ditulis dalam karangannya. Mereka ini terlalu sensitif dalam kehidupan mereka dan tidak keterlaluan jika aku gelarkan mereka ini di kalangan yang terlalu taksub dengan apa yang mereka pegang sampai orang lain tidak boleh
membantah cakap mereka.

Apa pun bentuk personaliti seorang blogger yang terpenting adalah DIA, SEORANG BLOGGER adalah orang yang sememangnya mempunyai pendapat dalam bidangnya. Dan pandangannya mengenai apa yang berada di sekelilingnya. Itulah baru boleh digelar sebagai seorang blogger. Bukannya dengan memaparkan kisah hidupnya, atau menciplak artikel orang lain.

InsyaAllah, aku akan sambung pula di bahagian kedua. Selamat membaca :).

Jumaat, September 21, 2007

Apabila tiada sifat Kasih Sayang

Assalamualikum semua, adakah anda telah membaca post aku sebelum ini mengenai kejadian pembunuhan adik Nurin? Post kalau ini akan merungkaikan kenapa ianya berlaku.

Kejadian yang sebegitu rupa, bukanlah sesuatu fenomena baru dalam negara ini, malah ianya bukan fenomena yang luar biasa di luar negara. Sebab? Sifat manusia itu sendiri yang boleh berubah mengikut keadaan disekelilingnya. Apabila kita menyentuh mengenai sikap dan perilaku manusia, aku sering teringat apa yang sering diperkatakan oleh ustaz-ustaz dan ustazah mengenai nafsu manusia. Sikap berkait rapat dengan nafsu manusia. Dan apabila manusia gagal mengawal nafsu mereka, maka mereka juga gagal mengawal sikap negatif mereka.

Sikap negatif, atau sikap yang berkait-rapat dengan nafsu berlaku disebabkan keadaan yang mana manusia tidak mampu lagi mengawal nafsu mereka. Mereka menjadi begini kerana mereka tidak belajar cara bagaimana untuk mengwal nafsu mereka. Mereka hilang pertimbangan, seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batasan kemanusiaan. Diantara perkara yang boleh membawa kepada kegagalan mengawal nafsu adalah seperti :-

  1. Stress
  2. Mengambil arak / minuman keras
  3. Tamak
  4. Terlalu taksub
  5. Tidak memahami tanggungjawab
  6. Tidak dekat dengan Allah SWT (untuk agama lain, tidak dekat dengan tuhan)
Untuk post kali ini, aku nak ambil dua bahagian yang aku senaraikan yakni bahagian 5 dan 6 sebab sesuai dengan tajuk post aku kali ini. Bahagian tersebut aku rasa, mampu memberikan perspeksi umum kenapa Sifat Kasih Sayang masih tidak wujud dalam sesetengah hati manusia.

Setiap manusia yang dijadikan diatas muka bumi ini, memiliki tanggungjawab yang tersendiri. Mereka mempunyai skop tanggungjawab yang perlu dijaga untuk memastikan keamanan dan ketatasusilaan diantara ummah / manusia terjaga. Tanggungjawab manusia kalau disenaraikan, mungkin tidak cukup dengan satu post, mungkin perlukan beberapa post dengan beratus-ratus baris senarai. Salah satu tanggungjawab yang dipikul oleh manusia adalah Kasih Sayang sesama insan.

Menyebut perkataan Kasih Sayang, ianya bukan sekadar sayang dan bukan sekadar melafazkan cinta. Ianya mengikat hati manusia dengan hati manusia yang lainnya, mewujudkan suasana saling melindungi diantara satu sama yang lain. Kasih sayang terdiri diantara pelbagai cabang. Samada dalam bentuk sayang kepada kekasih, sayang kepada ibu-bapa, sayang kepada anak-anak, sayang kepada masyarakat dan sebagainya. Apabila ada segelintir manusia tidak memahami tanggungjawab kasih sayang terhadap diri mereka maka mereka akan melakukan perkara yang boleh melukakan perasaan manusia yang lain.

Bagaimana yang berlaku pada Allahyarhamah Adik Nurin apabila orang yang menculiknya tiada sifat Kasih Sayang. Sanggup merogol kanak-kanak tanpa sedikitpun rasa bersalah, atau lebih tepat tanpa sedikitpun perasaan belas kasihan melihat kanak-kanak tersebut meraung kesakitan. Menunjukkan yang sifat kasih sayang tidak wujud langsung dalam diri si penculik kerana dia melebihi nafsu binatangnya dari segalanya.

Kalaulah manusia memahami sifat kasih sayang maka tidak akan wujud penculikan dan rogol terhadap kanak-kanak. Tidak akan berlaku pengedaran dadah. Tidak akan berlaku kes-kes penceraian dan juga, tidak akan berlaku fonomena peperangan. Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah dengan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh perasaan kasih sayang tersebut.

Yang kedua dalam konteks nafsu manusia, seperti yang aku telah pilih adalah mereka yang tidak dekat dengan Allah SWT (atau tidak dekat dengan tuhan, bagi agama lain). Mereka ini amat mudah terpengaruh dengan hasutan Syaitan Laknaktullah. Sebab dalam diri mereka kurangnya pegangan dalam agama yang melarang mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang terkutuk. Iman mereka goyah, mereka hilang arah tuju apabila berlaku sedikit godaan/dugaan terhadap mereka. Mereka menghadapi godaan/dugaan yang berlaku dengan perasaan marah, dengan perasaan yang dikuasai oleh nafsu mereka seterusnya membawa mereka kepada perlakuan diluar batas kemanusiaan.

Kesimpulan daripada post aku kali ini, marilah kita bermuhasabah diri. Mantapkanlah diri kita untuk mengongkong nafsu kita dari terus bermaharajalela dalam hati dan diri kita. Supaya dapat kita serta masyarakat dapat mengelak kejadian-kejadian yang menyayat hati ini daripada berulang. InsyaAllah.

Khamis, September 20, 2007

Manusia Berperangai BINATANG

Assalamulikum Semua.

Aku tersangat TERKEJUT BERUK apabila aku membca akhbar harian Metro hari ini :-

Cerita Selanjutnya di sini

Komen aku adalah :-


BINATANG PUNYA MANUSIA!! Dah la rogol budak, pastu bunuh pulak, pastu kerat pulak anggota badan budak tu. Manusia bersifat binatang tersebut apabila ditangkap patutnya dihukum dengan menyembelihnya hidup-hidup, sama seperti apa yang dibuat oleh pihak mujahiddin Islam di Iraq kepada Tentera USA. Sebab mereka ini adalah binatang yang sememangnya tidak ada lagi sifat kemanusiaan didalam diri mereka. Sememangnya binatang patut disembelih dan mereka termasuk didalam golongan patut disembelih.

Aku tersangat kesal dengan berita seumpama ini. Aku tersangat sedih. Adakah nilai kehidupan atau NYAWA sudah lagi tidak berharga? Adakah mereka yakni kanak-kanak yang sememangnya tidak tahu-menahu tentang selok-belok kehidupan di dunia ini, diberikan penyeksaan sebegitu rupa? Kamanakah hilangnya sifat kemanusiaan? Kemana hilangnya sifat kasih sayang?

Kerajaan Malaysia patut mengetatkan lagi penguatkuasaan undang-undang bagi membela kanak-kanak yang menjadi mangsa malang mereka yang berhati binatang. Kepada ibu-bapa Allahyarhamah Adik Nurin Jazlin Jazimin, diharap agar bersabar dengan dugaan Allah SWT di bulan Puasa ini semuga Allah SWT merahmati orang-orang yang bersabar dan diberi ganjaran yang setimpal dengannya. Amin.