The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Ahad, Disember 09, 2007

Part 1 : Demonstrasi dan Rapat Umum - Kenapa ianya berlaku?

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku.

Adakah anda semua telah melihat segmen berita TV3 pada 9 Disember 2007? Segmen berita TV pada hari tersebut banyak mengupas mengenai isu demonstrasi dan rapat umum anjuran badan-badan tertentu dalam usaha mereka memperdengarkan suara mereka kepada kerajaan dan rakyat. Sama ada TV3 benar-benar mengupas isu tersebut disebabkan ingin membetulkan keadaan atau sengaja diada-adakan oleh ahli politik dalam usaha "memaksa" rakyat untuk sentiasa "patuh kepada kerajaan" tidaklah diketahui.

Kenapa ianya berlaku? Kenapa fenomena negara maju boleh menular dalam negara kita? Seperti kata pepatah, "Masakan pokok boleh bergoyang kalau angin tak bertiup". Mungkin mereka yang mengadakan demonstrasi dan rapat umum ini melihat sesuatu kelemahan di dalam struktur pemerintahan kerajaan Malaysia dan ingin kerajaan membetulkannya. Tak kurang juga, ada di kalangan mereka yang sengaja mengadakan rapat umum semata-mata untuk mendapat publisiti murahan disebabkan kesalahan masa silam. Apa pun alasan yang kita akan kemukakan, rapat umum atau demonstrasi ini merupakan jalan terakhir untuk menyatakan ketidakpuasan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Banyak disiarkan di televisyen berita-berita demonstrasi seperti demonstrasi HINDRAF, BERSIH dan banyak lagi. Termasuklah demonstrasi golongan profesional seperti golongan peguam dan golongan-golongan lain dalam Malaysia ini. Objektif mereka adalah untuk menuntut keadilan tetapi keadilan yang bagaimana? Adakah keadilan menurut makna mereka atau keadilan semata-mata rakyat Malaysia atau dengan niat yang sebaliknya? Mari kita kupas dengan lebih lanjut mengenai keadaan ini.

Pertama, kita tengok kes rapat umum BERSIH. Rapat umum anjuran pihak bukan kerajaan ini menuntut pihak suruhanjaya pilihan raya supaya lebih telus dan adil sewaktu mengendalikan pilihan raya negara. Kenapa mereka berbuat demikian? Kenapa mereka menuntut demikian? Adakah mereka nampak kepincangan di dalam organisasi suruhanjaya pilihan raya sewaktu menguruskan pilihan raya? Kenapa kerajaan tidak melayan permintaan mereka malahan memberi ugutan bahawa mereka akan dikenakan tindakan undang-undang disebabkan rapat umum berkenaan. Kenapa berlaku demikian?

Sekiranya kita pandang dari aspek negatif, memang rapat umum tersebut banyak menyusahkan pelbagai pihak. Termasuklah orang awam sendiri kerana terpaksa berhadapan dengan golongan yang menyekat laluan semata-mata mengadakan rapat umum. Tetapi, kalau dihalusi dengan teliti dan terperinci kita dapati bahawa golongan ini mengadakan rapat umum kerana mahukan operasi SPR lebih jujur dan adil di dalam mengendalikan proses pilihan raya, tidak lebih daripada itu. Maka dengan itu, perlulah SPR dan kerajaan mendengar suara mereka kerana yang termasuk di dalam golongan rapat umum BERSIH juga termasuk di dalam kategori rakyat Malaysia. Mereka mungkin nampak benda yang orang lain tidak nampak.

Kenapa diberi ugutan undang-undang terhadap mereka? Mereka tak bersalah kerana bagi mereka SPR dan Kerajaan tidak telus mengenai hak-hak pilihan raya. Kalau diambil tindakan terhadap mereka kelihatan seperti tidak munasabah sama sekali kerana mereka juga memperjuangkan perkara yang tertakluk di dalam hak mereka sebagai rakyat negara yang mengamalkan demokrasi. Kalau SPR dan Kerajaan merasakan yang mereka ini salah, maka patutnya diadakan perbincangan untuk memberitahu perkara yang sebenarnya berlaku. Tetapi kalau kerajaan dan SPR itu sememangnya salah maka perubahan perlu dilakukan segera supaya kuasa kepimpinan tidak disalahgunakan.

Ini tidak, secara terang-terangan kerajaan mengugut akan menggunakan undang-undang sedia ada untuk menahan mereka. Itu sama sekali tidak adil. Hak mereka (rakyat) adalah menyuarakan pendapat dan hak kerajaan adalah mendengar dan menilai tindakan mereka berdasarkan pendapat rakyat, kerana mereka (orang-orang di dalam kerajaan) juga dipilih di kalangan rakyat melalui proses pilihan raya. Sebab itulah falsafah di dalam demokrasi, di mana semua orang mempunyai kuasa dalam menentukan nasib masa depan negara. Jangan kita sebagai orang yang berkuasa bertindak seperti orang bodoh dengan mengugut akan menggunakan kuasa dan undang-undang untuk menyekat mereka. Kerana menyekat mereka samalah seperti menyekat perjalanan demokrasi.

Itu adalah kes pertama, rapat umum BERSIH yang memperjuangkan hak rakyat. Mari kira tinjau pula mengenai rapat umum tajaan HINDRAF. Rapat umum HINDRAF yang menyalahkan kerajaan British membawa mereka masuk ke Malaya dan menyalahkan kerajaan Malaysia kerana berlaku tidak adil terhadap komuniti India. Mereka mengadakan rapat umum untuk menuntut hak mereka dan pada masa yang sama menuntut agar kerajaan British membayar kepada mereka RM1Juta setiap seorang kerana membawa mereka masuk ke Malaya. Di samping itu, pihak mereka juga ingin mengadakan perjumpaan dengan Kerajaan India bagi membincangkan nasib mereka.

