Ada orang email kepada aku, cakap yang blog aku ini terlalu simple dan tak sesuai dengan aku nih. Kiranya agak pedaslah komen dia mengenai blog aku nih yang puratanya komplen pasal layout (berani dia komplen pasal ISI, kang aku lesiiiiinggg kanggg).
Well, sebenarnya bukan aku tanak design blog aku nih lawa-lawa wahai cik adik, abang. Satu benda yang menjadi tidak menarik jika blog korang design PERGHHH.... tak ingat punya design, punya lawa TAPI ISI hempeh.... >_<. Aku tanak yang tu. Aku sebenarnya tak ada masa nak design layout aku nih (aku ada masa sebenarnya, aku segan jer.... :P ) lawa-lawa yang memenuhi kritiria pemandagan korang. Apa yang aku harap adalah korang bila masuk blog aku nih BUKAN membaca LAYOUT (yelah.. korang suka baca "layout" dari isi blog) tetapi membaca isi-isi penting dalam blog aku nih.
Blog nih, aku tulis khas untuk sesiapa yang rasanya mahu berfalsafah tetapi tak ada idea, nahhh...bacalah blog aku surely korang mesti ada idea punyalah lepasnih (tak mungkin...). Apa dalam blog nih adalah idea falsafah aku aja dalam kehidupan dengan macam-macam ada nih. Dunia nih tak lengkap kalau tak ada macam-macam isu-isu penting kan kan kan?
Lepasnih aku harap, jaganlah korang komen mengenai layout atau bentuk persembahan blog aku nih. Ada benda prioriti dia tinggi dan ada benda prioriti dia rendah. Aku, untuk layout ini aku bagi prioriti rendah sebab? Kita nak baca isi kandungan sesuatu blog, bukannya nak tenung, tilik, komen layout blog tersebut.... Am I Right?
The Real Torrent Search...powered by GOOGLE
Rabu, Disember 13, 2006
Blog Layout....TOO SIMPLE
Artikel ditaip oleh Ahmades pada 7:10 PTG 0 Komentar
Klasifikasi : Blog Komen
Ahad, Disember 10, 2006
Urine Test....Haduih....
Pada waktu 9.00 am 10 Disember 2006 berdekatan dengan roundabout depan politeknik seberang perai, aku dan member aku kena tahan sebentar sewaktu melalui sekatan jalanraya polis p.pinang. Memang lambat sangat sungguh sampai sejam aku dan member aku kena tunggu.
IC, Lesen dan Road-Tax dah lepas cuma satu benda yang kami keliru adalah time polis misai tu suruh aku dan member tunggu sekejap. Iye lahh takat sekejap tak pa nih bukan sekejap...lama kejapnya nih. Aku pusat tanya nak buat apa suruh tunggu sekejap kami bukannya ada salah apa-apa pon kat sini. Puas sudah gosek polis tersebut barulah aku tau yang aku dan member aku "terpilih" untuk menjalani ujian air kencing a.k.a ujian Urine. Apasal-lah dia susah nak bagitau aku hah?
Al-Kisah, member aku sorang tak lepas ujian tersebut. Ish pasaipa tak lepas nih? Puas sudah aku pikiaq pasaipa tak lepas. Member aku bukannya hisap apa-apa yang pelik pon, takat Winston jer. Tapi dia nih memang perokok tegar jugaklah. Tapi kan kalau gudang garam sungguh kalau hisap sebatang pon memang kantoi ujian urine. Yang heranya tu dia boleh tersangkut. Ini menjadi tanda-tanya kepada aku dan member yang lain.
Lupakan kisah tu sebentar, point utama nak dijadikan cerita adalah esok aku final...ya final dah la tu kena camtu la pulak so rasa bengang semacam jer aku time melangkah pulang dari sekatan tersebut. Terpaksalah kami tinggalkan member kami dengan polis tersebut. Well aku tak-tau apa yang berlaku kepada dia tapi harap-haraplah dia dapat dilepaskan sebab dia menag tak bersalah. Terkantoi pasal hisap rokok aja tu.
Artikel ditaip oleh Ahmades pada 10:31 PTG 0 Komentar
Klasifikasi : Masalah Diri
Sabtu, Disember 09, 2006
THE MALAYSIANS WEBSITE
Firstly, aku ucapkan terima kasih kepada Suriasah Putera M Sharoni sebab telah mewujudkan website yang sebegini best untuk rakyat malaysia iaitu websitemalaysia.com dalam menjadikan semua laman web Malaysia sebagai sejarah internet masa-kini. Syabas diucapkan.
Sebagai sedikit promo dari aku, sesiapa yang teringin nak menjadikan laman web dia sebagai salah satu sejarah Internet jangan lengahkan lagi, cepat-cepat kontek Suriasah kat websitemalaysia.com untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh menjadikan laman web anda sebagai salah satu sejarah Internet Malaysia.
Artikel ditaip oleh Ahmades pada 10:08 PTG 0 Komentar
Klasifikasi : Laman Web

