The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Selasa, November 28, 2006

Anda dan IDEA anda

Kalau semua manusia dalam dunia ini memiliki pemikiran yang sama, maka akan amanlah dunia

Berikut adalah kenyataan umum mengenai pemikiran menusia, dan ANDA merupakan salah satu daripadanya. Iaitu seseorang yang mempunyai pemikiran yang mungkin saman, mungkin berbeza dari orang lain.

Apa yang anda lakukan sekarang merupakan idea anda, keperluan anda serta motivasi dari apa yang berlaku disekeliling anda. Adakah anda tahu yang terdapat diantara rakan-rakan anda tidak menyetujui corak pemikiran anda? Apakah anda akan mempertahankan pemikiran anda atau mengajak rakan anda untuk berbincang mengenai pemikiran anda?

Pemikiran manusia merupakan satu anugerah tuhan yang amat bernilai. Pemikiran merupakan corak perkembangan teknologi sesuatu budaya dan juga, merupakan aset penting kepada manusia itu sendiri. Tanpa pemikiran, anda tidak boleh merancang dan meminda sesuatu pekerjaan dengan mudah dan efektif. Mahu tak mahu anda perlu meletakkan kesemua kos didalam satu pemikiran yang juga dikenali sebagai pemikiran wajar.

Anda memiliki pemikiran yang wajar, dan dari pimikiran tersebut anda telah mencipta satu idea. Tak kisahlah samada idea tersebut untuk sesiapa sahaja yang pasti itu adalah idea dari anda. Anda ingin aplikasikan idea berkenaan dalam dunia yang nyata dan masalahnya, terdapat segelintir manusia yang tidak boleh menerima idea anda. Bukan semua tapi segelintir.

Apa yang anda perlu lakukan untuk membolehkan orang menilai idea anda? Sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri :-
  1. Optimistik
  2. Berdaya-saing
  3. Maju kehadapan
  4. Praktikal dan Peka dengan suasana sekeling
  5. Yang penting, idea anda tidak menyusahkan orang lain
Maka anda boleh mengajak manusia berkenaan berdebat untuk memperjuangkan idea anda. Kerana idea anda adalah pemangkin kepada perubahan corak kemasyarakatan pada masa hadapan kelak. Idea yang mana akan membawa mereka kepada satu perubahan (sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri yang disebutkan).

Sekiranya anda hendak mengajak mereka berdebat, terdapat banyak jenis manusia yang boleh diajak tetapi pilihlah diantara mereka yang :-
  1. Memang berpengetahuan/faham terhadap idea anda
  2. Memiliki otak yang bernas dalam memberi sumbang-saran
  3. Mampu memberi cadangan/menolak cadangan idea anda dengan memberikan pendapat yang bernas
Mereka yang memiliki ciri-ciri begini selalunya tidak akan mengecewakan anda dalam pelbagai hal didalam perbincangan. Mereka ini produktif dan mampu memberikan sumbang-saran yang membolehkan anda membuat keputusan yang wajar untuk melaksanakan idea anda. Elakkan dari mengajak manusia dari ciri-ciri ini :-
  1. Faham dengan idea anda tapi buat-buat tak faham
  2. Tak tahu langsung tentang perkembangan teknologi yang berkait-rapat dengan idea anda
  3. Mengkritik anda sebelum anda menyuarakan pendapat anda
Mereka ini, amat mengecewakan, amat memalukan untuk diajak berdebat. Seperti kata orang tua-tua mereka inilah diantara orang yang suka memutar-belitkan pendapat. Berdebat dengan mereka samalah seperti berdebat dengan tunggul kayu...tidak ada apa-apa output yang bernas melainkan perbuatan sia-sia.

Jadi, apakah idea anda untuk diperbahaskan pada rakan-rakan anda?

~ahmades~

Microsoft(R) Firefox.... WTF???

Sebelum tu..aku rakamkan jutaan trimas kat izuardi pasal bagi aku link nih MSFIREFOX. Aku sungguh teruja dengan laman web nih...wahahahaah.. :))

Gila sungguh bila aku masuk laman web nih, bila masa Microsoft buat JV (Joint Venture) dengan Mozilla untuk hasilkan Microsoft Firefox nih? Macam tak percaya jer aku...

