The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Ahad, September 30, 2007

Opensource, apakah maksud opensource?

Assalamualaikum Semua, dan selamat pagi. Hari ini aku rasa nak blog mengenai opensource disebabkan di Nusantara ini masih ramai lagi tak faham apakah maksud dan tujuan opensource ini.


1#Apakah yang dimaksudkan dengan opensource?

Opensource, atau dalam bahasa Melayunya "Sumber Terbuka" adalah konseptual dalam perisian yang membenarkan pengguna membuat pengubahsuaian dalam source code (kod sumber, aturcara) perisian berkenaan untuk menganalisis dan juga untuk tujuan penambah-baikkan. Ianya bukan mengenai leakage (bocor) dalam sesuatu source code (kod sumber, aturcara) tetapi memberi peluang kepada pengguna untuk bersama-sama di dalam proses pembangunan perisian berkenaan.

Dengan source code (kod sumber, aturcara) tersebut, pengguna dapat [1]belajar bagaimana pergerakan dan operasi perisian berkenaan, [2]Membetulkan perisian berkenaan sekiranya terdapat bug tanpa perlu menunggu tindakan pihak pembangunan perisian, [3]Membuat penambahbaikan terhadap perisian berkenaan untuk kepentingan komuniti, [4]Menjalankan perisian ini di atas mana-mana platform serta menggunakan perisian ini untuk apa-apa tujuan.


2#Adakah opensource sentiasa percuma?

Tidak, Opensource bukan bererti percuma. Ianya adalah "kebebasan dalam proses pengaturcaraan". Tidak faham? OK, opensource bukanlah seperti "pizza percuma" atau "berger percuma", ianya seperti "kebebasan bercakap" atau "bebas nak buat apa sahaja pada perisian berkenaan". Kalau masih tidak faham, andaikan anda membeli sebuah kereta dan anda bebas nak tambah spoiler atau bumper pada kereta anda. Samalah seperti perisian opensource, ada kalanya anda perlu membeli perisian berkenaan tetapi anda diberikan sekali dengan source code (kod sumber, aturcara) supaya anda bebas untuk buat apa sahaja dengan perisian berkenaan.

Ramai yang menyangka bahawa perisian opensource sentiasa percuma. Itu adalah tanggapan yang silap sama sekali. Opensource tak sentiasa percuma, Cuma sesetengah daripadanya adalah percuma memandangkan konseptual opensource yang lebih melibatkan semangat komuniti kepada komuniti. Sebagai satu contoh, kita boleh merujuk kepada RedHat Enterprise Linux. Ianya perisian opensource yang berbayar tetapi pengguna diberi akses untuk mengubahsuai source code (kod sumber, aturcara) secara bebas dan terbuka.

Kebanyakan syarikat yang memperkenalkan perisian secara opensource menggunakan teknik bayaran bantuan teknikal profesional untuk memperolehi bayaran penggunaan perisian opensource. Sebagai contoh, MySQL AB yang memberikan perisian MySQL Server secara percuma di Internet. Sekiranya ada pengguna yang memerlukan bantuan teknikal secara profesional daripada MySQL AB maka mereka perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan servis berkenaan.


3#Kenapa menggunakan opensource?

Sekiranya anda seorang pengaturcara dan inginkan perisian yang beroperasi mengikut kehendak anda maka opensource perlu menjadi pilihan anda kerana anda boleh mengubah source code (kod sumber, aturcara) perisian berkenaan. Sekiranya anda adalah end-user yang memiliki bajet yang rendah, opensource adalah pilihan anda kerana ianya murah. Sekiranya anda berada di paras Enterprise, maka opensource adalah alternatif untuk anda disebabkan pemberian servis secara profesional dan perisian yang boleh dimodifikasikan mengikut rentak perniagaan anda.


4#Opensource vs Closesource

Anda bandingkan sendiri perisian OpenOffice dan Microsoft Office :P, atau Ubuntu Linux dengan Windows Vista :).


