The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Jumaat, November 20, 2009

Siapakah dia Tan Sri Darshan Singh Gill??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Saya adalah pekerja, dan saya adalah pengguna. Saya bekerja untuk mendapatkan sejumlah wang dan saya perlu membelanjakan wang berkenaan untuk menjadi seorang pengguna.

Sebagai seorang pengguna, yang menjadi wakil kepada saya adalah kerajaan dan berintegriti dan beramanah. Dalam erti kata lain, dengan kerajaan yang memiliki sikap berkenaan dapat membela nasib saya sebagai seorang pekerja, dan seorang pengguna.

Masalahnya, saya masih lagi tidak mendapat kerajaan yang sedemikian walaupun telah dua kali pangkah didalam pilihan-raya. Dan paling teruk sekali, ada satu cadangan yang ingin menghapuskan subsidi barangan keperluan harian. Cadangan berkenaan diutarakan oleh Tan Sri Darshan Singh Gill, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (MACONAS).

Saya sebagai pengguna, saya tidak kenal akan Tan Sri ini, malah saya tidak ingat langsung bila saya melantik Tan Sri ini untuk mewakili suara saya. Suara saya menyatakan bahawasanya kerajaan bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan untuk rakyat, tapi lain pula katanya Presiden MACONAS.

Ini seolah-olah, ianya permintaan pengguna yang inginkan subsidi dihapuskan. Saya, dengan ini mengistiharkan bahawasanya saya sebagai pengguna TIDAK PERNAH MELANTIK TAN SRI DARSHAN SINGH GILL untuk mewakili suara saya sebagai pengguna. Saya tidak kenal susuk ini dan tidak pula pernah bertemu dengannya.

Saya perlukan orang lain untuk mewakili suara saya sebagai pengguna. Sila pilih orang lain, cadangan saya adalah En. SM Mohamed Idris.

Sekian Harap Maklum.

P/S: Bodoh, hang kaya tak pa la boleh beli gula RM 10.00 sekilo. Bangang punya orang. Orang miskin pakai takyah beli gula dah.

Khamis, November 12, 2009

Struktur PAS Menghampiri Syiah

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,


Ideologi dan Perbuatan, merupakan cabang yang perlu selari jika kita menginginkan sesuatu organisasi boleh bergerak bebas tanpa sebarang dalang yang boleh menjatuhkannya. Dalang disini bermaksud pergeseran teknikal akibat perlagaan diantara Ideologi dan Perbuatan.

PAS dibentuk berasaskan Ideologi kesamaan, keadilan dan keharmonian kehidupan dengan Islam menjadi teras didalam bentuk pemerintahan. Islam menawarkan kepada kita kesamaan hak, keadilan dan keharmonian yang tidak terdapat pada mana-mana ajaran di dunia ini.

Semua manusia memiliki hak yang sama, tidak dibezakan samada dengan agama, bangsa atau penduduk asal. Semuanya sama sahaja, diberikan hak asasi yang sama. Tidak dibezakan pandangan dan pendapat mereka serta hak mereka dijaga dengan sempurna tanpa kompromi. Itulah yang menjadi dasar perjuangan organisasi PAS.

Masalahnya, adalah Perbuatan. Ahli-ahli PAS kebanyakkan memiliki perbuatan yang tidak menepati Ideologi organisasi PAS itu sendiri. Kebebasan, Keadilan dan Keharmonian. Perbuatan yang berbeza akan menghasilkan tindak-tanduk yang akan menimbulkan persepsi yang kurang senang diantara penyokong Ideologi organisasi PAS.

Sebagai contoh, terlalu taksubkan pemimpin. Zaman Khalifah Umar Al-Khattab sewaktu syarahannya di masjid bangun seorang pemuda. Sambil memegang sebilah pedang pemuda itu berkata kepada Umar, "Wahai Umar, kalau engkau melakukan kesalahan maka akan kami tegur dengan pedang ini".

Apa jawapan Umar?, "Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah SWT diberikan penduduk yang sanggup membetulkan Umar sekiranya ia melakukan kesalahan". Cuba lihat pada zaman sekarang, apabila ada seseorang menegur kita, adakah kita akan cuba berterima-kasih kepada mereka?

