Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pembaca blog aku sekalian. Sungguh lama aku tak kemas kini blog aku. Kasihan pembaca aku. Haa, sekarang ini aku menulis benda yang paling hangat untuk semua orang baca.
Apakah perkara itu? Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mari aku tanya satu soalan, adakah anda semua telah menonton Berita Utama TV3 pada 30 November 2007? Kalau anda semua telah menonton berita pada masa tersebut, ada satu slot berita yang memberitahu kita berkenaan dengan undang-undang keselamatan yang baru yakni penumpang tempat duduk belakang diwajibkan memakai tali pinggang keselamatan. Kalau tak pakai, kena saman seperti penumpang tempat duduk hadapan.
Terima kasih dengan kajian terperinci pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang dengan penuh yakin dan terperincinya menyatakan dengan pemakaian tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang boleh menyelamatkan nyawa. Mereka begitu yakin sekali, mereka dengan tanpa waswas mengenakan undang-undang baru berasaskan kajian mereka berkenaan.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita lihat apakah yang dikatakan keselamatan nyawa dan tanggungjawab masyarakat dalam memastikan nyawa mereka tidak terancam. Kalau nak mati, bila-bila pun boleh mati. Kita tidak tahu bila kita akan mati dan tidak akan tahu di manakah tempat kita dimatikan. Oleh kerana kita tidak tahu maka kita memegang tanggungjawab yang teramat berat terhadap diri kita sendiri, yakni memastikan nyawa kita tidak terancam di persekitaran hidup kita. Sebut sahaja persekitaran hidup, ianya bererti di mana-mana kita berada tak kiralah sama ada di hutan, di laut, di jalan raya atau di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa sekalipun kita perlu menjaga diri kita.
Menjaga diri kita adalah perkara yang sangat subjektif. Kalau nak menjaga diri, maka kita kena tahu aspek keselamatan yang perlu diambil untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlakunya sesuatu yang buruk berlaku terhadap diri kita. Kalau kita tak ambil inisiatif untuk menjaga diri kita, kemudian siapa lagi yang akan mengambil inisiatif menjaga kita? Adakah pihak keselamatan jalan raya? Mereka (pihak jabatan) tidak tahu langsung mengenai diri kita. Yang mereka tahu adalah melaksanakan undang-undang merapu yang menyusahkan masyarakat. Sebab apa mereka berbuat demikian? Sebab mereka tahu yang masyarakat Malaysia ini memang bangang/bodoh/bebal/bahlul/belacan untuk melindungi diri sendiri.
Anda bertanya kelebihan undang-undang baru ini kepada saya? Kalau ya, maka jawapan saya "Undang-undang baru ini merupakan undang-undang yang terbodoh sekali yang pernah saya ikut". Sebab apa saya kata ini undang-undang bodoh? Mari kita tinjau secara mendalam.
Ok, katakanlah anda memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Dan anda memiliki sebuah BMW 3 series yang mahal lagi bergaya. Anda memiliki 4 orang anak yang comel-comel belaka hasil perkongsian hidup anda dengan isteri anda. Formula undang-undang baru menyatakan sekiranya penumpang tempat duduk belakang tidak memakai tali pinggang keledar maka saman akan dikeluarkan sama seperti tempat duduk hadapan.
Anda ingin berjalan-jalan bersama keluarga anda. Seperti biasa, anda memandu kereta dan isteri berada di tepi anda. Anak-anak anda yang 4 orang berada di belakang. Tetapi di tempat duduk belakang hanya ada 3 tali pinggang keledar sahaja. Bagaimana dengan yang seorang lagi? Adakah anda rela di saman oleh polis trafik disebabkan dengan seorang anak sahaja? Tentu anda tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada diri anda.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, maka anda perlu membeli kereta yang lebih besar untuk keluarga anda. Alamak! BMW 3 Series anda masih lagi baru, baru sangat-sangat untuk dijual semula. Tetapi sekiranya anda menggunakan BMW anda untuk membawa keluarga bersiar-siar maka sudah tentu anda akan di saman kerana seorang anak anda tidak memakai tali pinggang keledar. Anda tidak akan ada pilihan lain selain membeli kereta lain yang lagi besar seperti kereta Toyota Wish yang boleh membawa banyak penumpang (dan sudah tentunya, banyak tali pinggang keledar di tempat duduk belakang).
Jadi, anda perlu membeli Toyota Wish. Semua itu adalah duit demi mengelakkan anda dari di saman (yang juga perlukan duit untuk membayarnya). Berbaloikan semua itu? Cerita rekaan di atas adalah satu contoh yang mana undang-undang merapu ini boleh menyusahkan masyarakat. Baikkan, mari kita pergi cerita yang lain yang boleh menunjukkan bahawa undang-undang sememangnya merapu.
