The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Jumaat, Disember 15, 2006

Fate Hollow Ataraxia

Hello, sekarang nih aku buat review la pulak. Review aku kali nih berkisar kepada game ala-ala visual novel iaitu Fate Hollow Ataraxia. Ini dalam game berkonsepkan visual novel yang mana ia adalah sequence kepada anime yang terbest dari TYPE-MOON / MADHouse Production iaitu Fate Stay Night.

INI BUKANLAH ANIME, first sewaktu aku dapat berita nih dari member aku iaitu Shawan (dia nih memang gila dengan anime, nak kawen pon cari muka cam watak anime jugak...ish..). Ianya adalah novel yang mana korang bleh bermain-main dengan watak kesayangan korang dalam siri anime Fate Stay Night. Yaaa... pada sesiapa yang rindu nak kawal watak-watak tu memang digalakkan main game ni. Berita buruk adalah, game ini dalam bahasa Jepun so kalau korang nak main jugak kena ler pandai berbahasa jepun hukhukhukhukhuk...

Patutkan aku beri skit spoil tentang game nih? Rasanya tak perlu kot....hehehe. Kenapa yek nama game pelik skit? Maksud Fate / Hollow tu semua sedia maklum tapi apakah maksud dari perkataan Ataraxia? Mengikut kamus, perkataan Ataraxia nih datang daripada Yunani yang bermaksud Ketenangan. Perghhh... kalau Fate / Stay Night bermaksud Nasib Tinggal Malam, yang nih bermaksud Nasib / Ketenangan yang Kosong... perghhh....ngancam jiwalah visual novel nih.


Salah satu watak dalam FHA, Saber

Sungguh dramatik nama visual novel tu. Kat sini aku kasi skit clue mengenai watak-watak penting dalam Fate / Hollow Ataraxia :-

Watak Utama
  1. Bazett Fraga McRemitz
    • Mage yang dihantar oleh Persatuan Mage untuk untuk berlawan dalam 5th War of the Holy Grail, Berasal dari Ireland dari susur galur keturunan mage yang agak luar-biasa. Pemilik asal servant Lancer sebelum dia dikhianati oleh Kirei Kotomine dan mendai Master untuk servant Avanger
  2. Caren Ortensia
    • Exorcist dari Gereja yang dihantar untuk menggantikan Kirei Kotomine selepas kematiannya. Lain lain fakta mengenainya tak beberapa jelas dan disebutkan dia dapat melihat peristiwa ganjil dan aneh secara objektif
  3. Avanger
    • Servant untuk Bazett Fraga McRemitz sebagai servant ke-8 dalam Holy Grail War. Nama sebenar dipercayai iaitu , satu kejahatan semangat Zoroastrianisme

Watak Kedua
  1. Shirō Emiya
    • Pening skit nak terangkan watak Shiro dalam FHA, sebab dikatakan dia adalah Avanger sewaktu malam, dan Shiro budak baik sewaktu siang. Taktaulah aku nak terang camner.
  2. Rin Tōsaka
    • Dia nih seorang yang agak tomboyish, tapi telah bertukar sebagai Gadis Magic sewaktu berpindah ke London. Dia betukar ke personaliti Gadis Magic Kaleido-Ruby disebabkan satu alat yang dipanggil Kaleidostick. Taktaulah...komplekated nak terangkan benda nih.

Watak-watak lain dalam Fate Stay Night juga wujud dalam FHA nih. Mungkin sebagai rakan / kawan / penasihat / musuh aku pon tatau lerr.. (aku tau.. tamau nak spoil jer hekhekehekehek)

Harapan aku, agar benda nih segera manjadi siri anime... macam best ajer benda nih kalau dah jadi siri anime hahahahaha..... main game bahasa jepon sapa nak paham..hoh.

Streamyx dan isu P2P

Sedia maklum, isu P2P dan Streamyx merupakan satu isu yang sungguh mendukacitakan aku. Kenapa aku berdukacita dengan isu nih? Sebab aku salah seorang pengguna Streamyx yang selalu jugak menggunakan P2P bagi proses pemindahan fail-fail dari Internet dan ke Internet.

Pertama sekali, kekecewaan aku bila dapat mengetahui yang Streamyx telah "menyekat" P2P dari berfungsi sepenuhnya. Apalah kegunaan Internet tanpa P2P nih? Satu soalan yang mana manager TMNet perlu jawab. Maksud menyekat disini, aku mula menyedari yang packet P2P yang melalui DNS Streamyx diberikan laluan "low-priority", dimana ada satu mesin khas untuk mengesan packet berkenaan dan memberikan laluan low-priority kepada data berkenaan, menjadikan penghantaran data P2P mudah "dropped" jika ada data yang "High-priority" lalau didalam talian DNS. Itu amatlah mendukacitakan aku sebagai seorang pelanggan Streamyx. Streamyx = Suck.

Tapi yang saya heran, bila packet tu datang dari local P2P (maksudnya, dari komputer dengan IP local, dari Malaysia) speed tak berubah. Adakah TMNet menyekat trafik P2P untuk rangkaian WAN luar dari Malaysia? Kenapa harus disekat?

Untuk pengetahuan manager TMNet, tak semua orang yang menggunakan Internet adalah berkemampuan dalam menyediakan server berdedikasi (dedicated server) untuk menyediakan kandungan multimedia untuk di download oleh pengguna lain. P2P adalah salah satu dari cara mereka mengagihkan kandungan berkenaan kepada pengguna lain dengan kos yang rendah dan efektif. Bayangkan wahai manager TMNet, bukan murah untuk kos menghosting, server, bandwith etc etc etc dalam memberikan kandungan multimedia kepada pengguna. Sebab itulah wujudnya P2P nih.

P2P wahai maneger TMNet, adalah salah satu kaedah dimana perkongsian dilakukan secara distributed. Dengan kewujudan kaedah distributed, proses downloading menjadi pantas kerana ada beberapa peer yang boleh membekalkan sedikit bandwith untuk membolehkan kandungan di download oleh user lain. Dan ianya teramat murah jika dibandingkan dengan mewujudkan satu server berdedikasi untuk menyediakan kandungan multmedia. Wahai Manager TMNet, syarikat awak tak apalah kerana memang kaya dan boleh membeli server 2 ~ 3 biji dengan mudah. Bagi non-profit organisation, hanya kaedah ini sahaja yang boleh menyediakan kandungan kepada pengguna dengan kos yang amat minimal (dah nama pon non-profit organisation).

P2P, ya menang saya akui memang ada banyak pengguna Streamyx yang asyik sangat mendownload sampai lupa diri yang bandwith yang digunakan bakal menggangu bandwith sedia ada. Tapi wahai manager TMNet, sedarkah anda benda ini merupakan salah satu kelemahan syarikat anda? Sepatutnya anda berusaha memantapkan bandwith BUKANNYA mengkomplen dengan mengeluarkan kenyataan tak beberapa best dengan menyalahkan user tersebut sahaja. Anda gagal menyediakan broadband yang mana TAK SAMA seperti apa yang anda iklankan. Berapa banyak WANG syarikat anda habis dibahagian pengiklanan berbanding bahagian teknikal bandwith wahai manager TMNet?

Apa yang anda tahu tentang kepentingan P2P? Banyak wahai manager TMNet, P2P nih berjaya mengurangkan kos hosting kandungan dengan men"distribute" fail-fail berkenaan untuk pengguna mendownload. Dibandingkan dengan :-

  1. Menyediakan server
  2. Menyediakan talian bandwith untuk server
  3. Locate server kat datacenter

Semua itu KOS wahai manager TMNet, syarikat awak sedia maklum memang kaya-raya. Tapi untuk non-profit organisation bagaimana? Organisasi yang menyediakan kandungan tanpa mengenakan sebarang bayaran untuk pengguna bagaimana mereka nak membayar kos sebegini? Mereka bukan seperti syarikat awak, menyediakan perkhidmatan TM filtering pun awak kenakan bayaran. Itu baru value-added-service bagi produk Streamyx awak, tak termasuk produk multimedia yang lain yang mana banyak sungguh hidden charge.

Biar saya beritahu awak wahai manager TMNet, sekiranya ada service ISP yang lebih baik di Malaysia ini, saya pasti akan ramai pelanggan awak yang cabut lari disebabkan "hebatnya" servis ISP yang dibekalkan oleh awak. Awak tak memberikan yang terbaik, seperti mana yang awak war-warkan dalam iklan awak di media cetak dan elektronik.

Saya rasanya, sudah sampai masanya Kerajaan mempertimbangkan untuk memberi lesen ISP yang setaras dengan lesen ISP awak. Jika awak ada "musuh" semestinya awak akan memberika yang terbaik untuk pelanggan awak supaya tak lari dari sayrikat awak. Tak begitu?

Sungguh Heran

~ahmades~

Rabu, Disember 13, 2006

CINTA bukan jaminan

AHLI Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz, hairan dengan situasi melanda golongan artis sejak kebelakangan ini apabila dilihat gagal mempertahankan ‘mahligai perkahwinan’ sungguhpun kedua-duanya dianggap insan cantik dan tampan.

Hantaran perkahwinan bernilai ratusan ribu ringgit yang diwar-warkan golongan terbabit seolah-olah merugikan mereka kerana ikatan perkahwinan sekadar mampu bertahan beberapa tahun.

Mohamed menyuarakan perkara itu melalui soalan tambahan yang diajukannya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan beberapa program dan kursus tidak menampakkan kesan positif.

Beliau turut kecewa dengan situasi perceraian yang semakin meningkat bilangannya di kalangan penduduk berbanding kadar pernikahan.

Ketika membawa isu terbabit, Yang Dipertua dewan rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, mencelah dan bertanya mengenai perkahwinan Mohamed.

Sambil bersahaja, Mohamed mengakui dia tidak bercerai, sebaliknya ‘mendampak’ (bertambah isteri), selain mengajak Yang Dipertua jika berminat untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Cinta sesuatu yang indah, yang manis dan cantik, tetapi rupa-rupanya cinta bukan lagi menjadi dasar atau jaminan untuk memperteguhkan, memperkukuhkan kebahagiaan suami isteri dan rumah tangga.