Tidak! Malah, ada diantara kita sanggup dengan sombong melebelkan mereka dengan lebel yang sungguh tidak sopan. Konon-kononnya ianya adalah satu fitnah yang dilemparkan. Jenis ketaksuban beginilah yang ada pada fahaman Syiah, telalu mengangungkan pemimpin dan pemimpin dianggap tidak bersalah.

Sungguh saya terkilan dengan keadaan sebegini, adakah ini contoh mereka yang mengikut Ideologi organisasi PAS? Ini adalah perkara yang patut kita elakkan dari berlaku. Dalam usaha memantapkan organisasi PAS yang telah lama dibina, kita sepatutnya merenung sejarah yang lepas-lepas tentang perbuatan musuh-musuh kita terhadap kita.

Politik, adalah sesuatu yang teruk. Ianya memerlukan kita menipu orang, itu tidak dinafikan. Maka dengan itu kita mestilah mengubah persepsi politik itu sendiri supaya ianya boleh diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih baik. Sesuatu yang boleh memberikan kita kejayaan didalam membentuk pentabdiran yang tulus dan berorientasikan rakyat.

Dalam membentuk persepsi berkenaan, kita mestilah sedia untuk dikritik. Kalau kita tidak berupaya untuk mentabdir maka kita mesti bersedia melepaskan tanggungjawab kita supaya seseorang yang memiliki perbuatan selari dengan ideologi PAS boleh menguruskan perjalanan pentadbiran kerarah yang lebih baik dan sempurna.

Seseorang yang digelar tuan guru pun belum tentu mahir didalam berpolitik sekiranya tidak boleh ditegur. Pemimpin dianggap bodoh kalau gagal untuk menerima teguran dan kritikan. Berlaku teguran dan kritikan itu supaya kita boleh menilai adakah organisasi PAS ini berada dilandasan yang betul atau tidak. Dan untuk menilai adakah kita masih berupaya untuk mengemudi kapal atau perlu berundur memberikan peluang pada orang yang lebih berkeupayaan.

Gagal memanfaatkan teguran dan kritikan ini bermakna kita selangkah menuju kehancuran. Amalan taksub ini tidak ada didalam pelajaran Islam. Ketaksuban kepada pemimpin akan mendorong organisasi PAS ditolak oleh rakyat. Bila kita menyertai PAS, kita memilih untuk menyertai organisasi yang memperjuangkan keadilan kepada rakyat. Bukannya memilih untuk berjuang kepada pemimpin atau menjadi barua pemimpin.

Buangkan sifat Syiah ini, sifat ketaksuban yang melampau-lampau terhadap pemimpin. Rakyat memerlukan pemimpin beribawa untuk mengemudi negara, kalau awal-awal telah menunjukkan kebodohan dengan ketaksuban terhadap kesalahan pemimpin, maka tunggulah PR13 kalau-kalau kita dipilih oleh rakyat, atau dibungkus dalam lipatan sejarah.

Kepada TG Abdul Hadi, sila jawab soalan berikut :
  1. Kenapa isu Kerajaan Perpaduan boleh tenggelam timbul?
  2. Kenapa isu di Selangor tidak diperjelaskan secara terperinci?
  3. Kenapa membisu dengan isu semasa kerajaan perpaduan dan isu di selangor?
Ingat! Rakyat yang akan menentukan kejayaan kita. Pastikan rakyat sentiasa memilih perjuangan kita. Jangan biarkan ahli berfahaman syiah merosakkan keadaan. Buang semua persepsi agungkan pemimpin dan sentiasa bersedia mendengar teguran.

Sekian.

Sabtu, November 07, 2009

Manisfesto, Kerajaan Perpaduan, PAS

Assalamualaikum dalam Salam Sejahtera,


Saya jarang menulis dan saya mengakuinya. Tetapi kalau ada hal yang cuba menggangu fikrah dan kebijaksanaan saya maka saya akan mula membuka laptop saya dan mula mengakses blogger saya. Dan saya mula menulis apa yang saya rasa perlu untuk saya tulis.

Kerajaan Perpaduan, atau United Gorverment adalah satu istilah yang cuba-cuba diperkenalkan. Kalau tidak silap pembacaan saya istilah ini diperkenalkan sendiri oleh TG Abdul Hadi didalam ucapannya yang saya tak ingat bila. Pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Tujuan diperkenalkan istilah ini, pada pendapat saya mungkin sebagai strategi TG Abd Hadi untuk PAS menguasai parlimen bersama-sama dengan kuasa UMNO. Kenyataan itu mengakibatkan DAP dan PKR mula mempertikaikan hubungan mereka dengan PAS didalam Pakatan Rakyat.

