The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Isnin, Mei 15, 2006

SEMAK KEPALA !!! Kepala menjadi semak kalau....

Anda terpaksa menformat hampir 38 bijik komputer bersama-sama seorang rakan anda. Anda dan rakan anda diberi masa selama 48 jam untuk menyiapkan proses itu dan anda pulak merasakan TAK CUKUP MASA kerana 38 bijik komputer bukan senang oooooo nak format macamtu-macamtu....

Macam tu jugak dengan aku, pagi tadi pada 15 Mei 2006 aku diarahkan oleh big boss untuk mengusha komputer kat kolej komuniti Langkawi. Report yang dibuat oleh pihak kolej tu menyatakan sebanyak 38 bijik komputer telah bermasalah dan perlu diperiksa dengan teliti... HAH? Teliti korang cakap? Berbulu kepala oooooo kalau nak periksa dengan T-E-L-I-T-I. Bukan senang nak pikiaq macamtu padahal kalau nak format mestilah kita nak maintain system, nak jaga itu dan ini, nak maintain tu dan ini, jang speed dan lelain lagi. Ini cukup semak kepala.

Well... semak tak semak aku terpaksa memikirkan cara yang cepat dan pantas tanpa merugikan masa aku (dan pada masa yang sama, dapat menggunakan seluruh kitaran masa dengan berkesan). Mola-mola, aku tengok dulu apa fasaliti yang ada kat makmal tu dan aku dapati yang makmal tu ada :-

1 :: Server
+ Diorang tak pakai server nih, diorang nih bodo. Adakah patut pegi bypass server teruih ke modem?

2 :: LAN
+ LAN pakai modem sebagai router,

Dan aku pulak memikirkan cara-cara yang agak berkesan untuk mempergunakan masa dengan sebaiknya. Aku ada masa untuk esok lagi menyiapkan bendalah tu. Huhuhuhuhu............. berserabut kepala. Pelbagai jenis penyelesaian keluar dari kepala hotak aku yang berserabut nih. Banyak jugaklah kontra yang keluar. Nih idea yang kelaur bersama-sama kontra :::
KALAU AKU :-

1 :: Format Komputer satu-satu?
PRO
+ Bleh maintain satu-satu benda tu, performance PC pun jadi baguih
KONTRA
- Lambat, kalau 38 bijik komputer berapa lama masa nak siap tu?

2 :: Buat ghost (duplicate) satu-satu Hardisk ?
PRO
+ OK gak tu, cepat kerja, senang pulak
KONTRA
- Ingat senang nak buka dan robek HD satu-satu komputer?

Jadi idea aku terbantut kat situ, dan aku pun memikirkan idea-idea lain... sambil-sambil duk teliti kabel cat5 tu, duk tengok swicth dan server tu aku terpikir satu idea, baguih pnya idea... yeah memang baguih sungguh idea yang aku pikiaq nih. Apakata, aku buat ghost melalui IP komputer? Yeah idea bernas pun muncul jugak akhirnya. Buat Ghost melalui IP tapi :-

PRO
+ Senang, takyah nak robek komputer
+ Format satu komputer cukup kemedian simpan image ghost kat server, pastu ghost lerr ke reramai komputer
KONTA
- Nak kena setting balik server tu... (bangang tol)

Jadi, aku amik keputusan untuk buat ghost melalui IP sebab kalau nak setting server balik, mudah jer kerja tak sampai 5 minit pon aku buat. (akan bersambung......)

Well.. takat nih dulu, sebab aku nak tido dah.. esok nak kena buak plak.. nanti kita sambung plak cerita yerr... hahahahah...

Ahad, Mei 14, 2006

Apabila Streamyx Terputus..... :(

Masa ini dalam sejarah aku.....waaawawawawaw huhuhuhuhuuhuh..... :(

Korang tengok kat sini, inilah yang dikatakan TM NET servis yang bagos dan baikk.. servis camni menyebabkan aku kena ayat nih dari sorang awek dah la cun , baik, berpandangan jauh, cukup berinfomasi dan lawa pulak tu.....huhuuh... :(


Aku sungguh sedih.. pada 14 Mei 2006 aku ber"YM" dengan beliau dan biasalah, aku pon tak betul sangat time tu disebabkan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh boss bodoh aku tu.. Diorang ugut aku dengan akan men"fail"kan keputusan praktikal aku....

Terjadilah "perang" kecil-kecilan. Aku megakui kesalahan aku tapi... tapi..... streamyx telah menghancurkan segalanya... STREAMYX...YAAA STREAMYX telah disconnect time tu dan aku dapat ayat yang aku rasakan dapat "membunuh" aku ketika tu... sekarang ih pon membunuh aku jugak huhuhuhuhhu.....

kepada awek tu kalau dia terbaca blog aku nih... aku minta maaf.... MINTA MAAF WAHAI AWEK CUN, BAIK, BERINFOMASI, PANDAI, CANTIK...... Malam tadi streamyx terputus. Connection tetiba down dan time bila aku connect balik jer... huhuhuuh dapat ayat pedih yang aku sendiri tak sangka....... :(

Merepair laptop MAC, pandai tak merepair MAC nih?

Assalamualaikum semua. Lama gak aku tak update blog aku nih, maklumlah sekarang nih sibuk sampai tak ingat duk buat projek tu dan ni. Sekarang nih aku update la blog aku nih dengan apa-apa yang perlu.

Korang nak belajar camner nak merepair MAC? Aku pernah tanya seorang tokei kedai pasal MAC :-

Aku :: Tokei, boleh tak repair komputer MAC
Tokei :: Ish, mana bleh lol. Mana kita reti repar MAC?

Merepair MAC nih bukan susah pun seperti yang disangka, kalau korang amik skrudriver dan bukak perut MAC, korang akan dapati yang dalam MAC tu adalah sama macam perut komputer x86 yang lain-lain yang biasa kita pasang. See ? Tak susah nak merepair MAC nih. Baru-baru nih aku telah merobek isi perut Apple iBOOK untuk merepair. Cuma MAC nih, processor disolder terus kat motherboard. Jadi jangan terkejut la kalau korang tengok satu cip dengan logo Motorola yang kena inject terus kat motherboard macam cipset plak. hehehehe....

Well.. aku akan bawa gambaran lebih lanjut pasal iBOOK nih. Nih adalah beberapa gambar yang aku tangkap untuk tantapan korang semua.

Yang korang tengok sekarang tu adalah motherboard Apple iBOOK yang telah dirungkai dan dimodelkan untuk tantapan korang. So camner? Adakah susah untuk memperbaiki Apple? Sonang kerja jer kan?? Tapi nak baiki barang mahal memang agak takut dan ngeri gak lah bagi sesetengah orang. Pasal selalunyalah :-

Aku :: Tokei, sapa ada Apple yang lama nih. Tokei format la sat. Takpa kosnya saya bayar Tokei :: Alaaa.... you nih, gila ka? tu barang manyak mahai loo.. mana bleh buat..kang rosak sapa mau tanggung?? (well.... jawapan pekedai yang nak SENANG jer...)

Amacam tu la ragam hidup pekedai kat Malaysia...tanak belajar. So dalam kenalah belajar merepair tak kiralah apa jenis hardware yang korang jumpa. Janji bleh buat duit...

Jap...jap.. korang kena gak tengok cemner rupenya iBOOK yang telah dirongkah macam tu sekali :-


Well apa pandagan korang... sekarang nih aku show dulu gambar-gambar part Apple.. nanti aku ajar camner nak rungkai Apple nih...okeh....?

Sekian dari aku...hahahaha