5#Perkembangan Opensource Di Malaysia dan ASEAN

Opensource di Malaysia, pada pendapat aku ianya masih lagi merangkak sementara nak menuju ke puncak kejayaan untuk mengaplikasikan 100% perisian berasakan opensource di setiap rumah dan pejabat di ASEAN. Ini kerana tak banyak aktiviti yang menyokong kepada pembangunan opensorce dan juga, dasar kerajaan yang lebih memihak kepada perisian-perisian closesource yang berbayar.

Sekiranya kita memasuki www.google.com.my, dan menaip "Komuniti Linux" kita akan dapati hanya ada beberapa kerat sahaja komuniti virtual Linux di dalam Malaysia dan negara ASEAN lain. Aku merujuk kepada "Linux" sebab aplikasi perisian Linux yang sememangnya berorientasikan opensource. Sekiranya anda ingin belajar mengenai linux, maka virtual komuniti yang aku rasakan sesuai untuk anda adalah di www.mambang.org. Mungkin banyak benda asa ayang boleh dipelajari di sana (aku pun masih merangkak juga dalam Linux ini, tapi sekarang perlu berpindah ke platform Solaris disebabkan kerja)

Sekian sahaja artikel aku. Aku harap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan persoalan pak-pak menteri dan juga persoalan mereka yang sering menganggap opensource adalah perisian yang "tak berguna". Opensource lebih baik daripada perisian berbayar seperti microsoft, bayangkan kalau anda membeli kereta tetapi tidak dibenarkan untuk mengubahsuai kereta anda. Mesti anda rasa marahkan? Hehehehe...

Sabtu, September 29, 2007

Hari ini sangat panas

Assalamualaikum, dan selamat datang ke blog aku. Hohkohkhokhokhokhok (gelak gaya azuan).

Hari ini, genaplah aku berpuasa 17 hari. Pelbagai dugaan berlaku sewaktu 17 hari berpuasa seperti terpaksa melihat teh ais diminum oleh jiran aku yang beragama Hindu serta melihat kedai-kedai nasi kandar yang beroperasi 24 jam tanpa henti sambil menghidangkan kepada pelanggan mereka. Arghhhhhhh.

Walau bagaimanapun, umat Islam diseru berpuasa supaya mereka boleh merasai bagaimana rasanya golongan miskin yang susah nak beroleh makanan. Supaya dalam menyempitkan perjalanan nafsu dalam badan tu. Setan dan Jin dalam perut pun banyak jadi dengan berpuasa mereka juga akan diseksa sebab mereka pun tak boleh makan. Kalau anda semua tengok televisyen yang memaparkan kisah hidup orang afrika yang tak makan, dengan berpuasa anda boleh merasai sedikit pengalaman mereka yang susah nak makan.

Kita ini kiranya beruntung, sebab masa nak buka puasa sahaja semua lauk terhidang di atas meja. Makan lauk-pauk tu sampai kadang-kadang dibuang pula sebab tak habis makan. Bayangkan mereka yang miskin, apakah makanan mereka semasa berbuka puasa? Mungkin segelas air sejuk, mungkin juga sebuku roti atau mereka ta makan langsung. Kesian kan?

Itu masuk bab susah, sekarang ini mari kita masuk bab bebal nak berpuasa. Kalau untuk budak-budak kita umpan dengan RM2.00 untuk menyuruh mereka berpuasa. Yang menghairankan di sini adalah mereka mampu berpuasa tetapi enggan melaksanakan kewajipan berpuasa. Di kedah, kami panggil mereka ini sebagai Baloq Tua. Sanggup pergi ke kedai mamak, sanggup dengan muka tak malu pergi beli nasi bungkus pada pukul 12.00 tengah hari dan air limau ais. Tak malu ke kepada orang-orang yang berpuasa pakcik? Orang yang macam ini patut diketuk kepala mereka beramai-ramai sehingga mereka insaf. Bodoh betullah.