"Saya tidak tahu mengapa keadaan ini berlaku. Mereka berbelanja hingga ratusan ribu ringgit tetapi tidak kekal lama, paling tidak pun dua tahun selepas berkahwin mereka (pasangan suami isteri) bercerai," kata Mohamed.

Menurutnya, biarpun pelbagai program dan kursus dianjurkan kementerian terbabit, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah kes perceraian di negara ini, jika dibandingkan kadar pernikahan yang direkodkan.
Sumber dari Harian Metro

Ini adalah satu kisah dari fenomena percintaan artis-artis di Malaysia. Sekarang nih Industri Music / Filem / Darma di Malaysia sudah majulah dato'. So please la dato' kalau bercinta pon mestilah gaya-gaya Hollywood la dato'. Dato' nih tak update langsung :P

Hehehehe.... lawak sahaja Dato' yaaa...

Kenapa jadi sebegitu? Kenapa bila bercinta bagaikan nak rakTAPI bila dah kahwin, mulalah nak goyah sana nak goyah sini? Mudah sahaja persoalan nih dato'. Meh saya ahmades tolong jawab yaaa Dato'

Kalau Dato' perasan, kebanyakkan muda-mudi sekarang nih TAK PEKA langsung terhadap keperluan pasangan kepada mereka. Mereka mengambil mudah semua benda dalam kehidupan mereka. Maklumlah anak-anak wawasan 2020 (wawasan ke camni?). Bab yang sepatutnya mereka peka mereka tak kisah, kehidupan mereka lebih kepada keduniaan yang mana ianya mesti bercorak meterialistik dan kebendaan.

Saya faham Dato' kecewa dengan mereka, tapi apa yang perlu Dato' perlu bagi kekecewaan yang lebih lagi adalah sistem pendidikan agama islam / moral di Sekolah-sekolah di Malaysia nih. Mereka tak paham dengan "keunikan" dalam "berpasangan sehingga ke akhir hayat" sebab mereka tak pernah diajar di sekolah bagaimana bentuk kehidupan yang berpasangan, setiap makhluk yang berpasangan.

Dalam sistem pembelajaran di sekolah Dato', zaman saya mengaji sampailah sekarang nih (sampai saya masuk IPT..tapi saya cakap pasal sekolah lerr Dato') tak ada langsung dalam modul Agama Islam / Moral mengenai cara dan langkah dalam berpasangan mengikut hukum-hukum agama / kemoralan manusia. Eloklah diusulkan dalam dewan rakyat mengenai benda nih. Ini lebih baguih dari komentar-komentar yang tak ada apa-apa tindakkan susulan.

Kalau Dato' bercakap mengenai soal artis, biasalah artis nih mana reti bab-bab hukum hakam dalam bercinta. Mereka, saya percaya bercinta mungkin nak meraih publisiti. Tapi BUKAN semua Dato' mereka seperti itu. Ada diantara mereka memang bercinta bersungguh-sungguh dari hati ke hati. Yang tu kita ucapkan ALHAMDULILLAH...syukur.

Artis kita, kalau mereka bercinta alasan mereka kalau ditanya oleh media bagaimana mereka boleh terpaut, mudah sahaja :-
  1. Bertemu di lokasi kerja
  2. Berkerja bersama-sama
  3. Sedang lunch ngan member-member kerja kemedian terpaut cinta pandang pertama
  4. Dan lain-lain alasan yang mana....semuanya di tempat kerja...huhuhuh
Kalau kita lihat cara mereka bertemu dan bercinta, rasanya sempatkah mereka yang mengharmonikan suasana cinta dalam mahligai perkahwinan? Saya tak merendahkan mereka TETAPI cara mereka bekerja saya rasa mereka mungkin goyah dalam mahligai perkahwinan disebabkan :-
  1. Nak kena tangani gosip-gosip
  2. Nak buat album atau filem, tak cukup masa
  3. Paling penting, kurangnya KEPERCAYAAN diantara satu sama lain
Susah Dato' saya rasa susah bagi mereka (artis) tu bila bercinta tetapi nak mengekalkan cinta mereka sampai akhir hayat berdasarkan sebab-sebab berikut KECUALI bagi mereka yang memang pandai membahagi masa diantara kerjaya dan pasangan. Dalam erti kata lain bijak menguruskan masa diantara kerjaya dan keluarga :)

TAPI Dato', yang mana bercerai tak samapi beberapa bulan berkahwin tu saya rasa mereka tak pandai menguruskan masa untuk keluarga dan kerja. Ataupun mereka lebih mementingkan kerjaya dari keluarga. Betul tak cakap saya nih Dato'? Better kalau Dato' nak usulkan program sebelum berkahwin, jangan lupa masukkan sekali dalam modul tu bagaimana cara untuk menguruskan masa diantara keluarga dan kerjaya. Itu adalah (tak semestinya) lebih baik.

Sekian dari saya Dato'