The Real Torrent Search...powered by GOOGLE

Sabtu, Disember 16, 2006

PUTERANIME.COM, Gerbang Anime Anda.

Hai.... sekali lagi kita berjumpa dalam ruang laman web !


Sebenarnya, berlambak sangat e-komuniti penggemar anime di Internet. Mereka ini berkumpul untuk membincangkan anime-anime yang mereka tengok atau ada objektif sukarela lain yang mereka igin berikat pada penggemar anime yang lain. Aku memilih e-komuniti yang berbahasa melayu dan untuk laman web kali ini, benda yang akan menjadi topik adalah laman web yang tak asing lagi bagi peminat anime seluruh Malaysia iaitu http://www.puteranime.com/. Rasanya ramai dah kot yang mengetahui kewujudan laman web nih memandangkan ianya memperolehi tangga 2/10 dalam PageRank oleh Google.com. Tahniah kepada Putera Anime.com


INTRO

Laman web puteranime.com


Laman web ini diasakan oleh orang yang digelar Iruga Nii-San, sebagai webmaster (pemilik web) bagi oragnisasi Putera Anime.com. Ada 10 staf yang bertugas di sebalik kejayaan penubuhan Putera Anime.com. Tarikh ditubuhkan tidak diketahui tetapi usaha-usaha gigih mereka telah membawa satu fenomena baru dalam pengenalan anime pada mayarakat IT Malaysia


OBJEKTIF


So far, objektif yang boleh dilihat dari laman web ini ialah :-


  1. Menghimpunkan keseluruhan peminat anime dalam satu forum

  2. Menterjemah Manga (Manga adalah komik jepun) dalam bahasa Melayu secara sukarela


Itu adalah objek yang aku dapat lihat, mungkin Putera Anime.com memiliki objektif lain selain dari apa yang disenaraikan.


Peminat-peminat anime dari seluruh Malaysia boleh berkongsi minat tentang siri anime yang mereka gemari, samada dalam bentuk perbincangan watak ataupun sumbangan terhadap video klip yang mereka hasilkan khas untuk komuniti berkenaan.


E-Komuniti ini berkeja keras secara sukarela dalam menterjemahkan manga-manga (komik jepun) dalam bahasa Melayu serta bakal dalam menghasilkan e-majalah sendiri. Menyebut mengenai judul e-majalah, maaflah saya tak dapat beritahu sebab saya pun tak tahu...hehehe



PANDANGAN PERIBADI AHMADES


Pertama kali saya memasuki laman web ini, apa yang terlintas di fikiran saya adalah “”Simple”nya design laman web nih”. Tapi saya amat menggemari ke”simple”an laman web berkenaan. Ianya amat mudah untuk pengguna lain melayari laman web berkenaan kerana interface yang simple dah ramah pengguna. Banyak button navigasi yang diletakkan bersesuaian dengan lokasi yang mudah dicapai dan diingati oleh pengguna.


Ok, melangkah masuk kebahagian yang paling best iaitu bahagian Forum. Forum ini menggunakan aplikasi forum dari phpBB yang mana terkenal dengan antara-muka yang simple dan mudah. Lebih sesuai disebut ramah pengguna. E-Komuniti dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu :-


  1. Komuniti Umum

  2. Kesatuan Putera Anime HQ

  3. Battleground

  4. Umum Manganime

  5. Umum Medianime

  6. Info-Hiburan (Umum)

  7. Sidang Editorial PHQ


Forum dalam puteranime.com

Bahagian-bahagian yang dipecahkan ini amat menarik perhatian saya, ianya dipecahkan mengikut struktur keperluan e-kominiti dalam berkongsi minat serta pendapat dalam sesuatu anime. Tahniah kepada webmaster kerana pemecahan yang cukup “sempoi” dan memudahkan pengguna. Cuma, saya agak keliru sedikit dengan bahagian Kesatuan Putera Anime HQ. Terdapat “persatuan penyokong” yang aku rasa ianya agak pelik memandangkan ianya agak spesifik dalam perbincangan sesuatu anime. Nampak seperti e-komuniti terlalu obsesi dengan siri anime yang mereka lihat. Tapi itu adalah pemerhatian aku, mungkin webmaster memiliki idea lain mengenai kewujudan bahagian berkenaan.


Satu lagi benda dalam pemerhatian saya adalah sub-bahagian untuk Battleground iaitu Sidang Rumah Bulat PH-Q. Fungsi bahagian ini adalah “Mesyuarat dan perbincangan para ahli organisasi lepak di sini”. Dalam e-komuniti sub-bahagian yang melibatkan Perbincangan khusus ahli organisasi selalunya diletakkan pada bahagian Am, untuk Putera Anime.com bahagian am adalah bahagian Komuniti Umum. Mungkin webmaster memliki objektif sendiri kenapa ianya deletakkan dalam bahagian Battleground.


Cuma, saya tercari-cari fungsi carian dalam forum berkenaan. Err... tak ada fungsi carian ke webmaster..? hehehe...


Keseluruhan mengenai forum Putera Anime.com, dapat disimpulkan adalah “sempoi” dan memang simple. Tahniah sekali lagi kepada webmaster Putera Anime.com


KESIMPULAN


Setelah lama juga saya buat lawatan tak rasmi mengenai laman web nih, saya amat teruja dengan bentuk penyampaian laman web Putera Anime.com. Laman web yang mesra pengguna dan forum yang sentiasa padat dengan informasi berkenaan anime. Rating saya untuk laman web ini berdasarkan pemberatan berikut :-


  1. Antara - Muka : 4.3

    1. Antara - Muka memang simple dan best, tapi terlalu panjang disebabkan teks-teks dari Content Management. Memadai jika satu atau dua sahaja post penting dipaparkan

  2. Kandungan : 4.8

    1. THE BEST !!! Banyak kandungan / artikel yang menyediakan informasi untuk pengguna. TAHNIAH !!!

  3. Fungsi Carian : 1

    1. Alamak...... takder fungsi carian la. Susahnya nak cari dalam laman web ini kalau nak klik satu-satu

  4. Pengorganisasian Forum : 4.7

    1. THE BEST !!! Cuma sesedikit sahaja yang dirasakan perlu pengubahsuaian sedikit.

  5. Maklumat Am mengenai laman web : 2

    1. Alamak...takder sejarah / kronologi penubuhan ke Iruga-Nii-San?


Markah Penuh : 3.56 = CAMBEST !!!

Tiada ulasan: