The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Selasa, November 28, 2006

Anda dan IDEA anda

Kalau semua manusia dalam dunia ini memiliki pemikiran yang sama, maka akan amanlah dunia

Berikut adalah kenyataan umum mengenai pemikiran menusia, dan ANDA merupakan salah satu daripadanya. Iaitu seseorang yang mempunyai pemikiran yang mungkin saman, mungkin berbeza dari orang lain.

Apa yang anda lakukan sekarang merupakan idea anda, keperluan anda serta motivasi dari apa yang berlaku disekeliling anda. Adakah anda tahu yang terdapat diantara rakan-rakan anda tidak menyetujui corak pemikiran anda? Apakah anda akan mempertahankan pemikiran anda atau mengajak rakan anda untuk berbincang mengenai pemikiran anda?

Pemikiran manusia merupakan satu anugerah tuhan yang amat bernilai. Pemikiran merupakan corak perkembangan teknologi sesuatu budaya dan juga, merupakan aset penting kepada manusia itu sendiri. Tanpa pemikiran, anda tidak boleh merancang dan meminda sesuatu pekerjaan dengan mudah dan efektif. Mahu tak mahu anda perlu meletakkan kesemua kos didalam satu pemikiran yang juga dikenali sebagai pemikiran wajar.

Anda memiliki pemikiran yang wajar, dan dari pimikiran tersebut anda telah mencipta satu idea. Tak kisahlah samada idea tersebut untuk sesiapa sahaja yang pasti itu adalah idea dari anda. Anda ingin aplikasikan idea berkenaan dalam dunia yang nyata dan masalahnya, terdapat segelintir manusia yang tidak boleh menerima idea anda. Bukan semua tapi segelintir.

Apa yang anda perlu lakukan untuk membolehkan orang menilai idea anda? Sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri :-
  1. Optimistik
  2. Berdaya-saing
  3. Maju kehadapan
  4. Praktikal dan Peka dengan suasana sekeling
  5. Yang penting, idea anda tidak menyusahkan orang lain
Maka anda boleh mengajak manusia berkenaan berdebat untuk memperjuangkan idea anda. Kerana idea anda adalah pemangkin kepada perubahan corak kemasyarakatan pada masa hadapan kelak. Idea yang mana akan membawa mereka kepada satu perubahan (sekiranya idea anda memiliki ciri-ciri yang disebutkan).

Sekiranya anda hendak mengajak mereka berdebat, terdapat banyak jenis manusia yang boleh diajak tetapi pilihlah diantara mereka yang :-
  1. Memang berpengetahuan/faham terhadap idea anda
  2. Memiliki otak yang bernas dalam memberi sumbang-saran
  3. Mampu memberi cadangan/menolak cadangan idea anda dengan memberikan pendapat yang bernas
Mereka yang memiliki ciri-ciri begini selalunya tidak akan mengecewakan anda dalam pelbagai hal didalam perbincangan. Mereka ini produktif dan mampu memberikan sumbang-saran yang membolehkan anda membuat keputusan yang wajar untuk melaksanakan idea anda. Elakkan dari mengajak manusia dari ciri-ciri ini :-
  1. Faham dengan idea anda tapi buat-buat tak faham
  2. Tak tahu langsung tentang perkembangan teknologi yang berkait-rapat dengan idea anda
  3. Mengkritik anda sebelum anda menyuarakan pendapat anda
Mereka ini, amat mengecewakan, amat memalukan untuk diajak berdebat. Seperti kata orang tua-tua mereka inilah diantara orang yang suka memutar-belitkan pendapat. Berdebat dengan mereka samalah seperti berdebat dengan tunggul kayu...tidak ada apa-apa output yang bernas melainkan perbuatan sia-sia.

Jadi, apakah idea anda untuk diperbahaskan pada rakan-rakan anda?

~ahmades~

Tiada ulasan: