The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Selasa, November 28, 2006

Anda dan IDEA anda

Kalau semua manusia dalam dunia ini memiliki pemikiran yang sama, maka akan amanlah dunia

Berikut adalah kenyataan umum mengenai pemikiran menusia, dan ANDA merupakan salah satu daripadanya. Iaitu seseorang yang mempunyai pemikiran yang mungkin saman, mungkin berbeza dari orang lain.

Apa yang anda lakukan sekarang merupakan idea anda, keperluan anda serta motivasi dari apa yang berlaku disekeliling anda. Adakah anda tahu yang terdapat diantara rakan-rakan anda tidak menyetujui corak pemikiran anda? Apakah anda akan mempertahankan pemikiran anda atau mengajak rakan anda untuk berbincang mengenai pemikiran anda?

Pemikiran manusia merupakan satu anugerah tuhan yang amat bernilai. Pemikiran merupakan corak perkembangan teknologi sesuatu budaya dan juga, merupakan aset penting kepada manusia itu sendiri. Tanpa pemikiran, anda tidak boleh merancang dan meminda sesuatu pekerjaan dengan mudah dan efektif. Mahu tak mahu anda perlu meletakkan kesemua kos didalam satu pemikiran yang juga dikenali sebagai pemikiran wajar.

Anda memiliki pemikiran yang wajar, dan dari pimikiran tersebut anda telah mencipta satu idea. Tak kisahlah samada idea tersebut untuk sesiapa sahaja yang pasti itu adalah idea dari anda. Anda ingin aplikasikan idea berkenaan dalam dunia yang nyata dan masalahnya, terdapat segelintir manusia yang tidak boleh menerima idea anda. Bukan semua tapi segelintir.

Apa yang anda perlu lakukan untuk membolehkan orang menilai idea anda? Sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri :-
  1. Optimistik
  2. Berdaya-saing
  3. Maju kehadapan
  4. Praktikal dan Peka dengan suasana sekeling
  5. Yang penting, idea anda tidak menyusahkan orang lain
Maka anda boleh mengajak manusia berkenaan berdebat untuk memperjuangkan idea anda. Kerana idea anda adalah pemangkin kepada perubahan corak kemasyarakatan pada masa hadapan kelak. Idea yang mana akan membawa mereka kepada satu perubahan (sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri yang disebutkan).

Sekiranya anda hendak mengajak mereka berdebat, terdapat banyak jenis manusia yang boleh diajak tetapi pilihlah diantara mereka yang :-
  1. Memang berpengetahuan/faham terhadap idea anda
  2. Memiliki otak yang bernas dalam memberi sumbang-saran
  3. Mampu memberi cadangan/menolak cadangan idea anda dengan memberikan pendapat yang bernas
Mereka yang memiliki ciri-ciri begini selalunya tidak akan mengecewakan anda dalam pelbagai hal didalam perbincangan. Mereka ini produktif dan mampu memberikan sumbang-saran yang membolehkan anda membuat keputusan yang wajar untuk melaksanakan idea anda. Elakkan dari mengajak manusia dari ciri-ciri ini :-
  1. Faham dengan idea anda tapi buat-buat tak faham
  2. Tak tahu langsung tentang perkembangan teknologi yang berkait-rapat dengan idea anda
  3. Mengkritik anda sebelum anda menyuarakan pendapat anda
Mereka ini, amat mengecewakan, amat memalukan untuk diajak berdebat. Seperti kata orang tua-tua mereka inilah diantara orang yang suka memutar-belitkan pendapat. Berdebat dengan mereka samalah seperti berdebat dengan tunggul kayu...tidak ada apa-apa output yang bernas melainkan perbuatan sia-sia.

Jadi, apakah idea anda untuk diperbahaskan pada rakan-rakan anda?

~ahmades~

Microsoft(R) Firefox.... WTF???

Sebelum tu..aku rakamkan jutaan trimas kat izuardi pasal bagi aku link nih MSFIREFOX. Aku sungguh teruja dengan laman web nih...wahahahaah.. :))

Gila sungguh bila aku masuk laman web nih, bila masa Microsoft buat JV (Joint Venture) dengan Mozilla untuk hasilkan Microsoft Firefox nih? Macam tak percaya jer aku...