Tapi setelah ditiliti, baru akutau benda nih merupakan kritikan pihak opensource terhadap product Microsoft iaitu IE7 (Internet Explorer 7). Iyelaa... IE7 punya feature tu hampir menyamai MozillaFirefox sapa tak kritik? Ia seperti kalau anda memakai / menggunakan IE7 dan menukarkan theme IE7 berkenaan, nampak sebijik macam Firefox punya interface..sungguh kagum wahahaah..

Laman web nih, amat lucu untuk diterangkan. Melaikan korang masuk dan explore sendiri content dalam laman web nih.

Laman Web : http://www.msfirefox.com/
Video : Microsoft Firefox

P/S: Paling aku tak tahan gelak kat feature RSS dia tu :-

RSS is a relatively new algorithmic technology fueled by the continued hot desires of many online web users. Accessed by an illuminating an icon on the toolbar - a single click allows you to view and optionally download anything that resembles a tit, a boob or a breast - rendered directly in the browser with speeds up to 10 times faster than the competition. Real Simple Sex can scan and arrange explicit images/pictures in order of quality and effectively filters out irrelevant content such as balloons or soccer balls.

Hehehehee...

SAMAN....... GUNA WIRELESS DAN SAMAN

Adakah engkorang terbaca dari laman web nih :- Remaja Singapura kena saman sebab mengakses WIRELESS jiran sebelah ???

Pertama sekali, apa yang aku boleh katakan disini adalah :-

  1. Bodo + KEDEKUTNYA jiran-jiran di Singapura sebab tak der tolenransi langsung dalam menangani kes camni, bukan nak bincang elok-elok alik-alik SAMAN + JAIL budak tu
  2. Kerajaan Singapura yang tak best, undang-undang bawah tempurung yang tak der toleransi dalam menangani isu orang yang access Wireless jiran sebelah

Kenapa? Satu sebabnya budak tu hanya access wireless jiran sebelah, bukannya access wireless BANK sebelah. Kalau dia access wireless BANK sebelah maka memang patut disaman atau dijail, sebab itu dah masuk dalam kategori HACK + HIJACK rangkaian orang. Ini tidak jiran sebelah pon kena SAMAN + JAIL. Satu undang-undang IT yang agak keras untuk negara yang berorientasikan IT macam Singapura.

Sebab kedua, pemilik (a.k.a jiran sebelah tu) tak reti pakai wireless ka? Tak reti nak set WEP (Wireless Encryption Protocol) ke kat AP (Access Point) tu? Nampak sangat memang dasar nak pakai tapi tak reti guna. Lepastu bila ada orang access buta-buta gadohlah nak SAMAN + JAIL orang tu. Sungguh n00b sekali.

Begitu malang sekali budak tu, dikenali sebagai Tan yang dahlah disaman sehingga 10,000 dolar singapore, pastu jail pulak kot atas sampai 3 tahun. Apa punya malang ler nasib dia. Pemilik wireless yang bodo + bangang tu mesti gumbira disebabkan dapat menyaman budak berkenaan sekaligus memberitahu kita yang dia semata-mata memabeli AP untuk membolehkan dia cari duit dengan saman orang yang access Wireless dia tanpa kebenaran (Well.... kalau dah AP tu set jadi Open Station... sapa yang tanak access? Orang ingat tuan rumah tu sedekahlah kot).

Nasihat pada engkorang semua, kalau engkorang nak jadik kaya cepat sekalipon jangan suka-suka saman orang itu dan ini disebabkan disebabkan kebodohan korang yang tak reti nak set password WEP dalam AP korang tu. Daripada korang nak saman orang tu, baiklah korang memperbanyakkan lagi ilmu didada camner nak melindungi AP korang dari kena hack / access tanpa pengetahuan korang. Itu adalah lebih baik daripada saman-menyaman yang mana nampak sangat korang nih bodoh tahap katak dibawah tumpurung. Nak pakai Wireless tapi tak reti nak jaga Wireless (dari kena hack, phishing..dll)

Sekian dari aku nih.... tata semua... :)

(Copied from My Friendster Blog)

FInal - Apa yang korang rancang?

Sekarang nih musim peperiksaan kahir a.k.a FINAL dah nak mula dah (sebenarnya banyak dah IPT yang dah abih...tapi poli aku nih baru jerk nak mula...heran betui), jadi apa persediaan korang dalam menghadapi FINAL yang bakal mendatang nih?

Adakah korang :-

  1. Akan baca buku a.k.a menghafal buku??!!
  2. Ulangkaji pelajaran?
  3. Menghafal?
  4. Tanya kenkawan
  5. Buat toyol???*
  6. Lain-lain perkara yang korang rasa best?

*P/S = Buat toyol tu tulis atas kerta kecik pastu bawak masuk final a.k.a meniru

Sebenanya, korang tak perlu bersusah payah nak menghafal itu dan ini sebab korang kalau menghafal sekadar nak masuk FINAL, maka korang hanya dapat ingat sekadar korang masuk FINAL sahaja. Bukannya untuk seluruh / seumur hidup korang. Menghafal untuk FINAL bukannya dikenali sebagai menuntut ilmu tetapi dikenali sebagai manghafal ilmu. Korang hafal tapi korang tak faham apa yang korang hafal sebanarnya turr.

Satu benda yang memang dalam minda bebudak IPT ialah setiap kali FINAL ialah mereka akan meletakkan otak mereka dalam mode menghafal, mereka akan menginput sebanyak mungkin data-data modul ke dalam otak mereka. Otak manusia nih terdiri daripada motor yang dikenali sebagai Phyco-Motor, juga mempunya limit untuk berfungsi. Kesan-kesan limit tersbut dapat dirasai sekiranya :-

  1. Pelajar letih / keletihan selepas 2 ~ 3 jam menghadap buku
  2. Mengantuk
  3. Mula bersembang sesorang
  4. Membaca sampai tak tau apa yang dibaca
  5. Hilang fokus
  6. Hilang kawalan otak (mulalah nak bunuh diri dsb ini dah pertanda buruk)

Kebanyakkan pelajar IPT, tidak dinafikan mempunyai cara tersendiri dalam mengatasi keletihan Phyco-Motor. Ada diantara mereka :-

  1. Setiap 2 jam belajar, main Counter Strike selama 10 minit
  2. Setiap 2 jam belajar, sembang / YM / SMS / Tepon ngan awek sekejap
  3. Setiap 2 jam belajar, tengok gambar blue sekejap
  4. Setiap 2 jam belajar, tengok anime sekejap
  5. Setiap 2 jam belajar, mesti main Frindster.com sekejap
  6. Setiap 2 jam belajar, sekejap

Kalau camtu, baguslah. Tak kisahlah korang layan blue ke apa ker janji dapat release tension belajar sekejap pon jadilah. Tapi yang amat dikesali bagi pelajar-pelajar yang yang mengambi langkah extreem dalam belajar, seperti mengamalkan minum kopi tongkat ali untuk berjaga sampai 2 ~ 3 malam atau yang paling teruk, mengamalkan pengambilan dadah dari jenis ais (syabu) untuk memastikan mereka terjaga samapai bermalam-malam. Kenapa harus begitu dong?

Langkah-langkah extreem nih amat dikesal, kerana dengan mengamalkan langkah-langkah begitu korang sebenarnya meletakkan diri korang dalam status yang amat merbahaya dari segi kesihatan. Dalam final perlunya korang menjaga kesihatan sebab otak yang sihat hanya dapat diperolehi daripada penjagaan / rehat yang cukup. Kalau korang berjaga sampai bermalam-malam pastu camner keadaan korang kalau nak jawab final pada esok pagi nih? Otak akan jadi serabut ayam dan hasilnya, semua yang dihafal akan keluar sehingga tidak tahu mana satu jawapan sebenarnya untuk paper berkenaan.

Manghafal adalah rutin harian pelajar IPT dalam menghadapi FINAL, tapi sejauh mana keberkesanannya dalam kehidupan yang bakal mendatang nih? Korang hafal semata-mata untuk FINAL, lepas FINAL korang akan lupakan terus apa yang korang hafal. Kalau camtu mentaliti korang camner korang nak survive dalam alam perkejaan nih? Takkan nak pegang scroll degree/diploma dengan result >3.5 dengan takder apa-apa skill yang korang bleh apply untuk pekerjaan korang? Tanyalah diri korang.

Pelajar IPT, bila korang dah masuk IPT maka mentaliti menghafal buku teks pada zaman budak sekolah TIDAK BOLEH diamalkan lagi. Sebab? mari kita tengok kronologi nih :-

  1. Zaman korang tadika, ditanya oleh cikgu nak jadi apa korang cakap nak jadi Programmer (perghhh...bakal jadik hacker budak tur kalau jawab camtu time tadika)
  2. Zaman korang sekolah rendah, ditanya oleh cikgu apa yang korang nak jadi dan korang jawab nak jadi Programmer. Cikgu kata belajar bersungguh-sungguh dengan menghafal buku teks. Dan korang lulus UPSR dapatlah masuk sekolah berasrama penuh
  3. Zaman korang sekolah menengah, ditanya oleh cikgu apa yang korang nak jadi dan korang jawab nak jadi Programmer. Cikgu kata belajar bersungguh-sungguh dengan menghafal buku teks. Dan korang lulus SPM dapatlah masuk IPT(A)
  4. Zaman korang kat IPT(A), korang TAK AKAN DITANYA LAGI APA KORANG NAK JADI sebab korang dah pon masuk / amik course yang korang BAKAL AKAN JADI pada masa hadapan. Yang tinggal adalah untuk tunggu KORANG sendiri untuk mengumpul ilmu untuk pekerjaan yang bakal korang ceburi kelak

Dalam kronologi nih, dari 1 sampai 3 korang perlu menghafal buku teks untuk berjaya. Tapi bila masuk bab 4 korang dah takder dah buku teks untuk korang baca dan hafal. Yang tinggal adalah bagaimana korang nak kumpulkan ilmu untuk masa hadapan korang jer. Kalau korang amalkan menghafal dalam IPT kemudian bila masuk bab 6 iaitu bab pekerjaan bagaimana korang nak apply teori yang korang hafal turr dalam pekerjaan korang?

Untuk budak IPT, di alam pekerjaan nih terdapat pelbagai jenis masalah yang mana hampir 100% TAK MENYAMAI TEORI yang korang hafal dalam IPT sebelum tu. Atas alasan tersebutlah korang diingankan jangan amalkan mentaliti menghafal baikpun dalam FINAL sebab menghafal bukannya satu benda yang bagus, yang bagusnya adalah bila korang memahami apa yang korang baca. Itulah sebaiknya yang korang perlu buat iaitu memahami.

Kita amik satu contoh, macam course aku iaitu course IT. Kami amik modul Campus Design Network sebagai satu modul elektif. Terdapat teori dan amali dalam modul nih. Sebut mengenai teori, korang kena tau asas-asas wayar network blablablablab dan pelbagai lagi jenis teori mak nenek yang korang nak kena hafal. Dalam amali pulak, korang kena belajar cripping (tau tau kepala Rj-45 nak sambung ke wayar CAT-5e), kena lukis network dalam simulasi Packet Tracer kemedian bagi network tu jalan (yaaa..bagi network tu jalan), server placment, blablablabla.

Dalam ujian toeri...perghhhh... ramainya pompuan yang score dan skit giler lelaki yang score (sedia maklum pompuan banyak menghafal). Sekali datang result ujian sampai naik jelas kami tengok. Tapi bila datang aja ujian amali...... yang mana score tinggi-tinggi semuanya KANTOI tatau nak buat, design cantik TAPI network tak jalan...apa turrrr??? Aku design network sampai berskala dah nak abih mereka masih lagi duk terhegeh-hegeh nak susun mana satu router, mana satu wiring closte switch dan mana satu sambungan fiber. Sambung punya sambung sampai tak jalan network...wahahaahahahahahahahah

Bayangkan student-student menghafal camni kalau mintak kerja... agaknya berapa lama diorang bleh bertahan dalam sesuatu compeny erk? mampuih kalau menghafal tapi tak tau apa yang dihafal turr...

Kalau korang interview kat company private sector, yang mana kerjanya always mission critical, diorang takkan tanya korang belajar apa blablabla tanya korang score berapa. Yang diorang selalu tanya ialah seperti :-

  1. Buat kat saya satu program simple untuk link VB ke Database
  2. Design satu program JAVA untuk paparkan GUI depan saya
  3. Sekarang, saya nak awak tolong jualkan product tu pada costumer, saya nak tengok performance awak on-demand
  4. Dan soalan-soalan praktikal yang lain yang mana konsep TAK SAMA LANSUNG dengan teori

Jadi.. apa pilihan korang? Jadi student yang kuat menghafal tapi tak reti apa-apa pasal praktikal ATAU student yang kuat menghafal jugak dan pada masa yang sama, faham dan praktikal pada benda yang dihafal tersebut.. apakah pilihan korang?

ahmades (copied from my friendster blog)