The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Isnin, Mei 15, 2006

SEMAK KEPALA !!! Kepala menjadi semak kalau....

Anda terpaksa menformat hampir 38 bijik komputer bersama-sama seorang rakan anda. Anda dan rakan anda diberi masa selama 48 jam untuk menyiapkan proses itu dan anda pulak merasakan TAK CUKUP MASA kerana 38 bijik komputer bukan senang oooooo nak format macamtu-macamtu....

Macam tu jugak dengan aku, pagi tadi pada 15 Mei 2006 aku diarahkan oleh big boss untuk mengusha komputer kat kolej komuniti Langkawi. Report yang dibuat oleh pihak kolej tu menyatakan sebanyak 38 bijik komputer telah bermasalah dan perlu diperiksa dengan teliti... HAH? Teliti korang cakap? Berbulu kepala oooooo kalau nak periksa dengan T-E-L-I-T-I. Bukan senang nak pikiaq macamtu padahal kalau nak format mestilah kita nak maintain system, nak jaga itu dan ini, nak maintain tu dan ini, jang speed dan lelain lagi. Ini cukup semak kepala.

Well... semak tak semak aku terpaksa memikirkan cara yang cepat dan pantas tanpa merugikan masa aku (dan pada masa yang sama, dapat menggunakan seluruh kitaran masa dengan berkesan). Mola-mola, aku tengok dulu apa fasaliti yang ada kat makmal tu dan aku dapati yang makmal tu ada :-

1 :: Server
+ Diorang tak pakai server nih, diorang nih bodo. Adakah patut pegi bypass server teruih ke modem?

2 :: LAN
+ LAN pakai modem sebagai router,

Dan aku pulak memikirkan cara-cara yang agak berkesan untuk mempergunakan masa dengan sebaiknya. Aku ada masa untuk esok lagi menyiapkan bendalah tu. Huhuhuhuhu............. berserabut kepala. Pelbagai jenis penyelesaian keluar dari kepala hotak aku yang berserabut nih. Banyak jugaklah kontra yang keluar. Nih idea yang kelaur bersama-sama kontra :::
KALAU AKU :-

1 :: Format Komputer satu-satu?
PRO
+ Bleh maintain satu-satu benda tu, performance PC pun jadi baguih
KONTRA
- Lambat, kalau 38 bijik komputer berapa lama masa nak siap tu?

2 :: Buat ghost (duplicate) satu-satu Hardisk ?
PRO
+ OK gak tu, cepat kerja, senang pulak
KONTRA
- Ingat senang nak buka dan robek HD satu-satu komputer?

Jadi idea aku terbantut kat situ, dan aku pun memikirkan idea-idea lain... sambil-sambil duk teliti kabel cat5 tu, duk tengok swicth dan server tu aku terpikir satu idea, baguih pnya idea... yeah memang baguih sungguh idea yang aku pikiaq nih. Apakata, aku buat ghost melalui IP komputer? Yeah idea bernas pun muncul jugak akhirnya. Buat Ghost melalui IP tapi :-

PRO
+ Senang, takyah nak robek komputer
+ Format satu komputer cukup kemedian simpan image ghost kat server, pastu ghost lerr ke reramai komputer
KONTA
- Nak kena setting balik server tu... (bangang tol)

Jadi, aku amik keputusan untuk buat ghost melalui IP sebab kalau nak setting server balik, mudah jer kerja tak sampai 5 minit pon aku buat. (akan bersambung......)

Well.. takat nih dulu, sebab aku nak tido dah.. esok nak kena buak plak.. nanti kita sambung plak cerita yerr... hahahahah...

Tiada ulasan: