Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu, bulan Ramadhan mula menghampiri penghujungnya. Dan ia bakal melabuhkan tirainya. Akan berakhirnya Ramadhan, bulan yang ditunggu oleh setiap umat Islam yang beriman dalam usaha mereka menghampiri Rahmat Tuhan Yang Maha Esa.
Dan akan membuka tirai dirinya yakni bulan Syawal, bulan kemenangan yang disambut oleh sekalian umat Islam setelah sebulan lamanya berjuang mengekang nafsu bermula dari makanan sehingga ke perihal akhlak. Pastinya bulan ini disambut dengan kegembiraan didalam penuh kesyukuran kehadrat Tuhan Yang Maha Esa.
Didalam menyambut kesyukuran berkenaan, ada yang hampir terlupa diri. Berbelanja didalam menyambut tanpa mengira had-had etika seorang Islam. Saya ingin bertanya kepada pembaca saya, adakah anda salah seorang yang tergolong didalam kumpulan tersebut?
Mungkin kita seorang yang senang, seorang yang ditakdirkan Allah SWT memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Tetapi disebalik masyarakat yang senang terdapat golongan yang diuji oleh Allah SWT dengan kesusahan dan kepayah didalam kehidupan.
Kesempitan hidup mereka, kedaifan dan juga kemiskinan yang menjalar tengkuk mereka dan membelit pergerakkan mereka didalam mengharungi dunia fana ini. Pernahkan kita memahami situasi mereka yang sedang dilanda kedaifan didalam kehidupan ini?
Disini, saya ingin menyeru dan meminta kepada pembaca saya, fahamilah kehidupan mereka. Sekiranya terdapat salah seorang umat ini berada didalam kelompok kehidupan anda, bantulah mereka. Berilah sedikit kegembiraan anda kepada mereka didalam meyambung kemenangan Syawal. RM10, RM50, RM100 atau apa sahaja jumlah yang termampu.
Janganlah anda semua para pembaca mengabaikan mereka, kelak anda semua akan diabaikan dan dilalaikan oleh Allah SWT sebagai balasan perbuatan anda. Berkongsi kegembiraan adalah satu nikmat kurniaan Tuhan Yang Maha Esa yang sungguh tiada ternilai harganya. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya, kerana Allah Tuhan Yang Maha Kaya.
Diakhir kata, Selamat Menyambut Kemenangan Syawal dan berkongsilah sedikit kegembiraan dengan mereka yang memerlukan.
Dengan Tulus Ikhlas;
AHMADES