The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Khamis, Jun 22, 2006

Memasuki Lowyat.NET

Sekarang aku dah register dalam Lowyat.NET. Pertama sekali, aku post kat topik (thread) P4 478 Proud User. Maklumlah, bila baru daftar orang akan anggap kita nih n00b, tak reti apa-apa dan annoying. Time best-best aku reply satu posting pasal aku OC sampai meletup P4 aku punya, tetiba ada user yang dipanggil Shah81 datang meng"sound" kat aku... hehehe...

Aku tunjuk jer gambar P4 hangus tu kat forumer, biasalah kalau n00b nih memang akan dipaku keras nyer sebab baru register dah buat orang terkejut.... sapa sangka kan kan kan? Well, takkan aku berdiam diri sambil menggigit jari nak senyap camtu jer, aku taip ler satu post yang best untuk tantapan diorang dengan harapan agar terbuka skit mata hati diorang jangan anggap seseorang tu walaupun baru register, mereka itu n00b... jangan dik anggap camtu sebab kita akan bayar balik apa yang kita anggap :)

Melayu sama melayu, aku decide untuk mintak maaf kot aku salah post. Takpa beralah bukan bererti salah, selalunya meraka yang pernah bergaduh itu akan lebih mesra jika bermaaf-maafan, tak gitu ?? Minta maaf jer... dan dia reply PM aku dan minta maaf juga.. selesai satu perkara.. :)

Apa musibah dan nasihat dari cerita nih? Jangan kita pandang rendah kat orang lain, jangan memandang orang hanya dari segi rupa dan satu lagi, bila bergaduh cepat-cepatlah beralah. Sesungguhnya orang yang meminta maaf itu lebih mulia dari orang yang memaafkan :)

Isnin, Mei 15, 2006

SEMAK KEPALA !!! Kepala menjadi semak kalau....

Anda terpaksa menformat hampir 38 bijik komputer bersama-sama seorang rakan anda. Anda dan rakan anda diberi masa selama 48 jam untuk menyiapkan proses itu dan anda pulak merasakan TAK CUKUP MASA kerana 38 bijik komputer bukan senang oooooo nak format macamtu-macamtu....

Macam tu jugak dengan aku, pagi tadi pada 15 Mei 2006 aku diarahkan oleh big boss untuk mengusha komputer kat kolej komuniti Langkawi. Report yang dibuat oleh pihak kolej tu menyatakan sebanyak 38 bijik komputer telah bermasalah dan perlu diperiksa dengan teliti... HAH? Teliti korang cakap? Berbulu kepala oooooo kalau nak periksa dengan T-E-L-I-T-I. Bukan senang nak pikiaq macamtu padahal kalau nak format mestilah kita nak maintain system, nak jaga itu dan ini, nak maintain tu dan ini, jang speed dan lelain lagi. Ini cukup semak kepala.

Well... semak tak semak aku terpaksa memikirkan cara yang cepat dan pantas tanpa merugikan masa aku (dan pada masa yang sama, dapat menggunakan seluruh kitaran masa dengan berkesan). Mola-mola, aku tengok dulu apa fasaliti yang ada kat makmal tu dan aku dapati yang makmal tu ada :-

1 :: Server
+ Diorang tak pakai server nih, diorang nih bodo. Adakah patut pegi bypass server teruih ke modem?

2 :: LAN
+ LAN pakai modem sebagai router,

Dan aku pulak memikirkan cara-cara yang agak berkesan untuk mempergunakan masa dengan sebaiknya. Aku ada masa untuk esok lagi menyiapkan bendalah tu. Huhuhuhuhu............. berserabut kepala. Pelbagai jenis penyelesaian keluar dari kepala hotak aku yang berserabut nih. Banyak jugaklah kontra yang keluar. Nih idea yang kelaur bersama-sama kontra :::
KALAU AKU :-

1 :: Format Komputer satu-satu?
PRO
+ Bleh maintain satu-satu benda tu, performance PC pun jadi baguih
KONTRA
- Lambat, kalau 38 bijik komputer berapa lama masa nak siap tu?

2 :: Buat ghost (duplicate) satu-satu Hardisk ?
PRO
+ OK gak tu, cepat kerja, senang pulak
KONTRA
- Ingat senang nak buka dan robek HD satu-satu komputer?

Jadi idea aku terbantut kat situ, dan aku pun memikirkan idea-idea lain... sambil-sambil duk teliti kabel cat5 tu, duk tengok swicth dan server tu aku terpikir satu idea, baguih pnya idea... yeah memang baguih sungguh idea yang aku pikiaq nih. Apakata, aku buat ghost melalui IP komputer? Yeah idea bernas pun muncul jugak akhirnya. Buat Ghost melalui IP tapi :-

PRO
+ Senang, takyah nak robek komputer
+ Format satu komputer cukup kemedian simpan image ghost kat server, pastu ghost lerr ke reramai komputer
KONTA
- Nak kena setting balik server tu... (bangang tol)

Jadi, aku amik keputusan untuk buat ghost melalui IP sebab kalau nak setting server balik, mudah jer kerja tak sampai 5 minit pon aku buat. (akan bersambung......)

Well.. takat nih dulu, sebab aku nak tido dah.. esok nak kena buak plak.. nanti kita sambung plak cerita yerr... hahahahah...

Ahad, Mei 14, 2006

Apabila Streamyx Terputus..... :(

Masa ini dalam sejarah aku.....waaawawawawaw huhuhuhuhuuhuh..... :(

Korang tengok kat sini, inilah yang dikatakan TM NET servis yang bagos dan baikk.. servis camni menyebabkan aku kena ayat nih dari sorang awek dah la cun , baik, berpandangan jauh, cukup berinfomasi dan lawa pulak tu.....huhuuh... :(


Aku sungguh sedih.. pada 14 Mei 2006 aku ber"YM" dengan beliau dan biasalah, aku pon tak betul sangat time tu disebabkan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh boss bodoh aku tu.. Diorang ugut aku dengan akan men"fail"kan keputusan praktikal aku....

Terjadilah "perang" kecil-kecilan. Aku megakui kesalahan aku tapi... tapi..... streamyx telah menghancurkan segalanya... STREAMYX...YAAA STREAMYX telah disconnect time tu dan aku dapat ayat yang aku rasakan dapat "membunuh" aku ketika tu... sekarang ih pon membunuh aku jugak huhuhuhuhhu.....

kepada awek tu kalau dia terbaca blog aku nih... aku minta maaf.... MINTA MAAF WAHAI AWEK CUN, BAIK, BERINFOMASI, PANDAI, CANTIK...... Malam tadi streamyx terputus. Connection tetiba down dan time bila aku connect balik jer... huhuhuuh dapat ayat pedih yang aku sendiri tak sangka....... :(