Sebenarnya, apakah maksud HINDRAF ini? Ianya bermaksud Hindu Right Actions Force. Hindu merupakan nama agama. Manakala India adalah nama bangsa. Jadi apa yang mereka perjuangkan sekarang ini? Agama mereka ATAU bangsa mereka? Kalau mereka memperjuangkan bangsa mereka, terdapat hampir 1.3 juta rakyat Malaysia berbangsa India yang BERLAINAN agama. Kalau mereka memperjuangkan agama, maka secara terang-terang mereka menuduh Kerajaan Malaysia tidak membenarkan mereka mengamalkan fahaman agama mereka di Malaysia melalui rapat umum ini.

Mereka menjadikan kuil sebagai kubu kuat. Kalau mereka berjuang disebabkan bangsa mereka, kuil bukannya melambangkan bangsa. Ianya melambangkan agama. Begitu juga dengan masjid, tokong mahupun gereja. Semua itu melambangkan agama bukannya bangsa. Kalau nak kata Melayu itu semua Islam pun salah, kerana ada juga Melayu yang bukan Islam seperti Lina Joy. Kalau nak kata semua India itu Hindu tidak juga kerana Ustaz Mohamad Ravi juga berbangsa India dan beragama Islam. Jadi apa motif perjuangan HINDRAF sebenarnya?

Kalau motif perjuangan mereka kerana bangsa mereka tertindas, mari kita tengok bangsa cina di Malaysia. Mereka maju kerana mereka berusaha untuk memajukan diri mereka. Kalau kita pergi di mana-mana pekan di Malaysia ini sekurang-kurangnya mesti ada juga kedai-kedai perniagaan cina di sana. Begitu juga dengan India, adakah mereka benar-benar ditindas atau mereka ini tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri? Kalau nak kata nasib Melayu selalu dibela banyak juga golongan miskin Melayu yang kehadiran mereka ini tidak pun disedari oleh pihak berkuasa tempatan. Malah TV3 terpaksa mengambil inisiatif menganjurkan program Bersamamu semata-mata nak memberitahu pihak berkuasa tempatan mengenai nasib mereka. Program Bersamamu pun ada mendedahkan nasib kaum cina dan india yang terpaksa hidup susah.

Kita dapat simpulkan bahawa HINDRAF hanya membawa perjuangan mereka bukannya untuk memperjuangkan hak tetapi untuk menimbulkan perasaan tidak puas-hati di dalam hati kaum India yang lain yang beragama Hindu. Ini salah satu contoh rapat umum yang berorientasikan kepentingan peribadi, bukannya perjuangan hak asasi yang sebenar.

Kalau kita ingin mengadakan rapat umum dan demonstrasi, kita kena tahu apa yang ingin kita perjuangan dan apakah perjuangan kita boleh memanfaatkan orang lain. Kalau setakat berjuang tanpa mengetahui maksud sebenar perjuangan tersebut juga sesuatu yang salah kerana disebabkan perjuangan tersebut akan mengakibatkan berlakunya rusuhan. Sudah tentu kita tidak mahu sejarah peristiwa 13 Mei berulang.

Setakat ini dahulu artikel aku, akan bersambung di Part yang kedua. Stay Tune!

2 ulasan:

Truckster berkata...

yup apa yg ko cakap tu memang pendapat ngko dan sesetengahnya betul bg aku....setiap orang ada pendapat memasing dan aku memang xde niat sikit ntuk blame ko....

bagi aku apa guna demokrasi kalo rakyat sendiri xleh nak luahkan perasaan...baik truss jalankan demokrasi ala komunisma..nampak rakyat membangkang skit tahan dan hukum bunuh dengan selamba, ini tidak laungkan demokrasi tapi falsafah demokrasi sendiri tidak diturut

pendapat aku apa yg ko cakap itu btul pasal menyusahkan rakyat lain, kedai banyak tutup, bazir duit kerajaan, tapi apa akan jadik kalo masa depan demokrasi dilacurkan?? kebanyakan rakyat2 marhean hanya dibobrokkan oleh media yg dipegang kerajaan...mereka tidak mencari alternatif ntuk media2 yg lebih adil, sebabtu la indeks kebebasan media Malaysia lebih bwah dari Indon, Thailand dan negara serantau...

meamng sudah bertahun2 NGO, Pembangkang dan badan2 lain berusaha untuk mengadakan perbincangan bukan tidak ada. Tapi kesannya tetap sama, Kerajaan menggunakan pelbagai helah ntuk menutup kelemahan mereka. Mendapat akses kepada media adalah kunci utama mereka, dan rakyat sendiri mudah sahaja dibobrokkan oleh media kerajaan.....

Maka tidak hairanlah berpuluh ribu yang turun walopun dari jauh. Disekat Roadblock, dibobrokkan media yg katanya "BUkan Budaya Kita ", Digertak/ditakut-takutkan Polis, tapi berusaha jugak menghadirkan diri...Dlm RTM kononya hanya 400 orang yg datang..tapi tengoklah gambar2 dekat blog/ youtube dan gunakan kebijaksaanaan Matematik/logik anda untuk mencongak bilangannya....sememangnya membuatkan jalan jam,menyusahkan orang ramai dengan jalan jam sana sini, kedai banyak tutup dan kerugian ratus ribu ringgit, bazir duit rakyat untuk polis buat kerja lebih dan macam2 lagi...bukan saja2 apa mahu selamatkan Demokrasi di Malaysia!!!!

Ahmades berkata...

Hurm, ada benarnya. Sebab tu aku nyatakan dalam post aku yang kerajaan tak memberi peluang kepada mereka untuk bercakap perkara yang sebenar.