En. Raju ingin membeli kereta baru untuk membawa keluarganya bersiar-siar. Beliau mempunyai 5 orang anak dan beliau menyayangi anak-anak beliau. Satu hari, En. Raju pergi ke kedai Proton Edar untuk menanyakan tentang harga sebuah Proton Gen-2. Beliau sangat meminati kereta Proton Gen-2 dan ingin membelinya kerana baginya Proton Gen-2 adalah sangat bagus untuk dirinya dan sesuai dengan bajet yang beliau ada. Berlakulah sesi temu-bual di antara EN. Raju dan jurujual Proton Edar berkenaan :-
Jurujual : En. Raju, mahu beli kereta? Nak beli kereta apa?
En Raju : Saya nak beli kereta yang sesuai dengan bajet saya. Saya berminat dengan Proton Gen-2
Jurujual : Gen-2? Sesuai sangatlah dengan En. Raju. Minyak jimat, harga murah. Tapi En. Raju ada berapa orang ahli keluarga?
En.Raju : Saya ada 5 orang anak dan seorang isteri. Lagipun saya rasa inilah kereta yang termampu dengan diri saya ini.
Jurujual : 5 orang anak? Alamak! En. Raju tak tengok Berita Utama TV3 30 November 2007 ke? Tahun depan, ada undang-undang baru yang membolehkan polis trafik menyaman penumpang tempat duduk belakang yang tak mengenakan tali pinggang keledar. Gen-2 hanya ada 3 tali pinggang keledar sahaja. En. Raju kena beli kereta lain. Kalau tak, kena samanlah kalau bawa sekeluarga berjalan-jalan.
En. Raju : Betulkah? Kalau macam tu, kereta apa yang sesuai dengan saya dan keluarga saya?
Jurujual : Saya tahu, En. Raju boleh dapatkan Toyota Wish. Kereta tu sesuai dengan keluarga En. Raju.
En. Raju : Mahal kereta tu. Mana saya mampu beli. Kalau nak buat loan pun tak lepas kerana saya dah berumur dah.
Jurujual : Saya pun tak taulah En. Raju, tapi itu sahaja penyelesaiannya. Kalau tak hari-hari kena saman kalau En. Raju pakai Gen-2 bawa keluarga.
En. Raju : Waaaaaaaaaaaaaaaaa huhuhuhuhuhuhuh. :((
Itu adalah contoh penceritaan bagi komplikasi atau kesan perlaksanaan undang-undang baru yang bodoh lagi tolol. Pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya membuat undang-undang tanpa mengambil-kira aspek ekonomi dan keadaan semasa rakyat Malaysia. Mereka tidak tahu yang undang-undang mereka membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bayangkan, seseorang ketua keluarga ingin membeli kereta tetapi kekurangan modal untuk membeli. Kalau nak beli kereta keluaran Proton sudah tentu tidak boleh bagi mereka yang berkeluarga ramai. Kerana penggunaan kereta Proton boleh menyebabkan mereka di saman oleh pihak berkuasa. Proton juga tidak mengeluarkan kereta yang sesuai untuk kegunaan keluarga.
Dalam erti kata lain, undang-undang berkenaan menyebabkan kereta keluaran Proton tidak akan laku di pasaran kelak sekiranya sasaran Proton adalah kepada mereka yang berkemampuan rendah (tetapi mereka ini selalunya berkeluarga). Ketua Keluarga perlu membeli kereta yang lebih sesuai, seperti Toyota Wish yang boleh membawa ramai penumpang (dan tali pinggang keledar bagi setiap penumpang). Ini akan menyebabkan kereta Toyota akan lebih laku di pasaran kelak.
Kalau aku nak senaraikan analisis komplikasi perlaksanaan undang-undang ini memang terlalu banyak. Tapi tak perlulah aku nak senaraikan semua. Cukuplah dengan dua cerita yang aku sampaikan. Apa pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya tidak tahu yang peratusan besar rakyat Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan sederhana dan berkeluarga ramai? Apa yang mereka kaji sebenarnya? Adakah mereka mengkaji keselamatan pengguna jalan raya atau mengkaji bagaimana untuk memperolehi duit lebih?
Haduihhh.... tak taulah nak cakap apa. Kalau betul nak kaji keselamatan pengguna jalan raya, bagi la cadangan kepada kerajaan untuk mempertingkatkan lagi kualiti jalan raya Malaysia. Ini berlubang sana, berlubang sini, tak ada lampu isyarat, tak ada jejantas dan pelbagai lagi masalah jalan raya yang kritikal. Kenapa tak ambil tindakan di bahagian itu dahulu?
Sekian Sahaja daripada aku.