Tapi setelah ditiliti, baru akutau benda nih merupakan kritikan pihak opensource terhadap product Microsoft iaitu IE7 (Internet Explorer 7). Iyelaa... IE7 punya feature tu hampir menyamai MozillaFirefox sapa tak kritik? Ia seperti kalau anda memakai / menggunakan IE7 dan menukarkan theme IE7 berkenaan, nampak sebijik macam Firefox punya interface..sungguh kagum wahahaah..

Laman web nih, amat lucu untuk diterangkan. Melaikan korang masuk dan explore sendiri content dalam laman web nih.

Laman Web : http://www.msfirefox.com/
Video : Microsoft Firefox

P/S: Paling aku tak tahan gelak kat feature RSS dia tu :-

RSS is a relatively new algorithmic technology fueled by the continued hot desires of many online web users. Accessed by an illuminating an icon on the toolbar - a single click allows you to view and optionally download anything that resembles a tit, a boob or a breast - rendered directly in the browser with speeds up to 10 times faster than the competition. Real Simple Sex can scan and arrange explicit images/pictures in order of quality and effectively filters out irrelevant content such as balloons or soccer balls.

Hehehehee...

SAMAN....... GUNA WIRELESS DAN SAMAN

Adakah engkorang terbaca dari laman web nih :- Remaja Singapura kena saman sebab mengakses WIRELESS jiran sebelah ???

Pertama sekali, apa yang aku boleh katakan disini adalah :-

  1. Bodo + KEDEKUTNYA jiran-jiran di Singapura sebab tak der tolenransi langsung dalam menangani kes camni, bukan nak bincang elok-elok alik-alik SAMAN + JAIL budak tu
  2. Kerajaan Singapura yang tak best, undang-undang bawah tempurung yang tak der toleransi dalam menangani isu orang yang access Wireless jiran sebelah

Kenapa? Satu sebabnya budak tu hanya access wireless jiran sebelah, bukannya access wireless BANK sebelah. Kalau dia access wireless BANK sebelah maka memang patut disaman atau dijail, sebab itu dah masuk dalam kategori HACK + HIJACK rangkaian orang. Ini tidak jiran sebelah pon kena SAMAN + JAIL. Satu undang-undang IT yang agak keras untuk negara yang berorientasikan IT macam Singapura.

Sebab kedua, pemilik (a.k.a jiran sebelah tu) tak reti pakai wireless ka? Tak reti nak set WEP (Wireless Encryption Protocol) ke kat AP (Access Point) tu? Nampak sangat memang dasar nak pakai tapi tak reti guna. Lepastu bila ada orang access buta-buta gadohlah nak SAMAN + JAIL orang tu. Sungguh n00b sekali.

Begitu malang sekali budak tu, dikenali sebagai Tan yang dahlah disaman sehingga 10,000 dolar singapore, pastu jail pulak kot atas sampai 3 tahun. Apa punya malang ler nasib dia. Pemilik wireless yang bodo + bangang tu mesti gumbira disebabkan dapat menyaman budak berkenaan sekaligus memberitahu kita yang dia semata-mata memabeli AP untuk membolehkan dia cari duit dengan saman orang yang access Wireless dia tanpa kebenaran (Well.... kalau dah AP tu set jadi Open Station... sapa yang tanak access? Orang ingat tuan rumah tu sedekahlah kot).

Nasihat pada engkorang semua, kalau engkorang nak jadik kaya cepat sekalipon jangan suka-suka saman orang itu dan ini disebabkan disebabkan kebodohan korang yang tak reti nak set password WEP dalam AP korang tu. Daripada korang nak saman orang tu, baiklah korang memperbanyakkan lagi ilmu didada camner nak melindungi AP korang dari kena hack / access tanpa pengetahuan korang. Itu adalah lebih baik daripada saman-menyaman yang mana nampak sangat korang nih bodoh tahap katak dibawah tumpurung. Nak pakai Wireless tapi tak reti nak jaga Wireless (dari kena hack, phishing..dll)

Sekian dari aku nih.... tata semua... :)

(Copied from My Friendster Blog)