Bagaikan sensor, TG Nik Aziz menghidu bahawasanya perkara bakal diekploitasikan oleh UMNO dalam usaha merebahkan sokongan rakyat kepada PAS sekaligus memecah-belahkan pakatan yang sedang dibentuk oleh tiga parti utama PAS-PKR-DAP. TG Nik Aziz dengan pantas membuat kenyataan mengutuk idea Kerajaan Perpaduan. Kutukan demi kutukan mula dihasilkan dan akhirnya, dalam muktamar PAS yang terbaru perkara mengenai Kerajaan Perpaduan dilarang untuk dilafaz, disebut, diingati dan diungkit oleh mana-mana ahli PAS termasuklah Presidennya dan orang bawahannya.

Malangnya, selepas muktamar ini ada sahaja perkara yang diluar jangkaan. Epilog sekatan jualan arak dan kritikan terhadap SELCAT oleh Persuruhjaya Pas Selangor, Dr Hasan Ali menimbulkan pelbagai tanda tanya yang komplikated. Terbaru, mendiamkan diri dalam isu tangkapan bekal mufti Perlis Dr. Asri. Ramai pihak termasuk saya tertanya-tanya kepada Dr. Hasan Ali tidak membuat sebarang komen didalam media.

Saya hairan, kenapa TG Abdul Hadi juga mengambil langkah yang sama termasuklah naib presiden Ust Nasharuddin. Mendiamkan diri dalam isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan rakyat menyoal krebiliti mereka sebagai seorang pemimpin yang terlena. Seolah-olah segala tindak-tanduk Dr. Hasan adalah tepat dan wajar untuk dilaksanakan.

Terbaru, isu Kerajaan Perpaduan yang tertimbul kembali. Sudah ditanam didalam lipatan sejarah secara tiba-tiba boleh timbul digali oleh sapa ntah. Hal ini, bukan sahaja TG Nik Aziz boleh melatah, malah saya sendiri boleh melatah dan rakyat pun akan melatah sama. Apa jenis pendirian yang ada pada presiden yang dulu berapi-api mengkafirkan UMNO tiba-tiba melatah mengenai Kerajaan Perpaduan?

Ini sesuatu yang sangat tidak kena, konfliks yang terhasil menerusi latahan ini akan mengakibatkan PAS akan mula dipandang serong, sebelum diserongkan oleh rakyat. Buktinya, kita kalah dalam pilihanraya Bagan Pinang, dimana kita ditolak disebabkan kes yang berlaku di Selangor. Apakah kita, ahli PAS tidak mengambil pengajaran dari universiti rakyat ini?

Saya membaca tulisan Hishamuddin Rais dan Dr. Aziz Bari. Telahan mereka mengenai akibat dari permasalahan ini menghampiri ketepatannya. Kalau Dr. Aziz Bari mengatakan ia mungkin PAS akan ditolak oleh rakyat disebabkan isu Kerajaan Perpaduan dan kes di Selangor, saya mengatakan yang ia bakal berlaku dan tidak ada istilah mungkin, ia akan berlaku. Contoh : Lihat Bagan Pinang.

Saya menyebut akibat, bukan masalah. Ertinya, kalau kita tidak menyelesaikan masalah ini maka akibat akan berlaku. Sia-sia usaha kita selama ini. UMNO mula memanfaatkan isu dan mula memerangkap kita. Kita dihasut dengan ketuanan Melayu, ketuanan Islam, fatwa-fatwa perlunya umat Islam bersatu dan pelbagai lagi jenis sogokkan psikologi untuk menakut-nakutkan kita padahalnya sejarah sendiri membuktikan yang mereka tidak pernahpun berjuang untuk Melayu dan Islam selama 52 tahun menjarah Malaysia.

Sebab : Lihat sendiri pada hari ini, adakah bahasa kebangsaan dimartabatkan? Adakah lagu kebangsaan digubah semula setelah mengetahui fakta yang melodinya dicilok? Adakah matapelajaran kita dalam bahasa yang difahami oleh rakyat Malaysia? Adakah kita hidup tanpa kekangan ekonomi yang menjerut leher gaji kita? Berlambak lagi.