Ada juga di antara kita ini bila masuknya bulan puasa tiba-tiba jadi cepat marah. Alasan? Sebab lapar. Kenapa nak marah bang? Bulan puasa ini kita disuruh banyakkan bersabar. Sebut mengenai bersabar ini aku ada satu cerita. Ini berlaku sewaktu aku sedang membeli-belah di satu bazar Ramadhan di Pekan Simpang Kuala. Aku singgah satu kedai, perut ini terasa nak makan samosa jadi aku belilah samosa di satu kedai pakcik mana ntah. Balik tu, ingat nak makan dulu samosa nih sebelum makan nasi. Seperti biasa, selepas azan dan selepas minum air aku pun makan la samosa nih. Punyalah tak syok pasal samosa nih luarnya panas-panas, dalamnya dah basi dah. Ya Allah!, aku tepuk dahi bagaimana mereka boleh berniaga benda basi nih sewaktu bulan Ramadhan? Aku rasa samosa tu tak habis kelmarin jadi mereka menghangatkan samosa tersebut untuk dijual pada hari ini.

Masa tu, memang dah hilang sabar dah. Serupa nak pagi kat pakcik tu kemudian nak terajang dia lima enam das sebab jual benda basi. Nasib baik mak aku pujuk aku kata "sabarlah, dah bukan rezeki nak buat camna". Aku pun terhenti niat aku nak pergi serang pakcik. Anyways, bila aku lalu jer di tepi kedai pakcik tu, aku selalu tanya dia "Pakcik, samosa nih dah basi ke belum? Dulu saya beli basi..."

Masuklah bab aku, dan hari ini sangat panas. Kering tengkuk aku ini disebabkan hari ini aku kerja di luar. Kalau keluar naik motor serupa naik basikal di tengah-tengah sawah padi pada pukul 12.00 tengah hari. Tiap-tiap minit mesti tengok jam tangan menunggu waktu berbuka. Bilalah nak berbuka nih....ouch!

Etika Memblog Part 5 v.2 : Penutup

Assalamualaikum Semua, bertemu lagi kita di bahagian kelima v.2 siri artikel Etika Memblog.

Aku telah menghasilkan 5 siri dalam Etika Memblog, yang aku harap anda semua dapat manfaat daripadanya. Penghasilan siri ini amatlah rumit disebabkan aku ada banyak kerja lagi yang ingin dibuat. Alhamdulillah, akhirnya habis juga semua siri Etika Memblog karangan aku ini walaupun ada sesetengah di antaranya boleh dikatakan masih lagi tidak lengkap. Walau bagaimanapun, persoalan utama mengenai blogger dan idea telah pun diungkapkan dengan panjang lebar melalui siri ini.

Apa yang anda boleh manfaatkan dari semua siri ini? Mudah, anda boleh bertanya kepada diri anda sama ada anda adalah seorang blogger yang baik atau blogger yang haprak. Blogger yang baik adalah mereka yang sentiasa mempunyai komentar tersendiri terhadap isu semasa, tak kiralah apa jenis isu yang mereka nak komen. Tidak seperti blogger yang haprak yang suka copy-and-paste artikel orang lain ke dalam blog mereka, serta sangat suka menggunakan templat ala-ala blogthings.

Atmosfera blog di Malaysia mula menampakkan kehangatannya apabila banyak blog dihasilkan rakyat Malaysia. Blog-blog ini ada kalanya menarik perhatian aku, ada kalanya terlalu bodoh untuk dibaca. Tak tahulah sama ada blog aku ini terletak dalam kategori menarik perhatian atau terlalu bodoh untuk dibaca. Aku tak boleh mengadili blog sendiri, hanya pembaca aku sahaja yang boleh menilainya. Setakat dari tarikh hari ini aku mempunyai 4 orang pembaca tegar. Tak tahulah apa kata mereka di dalam blog ini melainkan mereka bermurah hati memberi komen di setiap artikel aku.

Akhir kata, jadilah anda semua blogger yang berjaya. Semoga artikel aku akan memberikan manfaat kepada sesiapa yang sudi membaca. Sekian.