Ini tahi yang sedang disuapkan ke mulut kita. Tahi ini sedang disadur dengan coklat dan pewarna supaya kita nampak manis dan menyelerakan, padahal hakikatnya ia tetap tahi yang perlu ditolak. Tidak ada istilah Kerajaan Perpaduan, ianya satu tahi yang disadurkan dengan coklat dan pewarna. Dan yang sedang selera melihat tahi berkenaan adalah presiden kita TG Abdul Hadi, mungkin Ust Nasharuddin, atau Dr Hasan Ali, atau ahli-ahli Pas yang lainnya yang sentiasa merasakan mereka berjuang untuk Melayu Islam. Maka perlu Melayu bersatu dalam memertabatkan Islam.

TAHI! Tak ada istilah Melayu-Islam! Yang ada adalah Islam. Itu konsep perjuangkan ahli Pas yang sebenarnya. Islam menggariskan keadilan dalam semua bentuk samada ekonomi, politik, bantuan, hak, keadilan dan sebagainya. Pergi mampus dengan perjuangan bangsa. Orang Cina, India, Singh, bla bla bla di Malaysia sudah pandai makan sambal belacan, petai dan durian.

Kalau dihimpunkan mereka, dan dilemparkan ke negara asal datang mereka maka saya menjamin yang mereka akan mati kempunan kerana tak dapat makan sambal belacan, petai dan durian. Mereka akan menjadi gila disebabkan tidak jumpa bihun sup, gulai tempoyak dan nasi lemak panas-panas.

Mereka berada di Malaysia, telah menjadi sebahagian dari suka-duka dalam kemasyarakatan Malaysia. Perjuangan ahli Pas adalah untuk kita dan mereka. Keadilan Islam menjadi wadah perjuangan yang akan menjadi cermin yang bakal menterbalikan cahaya keadilan yang ditunggu-tunggu selama bertahun-tahun berjuang diatas nama keadilan dalam pemerintahan.

Janganlah dibiarkan perkara ini lesap dilupus rakyat kerana isu Kerajaan Perpaduan dan isu-isu bodoh lain yang menyebabkan kita dipandang serong oleh rakyat. Kepada TG Abdul Hadi, kalau merasakan diri tidak mampu untuk mengemudi PAS, maka tolonglah mengundurkan diri, bawa sekali penyokong-penyokong yang sibuk nak karamkan perjuangan yang sekian lama dibina atas nama keadilan Islam.

Saya sedih bila mengucapkan perkara ini, tetapi inilah benda yang harus diucapkan. Kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana mengirimkan Dr. Aziz Bari menegur dan menasihati kita didalam hal-hal sebegini. Saya masih muda, TG Abdul Hadi tak lama lagi akan meninggalkan dunia ini, maka kami yang muda inilah yang akan mewarisi legasi PAS sebagai perjuangan keadilan Islam.

Janganlah wariskan masalah kepada kami. Bukan kami tak larat tanggung, tapi rakyat akan memandang masalah ini sebagai sejarah, dan tentunya kami tidak berupaya memadam sejarah kebodohan ini. Dan sejarah inilah yang akan diulang-ulang oleh UMNO untuk melupuskan perjuangan PAS. Berundurlah, supaya ini akan menjadi sejarah yang baik untuk dijadikan rujukkan bagi membolehkan rakyat akan terus menyokong Pas untuk kini dan selamanya.

Sekian.

UPDATED

Saya terbaca artikel yang dikeluarkan oleh Malaysia Insider, saya malu kerana ianya keluar dari mulut En Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS. Ingin saya bertanya, kenapa marah sangat kepada Dr. Aziz Bari? Kenapa tak masukkan marah sekali pada TG Nik Aziz yang terang-terangan juga menyalahkan TG Abdul Hadi dalam hal kejatuhan sokongan rakyat kepada PAS?

Fikir sebelum kata, patutnya kita berterima kasih, bukannya tabur duri atas jalan. Bermacam-macam cara orang tegur, ada cara kasar, ada cara lembut. Orang yang kena tegur tu kenalah faham. Jangan melatah.

Ataupun, anda pun salah seorang penyokong idea Kerajaan Perpaduan?